Thursday, December 20, 2018

IKRAM

Antara beberapa sebab kenapa aku sangat izzah dengan IKRAM adalah;

1) IKRAM lah satu-satunya jemaah haraki pertama yang berjaya menembusi soft spot hati aku. Aku pernah 'taken' oleh tabligh & HT tapi sebab ada benda-benda yang kurang setuju jadi aku tak teruskan.

2) Murobbi dan ikhwah-ikhwah sentiasa meletakkan ibu bapa sebagai prioriti. Family first. Tak pernah paksa aku walaupun aku menggunakan alasan family. Sampai ada mukhayyam yang meletakkan keizinan ibu bapa tu sebagai wajib buat.

Kali terakhir aku pergi liqa tabligh dulu bila naqib tu kata, 'tak perlu izin ibu bapa nak pergi pogram dakwah'

Kalau redha ibu bapa pun kita tak dapat, apatah lagi reda Allah. Itu prinsip aku, sekurang-kurangnya ada hadis yang menyokong.

3) Tarbiyyah IKRAM sentiasa meletakkan akhlak dan adab tu no.1.

Hasilnya boleh lihat dari peringkat akar umbi hingga ke atas.

Passion kami adalah menyebarkan islam dalam bentuk kasih sayang dan rahmah, baik dengan membantu orang yang memerlukan atau membangunkan modal insan dan muslim yang berwibawa.

Takde mengumpat atau mencaci orang atau jemaah lain.
Walaupun selalu kena maki & label kat med sosial, dalam liqo-liqo kami tak pernah kami merendah-rendahkan jemaah lain.

Hatta bila dalam syura membincangkan tentang perilaku objek dakwah atau mad'u, kami akan beristighfar di akhir syura agar terlepas dari niat membuka aib orang dan mengumpat. Benda yang tak membuahkan amal, tak perlu didedahkan.

Kalau nak dengar perbandingan jemaah, tak adil membaca di internet. Sebab ikhwah akhowat IKRAM tidak akan mengagungkan IKRAM sebagai jemaah terbaik, lagi-lagi nak merendahkan jemaah lain.
Dengar dari mulut kami sendiri tentang sejarah & misi visi kami.

Dan ikhwah akhowat takde masa nak banyak bising di media sosial, kerana bahasa kami adalah bahasa amal.

4) Tarbiyyah IKRAM menggalakkan ahlinya untuk kritis dan terbuka.

Boleh saja nak kritik kepimpinan, boleh saja nak bincang apa-apa ideologi malah fikrah lain. Tapi tugasan kena buat, mutabaah kena jaga. Hatta kau tiba-tiba nak keluar usrah...silakan. Kita tak judge. Murobbi senang hati,kan? hhe

Malah ukhuwah tetap diikat tanpa ada getaran sekalipun. Hak-hak sebagai sahabat & muslim akan tetap ditunaikan.


Monday, September 24, 2018

Terjebak

Bagaimana aku boleh terjebak dengan dakwah dan tarbiyyah?

Rezeki Allah bagi pada aku, aku ni jenis suka benda-benda spiritual ni. Sebagai muslim, spiritual ni kira agama lah. Masa sekolah rendah aku nak sangat masuk sekolah agama waktu petang. Bila umi abuya dah mampu sikit, masa tu darjah 5. Aku ingat lagi pergi jumpa ustazah sekolah agama, dia kata dia tak terima aku sebab aku takde basic. Serius aku sangat kecewa masa ni.. Kat sekolah pakai je songkok, tapi tak sekolah agama. Masa ni trend pagi kat SK, petang sekolah agama.

Sekolah menengah aku minta tolong kawan aku nak masuk maahad kajang. Kawan aku tu tanya ustaz/ah, dapat lampu hijau walaupun tanpa sijil sra. Plot twist pula aku ada skandal jadi aku tolak pelawaan kawan aku tu. Tapi masa tu femes friendster memang rajin membaca kat group islamik ni. Pergi maghrib kat surah stay sampai isya jalan kaki malam-malam, sampai satu hari tu kena gigit anjing. Form 4 form 5 kat mtd, kalau warden bertugas hari tu ustaz Z, rajin la aku stay kat musolla boleh berguru dengan ustaz. Sebelum POP aku minta nasihat ustaz, ustaz pesan kat kolej nanti, benda pertama buat adalah cari perkumpulan taalim gitu untuk jaga hati. Pernah join usrah tabligh jap 2 liqo.

tup tup sampai lah ke INTEC

Kat INTEC aku dan budak-budak RUSSA18 kena 'lasso'. Kena tajmik. Tapi masa ni tak tahu lagi modus operandi geng-geng usrah ni. Belanja KFC, jalan-jalan kat Cerakah...tup tup dapat ISK kat rumah abang Hazreen. Kat airport masa nak fly pun depa siap hantar lagi. Fuhh



Sampai je kat Russia, kami dikumpulkan. Diliqokan. Kalau tengok memang nampak la usrah mana harapan, usrah mana fun fun. Usrah aku masa tu kira tengah-tengah antara dua tu. Masa ni dah nampak modus operandi mereka ni, tapi layan je. Aku pernah fikir nak join usrah setahun je, dah tahun ke2 nak stop usrah. Nak belajar sendiri- dengar youtube, baca buku je. Masa ni dah pakat ngan groupmate yang nak dijadikan cerita dia quit sambung kat Malaysia atas faktor kesihatan. So aku takde geng dah nak lari dari usrah ni haha.



Aku memang takde background agama.

Tapi aku suka..
Aku dari kecil lagi memang mencari

Jalan menuju tuhan memang banyak, tapi bagaimana dalam banyak-banyak jalan aku terjebak dengan jalan ini....? aku pun tak berapa pasti macam mana..

Tapi inilah cerita aku...kadang-kadang aku pun tertanya kenapa aku

Cuma nak cakap satu je, bila dah terjebak dalam dakwah dan tarbiyyah ni semua benda jadi indah.

SEMUA.

Pendakian itu memang sukar, tapi ingin lari darinya lebih sukar.

Wednesday, August 15, 2018

al-akh itu juga seorang manusia

Antara ibrah terbesar aku kutip sepanjang menempuh jalan sepak terajang dnt adalah, tak kira betapa qawiy, lama ditarbiyah, genius sampai hafal semua teori IHAB pun hatta dijadikan rujukan atau idola semua..seseorang ikhwah atau akhowat itu....

di akhirnya adalah seorang manusia.

Ya,
murobbi mu adalah manusia.
akh qowiy itu adalah manusia.
super akhowat itu adalah manusia.
pakcik serba boleh itu adalah manusia.
hatta murshidul am juga adalah seorang manusia.

Manusia itu lemah (an-nisa 28), mudah terperdaya (infitar:6), mudah lalai (takatsur:1), tergesa-gesa (Isra:11), suka berbantah (Nahl:4), pelupa (zumar:8), suka mengeluh (Maarij 20), suka berprasangka (Yunus 36), suka berangan (Hadid 72)

Hatta gunung & bumi menolak untuk mengemban risalah ini (Ahzab 72)



dan sejak sekian itu..

setiap pertemuan dengan ikhwah, sering membuat aku tertanya..

apa yang membuat mereka terus tsabat?
bagaimana untuk terus kuat & tidak berputus asa?

dan aku...malu dengan diri aku sendiri

sampah!

Sunday, June 10, 2018

Politik part 2: Berpolitiklah dengan cinta

1. Walaupun PRU dah lepas, tapi isu politik masih dimainkan. Baik kerajaan, baik pembangkang. Jadi aku rasa masih fresh untuk menyatakan pendapat aku yang satu ini.

Aku ada terfikir andai kata dalam sesi taaruf (usrah, activism, kampus,etc) kita perlu menyatakan pendirian politik, pasti sedikit sebanyak dapat kita kenal peribadi dia. Sekiranya tidak ada pendirian dalam politik, cakna politik tapi non partisan, undi rosak, benci politik itu pun menandakan sesuatu. Tak daftar undi pun satu. Haha.

2. Sejauh mana kita mengatakan politik harus melihat perkara dasar & prinsip, ingatlah faktor ketiga yang (mungkin paling) kritikal iaitu PERSEPSI.

Manusia itu selain dikaruniakan AKAL, manusia juga pasti ada EMOSI.

Apabila emosi & persepsi berganding, dipangku oleh ego maka tidak ada yang dapat memecahkan pakatan itu hatta kebenaran & realiti itu secerah terik mentari musim panas di gurun Sahara. Aku pun tak terkecuali.

3. Kadang-kadang kita cuba rasional, tapi pengaruh emosi lebih kuat.

Kita sedar politik itu penting dan besar peranan dia dalam masyarakat apatah lagi negara. Ia tidak dibataskan oleh kepercayaan, warna kulit, kroni. Ia mestilah inklusif untuk golongan-golongan yang bernanung dibawahnya. Ia untuk semua.
Tapi kita melihat politik itu kotor, kejam & rumit. Kita nampak politik ni ketaksuban & kemacaian. Kita hanya nampak partisan. Kenapa ini boleh berlaku?

Sehingga peranan politik itu terlalu terikat pada perasaan. Namun itulah yang menjadikan politik itu manusiawi. Apabila ia selari dengan emosi dan perasaan.

YA

Politik itu memerlukan perasaan kerana politik itu salah satu sifat manusiawi.

4.. Oleh yang demikian aku kata- berpolitiklah dengan CINTA. Kerana cinta itu sifatnya malar hijau dan sentiasa segar (baca: evergreen). Cinta berlaku kepada semua orang. Cinta itu buta terhadap kaum, warna kulit, bangsa hatta pegangan. Cinta itu menjadikan suatu teori mustahil menjadi realiti, yang berat kan terasa ringan. Cinta mewujudkan rasa sayang dan komitmen pada yang memahami bahasanya. Cinta hanya mengharapkan natijah yang baik semata-mata terhadap apa yang dicinta.

Maka, politik memerlukan cinta.

Bukan kebencian. Bukan menghukum neraka. Bukan sumpah abu atau binatang. Bukan meneka niat hatta melabel membabi buta.

Bukan kebencian.
Bukan kebencian.
Dan bukan kebencian.

"Demikian juga kita mengharapkan agar bangsa kita mengetahui bahawa kita mengasihi mereka lebih dari diri kita sendiri. Kita mengharapkan mereka mengetahui bahawa jiwa-jiwa ini sanggup menjadi tebusan demi kepentingan mereka andainya ketinggian itu meminta tebusan. Jiwa-jiwa ini sanggup dicabut sebagai harga kepada keagungan mereka, kemuliaan mereka, agama dan cita-cita mereka andainya perkara-perkara ini memerlukan demikian." - Imam al Banna

Berpolitiklah dengan cinta, kerana indahnya islam itu kerana ia sejagat untuk umat manusia!

Saturday, June 2, 2018

TAMAN RAMADAN

Setiap kali Ramadan pasti ada naratif 'puasa bukan sekadar menahan lapar & dahaga'. Walaupun cliche tapi penting untuk kita betul-betul faham akan wawasan perintah puasa ini. Video ini (pada aku setakat ini) adalah yang terbaik menerangkan naratif tersebut; Ramadan sebagai madrasah pengukuhan organisasi oleh Ust Syaari Abdul Rahman. Bahkan ada disebut dalam sepotong hadis;
“Berapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak didapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (Hadits Riwayat Turmudzi)
Moga kita bukan yang dimaksudkan dalam hadis itu. Huhu.

Hatta Ramadan menyimpan banyak pesona menarik untuk kita hayati & fikirkan. Ia ibarat sebuah taman yang mempunyai aneka bunga, pilih saja mana satu ingin dipetik & disebarkan harumannya.

Ramadan ibarat bengkel menguruskan nafsu kita. Pada bulan yang penuh barokah & keampunan ini Allah rantai syaitan. Yang tinggal hanya kita dengan nafsu. Nafsu itu bukanlah untuk dihapus tetapi diurus. Istimewanya Ramadan ini kita belajar untuk mengurus dan membendung nafsu, untuk menjadi perisai buat 11 bulan seterusnya.

Disiplinkan nafsu, maka kita mampu menjadi raja! Puasa mengasuh individu muslim menjadi kuat & sabar. Apatah lagi dalam generasi millenial yang nak hasil kelip mata je, puasa melatih kita untuk menunggu.

SEKUNTUM BUNGA RAMADAN


Puasa juga bukan sekadar ritual keagamaan. Pernah sahabat muslim saya mengeluh akan lapar puasa, tapi diusik oleh sahabat india non-muslim;

"Kau ni puasa 18jam pun mengeluh. Fikirlah orang yang puasa 24/7"

Pada aku di sinilah bentuk Ramadan paling cantik.

Tak sekadar menahan lapar & dahaga, puasa membentuk nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa kita.

Ramadan bukan saja madrasah, bahkan sebuah wilayah solidariti manusia.

Sepertimana yang dicatitkan dalam hadis sohih Bukhari-Muslim, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw adalah jiwa yang paling pemurah, apatah lagi di bulan Ramadan.


Tuesday, May 29, 2018

Politik part 1: Politik itu graviti

1. Aku dulu tak minat pun politik tapi bila mula-mula jadi kuli AZAM Russia kena lah telan & hadam salah satu paksi mahasiswa aspirasi tunjang masa depan negara (haa gitu) iaitu POLITIK.

'Ahhh semua ahli politik sama je'
'Kalau menang pembangkang pun 2x5 je rasuah & korupsi ni'
'Kau letak la lembu bertanding, politik Malaysia ni semua partisan'
'Politaaikkkkkk'
Dengusan-dengusan individu yang bahagia hidupnya (where ignorant is a bliss applicable)

Dah tu kenapa perlu cakna politik? Politik yang bagaimana lagi?

Aku jawab,politik nilai.

Sekurang-kurangnya untuk yang baru nak acah-acah cakna politik macam aku ni, istilah politik nilai itu telah menjadi gear 1 aku untuk mula baca artikel politik & tonton video politik.

Sekurang-kurangnya politik nilai ni dah buat aku bertanya, kalau bukan orang baik & jujur ni berpolitik, pada siapa lagi kita nak berharap?

2. Jangan tanya aku apa tu politik nilai, aku dah lupa! haha. Tapi konsepnya jujur & amanah gitu lah. Politik yang berlandaskan nilai-nilai islam, bukan hukum & syariat islam semata-mata. Nilai ni lebih luas & universal sesuai dengan landskap politik yang merangkumi semua lapis & warna warni masyarakat.

Dari sini juga aku kenal politik ni lebih luas. Dari segi maqasid syariah. Fiqh Awlawiyat. Tahaluf siyasi. Ijtihadi vs fardi.
Bahkan melalui pembacaan politik aku dapat la gambaran tentang ideologi-ideologi yang tak pernah diajar di sekolah- sosialis, komunisme, liberal, sekular. Sikit-sikit baca pasal ekonomi (ni paling susah nak hadam haha).

Politik ni macam pintu doremon!

3. Bila sudah bertahun mengikuti perkembangan politik, menjadi pemerhati yang pasif. Satu je aku dapat- kecewa, kecewa, kecewa. Eh 3 kali tu. Satu benda tapi bertingkat-tingkat! Apa yang aku nampak semua sama je! Kita yang kat bawah ni tersepit.

Perang persepsi.
Pecah amanah.
Islam yang sempit.
Strategi yang pramatang.
Tindakan tanpa asas.
Sesi pembodohan rakyat.
Pengkhianatan.
Taksub & ikut membabi buta.
Teori konspirasi.

Semua ini menjadi sangat sebati dengan landskap politik Malaysia. Sampai satu masa aku rasa Malaysia ni macam dah takde harapan. Sampai aku hilang kepercayaan pada politik bahkan pada sumber berita tentang politik.

Pendek cerita, satu hari akh Fikri Ahmad menulis status di instagram peribadi dia,

'Politik itu ibarat graviti.'

Ya, hidup kita baik yang dah berlalu, kini & akan datang tidak akan lepas dari tempias politik pemerintah ni. Kepulangan ke Malaysia setahun sekali pun sudah cukup memberi gambaran rakyat makin dicekik & tertekan. Kalau dibiarkan begini, kasihan generasi anak cucu aku nanti.

Pilih parti politik ni macam pilih calon isteri. Silap pilih, merana seumur hidup. XD Politik ni lebih-lebih lagi PRU14 baru-baru ni, kalau silap pilih, merana Malaysia 7 keturunan (ok ni over)

Tuntas yang dibuat, politik nilai itu terlalu idealis. Solusi-solusi yang ada terlalu retorik untuk dilaksanakan. Di sinilah timbulnya KONFLIK antara idealis dengan realiti.


Wednesday, April 18, 2018

Allah tunjuk.

Kalau Allah nak tunjuk, dengan apa cara sekalipun boleh.


Berbeza orang yang kenal DnT melalui persatuan/jemaah, dengan
kenal DnT melalui islam.

Di bumi Soviet ni para pendahulu berusaha untuk TIDAK melibatkan elemen-elemen jemaah ni dalam amal-amal dakwi & tarbiyyah di sini.

Alhamdulillah masa aku ditarby dulu pun, kenal jemaah-jemaah ni setelah hampir 2 tahun.

Tarbiyyah sampai fikrah islam mantap & matang. Yang lain-lain letak tepi dulu. Ya memang pernah ada pendahulu yang datang dari rahim jemaah yang berlainan, tapi akhirnya semua harmoni dalam satu gerabak. Tidak ada masalah.

Matlamat hanya satu, nak suburkan bumi ni dengan islam.

Yang jadi masalah apabila ada kader yang ingin membrandingkan jemaah dia di sini. Bukan 1 tapi 2.

"Kita ini daie milik ummah, bukan parti/jemaah"

Ayat ni aku petik sendiri daripada dia, tapi akhirnya dia yang akhirnya....khianat. Maaf cakap.
Masa bersama kami, tak responsif. Kerja selalu saat akhir. Bila terjumpa 'sinar' jemaah dia di sini, sangat proaktif pula.

Yang selama ni aku ceritakan masalah, qadoya dengan segala kebimbangan...rupanya dialah dalang di sebalik masalah yang sedang menjalar.

Kecewa.

Ya Allah peliharalah bumi ini daripada melahirkan kader yang berfikrah kepartian.

Monday, April 2, 2018

LAST CAKAP PASAL SUKAN, LEPAS NI AKU DIAM

Intervarsity games datang lagi dan alhamdulillah semua baik-baik saja. Tiada gaduh-gaduh. Cuma perasaan tu datang lagi. Aku malas la nak cakap kan tapi fikiran tu menghantui aku, lebih teruk kali ni mengganggu DnT aku.

Perasaan macam mana eh?

Dari zaman sekolah rendah lagi, aku memang cemburu dengan atlet ni. Nak kata tak cuba, aku rasa macam-macam aku buat dulu masih tak jumpa tempo dalam sukan. Lebih cemburu dulu masa crush aku pun menaruh hati kat pemegang rekod pecut & striker sekolah. Haih. Haha.

Bukan tak cuba tapi memang tak boleh.

Misalnya untuk VIG ni pun aku train tiap-tiap minggu sampai 2-3 kali seminggu untuk berbulan-bulan. Siap timbang kat rumah beberapa kali seminggu. Tapi tup tup orang yang datang latihan saat akhir, training pun seminggu sekali je, pastu dia lah yang lagi mantap & main masa game dan sumbang pingat.

Dulu lah, aku pernah ada fikiran sampai rasa lebih baik aku ni tempang atau buta supaya aku ada alasan konkrit kenapa memang tak perform dalam sukan.

Jadi ni mungkin kali terakhir aku cakap pasal sukan kot. Peluang terakhir Allah bagi tapi aku tetap gagal. Satu je nak cakap, aku benci kat diri aku sebab ni! Entah lah tapi sumpah aku benci gile kat diri aku haha. Allah je tahu betapa aku menyumpah diri aku 24 jam sejak VIG hari tu. Aku langsung tak dapat main sebab aku lopek sangat. Ada kalanya aku benci dengan orang-orang yang boleh bersukan ni.

Benci faham tak? Benci gile babii macam tu.. haa kat diri sendiri la tapi

Tapi aku memang reda pun. Segala yang Allah jadikan tu adalah dengan hikmah))

x x x

Apapun ada la sesuatu tahun akhir ni yang aku buat jauh dari zon selesa aku. Sukan telah menarik aku keluar dari zon selesa aku cuma silap benda, sebab aku rasa sukan telah campak aku ke gaung murung yang sangat dalam sampai aku tak tahu macam mana nak bangkit semula..

Ok cukup Ubadah cukup XD

Yang penting adalah kali ni banyak pengalaman ditimba dan kawan-kawan baru

x x x








Saturday, February 3, 2018

MALAYSIA MEMANGGIL PULANG

Soalan popular ditanya bila dah tahun akhir, "Lepas grad plan nak buat apa?"

Pernah tanya seorang ikhwah merangkap super senior, apa nasihat untuk kami yang tak lama lagi akan pulang ke tanah air. Malaysia dah memanggil-manggil. Kena persiapkan diri. Selama ni asyik perhati je dari jauh apa kerajaan buat pada negara (baca:kita). Kena juga fikir apa kita boleh buat pada negara (baca: kerajaan). Maka inilah masa paling sesuai (dan mesti) untuk kita fikirkan.

Jawapan yang dijangka dari beliau- dah nama pun ikhwah- mestilah tentang tarbiyyah:
'balik nanti kena cari usrah dulu'
'nak futur jangan lama-lama'
'kena menabung untuk kecemasan'
'blabla...'

Tapi lain pula jawapannya- dah nama pun ikhwah- mestilah sedikit sebanyak dah sebati dengan dakwah. Ibadah menghadap masyarakat. Maka nak ubah dan bantu masyarakat ni mesti ada dalam rangka hidup para duat. Tak boleh terpisah.

...ikhwah tu jawab, (maaf kalau kasar)
"Kita kena bersedia dengan masyarakat yang level pemikiran dia sampai kita pun tak boleh nak brain."

Jelasnya, "kadang solusi kita macam ni" sambil tangan kanan diangkit menegak ke atas, "tapi tahap pemikiran diorang macam ni" tangan kiri lurus ke bawah.
"Ana pernah jumpa blablabla..."

Hari ni aku lagi laaaagi faham.

--Kes adik Vasanthapiriya yang menggantung diri akibat dituduh mencuri iphone gurunya. Sebelumnya, dia didera emosi dan maruahnya di hadapan rakan-rakannya.
--Kes adik Aina Nabihah yang menemui ajal di tangan seorang ayah yang durjana. Bayangkan kudrat seorang askar ditumpukan kepada budak 9 tahun.
--Kes campak kerusi dari bangunan 21 tingkat hingga meragut nyawa adik Sathiwaran dalam sekelip mata. Sebelumnya pernah tular kes campak peti ais.
--Bakar tahfiz
--Bapa rogol anak
--Buang bayi
--Kembar buaya
--Kes ragut yang berleluasa
--Undi Rosak *oops*
--dll
.
Tak dapat terima ini Malaysia😣
.
6 tahun duduk Russia. Bukalah VK, Bloknot, Komsomolskaya Pravda, Vsyo Dlya Vas. Seganas-ganas Russia seperti yang digambarkan media pun, tak pernah jumpa cerita macam tu dan sewaktu dengannya.

Pernah seorang doktor kat Hospital Serdang cakap kat aku macam ni,
"Pergi Russia ni awak akan alami dua kali culture shock. Pertama, mula-mula di Russia. Kedua, pulang ke Malaysia nanti."

Dah 6 tahun baru faham. Dalam konteks yang lain pula.

Ini baru aspek sosial. Baru nampak sebenarnya di Malaysia ramai golongan yang memerlukan bantuan & 'rawatan'. Di sinilah peranan kita.

Di peringkat peribadi, kita perlu mengambilnya sebagai cabaran yang membina diri untuk lebih lasak, menambah ilmu, berazam dan lebih berusaha untuk memperbaiki diri. Lebih cakna..

Hilang kata-kata.
Berdoa, moga Allah bantu Malaysia.