Monday, February 29, 2016

BEBAN.

"Taknaklah jadi ahli AZAM. Bukan tak suka AZAM, tapi tak suka kena cop."
"Apa maksud kena cop? Skeptik atau high expectation?"

"Dua-dua."
"..."

Sedikit mindsetting di sini, AZAM bukan lah tujuan. Tapi azam hanyalah wadah untuk mencapai tujuan. Tujuan yang lebih besar sehingga bumi dan gunung-ganang pun menolak tugasan ini. Lalu manusia yang bodoh itu sanggup memikul beban itu.

Dilemma 'orang azam'
Orang berekspektasi kita jadi baik selalu,
tapi masa yang sama
orang skeptik kita dengan prasangka-prasangka mereka..
mana satu yang mereka mahukan?

Menjadi daie bukanlah satu kemuliaan, tapi adalah BEBAN.
Diuji dengan 4 penyakit hati..sentiasa..setiap masa...
Benda sunat pun dah jadi kewajiban..
Lalai adlah kesalahan berat buat daie..
Futur itu satu malapetaka buat sang daie
Bahkan tidak menaikkan 'merit' untuk ke syurga

Menjadi seorang daie bukanlah bererti menjadi mulia
Lebih ramai orang bukan daie tapi lebih tinggi darjatnya berbanding semua daie
Hatta kalau ilmu & amal itu kayu-ukurnya, pasti aku bukan calon apatah lagi seorang daie
Bisikan-bisikan "dia ni lebih layak menjadi daie dari aku" sering buat diri tertanya
perasaan serba salah sering menyelubungi diri
Mengapa aku yang dipilih di jalan ini?
Bukankah lebih baik tidak faham jadi tidak jatuh kewajiban beramal

Pilihan dan peluang sentiasa ada, samada untuk terus mara atau sebaliknya
di jalan yang tiada penghujung ini
tapi aku sudah jatuh cinta...masakan aku memilih untuk berhenti
jalan ini memberikan aku TUJUAN

WHAT WILL YOU LIVE FOR?
WHAT WILL YOU FIGHT FOR?
WHAT WILL YOU STAND FOR?
WHAT WILL YOU DIE FOR?


ya allah, bagaimana Kau letakkan aku di atas jalan ini
kekalkan aku hingga ajal menjemput


Agak-agak siapa aku 10 tahun akan datang?

No comments:

Post a Comment