Sunday, October 27, 2013

problem solver~ haaa

assalamualaikum warahmatullah

"aku banyak nak cerita kat kau, tapi boleh tak kau jangan jadi problem solver."

mwahahaha. terkedu seketika dengan ayat problem solver tu. kadang2 saya sendiri nampak sifat tu ada pada diri saya. cuma belum ada orang tegur so carry on je la hehehe. tapi memang saya dari dulu suka tolong orang pun. tak kira siapa cuma ada kalanya saya bataskan sikit siapa orang tu. elakkan bantu muhrim yang bukan friend zone ni huhu. malah nak bantu orang tu pernah menjadi alasan pertama nak jadi doktor. poyoo haha. sampai selagi masalah orang tu tak selesai saya sendiri yang susah hati. tapi memandangkan dah ada orang yang tegur, which i assume it was from allah, so simpan teguran tu. take note.




cc : thingsweforget.blogspot.com/
sebab tu allah ciptakan dua tangan, dua telinga, satu mulut. supaya kita banyak mendengar, bekerja dan kurang bercakap. anyway, secara tidak langsung saya kenal siapa saya, inshaallah boleh la baiki apa yang kurang, berubah menjadi lebih baik. moga allah permudahkan. thanks sahabat kerana menegur. dan saya faham juga lah, nak membantu orang tak semestinya kena bagi nasihat, kadang2 mendengar je tu pun dah mencukupi. sebab tu, kita even saya sendiri, lebih selesa menceritakan sesuatu pada allah. sebab sometimes kita hanya perlu orang untuk mendengar. just listen. nothing else. dan allah adalah As-Sami' The Best of Listener. even kita tak sebut apa lagi pun Dia sudah sedia tahu. subhanallah hebat kan. malah menulis blog pun salah satu cara meluah tanpa ada gangguan. boo.

dan tak sangka jugak en, dalam pendiam saya ni pun, belum cukup diam untuk mendengar. hehe. inshaallah, bila orang cerita/luah masalah, better listen rather than giving oral response. hihi. inshaallah, semoga allah permudahkan.

p/ss: tetiba banyak plak pic dari thingsweforget.blogspot.com.....dah lama saya follow blog tu, dan recently diorang bukukan semua sticky notes diorang, teringin nak satu. muda2han! ameen.

Thursday, October 24, 2013

unstable eq

assalamualaikum warahmatullah

sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup kita ni, berbalik pada diri kita. ujian ke, nikmat ke,,,entah la tak tau nak cakap apa. tapi contohlah,,if orang fasik tapi murah rezeki kita kata tu istidraj. tapi kalau orang alim dimurahkan rezeki kita kata tu nikmat allah. so camtulah,,faham kan? haa camtu ya ya.

macam tu jugak dengan ujian. okayy. yang ni lagi kompleks sampai berbuku-buku ulama explain. tapi ibrahnya, bergantung pada kita. daie ujiannya untuk menguji ketabahan dia dalam dakwah. orang lalai ujiannya supaya dia kembali pada allah. dan yang baru saya baca kat satu perkongsian cerita, boleh jadi disebabkan dosa kita, allah turunkan bala pada orang2 yang kita sayang. sebab pedih kan tengok bala menimpa orang tersayang. dan kepedihan yang dirasa tu lah ujian huhu.

tu lah susahnya jadi orang yang emotionally unstable ni. mungkin ujian2 yang allah bagi ni sebab nak kuatkan diri saya, nak menstabilkan EQ saya. macam mana lah nak berhadapan dengan kerjaya sebagai doktor nanti. atau mungkin ada certain part yang saya kuat, tapi ada yang masih lemah. tu lah masalahnya, diri sendiri pun tak kenal lagi. dan kalau saya sendiri camni, unsure with own feelings, jangan nak libatkan orang lain la.

dan mungkin saya marah orang lain tapi terfikir tak selama ni mungkin apa yang dia buat, adalah apa yang saya buat jugak. allah cuma nak sentap diri je. tu lah ibrah ujian saya kali ni. allah saja nak letak rasa unpleasure tu untuk saya sendiri yang muhasabah. jangan nak persalahkan orang lain, cermin diri dulu. dan untuk rasa yang over2 tu, jangan kerana tu kita perjudikan perasaan orang lain.

dan lepas ni takyah la nak bajet2 caring ye uba. cukup. dia tak kacau hidup kau so jangan kacau hidup dia. so stop.

(sheila on 7 - dan)

Tuesday, October 22, 2013

melebihkan sahabat.

assalamualaikum warahmatullah..

kata naqib saya, setinggi-tinggi ukhuwah itu adalah dengan itsoh (kesetiaan). tapi sebelum tu saya dah pun jumpa kat artikel mana ntah, sekuat-kuat ukhuwah itu adalah dengan melebih-lebihkan sahabat tu. mungkin both adalah pendapat peribadi tapi cukuplah dua aspek tu saya pegang sebagai panduan. better than nothing. sebab if tu hadis/quran mesti la both sama kan hehehe suka hati je cakap camtu lol. dan yang bengongnya saya pun tak faham apa tu istilah melebih-lebihkan sahabat tu.

dan hari ni baru saya faham. camne allah faham kan saya? bila saya dilemma dalam memilih antara tugas dan sahabat. biasalah tu hidup dalam komuniti, siapa lagi nak gerakkan komuniti tu. even saya gerak undergorund je pun, dah nampak kesibukannya. no wonder lah orang kata, jadi wakil pelajar ni macam hamba. if mengharapkan priviledge or populariti, buang la awal2 hasrat nak memimpin tu. hari ni je saya kena siapkan 2 task Azam, 1 task KUV, 1 task abang ipar (request utk bisnes dia). tu lah pasal, bertangguh lama-lama accumulate dalam satu hari. tapi ada sebab k kenapa sya bertangguh. tak perlu la cakap kat sini. and bukan orang nak tau pun.

melebih-lebihkan sahabat tu maksudnya kita menjadikan sahabat kita tu as priority. dan adakalanya saya bersyukur dengan ke-busy-an hari ni sebab dengan busy ni saya mudah je memberi alasan kepada groupmate2 saya. jimat duit hehe. kesian diorang pergi lunch tapi group tak cukup orang. soriii aku busy wakaka then sempat update blog?! haaa camni kawan,,hahahaha saya ni tak cukup ukhuwah ni dengan groupmate LOL. tapi tak bermakna saya tak sayang korang. and taknak la sayang lebih2 kan nanti jadi cinta plak hehehe. ni pun dah rasa serba salah sebab tak pergi. huhu. soriiii.

cc: cik beezi.

mana lagi penting? rasanya la kan,,
amanah lagi penting daripada sahabat. "amanah > sahabat."
entah la..
mungkin saya patut muhasabah dan berfikrah pasal benda ni.
atau mungkin ia soal time management?
???

*dan dalam bersahabat, cukuplah saya ada selemah-lemah ukhuwah tu pun saya dah sujud syukur sangat2. :)

Friday, October 18, 2013

menjadi sahabat yang baik.

assalamualaikum warahmatullah.

tiba-tiba mood menulis ni datang. macam-macam lintas di kepala hihi. macam-macam. hmm. then ada satu artikel ni yang saya tak padam2 hampir dua minggu. kononnya nak baca lah tapi terbiar je camtu haha. tadi baru baca hihi. artikel yang saya dapat randomly dari google, bila type 'cara menjadi sahabat yang baik'. rasa macam noob je time taip ayat tu hahaha..terlalu dalam maksud sahabat tu pada saya. dan sejak akhir2 ni, terlalu ramai orang2 yang allah hadirkan dalam hidup saya. roomates baru dan senior2 yang saya baru nak rapat. semenjak pindah kim ni hehe. dan demi allah ada secubit rasa rindu pada roomates lama. huhu. rasa macam jahat pulak tinggalkan diorang kat situ, terutamanya arip. lepas ni entah siapa tempat dia bercerita bertanya saya pun tak tahu.

dan setiap orang itu berpotensi untuk menjadi muslim yang baik. saya nampak arip ada potensi yang tinggi. sangat tinggi. cuma persekitaran dia kurang membantu. huhu. moga allah bantu dia.

then hasil perkongsian dari seorang sahabat juga, katanya, makin tinggi kita capai, makin susah nak cari kawan menangis. jadi jangan mengharap sangatlah orang nak simpati, bantu atau berkorban untuk kita sebab masing-masing ada masalah sendiri. no expectation no dissappointment kan hehe. mungkin kita je yang fikir pasal sahabat sedangkan tak bagi yang lain. dan berbalik kepada teori makin tinggi pencapaian makin susah cari sahabat menangis, macam legit, sebab kat sini oversea plus perubatan, then apa lagi perlu? ada senior tu saya dengar jadi 'lone ranger' sampai lah tahun terakhir kat sini. 6 tahun! jadi bukan saya seorang je lah yang merasa masalah ni. ada lagi yang lebih ironi, yang saya tahu, apatah lagi tidak. takpe yang penting kita berusaha untuk menjadi sahabat yang baik. mungkin banyak lagi tips tapi ni lah summary daripada artikel yang saya baca;

1. Apa adanya, inilah aku
2. Terbuka kepada sahabat
3. Apa adanya bukan ada apanya
4. Ketulusan itu penting
5. Mampu menjaga kepercayaan
6.  Tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah, banyaklah memberi dan jangan banyak meminta,
7. Mungkin anda tahu keburukan sahabat anda, tetapi anda bisa menjaga rahasia sahabat anda
8. Memberikan maaf sebelum dia meminta maaf
9. Sahabat anda juga memiliki kehidupannya sendiri
10. Jangan marah ketika mendapat kritikan dan terimalah dengan lapang dada
11. Motivator yang baik
12. Jangan menyakiti
13. Rela berkorban
14. Memberikan nasehat
15. Jadilah sosok penyabar
16. Membicarakan semuanya dengan cara baik-baik

dan pengalaman saya sendiri, bila saya meragui istilah sahabat itu, saya mula tidak percaya pada semua orang, suka menyendiri, saya rasa macam tersisih, lagi menebalkan rasa homesick. huhu. tapi atas inisiatif sendiri, alhamdulillah, saya cuba muhasabah diri, membaiki lompong kosong diri dalam bersahabat. mengharap orang jadi sahabat pada diri, tapi sahabatkah saya pada mereka? dan alhamdulillah apa yang menjadi titik tolak pada kesedaran diri untuk menerima semula istilah sahabat itu bila saya cuba kikis sifat pesimis saya, replace dengan husnudzon. sometimes our thoughts could destroy us more than blade could do. ecece berfalsafah :p dan alhamdulillah allah bantu saya dalam usaha nak perbaiki diri ni, tiba2 makin ramai dapat title 'sahabat' daripada saya hihihi. itulah indahnya bersangka baik, tu baru pada manusia, apatah lagi pada Yang Tahu Segala-galanya. and kalau dengan allah pun kita susah nak bersangka baik, level mana tu 'ukhuwah' kita dengan allah? hihi.

    selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik dan lapang dada,
    sekuat-kuat ukhuwah adalah melebihkan sahabat dan kesetiaan. -murobbi- gitu ea? hihihi

    dan saya masih dalam usaha itu. mencuba menjadi sahabat yang baik untuk semua orang. tapi masih banyak lagi sisa2 dan kekurangan. kalau saya lupa, tak tahu atau leka, maka tegurlah. kalau takut nak tegur, maka doakan lah saya hehe. doa tu pun sudah besar dah actually. doa; itulah penghubung kita semua. inshaallah. dan cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ni jadi ibrah buat saya, siapa yang ada sekarang pun sudah cukup buat saya rasa bertuah,

    mohon aku tidak hilang sahabat lagi, ya allah. 

    Monday, October 14, 2013

    tegur sebab sayang

    assalamualaikum warahmatullah

    menerima seadanya disamping membimbing ke arah yang lebih baik, apatah lagi jika sahabat kita tu berubah ke arah yang kurang baik. kita kena tegur. kena bimbing dia. menegur sebab sayang. andai kata teguran itu kasar atau emosional, ia adalah kelemahan diri saya sendiri. sahabat, terimalah teguran itu walaupun agak peribadi, ya mungkin saya cemburu, mungkin saya risau, janganlah menolak kerana itu adalah pandangan dari sudut kaum laki. walaupun saya lelaki, tapi saya taknak ibu, adik2, kakak2, malah sahabat perempuan yang saya sayang menjadi fitnah buat kaum saya ni. saya taknak anda semua dicemari kaum adam. hak kaum adam kepada anda adalah sebagai pelindung bukan pencemar. mungkin bagi anda itu biasa tapi bagi lelaki ia boleh menaikkan syahwat. even hanya dengan smiley je pun. ya.

    tolonglah faham.

    kalau taknak terima teguran saya pun, ya mungkin sekali dua awak buat, tapi ikhtilat ni umpama racun. boleh merebak. meresap jadi darah daging kalau dibiarkan. tapi terimalah demi allah. maaflah kalau teguran ini membuatkan awk rasa teruk dan hina. saya takot sahabat saya jadi teruk. jadi saya terpaksa 'tepuk' awk sebelum awk pergi lagi jauh.

    Wednesday, October 9, 2013

    rijal adalah pelindung nisa

    assalamualaikum warahmatullah

    "ar-rija lu kawwa mu na alannisaa'.."

    tertusuk jiwa saya seketika. ayat ke-34 surah an-nisa tu sangat deep. tajam. padu. bagaikan tusukan kedua buat saya. dah lah on that current time saya baru je menceritakan perihal serba salah saya tentang rutin berkala saya; yaitu upload gambar kat facebook. tapi,, KHUSUS untuk mengupload gambar perempuan ni. memang sejak dulu selalu je ada kawan perempuan pm sya suruh delete gambar. if diorang pm je saya dah boleh agak sebelum baca mesej hahaha. memang perlu sebab mesti ada yang saya terlepas panadang. dan honestly la yang paling susah sekali time pilih gambar untuk diupload esp gambar yang ada perempuan. serius. saya taknak menjadi penyebar aurat dan aib orang lain. tapi dah event/group ada perempuan jadi nak upload gambar mesti includekan diorang. dan akal diorang masih belum faham andai kata saya cakap; "tak manis perempuan upload gambar muka pada umum." boleh je asalkan aurat tutup. bukan apa la, sebab di luar sana banyak manusia2 yang berhati minda yang kotor dan futur. include myself la hahaha. dan apa gunanya ayat 4:34 kalau saya sendiri main upload gambar2 diorang. wanita ni,,adalah maruah. isteri adalah maruah suami. anak dara adalah maruah ibu bapa. muslimah adalah maruah agama. camtulah. sebab tu saya takot sebarangan dengan wanita ni. takot terpikat atau memikat ecececece... *bajet hot* :p dan andai kata mereka pm saya suruh delete semua gambar mereka yang ada dalam simpanan saya ni pun akan saya buat dan inshaallah saya takkan bagi sape2 pun soft copy gambar2 tu semua; collection sejak masuk intec sampai sekarang. tapi atas dasar mereka tak kisah atau merelakan gambar mereka diambil,,malah,,ingin gambar diambil jadi saya anggap itu ada rashrisheniye (kebenaran) untuk saya upload tapi saya janji la; asalkan yang tak mengaibkan. soal aurat; yang sedia tertutup memang inshaallah dalam gambar pun tertutup, no worries my camera takde mesin pengimbas hehe. eh wujud ke? kat mana jual? hahaha ok jk ehem2..

    and soal upload gambar, saya takleh elak. baru je 2 minggu lepas umi abuya suruh upload gambar. huhu. whats that camera for kata abuya hahaha. hmm actually sbb ni jugaklah saya menolak sekeras-keras-keras-nya tawaran abuya untuk belikan iphone5. hahaha sebab confirm lepas ni mesti abuya akan pesan; buat lah short film wakaka wakaka maklumlah abuya tengah aktif mempromosikan dakwah menggunakan smart phone :p cukuplah dengan samsung y ni je asalkan boleh call, mesej and whatsapp. ^^

    dan buat wanita-wanita sekalian, elakkan upload gambar sendiri, elakkan bergaul mesra dengan lelaki muhrim yang bukan future husband korang. sebab sebagai lelaki, saya mengaku ramai kaum saya yang berpenyakit hati termsuklah empunya diri ini. kalau tak mampu, pastikan gambar yang diupload menutup aurat dan tak menaikkan nafsu. korang tak kesian ke kat kaum laki macam kami ni T.T dan lelaki ni cepat perasan, kalau perempuan yang mulakan dulu, mulalah nak berimaginasi dan bajet hot. and in case u dont know, u actually can just ignore them,,if u want la.

    btw, thanks and jazakallah khairan khatira azhari for the enlightenment. sedikit sebanyak memberikan saya panduan dan kelegaan. wallahualam.

    pesanan untuk kaum sendiri pun;
    "ar-rija lu kawwa mu na alannisaa'.."
    *that verse says it all. #4:34

    Sunday, October 6, 2013

    pindah sementara.

    assalamualaikum warahmatullah

    saya pun tak tahu nak kata ini sebagai ujian atau anugerah. tapi saya happy bila kami kena pindah ke hostel sementara sebab renovation. orang lain semua nak stay kat hiro saya yang sepatutnya stay volunteer nak pindah sana hahaha. alaa menumpang je bukan nak tinggal setahun pun kat Kim tu. malah kat sini saya roomate dengan 6th year students yang baik2. tu pun actually salah satu ubat hati untuk hati yang sakit cam hati saya ni hehe. secara tak langsung kita pun terkena tempias aura imannya tu. roomate dengan 6th year sampai ada budak 3rd year chinese ingat saya 6th year jugak hehehe.

    dalam psychology pun ada satu topic tentang 3 main type of changing attitude; kalau kita berubah sikap parallel dengan orang yang kita hormat tu untuk bina bond, itu dipanggil identification. roomateS saya sekarang, rajin baca quran, bangun awal, suka solat jemaah, malah yang sorang tu selalu tahajud, mashaallah hebat. jadi saya takkan nak jadi "ghuraba" dalam bilik tu kot. haha. inshaallah cuba untuk be like them. hihi. moga allah permudahkan.

    sebab tu adalah penting untuk kita pilih kawan atau roomate. salah pilih takot memudaratkan diri. konon nak jadi contoh tapi diri sendiri yang kecundang. cuma satu cabaran jugak kalau kita inferior dengan roomate kita in term of umur. susah nak tegur. susah nak nasihat. kalau buat nanti kata naik kepala la, rebel la. ingat ni sbp ke apa? saya cakap ni pun based on pengalaman kat sini. tapi saya tak bercakap pasal roomate saya yang lepas, tapi lain. and tu bukan reason kenapa saya happy pindah keluar ok. lagipun rasa teruja untuk mencuba suasana yang baru. and Kim terletak dekat center jadi senang nak keluar jalan.


    dan inshaallah tempat baru, azam pun baru jugak hahaha. nak berubah menjadi lebih baik. sebagai seorang roomate dan sahabat. :)

    Monday, September 30, 2013

    bila bersahabat,,

    assalamualaikum warahmatullah

    "kau ni memang cepat touching la uba. eh sori2, tapi kau jangan touching aku cakap camtu."

    chill2 bcoz i'm chillin' too. saya touching? bunyi lontarannya macam tu lah bila saya cuba menceritakan kronologi apa yang merunsing jiwa saya. tentang kawan. tentang persahabatan. tentang ukhuwah. sesuatu yang saya rasa saya kurang tetapi itulah yang saya pandang berat dalam mana-mana social interactions. malah istilah sahabat tu bagi saya lebih dari sekadar kita kenal dan berkawan. tapi bawah cikit la dari cinta, tapi bukan teman tapi mesra haa camne tu? haha then still bersahabat macam bercouple la sket kena jaga hati masing-masing. hihi. saya pernah ditegur dengan cara hina, saya pernah dicemuh, diperli,, tapi yang tu langsung saya tak ambil hati. saya terima sebagai teguran,pengalaman, even kelemahan diri pun. so adakah saya ni memang sensitif? tak sebab orang yang sensitif ni ada empati, mereka cepat terasa, hati mereka lembut. tapi sensitif touching2 saya ni bertempat. terutamanya dalam bersahabat,,again,,,bersahabat which mean; bukan berkawan. berkawan dengan bersahabat ni dua benda yang berbeza,,harap maklum ya. kalau dalam english tu kawan dengan sahabat ni beza macam friend dengan bestfriend gituuu. dan sahabat ni untuk sahabat. which mean kalau saya nak dapat sahabat, sya kena jadi sahabat dulu. untuk dapatkan yang baik, kenalah jadi baik dulu, then inshaallah allah tu maha adil. saya takkan dapat sahabat yang betul2 sahabat kalau saya belum jadi macam tu. even dalam sirah pun guna istilah para sahabat; terlalu besar sebenarnya maksud 'sahabat' tu mashaallah. indahkan ada sahabat? boleh jadi tempat penawar duka, berkongsi suka, saling memahami jiwa dan perasaan.. :) berbalik kepada topik asal dan istilah sahabat untuk sahabat; saya akan sangat2 terasa kalau orang yang saya anggap sahabat tak buat apa yang sepatutnya seorang sahabat buat.  even if they dont care...which makes me even more hurt.

    tegurlah saya kalau saya buat silap, nasihat kalau saya lupa, jangan abaikan saya dalam benda2 yang saya tak pernah abaikan kalian, doakan untuk saya juga, faham dan terima kelemahan dan perasaan saya,,dll (endless lists). cerewet saya kan? menyampah betul!! hahahaha,,well,,,thats a confession nway,,
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    dan mungkin sebab keretakan persahabatan yang saya sendiri cipta tu. bukan dengan sorang dua tapi ramai la. roomate saya pernah pesan pada saya; "nak hilangkan prasangka pada orang,kena faham dia." ya, mungkin kita hanya tahu nama, identiti dan kenal tabiat dia, tapi belum jiwa, perasaan, pendapat dan kisah silamnya. dan apa yang saya belajar, sebenarnya taaruf dalam berkawan ni bukan hanya sekali waktu mula bertemu, tapi selagi nyawa dikandung badan ecece...once kita faham orang tu, inshaallah mudah untuk tepis apa2 prasangka yang terbit pada mereka. bila dalam usrah lepas kami taaruf kali ke2 pun, rupa2nya banyak lagi benda yang saya belum tahu. dan alhamdulillah saya terasa kembali kemanisan ukhuwah itu dan inshaallah lepas ni saya nekad taknak rosakkan kemanisan ukhuwah apa pun dengan prasangka buruk saya ni. bila prasangka dalam bersahabat, maka spoil la persahabatan tu. sebab selemah-lemah ukhuwah adalah dengan bersangka baik dan berlapang dada. lagipun tak letih ke simpan apa-apa perasaan/dendam pada orang sedangkan orang tu tak kisah pun? haha kan kan..
    .
    .
    .
    .
    .


    entah kenapa lagu ni kena pulak dengan mood sekarang ni hihi


    selemah-lemah ukhuwah adalah dengan bersangka baik dan berlapang dada.
    if seteguh-teguh ukhuwah pulak camne ya? *deep thinking*

    Thursday, September 19, 2013

    teruskan bergerak untuk ummah.

    assalamualaikum warahmatullah

    alhamdulillah baru selesai taaruf dengan adik-adik juniors. sebelum ni rasa segan nak jumpa diorang sorang-sorang. tapi tadi pergi sorang-sorang jgk,,haha macam tak pernah jadi senior plak aku ni. kata budak sbp. dan alhamdulillah rasa terlerai amanah sebagai senior,,or should i say muhajirin dan ansar? hihi dan tadi,, walaupun dah tahu jawapannya saya saja tanya:

    "so far siapa je yang datang jumpa korang kat sini"

    nama-nama disebut semuanya,,ya,,semua, adalah naqib-naqib kat volgo ni. wah nampak tak mereka sedang bergerak. kalau dalam IPK, inilah yang dipanggil melasso atau bahasa kampungnya; memancing. memancing mereka untuk sama-sama masuk jemaah DnT mereka. mungkin nampak macam jahat kan memancing sebab kita letak umpan  memperdaya ikan-ikan kan kan camtu kan? dan ya memang jahat kalau ia paksaan tapi kaedah mereka dipanggil melasso. sebab sejak bermula new year of study, ada few status dan ideologi di laman sosial yang mengkritik gerakan-gerakan ini. kononya membuatkan juniors rasa terhutang budi lalu join usrah untuk membalas jasa seniors. so apa masalahnya kalau cara itu berkesan? dan buruk sangat kah mengumpan orang untuk menyertai kita dalam gerabak DnT ni?

    dakwah itu seni...

    ya, selain usrah ada beraneka cara untuk mendekatkan diri pada agama. malah cara-cara tu adalah seni-seni yang ada dalam berdakwah. mungkin ada orang suka cara kasar, lembut, ceramah2, penulisan, atau macam2 lagi yang lain. usrah adalah salah satu daripada seni berdakwah. malah walaupun agak tertutup dan kecil-kecilan, tapi specialnya usrah ni adalah kebersamaan dan tarbiyyah yang berantai. fokusnya pada pembinaan individu muslim yang mukmin. malah saya sendiri, kalau lah bukan senior approach mungkin sampai sekarang saya takkan berada dalam gerabak ini. adakah akan tersesat dengan ideologi sendiri? wallahualam. tapi itulah, untuk mengajak orang lain sama-sama dalam jemaah, first memang perlu tunjuk contoh yang baik, kemudian ajaklah walau dengan cara apa sekalipun asalkan bukan paksaan. mungkin ada orang suka hasil seni kita tu, ada tak suka. tapi itu semua berbalik kepada bagaimana kita mempromosikan hasil seni kita tu.

    tapi saya sendiri pun, menyertai usrah ni pun belum menjamin saya berada dalam gerabak DnT ni. saya masih baru lagi dalam dunia ni. masih banyak yang perlu belajar dan belum bersedia menerima amanah yang sangat berat tu. tapi saya nak kebangkitan islam tu berlaku lagi seperti yang dijanjikan allah. kalau tak sempat saya saksikan sekurang-kurang biarlah generasi seterusnya. apa sumbangan saya untuk itu? inshaallah itu antara saya dengan allah. tapi saya sangat menyokong mana-mana usaha mentarbiyyah ummat islam secara individu bukan dari atas takut berlaku macam kat mesir dan libya.


    dan satu-satunya cara yang saya nampak, adalah dengan usrah. setuju tak? anda bagaimana?

    p/s: kalau ada cara yang better, saya janji akan terjun ke cara tersebut, inshaallah...