Saturday, November 26, 2016

Kenapa aku?

Tuhan tidak seperti yang aku sangkakan selama ini. Mungkin aku silap. Tapi aku tidak mahu ambil risiko lagi untuk menambahkan lagi sesak dada menghadapi ujian-ujian kecil ini.
Buat masa ini, cukuplah aku memadamkan sangkaan 'things will get better'. Ya, bukan! Persiapan mental dan fizikal kita haruslah ke arah sesuatu yang worse.

Hakikatnya ada pada siapa Tuhan pilih kau di masa hadapan.
*Elaborasi ini hanyalah sambungan daripada point ke5 post ini sahaja.*

Kalau Dia nak jadikan kau biasa-biasa. Maka ujian yg kau hadapi pun biasa-biasa. Irodat (kudrat) & hamasah yang kau ada pun biasa-biasa.
Kalau Dia nak jadikan kau luar biasa. Maka ujian yg kau hadapi pun luar biasa. Irodat (kudrat) & hamasah yang kau ada pun luar biasa.

Apa yang kau perlu tahu sebenarnya satu ni je;- Aturan Tuhan adalah sentiasa yang terbaik walaupun bukan yg paling cantik.

No comments:

Post a Comment