Monday, August 24, 2015

my wanderlust

Bila dah jauh merantau tiba-tiba develop satu minat. Minat untuk travel. Dah ada minat mesti bernafsu kan huhu. Tapi bila tengok / dengar orang pergi tempat-tempat menarik macam Paris, London, Rome, dll nafsu ni langsung tak memberi respon. Tapi bila tengok orang pergi Kampung Taliban kat Afghanistan, kaki gunung everest kat Nepal, sempadan Georgia-Russia, even tempat2 tak popular kat Msia ni......asalkan tempat tu tak ramai orang pergi....mesti ada rasa bergelora


BERGELORA!!

faham tak maksudnya?? Rasa nakkk sangat pergi situ T.T

Saya lebih suka melihat sisi lain sesebuah tempat tu drpda apa yg dikhabarkn. wA

Cuti ni pun...agak banyak merantau ke negeri orang. Mungkin hasrat ni secara tak langsung activate my conscious mind kat satu jenis kereta ni...wuuu...gerammm je tengok. Kereta 4x4 wheel ! hahha aku peratiii je...esp hilux and triton...sbb kereta ni best for both on-road and off-road. siap survey harga lagi...tak la mahal sgt tak sampai 100k pun huhuhu..

Apapun ni hanya nafsu semata-mata...agak2 nanti jadi doktor sempat ke nak buat roadtrip lama2? hhuhu.. jangan jadi camni;
beli kereta nak pergi kerja
pergi kerja nak bayar kereta

Wednesday, August 19, 2015

Paksakan diri pasakkan kaki di medanmu

Setiap tahun pulang ke Msia, tak pernah sama.
dari sekecil benda; kawasan kejiranan, kawan-kawan, keluarga.
kepada sebesar benda; politik, ekonomi, negara.

Alhamdulillah masih boleh tahan.
So far belum buat lagi benda2 bodoh hha.

Makin besar makin banyak perlu bekorban.
Makin besar makin banyak komitmen.
Bila banyak komitmen, makin besar medan.

Tu pun ada yang masih tak faham.
ikhwah, keluarga, kawan lama, customer, org jagaan kita,
bila senyapkan satu, belah tu kata futur.
bila senyapkan dua, belah tu kata sombong.
bila senyapkan tiga, belah tu kata tak amanah.
empat
lima
dan seterusnya...

Semua orang kita kena jaga hati
sampai takde masa untuk diri
hati kita pun tak terjaga

Sya pernah terfikir satu je solusinya, takyah balik Malaysia.
Tapi seorang jundullah takkan meninggalkan medan perangnya.

*Buat yang melabel orang lain futur hanya kerana tak balas mesej / tak datang usrah, tergamak ke fikir nak biarkan medan perang terbiar selalu ?

Takkan time cuti ni pun nak berkepit je sesama ikhwah ? Wahai, keluarlah kepada masyarakat. Dah 10 bulan ditarbiyyah, lagi 2 bulan tu allocate lah untuk beramal pula kepada keluarga dan masyarakat. Moga allah ampunkan kekurangan diri ini. Moga Allah ampunkan kita semua..

Lets get lost. the "lost and found"

GPS? Nahh. haha. I will never use that thing, i rather get lost than use it. Even if i know that i don't know how to get to my destination, eventually get lost. I will still never use GPS ! haha BUT, i usually look at map befroe the journey and after la at least.

I like getting lost. :)

Recently i watched Pirates of The Carribean on tv3. Heard this saying by Barbossa;
"For sure, you have to be lost to find a place that can't be found, elseways everyone would know where it was"
Yep, sometimes we have to get lost. To find 'the way'. To find ourself.

In order to find something, that something must be lost first. So if we never get lost, we will never be found.

So, make yourself lost. Then find your own self. Hahahha.

As much we have to fail to succeed, we have to get lost many times to find the way / yourself.

BUT if the road traffic is jam, then i will use GPS ;P


Plus, GPS is relatable to Islam.
Ppl tend to refer to Allah / Quran only thru problems.
Indeed, Quran is GPS for life ;)

the bottom line in this is, DONT. LOST. AND. NEVER. GET. BACK hha

Tuesday, August 18, 2015

A new phase in my photography world.

"I would rather spend a month in Iranian prison than shoot a wedding." said someone in a social media forum.

Lets not talk about photography first. Talk about something everyone (unfortunately not all) has; EYE. You know our eye possess 70% of receptors in our body. They need a lot of receptors in order to handle LIGHT-thingy. Thats enough to say how complex light is. Two small organs 1% of body weight have 70% body receptors. Even in physics, light-related-chapters are one of the most difficult topic, you have to know the amplitude, wavelength, and everythng that i forgot d. hha.

Ironically, photography is an art of light,,,you have to consider and know the light. Not merely theoretical things like in physics, but observabically ( <-- does this word exists? haha). In other word, how you see the light and photograph it so that ppl can see it in photo. Either manipulate the natural / artificial lighting or you yourself have to create the light. Then when you do it being paid, thats what make it more stressing.

Photography is high demand service nowaday. Doesnt matter how much they pay but they'd still expect high.

I have a lot of things to learn ! May Allah ease it for me..

Sunday, August 9, 2015

Aku

Bila disebut seorang ikwah itu pasti terbayang seseorang yang berbaju labuh (t-shirt, melayu, jubah), berseluar longgar, berkopiah, janggut terbiar, sentiasa berzikir, membaca quran setiap masa, menghafal banyak hadis dan ayat quran, petah bercakap agama. Yang lebih penting, perlu membawa sekurang-kurangnya satu usrah barulah beliau itu akan dikira betul-betul ikhwah yang osem. Lebih banyak usrah lebih tinggi mustawa dan 'darjat'nya.

Namun bukan niat untuk memuja apatah lagi memerli sterotaip-sterotaip ini. Bahkan sya akan memastikan diri sya dekat dengan ikhwah-ikhwah. Biarlah mereka dilabel sebagai 'malaikat tanpa sayap' atau 'penghuni syurga', asalkan mereka mengingatkan aku tentang islam dan menghangatkan iman dalam diri. Alhamdulillah masih diberi keizinan oleh Allah untuk merasai kehangatan ukhuwah itu.

Aku hanyalah manusia biasa, yang banyak dosa, tapi mengharapkan sesuatu daripada ukhuwah-ukhuwah islami ini. Takkan aku nak harapkan orang lain untuk menasihati aku selain daripada orang-orang yg bermujahadah utk perbaiki diri dan ummah. Bahkan tak guna aku minta banyak-banyak doa, adalah lebih baik meminta satu doa mustajab daripada 2,6billion doa yang tak mustajab. Yang penting, ikhwah-ikhwah sebenarnya bukanlah orang2 yang suka melabel seperti yang disebut-sebut. Aku yang tiada ilmu dan usrah ni pun tetap disebut ikhwah. Aku tetap diterima dan dipandang sama.

Aku hanyalah insan biasa.
Berbaju fit, berseluar skinny, berambut pacak.
Masih belum laju membaca Quran, kurang menghafal hadis.
Aku......tak layak menjadi ikhwah.
Tapi izinkan aku untuk terus bersama gerabak dakwah, ya Allah.

Biarlah terpaksa ber'ana anta', biarlah terpaksa join program, biarlah terpaksa memegang masuliyat. Hidup ini terlalu kecil untuk tidak bekerja keras untuk ummah.

Aku hanya hamba-Mu yang biasa tapi Islam memberi aku tujuan.
Izinkan aku untuk terus menyumbang untuk ummah.
Jangan singkirkan aku dari jalan ini, ya Allah.


Friday, July 31, 2015

Why need monopod if we have a hand and wide angle?

Sepanjang berkecimpung dalam fotografi selama 3 tahun, khususnya DSLR dan action camera, banyak perkara sudah saya belajar. Bukan sahaja secara praktikal, teori semata-mata tapi secara analogi kehidupan. Nak tahu pasal P,S,A,M mode atau ISO saya cadangkan tengok youtube je, cepat sket nak faham. Atau pm fb ye. hehe. Tapi untuk kali ni ada sesuatu yg rasa nak share.

Baru lah sekarang, saya rasa kalau WIDE ANGLE tanpa monopod adalah lebih baik, sebaliknya pakai monohand je. Tak kiralah samada ia wide angle lens dslr atau gopro, elakkan guna monopod. Gambar2 yang diambil tanpa monopod lebih cantik dan pelbagai. Kenapa?? Sebab bila ada monopod, kita yakin semua orang ada dalam gambar, so kita lebih bergantung pada post-editting (crop). Tapi kalau takde monopod, automatik kita akan ambil gambar pelbagai ketinggian, malah lain-lain angle.

So, kenapa guna monopod kalau ada tangan dan wide angle lens?

Dalam hidup, sama lah konsepnya. Kita perlu lebih terbuka. Luaskan pandangan dan pemikiran kita. Secara tak langsung kita mudah menerima pelbagai pendapat dan idea. Kita tak terkongkong oleh certain pegangan atau individu.

Bayangkan wide angle kamera adalah pandangan dan pemikiran kita.
Bayangkan tangan kita adalah gerak hati kita.
Bayangkan monopod adalah prinsip/orang luar.

Kita tak perlukan penghubung antara pemikiran dengan hati. Biarkan ia berhubung terus. Biarkan kreativiti kita mengalir keluar. Biarkan inside-out dan outside-in antara pemikiran dengan hati kita berhubung tanpa ada halangan.

So, elakkan guna monopod.

Masjid Negeri Kuching | 29 Julai 2015

"Rileks la mice, nape cuak."

Sebenarnya aku bukan cuak atau nervous tapi memang itu aku. Darah gemuruh orang kata. Apatah lagi kalau bercakap di khalayak ramai. Apatah lagi jumpa bakal bapa mertua huhuhu. Dan sumpah kelemahan ni sangat mengganggu. 

Pertama, kerana aku OP (bekas stdnt rmc) so expectation orang tinggi. 
Kedua, aku anak lelaki sulung. 
Ketiga, bapak aku bekas majistret and lawyer sekarang aktif bagi ceramah. So anak pun mesti petah bercakap ye dop?

Yang paling tak suka, bila semua yg difikirkan dan disusun untuk disampaikan, yang terlontar sedikit je. Lebih teruk, orang salah faham. hahhaha..

Entahhh...yang pasti, bercakap tu bukan medan aku. Tu yang aku paling benci tu.

Friday, June 26, 2015

Cebisan ingatan untuk mereka.

Meski jasad sudah menyertai hati di Malaysia, aku tertinggal sebahagian fikiran aku di Volgograd sana.

Fikiran aku bercampur-baur. Sahabat2 seperjuangan, adik2 dan senior2. Memikirkan mereka berpuasa 19 jam, cuaca panas kering, tanpa keluarga dan tanpa bazaar ramadan. Malahan sedang berhempas pulas mental dan jiwa untuk exam.

Mohon Allah kuatkan mereka di sana. Bahkan seluruh umat islam dunia ini. Masih terbayang di kepala video anak syria yg tak makan berhari-hari melainkan rumput. Ada yang terumbang ambing di laut minum kencing sendiri. Ada yang dipaksa makan di bulan ramadan. Bahkan hampir 1000 nyawa pergi hanya sebab cuaca panas. Masih teringat gambar iftar mujahideen yang sesekali memandang ke atas, seolah-olah menunggu bom jatuh.

Tiada kekuatan melainkan dari Allah.

Jadi kalau Engkau yang memiliki segala kekuatan...

Bagi mereka kekuatan ya Allah...

Bersabarlah sahabat2, rakan2, dan seluruh umat islam. Mungkin kalian tak merasa keselesaan yang aku sedang rasain ini. Tapi aku percaya, kemanisan sabar dan mujahadah yang kalian rasa...nikmatnya tak terkata manisnya.

Moga mujahadah kalian, tak sia-sia...Allah menilai dan Dia Maha Adil..
Moga manis kalian, adalah yg bakal dicemburui seluruh bangsa manusia di muka bumi hari ini.

The greater the battle, the sweeter the victory.

Tuesday, June 16, 2015

#InCaseYouForgot Taati ibu bapa

Hari ini kita sudah mampu berdiri. Sudah pandai berdikari. Sudah tahu membuat keputusan dan pilihan sendiri. Tapi masa kau apa2 pun tak reti, siapa yg dengan sabar dan bersusah payah menjaga dan mendidik kita? Ibu bapa! Mereka lah yg sentiasa di sisi. Merekalah yg menjaga dan memberi kamu makan hari2.

Cliche-nya cakap pasal sayang ibu bapa ni. Semua tahu lahh,,

tapi...tapiii

Tapi hari ini, kita mempersoalkan hak ibu bapa kepada kita. Kita kata kita dah tak perlukan ibu bapa! Kita mula pertikaikan ibu bapa.

Aku dah besar. Dah boleh kerja, dah boleh kahwin dah. Aku dah doktor kot. Takkan tu pun tak boleh. Tak rasional lah mak ayah ni.

helloooo tak kira lahh pak menteri ke bahkan sultan sekalipun. Itu semua bukan lesen untuk kita tidak menghormati mereka. Umur, kerjaya, pangkat kita langsung tak membatalkan hak ibu bapa terhadap anak. Kecuali satu je...kalau dah bersuami. ihikss. *so can u see the escape method ? hha no. *

Saja sama2 mengingatkan. Tapi ini lebih untuk diri. Just in case we forgot huhu. Ibu bapa wajib ditaati.

Takde rasa tak hormat pun. Cuma takut tiba-tiba ada rasa nak memberontak. *pernah ada laa
Dipaksa menulis........................................buku!!!!
Diharapkan buat short film standard pro punya! hha
Paling tak suka kalau dilabel anak harapan...adoii apalah sgt dengan diri ni.hhaha...iA ada rezeki nak turunkan semua ilmu2 ni kat adik beradik pulak..hhe

Apapun aku tetap percaya, apa2 yang datangnya daripada ibu bapa, selagi tak melawan hukum syarak, maka itu (bukan terbaik tapi) ada keberkatannya. Cukup lah kasih dan taat kepada ibu bapa, selebihnya kita tawakal.

"Kalau dulu aku ikut cakap parents aku, mungkin aku tak se-berjaya hari ni."

hahhahha...iyee?? *berjaya ke?? :p * entah-entah kalau kau ikut cakap parents kau, kau akan jadi lebih berjaya daripada se-berjaya-nya kau hari ini. wA.

p/s: kalau nak ikut diri sendiri pun, pastikan disertakan reda/doa ibu bapa. penting ni!

Macam sya pergi solo travel, kalau umi abuya tahu confirm diorang tak bagi. Sebab tu pergi tanpa minta persetujuan. Tapi tu lah, balasannya balik2 kena buat buku!!! hhahhahaa.. *tricknya, bagitau pergi solo a week before solo trip tu, tujuannya utk minta reda dan doa...and a-week-before is too late for them to say no! hihihi..

Bercakap tentang buku, iA sya bercadang utk fully design buku tu. Idea dah ada alhamdulillah. *tapi kena belajar guna adobe indesign dulu ;)

Moga dipermudahkan.