Sunday, June 8, 2014

pre-jaulah turki.

tengah2 study week pulak terfikir benda.

untuk jaulah ke turki nanti, saya ada hubungi seorang ikhwah. dia ni ikwah yang dicadang arwah ammar pada saya dulu andai kata arwah tak available nanti katanya. tapi ikhwah ni menolak untuk membantu saya dengan cara menyuruh saya cari travel agent. memandangkan saya solo backpacker and nak jimat, saya memang takkan guna agent. orang kedua yg dihubungi pula, suruh saya cari orang tempatan je. perasaan masa ni rasa hiba sangat. kecewa. saya bukan meminta tolong berupa wang, tenaga kerja, masa atau khidmat,,cuma,,,nak TUMPANG LUGGAGE je!

sedangkan di fb mereka, masing2 menyambut ikhwah2 moscow datang dengan layanan yang istimewa. mungkin kerana saya telah didoktrin dengan ikatan ikhwah2 akhwat2, ikatan yg katanya sehidup semati? jadi saya percaya urusan saya di sana akan mudah dengan bantuan mereka. tapi tidak. jadi sebab tu saya sedih. :(

ya.
saya bukan seorang ikhwah.
kedatangan saya di sana tak membawa apa2 manfaat pada mereka.
baik berupa wang, ilmu mahupun tenaga.
dan mungkin mereka deengan ikhwah2 moscow dah diikat dgn bonding USKAB.
mungkin saya tak patut tolak pelawaan naqib saya,
untuk join USKAB pada summer break yg lepas.
:(
menyesal ke?
takkk sebab waktu saya dgn family, adalah lebih berharga!

tapi alhamdulillah melalui research sendiri, saya harap tempat ini menyelsaikan kekusutan ini. saya tak mahu bawa beg 20kg jauh2 hihi. khidmat ni nampak lebih murah dan dipercayai:
http://bagaj.co/eng/
jazakallah kheri akhi google :p

jadi jaulah turkey saya yang salah satu tujuannya adalah utk mentaarufi ikhwah2 di sana, gagal walau belum pun jejak kaki ke sana. tapi saya harap allah akan gantikan yang lebih baik. mungkin berupa pengajaran mahupun pengalaman. iA. malah saya akan terus travel secara solo nampaknya hihi. masa tu takde sape2 melainkan saya dengan Allah. saya harap ketawakalan saya pada allah taala melebihi kebergantungan saya pada ikhwah. mungkin itu apa yg Dia ingin sampaikan pada saya.

dan melalui burung juga, kalau kita amati betul2,
burung yang terbang solo itu mempunyai sayap yang paling kuat
berbanding yang terbang beramai2.
:)

apapun, jangan sampai ikatan ikhwah akhawat kita abaikan konsep muslim itu bersaudara. no exclusivity and islam is for all!

p/s:
untuk jaulah turki dan bangkok nanti,
planning sejak setahun yang lepas,
moga allah permudahkan, dan bukan sulitkan.
dan dengan "gagal" mencari ikwah dan menolak jaulah dgn ajnabi,
ia hanyalah permulaan,,,dan moga allah reda,
sebab utk jaulah kali ini, saya mengharapkan pelbagai hikmah dan pengalaman.
biiznillah.

bismillahi tawakal hu alallah.

ok! sambung study smula!! >.<

5 comments:

Anonymous said...

semoga kebergantunganmu terus kuat hanya pada Allah. selamat berjaulah! :)

Ubadah Zabidi said...

aminn,,lazakallah kheir :)

Ubadah Zabidi said...

*J

etie aziz said...

uba, baca btol2 tau sejarah turki tu.. kalau dah betol2 faham sgt seronok.. :) nnti pegi sana boleh amek ibrah banyak2..

Ubadah Zabidi said...

hehe iA kak etie...noted!! >.<

Post a Comment