Sunday, December 30, 2012

assalamualaikum warahmatullah

saban hari, tiap2 kali bukak tumblr,,, mesti penuh dengan cerita2 tentang syria. sampai tak sampai hati nak baca dah. tak sama baca tentang pembunuhan org palestin/syria sbb diorng inshaAllah mati syahid. tapi cerita2 penyeksaan dan rogol!! x kurng juga yg memesongkan aqidah!

http://freesyria.tumblr.com/post/39118139508/tw-rape-she-was-a-student-of-aleppo-university

maaflh andai kami tak mampu buat apa2 bwat msa ni,huhu:(

sungguh, rejim bashar laknatullah sgt kejam. ya allah binasakan mereka cepat2 plzzz,,, israel zionis 100000000000000000000000000000000000000000000x lagi baik!!!!!! oh israel bukan bashar tu anti-israel ke? hapus je lah bashar tu cepat2, baru lh ngra kau aman sket,, erkk israel mana ada negara. i mean baru lah aman kau menumpang kat palestin tu.

---------------------------------------------------------------------
(update)

Saturday, December 29, 2012

mereka terlebih hebat, atau kita yang backward. ??

assalamualaikum warahmatullah

dulu kat tumblr sya ada follow satu blog ni. sgt menarik and infomasi. tertarik sgt dgn blog tumblr dia, kebetulan kat tumblr dia ada link facebook, so sya add. sbb sya tengok blog tumblr dia sgt istiqamah pasal isu palestin, tak mcm segelintir org (mcam sya) yg time palestin/syria kena serang je smgt nak post2 kata kemarahan n tukar dp. lagipun kita sesama muslim kan bersaudara jd cam teringin la nak add.

http://globalisetheintifada.tumblr. com/

tadi bukak fb, nampak dia share statement ulama german. then ada beberapa orang yg cuba argue dgn dia. sya pun baca satu persatu comment2 mereka. and ada sorang tu (yg merah) nampak sangat dia ni jenis anti-islam. walaupun dh jawab dengan jelas mesti ada je jawapan dia. pelik. and kalau lah sya ada kat tempat yusuf sya rasa tak tahu nak jawab apa. hebat2 walaupun dia hidup kat UK yg confirm tak islamik.

takyah baca perbualan mereka pun takpe. saja capture sbb nak tunjuk. ni pun tak habis lagi actually, malas nak capture lagi.

btw apa yg menarik sangat kan pasal dia ni sampai sanggup baca satu2, pastu capture, pastu update kat blog lagi. ha! nak tahu tak? umur dia kan sebaya dengan sya!! :O tu yang sya sgt tertarik dgn dia, i mean tertarik utk kenal dia. woah! umur sebaya dh mampu nak berdebat pasal isu dunia islam. seriusly sya rasa cam backwardness gila. tu lah kan, mula2 kagum ar dgn dia, sbb lebih ke hadapan, tp fikir2 balik entah2 sya ni yg ketinggalan ke belakang. sedangkan sya hidup 19 tahun dalam suasana sekeliling islam. muslim yg tinggal tempat asing yg nampak keislaman mereka. cam kat russia la contohnya.

lagi satu pernah tgk kan video ni--->
percaya tak? lelaki yg memimpin ikrar tu umurnya setahun tua dari kita. lahir 1992. hebat kan? sekarang dia diburu rejim bashar laknatullah, sape yg dapat bunuh dia dpt berapa ratus dollar entah and dia dah selamat drpda 3 cubaan membunuh dia. mashaAllah. betapa hebatnya dia menggerakkan rakyat syria walaupun dia masih muda. nama dia apentah,,,,,ha! abdel basit saroot. try la search kat mana2. asalnya dia penjaga gol je kot. skrng jadi salah sorng penggerak utama rakyat syria kat tempat paaalinggg teruk perang, homs.

so kita mcam mana? esp yg laki2 la---> sya. eh sya perempuan. juz nak beri peringatan pada diri la, nak sedarkan diri ni yg backward gler, turunkan ego especially. omputeh kata, comparison steals ur joy. yup setuju! sbb comparison turunkan ego kita. kan bagus camtu. kang tak pasal2 ego tinggi sama mcm iblis plak.

pesan ustaz sya dulu;
soal dunia, comparekan diri dgn org paling hina.
soal akhirat, comparekan diri dgn org paling mulia.

inshaallah. sma2 kita mengingati.
pssstt,, cuba tgk comment terakhir si merah tu, ayat dia--> religion is the whole community, you cant define one just on the book/teaching but the action of its people.

nampak tak? so instead of kita kata--> muslims are not perfect, islam is. so better kita SHOW islam tu sendiri. jgn diri kita jdi fitnah utk islam itu sendiri tp base on apa si merah tu kata dah menunjukkan umat islam sndiri dh jd fitnah buat islam. nauzubillah. ok cukuplah tu,, tulisan kali ni byk ditujukan pda diri sya sendiri. tgh makan dalam gler ni huhuhu. smpai dh kenyang makan dalam. k hambar.

salam.

Thursday, December 27, 2012

betul2 nak tegur, atau sebab lain? :O

assalamualaikum warahmatullah

kat sini adalah salah satu fasa baru dalam hidup sya. selari dgn jiwa generasi muda ni yg dikaitkan dengan naik turun sesebuah tamadun/bangsa, jadi generasi saya ni sangat lah genting highland tett. entah la apa yg sya nak cakap kat sini macam2 lagi orang yg sya jumpa. so banyak la yg sya belajar kat 'fasa baru' ni. maybe personaliti diri yg mmg pendiam mnjadikan sya ni as observer~. sya suka observe esp pasal benda hidup, hoho. maybe sbb tu juga sya suka photography yg melibatkan manusia/haiwan sbb banyak moment n detik yg boleh disimpan. kadang2 dgn satu gambar pun ada cerita. mcm org putih kata; a picture speaks more than a thousand words. :p erkk,,,nape tak masuk2 point lagi ni,,,,,tak pasal2 cakap pasal photography,, hambar la weyh,,

ok, direct to the point, sejak beberapa benda yg berlaku, ada la satu persoalan yg menyerabutkan kepala hotakk sya. masalahnya kalau persoalan tu terjawab takpe, tapi sampai sekarang masih tergantung. masalah tentang tegur menegur ni. mcm2 dh yg sya fikir, malah dah 2 ceramah sya download tp tak menjawab persoalan. depress faham x?! kalau ada persoalan yg tergantung.

senang cite, pasal---> menegur.

bukan actually.

dan baru sekarang saya sedar, sebenarnya perkara pokok yg menjadi persoalan adalah bukan soal menegur, tapi pihak mana yg betul. antara dua pihak tu. antara golongan U dgn golongan xU. confuse~ sampai asyik garu kepala *tetiba*. [minum maccoffee jap]

pendek cerita, tadi sya baca lastest post ust pahrol dalam blog beliau. subhanallah. betapa tersusun dan indahnya penulisan beliau,, sememangnya logam dia sgt bersinar dan dimanfaatkan. malah apa yg sya baca sebentar tadi menjawab persoalan sya!! sya tak menangis k time baca td!! ada org tanya? tak kan. tp terharu ar hahaha. cehhhh. try lah baca (click sini), sgt bermanfaat, tapi kalau tak berkesempatan lg baca lh petikan2 beliau ni yg sya sgt lyublyu;
 kekadang ada yang jadi begitu berani menuduh tanpa bertemu empat matapun
Ada  pihak yang menegur pihak  lain… yang dakwanya tidak beradab, tetapi ironinya nada tegurannya itupun sudah tidak beradab. Ada yang mendakwa ingin menjunjung akhlak Islamiah, tetapi ironinya kepentingan akhlak itu telah dibela dengan cara yang tidak berakhlak. Masyarakat tiba-tiba tertusuk oleh satu persoalan, apakah semua ini kerana perbezaan ilmu atau hanya kerana kepentingan diri dan puak? 
Kesihanilah masyarakat yang umumnya masih rendah tahap ilmunya (malah masih tidak terkawal emosinya) – jangan sampai gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah atau terlebih sudu daripada kuahnya.
Justeru dalam dakwah dan didikan mesejnya tidak lain melainkah keindahan, keamanan dan kasih sayang – antara Allah dengan manusia (habluminallah) dan antara manusia sesama manusia (habluminannas)!
lagi satu yg sya belajar, kalau kita tak mampu nak pertahankan prinsip kita tak semestinya kita salah. sbb mungkin kita tahu secara unconscious mind , bukan conscious mind. by dr ubadah. mesti korng x faham an? hehehe panjang ceritany actually.

so konklusinya, tegurlah dgn berakhlak dan ilmu,, bukan sebab tak puas hati.

anyway, recently annoying la dgn segelintir org yg suka menghukum sesuka hati tanpa merujuk fatwa ulama. bak kata abu naufal ra; org yg menghukum setiap persoalan yg ditanya, org tu gila. (ada dlam buku mutiara kata ibnu qayyim yg warna putih). tahu tak even saidina umar al-khattab ra pun bila ditanya tentang hukum beliau akan mengumpulkan pada tentera badar utk minta pendapat. ok!!!jujur la, esp pasal kapel n ucap slamat hari christmas. kbye. *actually dh lama da annoying

salam.
*pringtn utk dri jga. kalau salah tolong betulkan, jgn senyap je, sya tau sya bwat salah kdg2 cuma harapkan org tegur je. ty :) *tetiba touching

Friday, December 21, 2012

pemurdah--> pembawa maruah agama. jgn jdi fitnah!

salam.

sya tak tahu apa masalah sya. tapi mesti sakit hati tengok,,,,,,,k sya taknak generalize-kan,, sakit hati tgk segelintir mereka yg berpurdah. sbb apa? enntaaaaahhhhhhhhhhhh,,,, mcm ada sumthing je tp yg penting tak puas hati yg tak mampu diungkapkan dgn kata2. tp cam ada je perasaan tak puas hati tu. yang niqab tu ok, saya sgt kagum, tp yg berpurdah tp bergaya tu.
yg first sya sgt respect. yg second tu,,,,,
lagi2 yg menonjolkan mata yg mempesonakan. ya allah...sya taknak la generalize-kan,, tp cam td kat fb sya nampak stu gambar ada 5 perempuan, 2 purdah, 5 tudung labuh. percaya tak yg tak berpurdah tu juz diri n senyum je (ada sorng je yg posing),,,sejuk je tgk 'perhiasan2 dnia' tu. TAPI yg berpurdah 2 org tu sorang posing (ala2 cangkuk camtu) sambil bwat peace and tgn satu lagi angkat tinggi,, purdah sorang lagi diri bwat peace jgk tp kepala senget cam gedik2 siap bengkokkan badan ke depan lagi,. ya allah sampai sya berkata dlam hati pakaian tak melambangkan akhlak. betul sya tak tipu. dulu pun sya pernh jumpa perempuan berpurdah tp bersanggul di kepala. ya allah.

entahh la,, sori lah, sya tak layak pun cakap pasal benda2 wanita ni. tp sya bercakap atas dasar org yg melihat. sya rasa org lagi tergoda kalau tgk wanita yg berpurdah + mata bercelak + fesyen. pendek kata yg berpurdah tp tabarruj (hias lebih2an). malah sya rasa kalau anda decide nak bepurdah jgn sikit pun berfesyen. setotet pun NO! serius,,,anda sebenarnya adlh fitnah bagi org2 laki yg alim2. org yg alim2 tak suka yg seksi2 tp tertarik pda wanita yg bertudung labuh apth lagi yg bepurdah. so anda yg bepurdah ni pun actually dugaan jgk tau,,, kalau wanita seksi dugaan utk laki2 bkan alim, wanita berpurdah adlh dugaan utk lelaki2 alim.

bagi yg memilih utk berpegang pd hukum wajib bepurdah tu, pesan sya as seorng lelaki yg baru nak kenal agama ni,,,, plzzz,,,,,jangan over2 sgt. SEBAB ANDA MEMBAWA NAMA ISLAM!!!! (lebih2 lagi di negara yg tak ramai bepurdah) lagi satu banyakkan dan selalukanlah dan biasakanlah dan tiap-tiap hari-kanlah refresh niat anda. sbb sya pernah terbaca, pakaian kita tu bole jd punca kepda sma ada bongkak atau ujub. sbb tu ada ustaz apentah pesan kalau nak jd tawadduk, besederhanalah dalam berpakaian. jangan dalam erti kata mencari tawadduk, tapi jadi takabbur. nauzubillah. tengok!!!hanya kerana segelintir sya hampir buruk sangka pd anda semua. sooorrryyyy. last nak pesan--> moga istiqamah.

mybe sya ni kot yg ada masalah hati tgk org bepurdah.LOL. astagfirullah,,,, tegur andai sya silap.
salam.

pssttt----> actually sape2 pun pembawa maruah agama. cuma diorng ni lebih lagi ar camtu haha

makin kuat kita sakit-pain-bol, kita makin kuat. *bergantung

assalamualaikum warahmatullah
sejak terjumpa ayat tu, yg kini berlegar2 di kepala ooootakkkk sya ni, jadi sya cadang nak tulis kat blog ni hahaha. nak salurkan~fiuuu~ sebab sya ni cepat pelupa! haha. baru sejam lepas je pun jumpa. sbb td scrolling2 tumblr, best la tumblr sbb banyak nasihat yg sesuai dgn jiwa jiwang ni. malahan cara penyampaiannya yg melalui gambar tu.hehe. ok, taknak promote tumblr! kalau ramai ada x best t xde privacy hahaha,,cehhh apa je  pun ada kat tumblr sya tu. stkat reblog2 je. takde sape nak follow. hoho

ok pasal ayat tu, mula2 baca sya fikir perrghhh mendalam btul maksudnya. tapi cam terfikir la jugak,,bukan kah kedua2nya sama je ke? bila sesuatu terjadi and kita patah hati, depress and down. pastu dalam tempoh tu kita akan membina semula kekuatan/keyakinan. eventually kita akan move on juga sbb perkataan terbaik nak menggambarkan kehidupan adlh, ia berlalu. malah ada quote kata, makin sakit kita jatuh, makin kuat kita bangkit. cam bola, makin kuat kita lantun ke bawah, makin tinggi ia akan lantun. tapi yg menentukan tahap kekuatan kita setelah bangkit itu bergantung pd apa yg kita bwat utk recover. konsepnya sama mcm immunity sistem badan kita. hee

ok,,, turn to the main point. errrr what i wanted to say just now???? see. forgot already. *tetiba pa angliski* nway does anyone recognize this saying if you don't know someone's pain, you can never understand them. found it recently during maraton watching naruto,,hehehe since long time havent watch/read it. but i like it. and the saying was from Pain himself. (pain = a character in anime naruto) hahaha. and imo if we want to understand someone better, know his/her pain causers.

just saying.
salam.

before that, whatever pain/difficulty we suffer (its ur choice), allah wont test us beyond our limit. everyone knows that. see Q2:286. bye.

Thursday, December 13, 2012

aqidah; yang pertama dalam 'maqosib syariah'!

assalamualaikum warahmatullah

121212. cantik kan tarikh hari ni. mesti ada yg kahwin hari ni,, best la diorng haha. haah, ia sekadar nombor, tp special kan nombor tu? nak ingat senang, and unik. kalau tarikh 1212 je tak lain tak bukan dalam minda mesti teringat kaklong, sbb bufday dia! then kat fb tadi baru tahu, tarikh 1212 adlh tarikh dimana keputusan mahkamah singapore menyerahkan hak penjagaan Natrah kpd ibunya yg dh murtad di belanda (tahun 1950), malah diberikan hak menentukan agama natrah. nak tahu apa yg terjadi pastu di tanah melayu? baca lah ni;



tapi sedih sgt, tgk dokumentari natrah pun,, akhrnya dia ke belanda dan dimurtadkan ibunya, nauzubillah. tapi nampak tak? betapa kagumnya sya bila tahu org2 islam dulu sanggup datang dari utara selatan timur dan barat,,turun ke singapura sebab nak memprotes keputusan mahkamah. malah dgn berjalan kaki dan berbasikal! bayangkan, mereka memprotes sebuah empayar dunia!!!! mashaAllah! dan sya teringat plak kes 271112 baru2 ni, bila mahkamah perak menyerahkan hak penjagaan 3 org anak kepada ibu yg dah murtad. innalillah...tp kenapa time tu senyap je? tapi sya dapat tahu pun dari satu blog;
Muallaf Islam Gagal Mendapatkan Hak Penjagaan Anak
utusan 27nov12 Mualaf gagal merayu berhubung hak penjagaan anak

perasaan muslim mana yg tak terganggu kalau seorng kanak2 islam yg innocent dimurtadkan oleh ibubapa dia? time tu baca frust gler,, first pasal keputusan mahkamah, second; bila tahu yg salah seorang peguam yg bela si murtad tu adlah muslim!!! malah ni kan kes muallaf, jadi kenapa jabatan agama islam tak membantu?? parti2 politik yg mempertahankan islam tu mana?? tipu ar tak tahu, sya yg tak baca paper ni pun tau la! and kalaulah mereka semua membantu, sya rasa tak perlulah si muallaf tu minta bantuan sbyk rm60k untk bayar kos guaman!

benda ni soal AKIDAH! lagi penting dari isu palestin,, malah lagi penting dari hukum hudud!!!

jawablah kalian nanti kalau disoal oleh Allah, mybe sya ada alasan. cisss 2x5 je rupa2nya. kan?

astagfirullah al'azim,,,

nway,,juz nak sampaikan je, sama2 kita doakan akidah 2 orang mawar islam dan sorang pedang kecil islam tu terpelihara oleh Allah. sesungguhnya Dia lah Al-Wakil, sebaik2 pemelihara!

btw maqosib syariah tu apa? ha! soalan yg selalu ustzh nabila tanya dulu kan. maqosib syariah tu adlh perkara2 yg wajib dipertahankan, kalau mati kerana mempertahankan perkara2 tu, inshaAllah mati syahid. *thanks to luqman yg masih ingat nama tu*

agama/aqidah
nyawa
maruah/keturunan
harta
akal
(by priority)

Tuesday, December 11, 2012

#volgo. paintball.

assalamualaikum warahmatullah

weekend baru2 ni sangat meletihkan. hari sabtu hari tu kelas dari pagi sampai petang,, then malam tu pogram mentor mentee. habis pogram tu kami ada training menari sbb 2 minggu lagi first year kena bwat persembahan. ahad plak kami bdak2 laki first year join paintball!! satu team 8 orang, smua team kitorng first time main, hahaha,, smua kalah!haha:D nasib baik first year, kalah pun tak malu sangat :p best gler sbb perang dalam kawasan hutan, so cam ada feeling perang skit hoho,, dah la gerak ke sana pun sebelum matahari terbit, balik pun selepas matahari terbenam.
tapi bwat malu je kalah smua game,, tu lah, dah kata dah kena bincang strategi. diorang degil! hehehe,, takpe perang main je, t klau dah perang betul2 nnt who knows,,,,mesti ada strategi ea, jgn main redah je. haha. chill~! :) letih, aishh baru perang sehari kowt dah letih,, apo ni? hahaha,, next year inshaAllah ada rezeki join lagi kowt,, best oo 'bunuh2' org. haha:p

hope weekend kali ni dpt rehat,,huhu
salam.

if bukan tu yg diminta, inshaAllah yg terbaik lh tu k,,yaqin!

assalamualaikum warahmatullah

aturan Dia tak la seindah mana, tapi tu lah yg terbaik. sape lah aku nak pertikaikan aturan Dia. betul eh? hmm,, kalau nak berfalsafah takkan selesaikan masalah pun. tp tu bukan falsafah pun, sekadar ayat nak tenangkan diri je. mula2 ingat nak post kat fb je, tp perlu ke? lepas ni kalau bole elak la post2 yg tak perlu eh uba. lagi satu nnt ramai baca, and faham cara yg berbeza. haah, masing2 ada ego masing2, pemahaman masing2, cara masing2,,tp kita kan ada panduan, rasa nya kalau kita berpandukan pada dua benda tu, inshaAllah takdelah beza2 pendapat,,,,satu kata haram, satu kata harus. satu kata jangan satu kata takpe. yg penting kita berpegang pd dua tu and berpijak pada bumi yg nyata inshaAllah kita tak sesat.

btw, last week punya usrah asyik tangguh2 je, and baru bwat td. first time bwat time rabocii dyen. and sya dah nampak reason kenapa Allah tangguhkan ke hari ni, yg pd mulanya sya terfikir "kenapa lah bwat hari isnin, nak beli barang dapur, esok ada test latin n presentation n test bio plak tu, baju nak hantar dobi dh penuh stu bag".  bukan tak suka, tp sbb bwat tempat lain jadi take time utk balik, pastu nak mandi, makan.huhu,,tp td sya nampak kenapa Allah jadikan usrah sya hari ni. sya terfikir, nasib baik bukan esok lusa or ahad ni!! kalau lewat sehari je sya tak tau la apa jadi kat sya malam ni,,

tp dalam usrah td, walaupun topik langsung tak berkaitan, tp ada satu part tu naqib sya bagi hadis,,,yg seolah2....................seolah2 Allah sengaja je keluarkan hadis yg tak berkaitan dgn topik tu tp untuk ditujukan pd sya! subhanallah!!  baru je mula2 usrah tu, sya perlekehkan Allah, *astagfirullah.....* sbb topik yg sya harap and doakan tak jd topik usrah,,,,,,,,,malah apa yg sya dapat dalam usrah hari ni, adlh lebih yg sya harapkan. dapat makan mee bandung! :D err bkan yg ni,,sbb tu lah kot nama nya pun bulatan gembira.

tp,,,,,,kegembiraan sya dlam hati time tu terpadam di akhir2 usrah. malah sorang sahabat menangis sbb kami dimaklumkan tentang satu berita kematian. al-fatihah utk arwah.

semoga roh beliau ditempatkan bersama2 org2 soleh. aminnn,,,

apapun, yakin, aturan Allah itulah yg terbaik. inshaAllah doa takkan putus.. and,,,
saat kita tak punya siapa2 pun selain Allah, Allah tu lebih dari cukup. tp yakin ke Allah terima diri ni? ok!!STOP!!!stop smua persoalan,,,kerja x siap lg ni! kena study lg utk esok,,,,jap ea bio, biar sya settlekan latin dlu,,,,,,,,*x berani nak jwab soalan tu actually huhu

salam.

Friday, December 7, 2012

bila berada di bumi yg asing~ as a muslim :)

assalamualaikum warahmatullah

sebelum ni sya dengar orang kata, bila kita berada di tempat yg asing kita akan lebih menghargai islam. tapi so far, sejak tiga bulan kat sini, yang sya dapat simpulkan, bila kita berada di tempat asing sensitiviti kita pada halal haram akan menurun? mungkin, sebab kepayahan hidup kat tempat asing ni. macam mam fauzana kata, hidup kat sini adlh soal adapting. tapi salah! hidup kat sini more to surviving! sbb sgt berbeza dgn negara asal kami; terutamanya makanan, cuaca dan bahasa. maybe kat certain negara yg lain bole la guna istilah adapt, tapi kat sini kena survive kot. sbb tak sama survive dgn adapt. entah2 sama je, sya je yg over2 LOL. tapi seriusly kat sini perlukan banyak skill2 untuk hidup senang. esp memasak la,, susah la klau tak pandai masak. lagi satu cuaca,,tak mcm yg sya bayangkan huhuhu,ni tak salji lagi ni. taktau la camne bdak2 nizhny n moscow,diorng lg sejuk kowt,,haha and one more thing is bahasa.  mujurlah kitorng ada basic sikit2,,sgt membantu pergerakan dan life kat sini,,hehe

actually time mula2 kat sini dlu, ada sorang senior chinese cakap kat sya camni, "aku jamin lama2 nanti kau makin tak kisah pd mkanan halal haram akan berkurang." seriusly time dia ckap tu rasa tergamak jgk, tp sya tak nafikan sbb baru2 tu dah ada contohnya, tp taknak cite kat sini. even baru2 ni pun sya jumpa org yg pernah pesan pda sya jgn beli daging/ayam sbb diorng tak sembelih,,, tup2 sya jumpa dia tgh makan beef kat canteen uni semalam,, speechless dia bila sya tanya.lol, bukan la nak kutuk, dia tak salah pun, ada senior kata bole je makan klau dijual ahli kitab, asalkan yakin and baca bismillah inshaAllah halal. tp tu sya nak tunjukkan la yg mula2 dulu dia strict, tp skrng sensitiviti dia dah kurang,,huhuhu..

pasal lebih menghargai islam, wallahualam. so far tak rasa pun,, sama je cam dlu. cuma kat sini, since islam tu asing kat sini, and muslim kat volgo ni pun bole kata as golongan minoriti, jadi as org asing, kita akan rasa betapa manisnya ukhuwah sesama islam. tu lah yg sya rasakan sekarang. rasa happy sgt bila jalan2 tetiba ada org bagi salam. and lagi happy bila diorang tegur2 and nak kenal2 dengan kami, lagi2 muslim russian, sbb muslim russian adlh muslim yg pegangan islam mereka sgt kuat, kalau bagi salam mesti diorng yg start dlu, then masyaallah bila jemaah dgn muslim russian, most of them jaga kesempurnaan saf! even klau jemaah pun dia humble gler, diorng slalu pelawa kitorng yg jadi imam. and bayangkan camne mereka practice islam dgn cuaca yg ekstrem sejuk atau panas,,serta cabaran kerajaan bekas komunis,, mesti tough. ya Allah, hebat btul diorang. kagum :)

rasa2nya disebabkan life yg tough la diorng jd muslim yg tough. sbb diorng lebih menghargai islam daripada muslim ngra islam sendiri. sbb bagi mereka, merekalah wakil islam di negra russia ni. kita (sya) kat malaysia soal2 agama ni juz harapkan org2 agama je,,,sbb mereka wakil islam kat malaysia, eh? mereka je eh? tak! kita pun membwa maruah islam. kita smua duta islam!

so,,, pesanan khusus utk diri sendri, kat mana2 pun anda berada, ingatlah kita ni membawa nama islam. jangan kerana kita sendiri menjadi fitnah utk islam itu sndiri.

percaya atau tidak, sebenarnya konsep dakwah itu sendiri sebenarnya ditujukan untuk mengislamkan non-muslim,,,tp zaman skrng dah lari konsep huhuhu. so kalau kita yg muslim ni jd org yg selalu lewat, yg selalu ponteng lecture, yg selalu fail camne lh yg non-muslim nak pandang. kdg2 nampak non-muslim yg lebih bagus dari kita,,huhu *peringatan utk diri jga*

salam.

*inshaAllah ada 6 tahun lg. mungkin dalam tempoh tu lah Allah akan tunjukkan segala hakikatnya yg sebenar. :) baru 3 bulan dah bwat konklusi hohoho.. last skali, doa2 kan sya di sini. moga terus kekal dlam iman,,amin,,

tegur terbuka = membogelkan (imam syafie)

assalamualaikum warahmatullah

hari tu sya post sumthing kat facebook. sebenarnya sya juz nak share kata2 en.gabbana je tp taknak la share secara direct, jadi sya post la tentang situasi semasa sya. kebetulan time tu tengah lecture economy. agak begang la jugak time lecture tu sbb kita nak study, tapi org2 belakang bising. walaupun lecturer dah marah diorang still bising jgk, mentaliti tak macam budak uni. so dalam post tu sya cam kutuk2 ar diorang,, then ada la orang komen, first abuya. komen abuya sya nampak abuya nak share sumthing je, tp secara tak langsung terselit satu teguran kat situ, abuya tulis, "bangsa yg makanan rujinya nasi lebih suka pendam, dan cakap belakang",, zapppp!! makan dalam gler,,haha. tapi takpe sya terima je,, and tetiba plak ada sorang senior tegur "kalau boleh tegur je face 2 face, senang." time ni tetiba hati mengeras!! mujurlah next komen dia cam biasa2 je,,,actually sya dah prepare dh apa2 yg dia nak balas. yang sebelum ni sampai hati dia bwat kat abg ***** camtu, mmg dia betul, tp sejak benda tu sya dah tak pernah nampak dh post2 n perkongsian2 agama dripada abg ***** lg. huhuhu betullah orang puteh kata, one comment can kills a big dream. imam ghazali kata benda paling tajam apa? ya, lidah!

sbb kadang2 kita kena hati2, ada kalanya kita tegur org yg menegur tpi sebenarnya kita yg salah. memang lah tegur secara terbuka tapi takdelah sampai mention siapa,,supaya org yg salah terasa n org yg tak salah boleh ambil ibrah. dan kita yg serang dia secara open tu yg salah sbb seolah2 kita merendah2kan martabat dia. sampai imam syafie pun ada kata, "teguran secara terbuka itu ibarat satu penghinaan". sekurang2nya bila kita tegur terbuka bukanlah kita mengkhususkan org tu je, tp ibrah untuk semua so apa yg salahnya? hakikatnya memang betul pun apa yg ingin disampaikan, cuma cara je salah,,k?

seolah2 kita tegur secara terbuka org yg menegur secara terbuka.

and tak lupa jugak nak cakap,,, dalam beragama ni kita jangan ekstremis sgt. bersederhana je. islam ni agama yg universal and mudah, so jangan lah nak memberat2kan. even Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda maksudnya: “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ENTAH LAAAA!!!!

hahaha.

pendek kata, semua perkara adlh ikut KEFAHAMAN masing2. mungkin kita dengar benda yg sama, tapi faham cara berbeza2. so,,,, so berhati2lah, pandang lah dengan mata hati. guna spekmata al-quran dan sunnah hehe :)

-------------------------------------------------------------
ok, pasal posting sya hari tu kan,,, ada kwn2 sya kata, uba sekarang dah racist lah,, hahaha.. btw, frist sekali sya nak kata thanks la sbb cakap camtu at lis sya sedar sebelum terkena. second, sya nak nafikan sbb actually sya tak pernah kisah pun pasal bangsa2 ni, even before ni pernah diorang mintak sya nota lecture first aid, sepatutnya diorng mintak diorng lah kena datang cari sya. tapi atas dasar nak tolong, sya sendiri yg cari dia kat hostel ni semata2 nak bagi smua nota,, sya siap collect2 lagi dri senior2 utk kasi kat dia. malah sya seronok dpt kawan dgn org luar negara hehehe :p x racist pun *hopefully :p

sebenarnya dulu pernah la jgk benci ngan org asing especially pendatang, tapi sejak usrah kat intec dulu, pernah naqib sya sentuh pasal isu perkauman ni. yg paling terkesan bila dia kata "kita tak tahu mungkin mereka lebih mulia di sisi Allah berbanding kita tapi kita ktuk2 mereka. so tak ke Allah marah?". lagipun sya kan bakal doktor, kalau dapat patient yg sya benci camne lah nak ikhlas nnt. thanks untuk ex-naqib sya atas nasihat ni,, smpai sekarang sya ingat hehe :)

btw, jzkallah utk smua yg pernah tegur2 n nasihat sya :) salam
“Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.” imam syafie.
muhasabah utk dri jgk,,,, tp sya terfikir, salah ke kalau teguran kita tak kata sape2, supaya dgn satu teguran tu semua ambil pengajaran? bak kata abg razi, peluru tak bernama. :O tgk niat sebanar kan2?

nak delete blog la,, haha ye ye je

assalamualaikum warahmatullah

dari 2 minggu yang lepas lagi, sya terfikir2 rasa cam nak delete la blog ni. tengok2 asma dah mendahului, hihi,, so takyah la..hahaha. ada la satu sebab tu,, and lagi satu sebabnya adalah sekarang sya cam dah takde kebebasan bersuara, i mean bertulis hehe. entah la sekarang apa yg sya tulis bole jadi isu, ada jgak yg kawan2 cakap2, senior2, naqib pun baca jadi cam diorang pernah la jadikan blog sya tu as topik perbualan. entah la, sya tak selesa sgt camtu, sya bwat blog bukan sbb populariti pun, huhuhu.

sebenarnya,, kadang2 tu sya takot if apa yg sya tulis kat sini jadi satu fitnah bwat diri sya sendiri. sya taknak jadi cam orang kata; kat alam maya hero, realiti zero. jujur, sebenarnya sya ni bukan lah jenis camni,,yg banyak idea camtu. klau anda suruh sya cakap di hadapan ramai pasal apa yg sya tulis pun, sya rasa dripda banyak2 yg sya tulis tu hnya seciput je yg mampu sya cakap. hehe,, ye itulah sya. sya jenis orang yg tak pandai bercakap.

lagi satu bila sya menulis kat blog apa2 pendapat kan, seolah2 sya ni jenis orang yg cakap belakang plak huhuhu. sampai sekarang sya tak dapat lg keberanian nak berkata di hadapan khalayak,, ya Allah kalau lah Kau bagi aku keberanian itu, mesti banyak benda sya nak sampaikan pada semua. kadang2 apa yg terlintas di fikiran juz telan camtu je, hadam n hilang. kan best logam kita bercakap.hehehe. ni tulis je pandai,,lol. takot jgak klau expectation orang pada kita tinggi, tapi rupa2nya hampeh. sbb sakit tau bila kita hancurkan harapan org pada kita,,, kan2?

TAPI,,,

sya tetap bersyukur dengan siapa sya sekrang, walaupun sya tak perfect,hambar,,, banyak kekurangan tapi sya ni pun salah satu ciptaan Allah,,,hehe entah apa yg sya ckap ni,??:p hahaha,,tak touching keyh.

percayalh,,manusia, kita semua ni,adlah masterpiece Allah taala. woah:D haha salam. :)