kat sini adalah salah satu fasa baru dalam hidup sya. selari dgn jiwa generasi muda ni yg dikaitkan dengan naik turun sesebuah tamadun/bangsa, jadi generasi saya ni sangat lah genting
ok, direct to the point, sejak beberapa benda yg berlaku, ada la satu persoalan yg menyerabutkan kepala hotakk sya. masalahnya kalau persoalan tu terjawab takpe, tapi sampai sekarang masih tergantung. masalah tentang tegur menegur ni. mcm2 dh yg sya fikir, malah dah 2 ceramah sya download tp tak menjawab persoalan. depress faham x?! kalau ada persoalan yg tergantung.
senang cite, pasal---> menegur.
bukan actually.
dan baru sekarang saya sedar, sebenarnya perkara pokok yg menjadi persoalan adalah bukan soal menegur, tapi pihak mana yg betul. antara dua pihak tu. antara golongan U dgn golongan xU. confuse~ sampai asyik garu kepala *tetiba*. [minum maccoffee jap]
pendek cerita, tadi sya baca lastest post ust pahrol dalam blog beliau. subhanallah. betapa tersusun dan indahnya penulisan beliau,, sememangnya logam dia sgt bersinar dan dimanfaatkan. malah apa yg sya baca sebentar tadi menjawab persoalan sya!! sya tak menangis k time baca td!! ada org tanya? tak kan. tp terharu ar hahaha. cehhhh. try lah baca (click sini), sgt bermanfaat, tapi kalau tak berkesempatan lg baca lh petikan2 beliau ni yg sya sgt lyublyu;
kekadang ada yang jadi begitu berani menuduh tanpa bertemu empat matapun
Ada pihak yang menegur pihak lain… yang dakwanya tidak beradab, tetapi ironinya nada tegurannya itupun sudah tidak beradab. Ada yang mendakwa ingin menjunjung akhlak Islamiah, tetapi ironinya kepentingan akhlak itu telah dibela dengan cara yang tidak berakhlak. Masyarakat tiba-tiba tertusuk oleh satu persoalan, apakah semua ini kerana perbezaan ilmu atau hanya kerana kepentingan diri dan puak?
Kesihanilah masyarakat yang umumnya masih rendah tahap ilmunya (malah masih tidak terkawal emosinya) – jangan sampai gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah atau terlebih sudu daripada kuahnya.
Justeru dalam dakwah dan didikan mesejnya tidak lain melainkah keindahan, keamanan dan kasih sayang – antara Allah dengan manusia (habluminallah) dan antara manusia sesama manusia (habluminannas)!lagi satu yg sya belajar, kalau kita tak mampu nak pertahankan prinsip kita tak semestinya kita salah. sbb mungkin kita tahu secara unconscious mind , bukan conscious mind. by dr ubadah. mesti korng x faham an? hehehe panjang ceritany actually.
so konklusinya, tegurlah dgn berakhlak dan ilmu,, bukan sebab tak puas hati.
anyway, recently annoying la dgn segelintir org yg suka menghukum sesuka hati tanpa merujuk fatwa ulama. bak kata abu naufal ra; org yg menghukum setiap persoalan yg ditanya, org tu gila. (ada dlam buku mutiara kata ibnu qayyim yg warna putih). tahu tak even saidina umar al-khattab ra pun bila ditanya tentang hukum beliau akan mengumpulkan pada tentera badar utk minta pendapat. ok!!!jujur la, esp pasal kapel n ucap slamat hari christmas. kbye. *actually dh lama da annoying
salam.
*pringtn utk dri jga. kalau salah tolong betulkan, jgn senyap je, sya tau sya bwat salah kdg2 cuma harapkan org tegur je. ty :) *tetiba touching
No comments:
Post a Comment