Friday, October 14, 2016

Ikhlaskan hatimu. Ikhlaskan!

Dulu aku definisikan ikhlas sebagai semata-mata kerana Allah.
Bila dah lama (4 tahun baru) berada dalam DnT, ikhlas itu sering didefinisikan sebagai...ISTIQAMAH.

"...untuk istiqamah dalam jalan ni kita perlu IKHLAS..."
"...ramai yang tercicir dari jalan dakwah ini lantaran keciciran IKHLAS..."

Aku belajar, bukan kemahiran yang membuat kita tsabat,
bukan ilmu / amal yang membuat kita tsabat.

Tapi IKHLAS.

Bila bercakap tentang ikhlas, kita boleh juga kaitkan dengan istiqamah. Kerana mereka co-exist. Wujud seiringan.
Letakkan tahapan- tahapan ilmu dan abiliti; yang pertama dan kedua adalah biasa, tapi yang ketiga adalah luar biasa untuk didengari tapi beberapa sumber memang ada menyebut;

1) amateur
2) professional
3) istiqamah

Aku mempunyai 2 tahun sebelum keikhlasan aku di jalan ini diuji. Adakah aku betul-betul ikhlas? Adakah aku masih meniti jalan ini selepas graduasi?

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Kuncinya adalah istiqamah.
Sendinya adalah ikhlas.

Ikhlaskan hatimu. Ikhlaskan!

"Iblis menjawab, "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka." (QS. Shad: 82-83).



No comments:

Post a Comment