Friday, December 7, 2012

tegur terbuka = membogelkan (imam syafie)

assalamualaikum warahmatullah

hari tu sya post sumthing kat facebook. sebenarnya sya juz nak share kata2 en.gabbana je tp taknak la share secara direct, jadi sya post la tentang situasi semasa sya. kebetulan time tu tengah lecture economy. agak begang la jugak time lecture tu sbb kita nak study, tapi org2 belakang bising. walaupun lecturer dah marah diorang still bising jgk, mentaliti tak macam budak uni. so dalam post tu sya cam kutuk2 ar diorang,, then ada la orang komen, first abuya. komen abuya sya nampak abuya nak share sumthing je, tp secara tak langsung terselit satu teguran kat situ, abuya tulis, "bangsa yg makanan rujinya nasi lebih suka pendam, dan cakap belakang",, zapppp!! makan dalam gler,,haha. tapi takpe sya terima je,, and tetiba plak ada sorang senior tegur "kalau boleh tegur je face 2 face, senang." time ni tetiba hati mengeras!! mujurlah next komen dia cam biasa2 je,,,actually sya dah prepare dh apa2 yg dia nak balas. yang sebelum ni sampai hati dia bwat kat abg ***** camtu, mmg dia betul, tp sejak benda tu sya dah tak pernah nampak dh post2 n perkongsian2 agama dripada abg ***** lg. huhuhu betullah orang puteh kata, one comment can kills a big dream. imam ghazali kata benda paling tajam apa? ya, lidah!

sbb kadang2 kita kena hati2, ada kalanya kita tegur org yg menegur tpi sebenarnya kita yg salah. memang lah tegur secara terbuka tapi takdelah sampai mention siapa,,supaya org yg salah terasa n org yg tak salah boleh ambil ibrah. dan kita yg serang dia secara open tu yg salah sbb seolah2 kita merendah2kan martabat dia. sampai imam syafie pun ada kata, "teguran secara terbuka itu ibarat satu penghinaan". sekurang2nya bila kita tegur terbuka bukanlah kita mengkhususkan org tu je, tp ibrah untuk semua so apa yg salahnya? hakikatnya memang betul pun apa yg ingin disampaikan, cuma cara je salah,,k?

seolah2 kita tegur secara terbuka org yg menegur secara terbuka.

and tak lupa jugak nak cakap,,, dalam beragama ni kita jangan ekstremis sgt. bersederhana je. islam ni agama yg universal and mudah, so jangan lah nak memberat2kan. even Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda maksudnya: “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ENTAH LAAAA!!!!

hahaha.

pendek kata, semua perkara adlh ikut KEFAHAMAN masing2. mungkin kita dengar benda yg sama, tapi faham cara berbeza2. so,,,, so berhati2lah, pandang lah dengan mata hati. guna spekmata al-quran dan sunnah hehe :)

-------------------------------------------------------------
ok, pasal posting sya hari tu kan,,, ada kwn2 sya kata, uba sekarang dah racist lah,, hahaha.. btw, frist sekali sya nak kata thanks la sbb cakap camtu at lis sya sedar sebelum terkena. second, sya nak nafikan sbb actually sya tak pernah kisah pun pasal bangsa2 ni, even before ni pernah diorang mintak sya nota lecture first aid, sepatutnya diorng mintak diorng lah kena datang cari sya. tapi atas dasar nak tolong, sya sendiri yg cari dia kat hostel ni semata2 nak bagi smua nota,, sya siap collect2 lagi dri senior2 utk kasi kat dia. malah sya seronok dpt kawan dgn org luar negara hehehe :p x racist pun *hopefully :p

sebenarnya dulu pernah la jgk benci ngan org asing especially pendatang, tapi sejak usrah kat intec dulu, pernah naqib sya sentuh pasal isu perkauman ni. yg paling terkesan bila dia kata "kita tak tahu mungkin mereka lebih mulia di sisi Allah berbanding kita tapi kita ktuk2 mereka. so tak ke Allah marah?". lagipun sya kan bakal doktor, kalau dapat patient yg sya benci camne lah nak ikhlas nnt. thanks untuk ex-naqib sya atas nasihat ni,, smpai sekarang sya ingat hehe :)

btw, jzkallah utk smua yg pernah tegur2 n nasihat sya :) salam
“Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.” imam syafie.
muhasabah utk dri jgk,,,, tp sya terfikir, salah ke kalau teguran kita tak kata sape2, supaya dgn satu teguran tu semua ambil pengajaran? bak kata abg razi, peluru tak bernama. :O tgk niat sebanar kan2?

No comments:

Post a Comment