Wednesday, October 19, 2016

Yang selayaknya

Sedang gunung dan bumi pun menolak tugas menyebarkan risalah suci ini. Khuatir tidak mampu memikulnya. Masakan seorang manusia yang hina dan penuh dosa.

Barangkali, aku perlu digantikan dengan yang selayaknya..
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit dan gunung ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh." Ahzab:72
Ya Allah, mengapa? 

Friday, October 14, 2016

Agent of Change

Nama saya Ubadah tidak ada apa-apa maksud. Ummi kata tu sempena nama sahabat Nabi SAW. Sebab tu saya ok je kalau dipanggil singkatan badah, bad, uba- maka tiada perubahan maksud. Sejak di INTEC, saya lock nama samaran saya kepada Uba sahaja. Selalunya orang melayu panggil/tulis Uba. Yang nak jadi ceritanya selalu orang bukan melayu panggil saya Ubah instead of Uba.

Ubah.
ubah : ansur perubahan yg berlaku secara beransur-ansur; evolusi.

Saya khaer sahaja tapi kadang-kadang saya terfikir jgk. Ok jugak Ubah, ada maksud.

Agent of change.
Islah.

ecece. Mungkin satu hari aku akan jadi pengubah dunia. KAH berangan la kau kejap

Somehow boleh jadi juga 'ubah' itu satu arahan. Ubah lah uba! haha

Ikhlaskan hatimu. Ikhlaskan!

Dulu aku definisikan ikhlas sebagai semata-mata kerana Allah.
Bila dah lama (4 tahun baru) berada dalam DnT, ikhlas itu sering didefinisikan sebagai...ISTIQAMAH.

"...untuk istiqamah dalam jalan ni kita perlu IKHLAS..."
"...ramai yang tercicir dari jalan dakwah ini lantaran keciciran IKHLAS..."

Aku belajar, bukan kemahiran yang membuat kita tsabat,
bukan ilmu / amal yang membuat kita tsabat.

Tapi IKHLAS.

Bila bercakap tentang ikhlas, kita boleh juga kaitkan dengan istiqamah. Kerana mereka co-exist. Wujud seiringan.
Letakkan tahapan- tahapan ilmu dan abiliti; yang pertama dan kedua adalah biasa, tapi yang ketiga adalah luar biasa untuk didengari tapi beberapa sumber memang ada menyebut;

1) amateur
2) professional
3) istiqamah

Aku mempunyai 2 tahun sebelum keikhlasan aku di jalan ini diuji. Adakah aku betul-betul ikhlas? Adakah aku masih meniti jalan ini selepas graduasi?

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Kuncinya adalah istiqamah.
Sendinya adalah ikhlas.

Ikhlaskan hatimu. Ikhlaskan!

"Iblis menjawab, "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka." (QS. Shad: 82-83).



Tuesday, October 11, 2016

Hati ke hati

Dulu saya memandang dakwah ini hanya pada amal-amal & aktiviti semata-mata. Kalau boleh biarlah tiap hari meeting, tiap minggu berpogram, tiap malam stay up,,,,asalkan kerana amal & aktiviti dakwah, maka segala kepenatan & keletihan terasa berbaloi. Hatta berbahagia hati dengan bertimbunnya amal & aktiviti. Sampai satu masa, diuji dengan kepenatan yang teramat, didera dengan kegelisahan hasil amal kita. Mana hasilnya? Berpenat bekorban camni pun progres dakwah masih statik.

Boleh ke dakwah ini pergi jauh? Ke mana hala tuju dakwah?

Akhi,
banyak pogram itu bukan bermakna banyak amal kita. Itu hanya tanda kita bergerak, menumpang hidayah yang Allah kurniakan ini. Layakkah kita melabelkan pogram itu sebagai amal sedangkan entah diterima oleh Dia atau tidak. Kita tidak tahu. Hanya Allah yang layak membalas amal kita.

Akhi,
dakwah ini bukan terletak pada usrah dan pogram semata-mata. Keberhasilan dakwah bukan kerana kita hebat, mahupun bijak dalam berkata. Bukan juga kepada sejauh mana tad'hiyah (pengorbanan) kita. Keberhasilan dakwah tidak terletak pada teknikal. Mari sini peringatan buat kamu dan aku;

Keberhasilan dakwah adalah kerana kesucian dan keikhlasan hati - hati jundi dakwah itu. 

Capailah rohaniyyah al-aliyyah ( tahap rohani yang tertinggi). Setiap yang keluar dari hati, akan menembusi hati. Yang berjaya melepasi hati, pasti mampu menembusi hati juga. Logik yang biasa. Kurangkan fokus pada teknikal semata- mata. Basahkan hati untuk membasahi.

Apa khabar tilawah kamu..
apa khabar mathurat harian kamu..
.apa khabar puasa sunat kamu
apa khabar tahajudmu
[dan senarainya tak berhenti di sini sahaja..]
...
.....
...

Wednesday, October 5, 2016

Slow.

Saya lebih suka gerak solo. Lebih cepat berbanding ramai-ramai. Tapi sya tetap percaya dengan peribahasa, 'if you wanna go fast, go alone. if you wanna go far, go together'. Tapi sya juga percaya, fast and far boleh dicapai serentak. Sya sendiri sering mempersiapkan diri sya untuk mencapai kedua kpi tersebut. Saya rasa sya lebih cepat jika sendirian. Itulah jiwa rebellious sya.

Hakikatnya sya bukanlah seorang yg laju. Dalam hampir semua perkara, sya slow. Dalam sukan sya lambat belajar. Dalam pelajaran sya susah nak menghafal. Sya sangat blurr dalam perdebatan atau ucapan. Sya memang slow. Salah satu perkara, sya sangat slow di dalam DnT. Sedang ikhwah ikhwah lain sudah membawa usrah, membicarakan isu kritikal, lantang bersuara. Saya......masih dalam tangkung yg sama.

Sya menyedari kelembapan sya, dengan cara yg pada sya kejam. Sya tak mahu ingat balik.

Dan untuk sya mengejar mereka yang di hadapan, sya harus melalui ujian demi ujian. ujian dalam ujian. Jatuh bangun berkali kali. Paksaan dan kerahan kudrat. Sampai satu hari saya fikir. Mungkin inilah caranya untuk sya bergerak. Cukup bila saya kata akhirnya saya faham perancangan Allah itu sentiasa yg terbaik. Mungkin tanpa cara ini, sya sudah lama tercicir dari jalan keselamatan ini.

Perjalanan ini memang panjang,
cepat atau lambat sekurang-kurangnya aku berjalan.

Alhamdulillah atas peluang ini , Allah