Monday, March 16, 2015

Sindrom Barunakup.

"Aku tahu kau bersemangat buat kerja-kerja yang kau minat. Aku faham. Tapi kau kena balancekan masa kau. Jangan sampai satu hari nanti bila kau penat dan tak dapat balancekan masa, kau berhenti. Aku pernah berada di tempat kau."

Terima kasih dan jazakallah atas nasihat. Walaupun agak lama sudah tapi aku masih ingat. Sebab bukan senang dapat kawan yang boleh senang-senang je tegur kita. Lagi satu, aku nampak memang camtu, ada satu sindrom ni, orang kata sindrom baru-nak-up. Dan bagaimana kita mengatasi sindrom ni, treatment apakah? Itulah yang bakal menentukan natijah kita selepas tu. Samada terpesong, kecundang atau istiqamah.

Sindrom baru-nak-up.

Sindrom ni secara teknikalnya adalah bila kita hyper dalam apa yang kita buat atau perjuangkan. Misalan terdekat kalau dalam dakwah tu, baru je join dakwah orang-orang camnilah (disclaimer: tak semua) yang paling mudah nak menghukum dan judge, tapi at the same time dia aktif bergerak, kalah murobbi dia. Ahaha. Selain tu, kata dasar baru tu menunjukkan apa-apa perkara baru pun kita akan ada sindrom ni. Masuk tahun baru ke, tiba-tiba power photography ke, first time sandang jawatan besar dll.

Jadi, kita akan jadi semangat amat. *which is normal la kan? ahak*

Dan fenomena ini bukan satu masalah pun. Its physiologic not pathologic :p Apatah lagi selagi tak ekstrimis dan kena pada caranya, ianya sangat baik. Bayangkan pemuda-pemuda yang hyper bila sama-sama bekerja, boleh goncang dunia ok haha. Boleh kata diorang ni sangat semangat.

Yang tak ok bila caranya salah. Bila cara tak betul, maka terjadilah implikasi yang tak patut. Contohnya baru je kenal jihad nak join isis dah nauzubillah. Ataupun terlalu memberat-beratkan dan semua benda tak betul sampai orang sendiri rimas kemudian menjauhkan diri dari kita. Implikasi kedua pula bila kita terlalu hyper-commited, lama kelamaan kita akan jadi penat, akhirnya berhenti serta-merta ataupun mula meminta ganjaran materialistik take it or leave it~ lol

Maka adalah inisiatif sendiri untuk kita kekalkan semangat yang telah terbina itu. Sindrom baru-nak-up mungkin diremehkan masyarakat tapi ia adalah satu fasa yang pasti dilalui,,,yang saya lihat sebagai salah satu proses intiqa' (penapisan) oleh Allah, terutamanya dalam DnT. Jadi amatlah penting untuk kita selalu bermuhasabah tentang dua perkara; sekaligus mentsabatkan diri;
1. niat
2. inspirasi.
Kalau kedua-dua perkara itu berbalik kepada Zat Yang Satu itu, iA takkan ada apa yang mampu melunturkan semangat kita. Meski tewas di dunia sekalipun, kemenangan yang sebenar adalah saat kaki melangkah ke jannah. Aminn.

Sahabat-sahabat fillah,
Jalan ini sangat panjang, jalan ini tak mudah,
Jalan ini tak dijanjikan kesenangan di dunia,
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu amat jauh terasa bagi mereka. Attaubah:42
Tapi cukuplah aku katakan; Allah,
serta rasa yang kau dapat bila dahi menyentuh lantai dan tangan menadah ke langit sebagai salah satu inspirasi untuk terus tsabat (teguh).
Tak lupa juga akan kehangatan ukhuwah itu sendiri.

Kalau level cam aku ni pun boleh sayang perasaan itu, apatah lagi orang yang sudah betul-betul lama dan komited di jalan ini. Rasa yang Allah bagi buat mereka mesti lebih cukup dan sempurna perencahnya. wA.

Tuesday, March 10, 2015

Terus kuat!

"Tak tahu lagi camne nak gembirakan hati semua orang. Baanyak benda perlu difikirkan. Aku penat sangat! i need ur motivation"

Sahabat, selama ini aku lihat engkau yang lebih kuat. Daripada kuatnya orang-orang sekeliling termasuk kau, maka aku juga menjadi kuat. Siapalah aku untuk kau meluahkan perasaan. Malah aku tak sekuat yang disangka. Ada kalanya aku lemah. Ada kalanya aku tersungkur dan semangat aku juga selalu luntur.

Dalam jalan ini aku bertemu orang-orang yang hebat. Aura-aura mereka sering meresap jadi inspirasi untuk aku. Mereka itu kadang-kadang bukanlah hebat dalam bidang masing-masing, tak petah bercakap, sangat merendah diri. Tapi ikhlas dan sangat semangat untuk tsabat. Aku terinspirasi daripada mereka.

Maka, nampak tak dari mana datangnya kuat aku itu.

Aku takde apa nak nasihatkan kau, melainkan terus jadi kuat! Soal lelah ke lillah, tu masing-masing boleh fikir sendiri. Allah itu sendiri adalah motivasi buat kita semua.

dan

Kau tak tahu siapa yang kau sedang beri inspirasi, malah akan terinspirasi, kalau kau terus kuat. Ada dan akan ada, percayalah.

Stay strong!
"Kenapa tak download kat torrent je? Free kan."
"Sebab bila beli, tak rasa ke macam kita support diorang."
"..."

Alangkah baiknya kalau prinsip yang sama kau gunakan masa beli produk zionis. Duit kau bukan saja di'derma'kan buat perosak-perosak orang muda, bahkan kepada pembunuh rakyat Palestin. Mungkin itu semua hak masing-masing untuk boikot atau tak.

Tapi,

Walau apapun alasannya, membeli produk-produk zionis itu ibarat menyumbang kepada kewangan mereka. Sama macam kau beli lagu mp3 tu. Dengan kewangan yang stabil itulah mereka mempertajamkan senjata-senjata mereka.

Boikot~!

Tuesday, March 3, 2015

A phenomenon with unknown etiology.

Sistem dan kehidupan kat Russia ni sangat mengubah pelajar-pelajar Malaysia kat sini. Samada menghancurkan atau membentuk, itu bergantung pada individu. Setiap orang datang daripada latar belakang berbeza, kebolehan fizikal, kematangan mental dan kekuatan jiwa yang berbeza. Semua tu mempengaruhi. Fenomena yang menarik untuk dilihat, sebab kat sini,,,mula2 kau sampai sini, COREnya adalah bahasa Russia yang semua orang sama je. Tahu basic ruski je. Datang dulu, semua luggage sama berat, keperluan barang sama jenis hha. Tapi kau straight A ke, sekolah elit ke, kaya atau miskin ke, semua tu cikgu takkan tanya. Semua orang bermula dari ZERO. Maka daripada zero itulah terbentuknya seorang yang baru. Dah la zero, dapat duit elaun/loan tiap-tiap bulan lagi. Bebas nak melakukan apa saja.

Malah ke mana duit itu pergi, boleh menyumbang kepada natijahnya.

Aku sendiri pun, daripada introvert jadi extrovert. Daripada pendiam (u have no idea how silent i was back then) jadi boleh bercakap la jugak. Daripada jenis yang kat sekolah dulu study je memanjang, kat sini buat macam-macam. Aku yang sekarang bukanlah aku yang dulu. Sangat lain...

Ust Ridha di intec dulu, nasihat pertama dia dalam ceramah pertama kami time orientasi;
Jadilah seperti ikan. Walaupun air masin atau tawar, isi ikan tetap sedap.
Itulah antara nasihat yang aku paling ingat dan pegang sepanjang berada di sini. Mungkin kerana hakikatnya kehidupan di universiti itu sendiri. Kebebasan, keseronokan, keremajaan, serta persaingan itu semua kontra dengan realiti kehidupan luar sana. Kalau kita tak bijak menjaga diri dan prioriti, dikhuatiri hanyut ke laut.


Mungkin istilah 'menjadi lebih baik' tu sangat subjektif kan. Pada aku, asalkan nilai-nilai murni yang sinonim dengan Malaysia dan Asia tu kekal sepanjang 6 tahun di sini, itu juga dikira cukup baik. Dan 6 tahun di sini sangat lama apatah lagi semasa umur di tahap yang disebut sbgai kritikal. Siapa kita untuk 20-30 tahun seterusnya banyak dibentuk semasa umur kritikal ini.

Persoalannya, apakah punca yang boleh cater seseorang pelajar Malaysia di Russia sehingga mampu berubah 360degree samada ke arah yang lebih baik atau tak? Dan untuk menarik mereka ke jalan yang lebih baik, apakah titik tolaknya?

O.o

Monday, March 2, 2015

Teori

Logik 1: Universiti bukan untuk budak tadika, kecuali untuk menzalimi budak itu.
Logik 2: Pembelajaran aras tinggi hanya layak untuk golongan yang sudah melepasi sesuatu/beberapa tahap. Ahlinya haruslah orang yang mampu secara mental dan fizikal untuk memastikan kelancaran dan efisien sesebuah sistem.
Cerita: Mereka bertemu, berbincang, bercurahat tanpa mengajak malah memberitahu aku pun.

Jadi sudah jelas.

Aku tak perlu nak sedapkan diri sendiri. Tak perlu dengar penjelasan apa pun. Kerana jawapan yang mereka akan berikan akan sama.

Sedangkan jawapan itu, pada aku apalah sangat jika nak dibandingkan dengan keberadaan itu.

Ahh, apa aku cakap,,,,

Tapi persoalan kini, apakah selama iini,,
aku syok sendiri?

Sunday, March 1, 2015

Jangan merosak hangatnya perasaan

Hangatnya perasaan kerana indahnya ukhuwah. Apatah lagi ukhuwah yang terbina adalah hasil daripada persamaan cita-cita dan akhlak. Dasarnya iman. Indicator paling lemah adalah berlapang dada dan berbaik sangka. Di situ je sudah jelas apa yang perlu dijaga. Mungkin lemahnya iman atau berburuk sangka tak menghilangkan ukhuwah, tapi setidaknya ia melenyapkan hangatnya perasaan berukhuwah.

Ukhuwah. Persahabatan. Kawan.

Mungkin ketiga-tiga hubungan itu sama dari segi teknikal, tapi hakikatnya amat berbeza. Berkawan dengan semua, bersahabat pula tak semua. Jadi di mana letaknya ukhuwah? Ukhuwah boleh jadi dua-dua. Boleh jadi kita baru kenal orang tu tapi kita sudah berukhuwah. Boleh jadi dah berkawan berpuluh tahun, tapi belum berukhuwah. Malah saya percaya, ukhuwah boleh wujud dalam apa jua perhubungan dan watak. Tak kira samada sesama muslim-nonmuslim, lelaki perempuan (sebab dua benda ni sangat kontrovesi) apatah lagi sesama laki.

Jadi, apa indicator wujudnya ukhuwah itu?

Menjawab soalan ini, saya suka berpegang pada tingkatan ukhuwah ini, yang memang sangat sinonim dengan semua dah,,tingkatan pertama, iaitu berbaik sangka dan berlapang dada. Setiap teguran dan nasihat diterima, bahkan cuba berbaik sangka BUKANnya judge atau berprasangka. Manakala tingkatan tertinggi adalah itsar iaitu melebih-lebihkan sahabatnya. Di sinilah nampak beratnya ukhuwah, melebihkan sahabat hingga perlu mengorbankan masa, wang, perasaan, bahkan nyawa.

Apapun ukhuwah terkukuh adalah yang terjalin bila masing-masing memegang pada satu aqidah.

Pentingnya ukhuwah, ia adalah asas untuk kekuatan sesuatu ummah. Saya percaya, hangatnya ukhuwah itulah yang menjadi inspirasi buat kebanyakan mukmin yang bekerja membawa risalah islam sejak zaman Rasulullah saw lagi.

Jadi, jangan merosakkan hangatnya perasaan dengan buruk-sangkamu atau ketidak-lapang-nya dada terhadap sahabat. Boleh jadi di luar di ok, tapi di dalam dia sedang berperang dengan perasaan.

Bahkan, judging (buruk sangka) tu, tak patut wujud pun walaupun ukhuwah takde.

Wednesday, February 25, 2015

Mati.

Mati itu merupakan nasihat dan tazkirah terbaik dalam kehidupan. Kerana mati memisahkan roh dari jasad. Mati memisahkan diri dari dunia. Dunia itu pula harusnya dibenci oleh orang-orang yang merindui pertemuan dengan Allah. Maka, orang-orang yang merindui pertemuan dengan Allah, mereka mencintai mati. Kerana makin lama hidup, makin banyak perkara perlu dihisab. Makin banyak perkara perlu dihisab, makin lambat pertemuan dengan Allah bagi orang-orang yang merindui pertemuan dengan Allah. Maka, mati mengurangkan perkara perlu dihisab, lalu (literally) mempercepatkan pertemuan dengan Allah.

Bahkan, pertemuan dengan Allah itu adalah ibu segala nikmat di syurga. Kau impikanlah bidadari-bidadari cantik, kerajaan yang sempurna, malah apa-apa saja pun. Semua itu takkan menandingi nikmat bertemu dengan Allah. Dunia yang kau kejar inipun tak bernilai apa jika dibandingkan dengan syurga, melainkan sisa air yang melekat pada jari yang dicelupkan dalam air lautan.

Maka kalau ditanya waktu bilakah paling sesuai untuk mati?

Jawapannya adalah SEKARANG!

Persoalannya, kalau kita mati sekarang, bersediakah kita?

Persoalan kedua, layakkah untuk kita bertemu dengan Allah? Apatah lagi untuk masuk ke dalam syurgaNya.

Belajarlah tujuan hidup. Berniagalah dengan Allah. Cagarkan kesenangan hidup untuk tambah bekalan hidup selepas kematian. Syurga itu adalah kemenangan yang nyata dan tempat rehat yang sebenar-benarnya.

Tuesday, February 17, 2015

Tazkirah [peringatan] demi tazkirah Allah berikan buat ummat. Tragedi demi tragedi tahun 2014, diikuti perancangan Charlie Hebdo, Islamophobic attack di Eropah, tragedi Chapel Hill dan Mustafa Mattan. *hasbunallahwanikmalwakil* Yang terakhir adalah pemergian TGNA, seorang ulama' yang pada aku...supersayya! Sampai umur 84tahun ke hujung nafas pun jiwa dan hamasahnya muda memperjuangkan islam di Malaysia. Malah sangat zuhud langsung tak dilalaikan dunia.

Apa yang menarik, tarikh kematian TGNA sama dengan IHAB. Perg sama! Takde konspirasi atau benda-benda pelik ok, tapi memetik sedikit persoalan daripada peristiwa ini. Dalam Islam takde istilah kebetulan. Pasti ada sebab mengapa Allah takdirkan sama.

Nampak? Persamaan dua orang tokoh ini, masing-masing menghabiskan masa hidupnya membawa risalah Islam. Mereka berdakwah. Dan dakwah itu, adalah peninggalan daripada Rasulullah saw. Nabi Muhammad saw dilantik jadi Rasul untuk berdakwah. Lepas mangkat tugas dakwah tu tergantung. Eh bukan! Tapi terpikul kepada para sahabat. Daripada para sahabat, turun kepada tabii tabiin, dan berterusan. Daripada generasi ke generasi, sampailah ke hari ini.

Rasulullah saw wafat, meninggalkan para sahabat.
IHAB meninggal, meninggalkan para duat.
TGNA meninggal, meninggalkan siapa?

Memandangkan allayarham TGNA paling hampir dengan generasi kita, baik umur mahupun negara. Persoalannya, kalaulah tugas membawa risalah tu ditinggalkan pada kita, sudah bersediakah kita?

Mungkin berat sangat untuk jadi daie atau muslim yang baik. Tapi apa yang saya lihat, tak perlu kata daie/muslim, bahkan untuk jadi pelajar/mahasiswa yang berguna untuk komuniti dan negara pun...belum lagi. Apa yang diorang fikir, adalah kesenangan dan hiburan semata-mata. Termasuk juga orang yang hidupnya sekadar pada buku teks, seolah-olah orang lain tak wujud.

Btw saya lebih respect dengan orang yang ada memperjuangkan sesuatu *tak membabi buta* beserta prinsip-prinsip yg rasional (even benda tu tak islamik pun) daripada orang yang hidupnya sekadar hidup, bekerja sekadar untuk bekerja. Sekurang-kurangnya carilah sesuatu yang kita sanggup mati untuk perjuangkan -quoted-

Harap mereka semua sedar realiti dunia ni in term of tempat persinggahan sebelum terlambat. Perbetulkan konsep YOLO tu.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). -Al-Mulk: 2- 
--1.52am 17.02.15--

DISCLAIMER: Tak tujukan pada sesiapa pun. Takde golongan khusus. Umum dan random. Sekadar curahan hati di awal pagi
One of many reasons why i love photography is the fact that photographer can be/needed everywhere, anytime, or even with anyone without being seen as a threat. Call it a war, unknown places, official or unofficial event, on stage, back stage, etc, photographer can be there.

And this picture is one of the example. ...