Thursday, August 2, 2012

Russa: H.I.B.J.

assalamualaikum wbt

280712 (8ramadan1433)

pogram iftar dan ihya ramadan intec 2012 anjuran HEP dengan kerjasama RUSSA.


bila ada duit, dapat kebenaran, maka nak buat projek memang jadi senang. tapi nak mengimarahkan projek tu agak mencabar sebab kita takleh nak paksa orang datang. kalau paksa, orang lagi tawar hati nak datang. sbb memang lumrah hati susah menerima sesuatu yang kasar. nak ajak orang pun cam berdakwah, kita hanya mampu menyampaikan. dan soal hati tu hak Allah. thats why tawakal yg paling tinggi adalah tawakal ketika berdakwah. sbb kita jus promo, dia nak pergi atau tak itu ketentuan Allah. tapi alhamdulillah yg hadir mengimarahkan pogram hibj mencapai sasaran. :)

sebab tu orang yg tak nak kawin awal ni ada yang sebut, nak bina masjid senang, tapi nak mengimarahkan masjid susah. nak kahwin awal? tanya diri, dah cukup ke ilmu dan persediaan nak mengimarahkan masjid anda?? haha tak pasal2 cakap pasal kahwin plak,




selama merancang pogram ni bila ada masalah kadang2 rasa leceh. lepas satu, dua. lepas dua, tiga. blablabla. penceramah tarik diri la, budget dipotong, pogram terpaksa bertukar jadi umum, banyak clash dengan aktiviti pogram lain, duit tak cukup, makanan, dulang, kena marah an ustaz dll. ye la kita merancang tapi Allah pun merancang. tapi kan seolah2 segalanya dipermudahkan. mungkin semua tu sekadar ujian bukan penghalang. :) alhamdulillah, betul kata ust afuan, benda baik Allah bantu.

tapi bila ada team yg hebat, nak imarahkan pun senang apatah lagi nak menjayakannya :)
tema gambar: ukhwah :D *eh mana lagi 7 org :O
sebelum ni sya hanya fikir pogram ni adalah salah satu pogram yang kami anjurkan sebagai sumbangan kepada agama *terutamanya* dan intec. tapi bila wakil jpkca (mpp) sebut, "terima kasih kepada ruskoj *russa!* kerana sebenarnya kami yang patut anjurkan pogram ni tapi tahun ni kami tak buat walaupun ada kesempatan"  bila dia kata camtu terdetik dalam hati sya, "tapi Allah telah memberi ilham dalam hati sorang sahabat kami untuk anjurkan pogram ini" seolah2 pogram ihya ramadan intec tahun 1433H ini diamanahkan oleh Allah kepada kami. subhanallah mesti banyak hikmah yang Allah nak sampaikan kepada kami, cuma nampak tak nampak je. haha. hope takde yg terlepas pandang. :p

terima kasih penceramah2 di atas pengisian ilmu kpd kami.
terima kasih cikgu hassan kerana meluluskan pogram kami.
terima kasih ust afuan yang telah banyak membimbing kami.
terima kasih majalah JOM di atas majalah JOM.
terima kasih sahabat2 yang mengimarahkan pogram ini.
terima kasih jga kpada yg mendoakan.
jazakallah. semoga Allah membalas jasa baik korang!
terima kasih jgk Allah, Tuhan semesta alam. :')
salam. :)

1 comment:

Post a Comment