Friday, November 13, 2015

Sirip berganti sayap.

Hakikatnya rasa yang ditanggung terlalu berat. Masa yang diharap mengubat luka tersebut, sebaliknya memberi peluang buat syaitan mencucuk-cucuk. Jatuh bangun berulang kali. Hembusan nafas penat..penat. Penat untuk menanggung perasaan. Tak mampu menambah lagi beban perjalanan. Lepas satu, satu, dan lagi dan lagi. Akhirnya aku reda.

Aku bagaikan ikan yang mati!

Hidup jangan follow the flow je. Only dead fish follows the flow. Haruslah melawan arus! Tapi bagaimana kalau sirip yang aku harapkan untuk melawan arus, koyak rabak? Kalau dulu aku kuat dan tsabat kerana KEBERSAMAAN, tapi aku hampir tumpas kerana kebersamaan. Aku ditinggalkan.

Tapi aku terima. Cuma...

Ikan,...kalau siripnya koyak, akan tumbuh semula. Sirip baru.

Aku akan tetap tsabat. Cuma kehangatannya tak bersangkut paut dengan ukhuwah lagi sebagai yang utama. Tapi ukhuwah tetap penting, komponen penting dalam misi ini. Bahkan ukhuwah lah yang menyebabkan ramai sangkut di atas jalan ini. Ukhuwah adalah teras, ukhuwah adalah dadah, ukhuwah adalah landasan. Ukhuwah adalah penguat!

Tapi aku menemui penguat yang lebih agung.

Aku tak kuat. Tak perlu aku ceritakan betapa lemahnya aku, betapa rapuhnya hati, betapa nipisnya iman aku. Kalau cerita mesti menyampah. lol.

Aku tak kuat, tapi aku ada Penguat.
Allah.

Kini aku bukan saja boleh berenang, tapi terbang ! Sirip berganti sayap ! <--k ni overr..kasi chance nak berimaginasi sket ;)

No comments:

Post a Comment