Tuesday, October 11, 2016

Hati ke hati

Dulu saya memandang dakwah ini hanya pada amal-amal & aktiviti semata-mata. Kalau boleh biarlah tiap hari meeting, tiap minggu berpogram, tiap malam stay up,,,,asalkan kerana amal & aktiviti dakwah, maka segala kepenatan & keletihan terasa berbaloi. Hatta berbahagia hati dengan bertimbunnya amal & aktiviti. Sampai satu masa, diuji dengan kepenatan yang teramat, didera dengan kegelisahan hasil amal kita. Mana hasilnya? Berpenat bekorban camni pun progres dakwah masih statik.

Boleh ke dakwah ini pergi jauh? Ke mana hala tuju dakwah?

Akhi,
banyak pogram itu bukan bermakna banyak amal kita. Itu hanya tanda kita bergerak, menumpang hidayah yang Allah kurniakan ini. Layakkah kita melabelkan pogram itu sebagai amal sedangkan entah diterima oleh Dia atau tidak. Kita tidak tahu. Hanya Allah yang layak membalas amal kita.

Akhi,
dakwah ini bukan terletak pada usrah dan pogram semata-mata. Keberhasilan dakwah bukan kerana kita hebat, mahupun bijak dalam berkata. Bukan juga kepada sejauh mana tad'hiyah (pengorbanan) kita. Keberhasilan dakwah tidak terletak pada teknikal. Mari sini peringatan buat kamu dan aku;

Keberhasilan dakwah adalah kerana kesucian dan keikhlasan hati - hati jundi dakwah itu. 

Capailah rohaniyyah al-aliyyah ( tahap rohani yang tertinggi). Setiap yang keluar dari hati, akan menembusi hati. Yang berjaya melepasi hati, pasti mampu menembusi hati juga. Logik yang biasa. Kurangkan fokus pada teknikal semata- mata. Basahkan hati untuk membasahi.

Apa khabar tilawah kamu..
apa khabar mathurat harian kamu..
.apa khabar puasa sunat kamu
apa khabar tahajudmu
[dan senarainya tak berhenti di sini sahaja..]
...
.....
...

No comments:

Post a Comment