Friday, May 23, 2014

i think this semester i've done and learnt a lot of things till i dont know where did my study momentum has gone....yess..totally gone!! err ??? where?? allahu... please make it come back to me!! i really need it right now! exams are coming soon and i havent study anythinggg T.T how can i will become a doctor if i cannot study,,its ur lifestyle...yess doctor has to study thruout all of his life..whatever it is,,to where its gone..you have to get it back!!

yeaa, don't wait for a strength,,,you urself have to find it. uba,,now, GO!!
rabbi yassir wala tu assir = oh Lord, please make it easier, dont make it difficult
*kekuatan perlu dicari!

Tuesday, May 6, 2014

kenapa kita nak jadi daie?

apa gunanya menjadi daie. orang yang tak berdakwah pun boleh masuk syurga. berdakwah tu bukan tiket utk ke syurga,, cukuplah dengan kalimah 'lailahaillallah' beserta rahmat allah, maka ke syurga kita nanti iA amen. so apa gunanya jadi daie. dah la penat, korbankan keinginan diri, dilabel "malaikat" "ahli langit", dibenci, perlu bekerja lebih keras utk balancekan kerja/study dgn dakwah,,at the same time kena tarbiyyah diri. so apa gunanya jadi daie?? sedangkan islam tak memerlukan kita pun. kita daie atau tak, eventually islam akan menang. kemenangan islam tu atas kehendak allah, yang mana Dia cakap jadi maka jadilah. bahkan dakwah tu kerja nabi/rasul...kita nabi ke? kita rasul ke? tak. kita hanyalah makhluk yg allah cipta hanya utk beribadah dan tadbir bumi. see? hanya untuk beribadah je. so apa gunanya berdakwah? bahkan dalam quran allah kata dakwah tu fardu kifayah. so itulah gunanya ustaz2 and ulama2 di dunia ni hoho

selama ni untuk jawapan kenapa nak jadi daie,..hanyalah kerana umat islam ini umat pertengahan. kamilah yang kena jadi saksi antara manusia dgn allah. ya, kita bukan nabi atau ustaz tp kita adlah saksi. sebagai saksi, harus kita sampaikan kebenaran. kalau tak sampaikan kebenaran, itulah yang akan menjadi dakwaan2 utk kita daripada seluruh manusia. dakwah itu adlh hak manusia daripada umat islam. mereka berhak untuk tuntut dari kita. malah orang baik yang dibinasakan adlh org alim yang tidak mencegah kemungkaran nauzubillah. nampak macam selfish kan tapi itulah hakikatnya. memang kita perlu selfish sebb di padang masyar nanti,,kita tak kenal pun orang lain,,bahkan nabi kata semua bogel pun langsung org x endah dek kerana memikirkan diri sendiri semata2. tapi percayalah, "selfish" seorang daie itu pun,,once dia dah jadi daie dia akan lebih concern dan kisah tentang orang sekeliling dan dunia (kalau belum then fikir2kan). 

dan sebagai hamba allah,,cukupkah kita hanya dengan beribadah dan tadbir bumi dengan baik? mestilah kita nak jadi lebih baik kan.  misalnya seorang student tu kerjanya utk study. tapi kalau dia mampu study di samping bekerja/bersukan/belajar skill lain,,,tak ke hebat student tu? camtulah kita. takkan kita nak jadi muslim yg hanya beribadah dan mentadbir bumi dengan baik semata2. kita haruslah buat lebih daripada itu. jadi muslim yang hebat. tak sama orang yang duduk beribadah/mengajar dengan orang yg pergi berjuang. orang berjuang tu allah kata lebih faham. lagi sebab kita nak meraih rahmat dan reda allah,,which is the key to the jannah. 

jannah...isnt that our greatest motivation? but non daie also can get allah's attention thus enter jannah. again, why u wanna be a daie?

jawapan prof abdul latiff mohamed senang je. semua orang akan masuk syurga. tapi PROSES bagaimana kita masuk syurga itulah yang patut menjadi ketakutan kita. azab kubur, slideshow amalan, giliran padang masyar, dihisab setiap perbuatan dan harta even sekecil2 zarah, dan azab neraka. dalam al-quran sendiri, lebih banyak menceritakan tentang hari kiamat dan kebangkitan dripda neraka. dan itulah sebab kenapa kita nak perlu jadi daie. untuk masuk jannah tanpa hisab. mA. doa yang proff ajar pada kami, yg sya takkan lupa sepanjang hidup sya iA;

"ya allah, masukkan aku ke jannatul firdaus tanpa hisab"

rimas bila berkawan dengan orang yang banyak suuzon ni. pesimis tu ok lagi, tapi bila suuzon asyik nak cerita buruk orang je.

hakikat yang pedihnya, orang yang diorang kutuk2 selalu tu lebih baik dan bermanfaat buat manusia daripada orang yg mengutuk tu. mereka yang dikutuk itu,,lebih banyak jasa untuk komuniti, lebih banyak menggembirakan orang lain, lagi banyak support persatuan2 di sini,,dan banyak lagi.

wahai orang beriman! jauhi cemuhan kerana boleh jadi orang yang dicemuh itu lebih baik daripda orang yang mencemuh. cc:hujurat ayat 11.

Saturday, April 26, 2014

sebab tu saya tak suka minta tolong orang. biar lah orang kata saya nak dapat nama sorang2, nak dapat reputation dan populariti. once ada org nak bantu saya, typically saya akan terharu sgt. dari situ timbul terhutang budi. tapi selalunya bantuan orang ni mengecewakan sbb tak seperti yg diminta. jadi timbul terhutang budi campur kecewa, sgt tak best perasaan tu. jadi skrng makin takut nak minta tolong orang. baik saya bantu diri sendiri. so takdelah menyusahkan org kan. kalau down or penat,, cuba taknak luah kat mana2 biar terpaksa pretend strong. cukup lah saya kata pada diri, ada orang hidup dia lagi busy lagi terseksa tp masih mampu senyum dan baik sangka. mA.

tentang satu perkara,,ikhlas. ikhlas tu sangat penting. sebab kalau ikhlas, iA duit, efford, masa tu akan datang kemudian. even, kalau ikhlas diletakkan kemudian pun, yg lain still akan datang. hadis 1 ingat? yang penting niat kan. kalau niat tak betul, akan rosak amalan kita tu. bahkan kalau kita bantu/bekerja tak ikhlas,,,percayalah,,kita akan cepat penat dan mengeluh. tapi dengan niat yg ikhlas,,,segala2nya rasa ringan dan....puas mungkin? meskipun dah bekorban wang tenaga masa. jauh sekali utk merungut.

ikhlaskan hati,,,iA kefahaman, pengorbanan, kekuatan tu akan menyusul.

kalau penat, busy...itu perkara biasa. sekurang2nya penat dan busy kita tu utk islam yg mana iA Dia takkan sia2kan. wA

Friday, April 4, 2014

orang makin kurang menyumbang/berusaha bila bekerja dalam kumpulan. sebab tu dalam sesetengah kerja lebih baik bekerja sorang2 daripada berkumpulan. sebab bila berkumpulan kita lebih mengharap orang lain yang buat. itulah benda yang paaaalllliiiinnnnnnnnnngggggggggg annoying. nak tahu apa LAGI annoying? bila orang tu;

mengharap orang lain buat,
tapi bila orang buat, dia kondem,
then suruh dia buat, dia taknak,
OMG YA ALLAH!!

seolah2, mengharap orang bergerak,
tapi diri sendiri tak bergerak,
lepas tu nak komen2 orang yg bergerak,
kata itu salah, ini betul.
jadi apa salahnya, menjadi sebahagian dalam gerakan,
atau, jadi penggerak.

masalah utamanya, sebab kita harap orang je lebih. sedangkan setiap benda, bermula dengan diri kita. nak islam tertegak di muka bumi, sedangkan bilik sendiri x wujud suasana islam itu. bila islam dah wujud dalam diri semua individu muslim, barulah kita boleh emphasize pada yang lain; penyatuan, politik, military, etc.

Leave the judging of hearts to Allah and judge by what is apparent.

bila orang kutuk kita, cuba kita cermin diri betul2. kenapa?? sebab orang takkan judge kalau kita tak melakukan sesuatu yang mengundang diri untuk dijudge. islam tak ajar "don't judge me!" kecuali perkara2 tertentu. let say kawan kita beli arak, atau dia bawak pempuan masuk bilik,,takkan kita still nak berbaik sangka? apa maksiat yang kita nampak, jangan baik sangka,,,tapi soal HATI, kita husnudzon dan serahkan pada allah. ibarat menjaga tepi kain orang (in other word: concern), perlu, tapi jangan sampai kita selak atau lucutkan kain tu >.<

kalau tak mau dikritik, jangan jadi kerajaan. *tetiba*
kalau tak mau dijudge, jangan melakukan perkara yg mengundang judge orang.
dijudge? dikutuk? mungkin itu cara allah nak menegur kita perkara yg kita tak sedar.
still dijudge? mungkin kita x sedar diri lagi haha

sebab orang xkan judge kalau kita x buat benda pelik.
"Don’t judge me" is not something from Islam. Leave the judging of hearts to Allah and judge by what is apparent. This is from the Sunnah."

Thursday, April 3, 2014

"siapa je sahabat aku kecuali ____ je" (isi tempat kosong)

mungkin aku kena makin hati2 dengan ayat tu. atau baik takyah cakap langsung. setiap kali ayat tu terlepas dari mulut mesti aku akan diuji. bukan diuji dengan keutuhan ukhuwah tu, tapi something yang....jadikan diri rasa macam takde sahabat langsung. sekarang perasaan tu datang balik. istilah "sahabat" tu lagi sekali jadi persoalan. apa sahabat tu sebenarnya?

kalau dia sahabat, 
kenapa marah kalau kita tegur,,
kenapa tak tegur kalau kita buat salah?
kenapa *****
kenapa ***
etc
kenapa???

mungkin saya patut delete je perkataan "sahabat" tu. patut tak wujud pun kalau kewujudannya hanya untuk melukakan hati dan membebankan fikiran. mujurlah saya masih ada allah. entah Dia pandang saya atau tidak, wA. tapi sekurang2nya naluri 'allah kan ada' memberi sedikit harapan-----harapan untuk terus bersahabat. mungkin saya patut tukar definisi sahabat saya. marahlah saya, takyah la tegur saya, tapi sekurang2nya doakan saya secara khusus...

..supaya saya diberi kefahaman dalam urusan dunia/akhirat, dan kekuatan untuk terus 'bekerja'.

saya perlukan sahabat (main prob). jadi mana mungkin saya menafikan kewujudan sahabat itu.

Friday, March 21, 2014

harapan.

beruntunglah kita sbagai seorang muslim. kerana kita ada harapan walaupun saat teknologi terhebat ataupun seluruh manusia pun tidak mampu melakukan apa yang kita mahu. tapi untuk kita masih ada harapan. baca ayat 104 surah an-nisa; kita sakit, merka puj sakit. tapi yang bezanya kita kerana kita masih boleh mengharap pada allah, sedang mereka tidak. ya, harapan kita adlh allah! dan allah adalah sebaik2 tempat mengharap,untuk digantungkn harapan,,banyak tempat kita boleh gantungkan hatapan kita tapi Dialah Al-Wakil, sbaik2 tempat bergantung. ada lagi kah yang lain?

beruntungnya kita sebagai orang muslim. kerana seorang muslim tidak akan keseorangan meskipun dia dipulaukan dunia. dia ada Allah. malah saat itulah jiwanya rasa dipeluk, meresap dalam hati. saat dia dikecewakan, dihancurkan harapan duniawi dia,,saat hati dia dipatah2kan,, muslim itu tetap ada allah. allah, takkan mengkhianati kita pun. saat dia rasa dibenci, dihina dicaci tapi allah tetap mencintainya. muslim itu ada allah,,zat yang kalau kita datang berjalan ke arahNya, Dia akan berlari ke arah kita. bayangkan,,,,bayangkan....

bila harapan yg kita cipta, atau orang lain yg ciptakan untuk kita,,hancur berkecai...untuk kita, masih ada allah untuk kita mengadu dan kembali..allahu

Sunday, March 9, 2014

becoming a photographer.

nama dia katerina. russian berumur 24 tahun. pernah menjadi guru bahasa english dan german. tapi sekarang wedding photographer professional. yang menariknya sebab dia pun pakai dslr sony jgk. bukan senang nak jumpa sony photographer,,so rare la hahaha (for me at least). 
selfie dengan kate
hari tu saya date dengan dia hehehe...ceyhh tak lah saya jumpa dia kejap je sebab saya beli lens daripada dia. beli lagi T.T saya dapat rm720 je tau, jimat rm480. yep memang 2nd hand, tapi kalau lens, guna 30-40 tahun pun perfomance still at its best kecuali kalau jatuh/pecah. so 2nd hand lens doesnt matter for me as long kondisinya masih 5/5 dan murah.

sebenarnya saya cuma nak kongsikan sedikit perkongsian daripada dia sebab kami sempat la berborak2 sementara dia tunggu klient dia call;

"if you want to make a big money, become a photographer."
yang ni mungkin legit kat russia je. ye lah cuba bayangkan, minimum pakej dia pun rm1500, dah hampir sama gaji doktor russia sebulan. maksudnya, kerja sehari sebagai photographer dapat bayaran sama dengan doktor russia yang kerja sebulan. (p/s: orang kata doktor russia dapat rm1600 je sebulan). untuk malaysia pun, waktu wedding kaklong pun pihak lelaki hire amateur photographer dengan harga rm1500 jgk. so kalau proffesional mesti lagi tinggi kan.

"to become a photographer,u can start photoshooting with your friends or anything, then make a portfolio."
yang ini mungkin lebih kepada promosi. instead of upload kat fb or flickr, better buat website sendiri lepas tu register kat photographer directory ke hahaha. mungkin boleh tengok website katerina ni kot sebagai contoh; simple je; zubkovakate.com

tu je lah yang nak dikongsikan bersama sahabat2 yang berlogamkan dslr nih. mana lah tahu kan, alah, senang je buat portfolio. kalau bukan untuk jana duit pun boleh buat untuk diri. hihi. and saya sendiri pun tak cadang pun nak memperiuk-nasikan hobi saya ni. cukuplah untuk kepuasan diri dan manfaat kepada komuniti/ummah. kecuali,,kalau ada keperluan...nanti boutique kaklong nak buat photoshoot,,so instead of hire photographer beribu ringgit,,saya offer khidmat saya je for free kehkehkeh. dan inshaallah harapan saya juga, nak jadi photographer untuk wedding ama kelak!! ama, bila nak kahwin ni!!? hahaha >.<

inshaallah itu juga akan menjadi lonjakan paradigma utk saya dalam bidang ini.

btw saya beli fisheye wide lens (samyang 8mm) daripada katerina tu. walaupun duit lesap, tapi sangat berbaloi! and ia memang lens idaman saya sejak mula2 pakai dslr lagi hehe. nih antara contoh pertama gambarnya;



dengan coverage;
diagonally 180degree
horizontally 130degree
vertically 100degree
so ini lens memang pffttt terbaik!! sangat recommended untuk manipulation photography! malah sangat sesuai untuk event, landscape and selfie! worth it! :)