"Kalau kau tak setuju kenapa kau ikut je? Aku taknak jadi pak turut !"
"Kenapa tak pernah cerita dari awal lagi? Saya berhak tahu !"
Seorang level99 overly-attached person, sorang lagi terbalik - tak mendapat self-belonging yang diharapkan. Masing-masing overthinker, sensitif. Aku pun overthinker, sensitif. Bezanya aku tiada tempat pun nak disalurkan semuanya, sebab aku tak bijak menyusun kata-kata. Segala yang difikir, dirasa hanya mampu berlegar-legar dalam hati. Bersimpul-simpul. Walhal ianya hanya sebuah perasaan, ia mampu melukakan hati. Perasaan yang terpendam terasa beratnya dipikul secara fizikal.
*keduanya - mata kemerahan, sedut2 hingus*
Keduanya menangis... (disclaimer - aku tak pandai pujuk orang ye).
Because i was once an overly-attached person, who was then discovered that he didnt belong to the group he was overly-attached to. Those feelings, those tears. I know...i feel it
Perasaan itu...
air mata air mata yang pernah jatuh..
hmm..
gedik je semua tu haha (me saying to myself)
Bukan aku pak turut, tapi bila kau dah jumpa jalan yang telah memberi "arah" yang betul, pilihlah jalan itu tak kira apa halangannya.
Bukan aku taknak cerita, tapi aku tahu kalau cerita pun takkan mengubah apa-apa.
Bukan aku taknak bangkang, tapi tak pandai menyusun kata laa hha.
Dunia ni memerlukan kita memikirkan benda-benda yang lebih besar berbanding persoalan-persoalan kecil. There are many BIGGER THINGS that we should be mattered in. Think abt ummah ! This ummah need you!
Cinta, sayang, benci, marah, kecewa, sedih...
SEMUA INI TETAP BESAR actually...
Dapat kawal marah - jadi insan paling kuat Nabi saw kata.
Cinta - menghidupkan,membasahkan, sanggup mati, membutakan etc.
Sedih - bahasa mediknya DEPRESS : punca pelbagai penyakit
Aku masih tidak memandang kecil kepada PERASAAN.
Kerana aku masih berperang dengannya. Hatta, aku tahu kamu-kamu pun sama.
Eh kita serupa. ;)
![]() |
Big Ben, London, UK @ 31012016 |
Moga Allah beri kekuatan.
Demi ummah.
Demi ummah.
No comments:
Post a Comment