Monday, December 5, 2016

Nahhh Rohingya

Cantik islam ni. Dalam mencegah kezaliman pun dianjurkan untuk itkhan (professionalisme). Gunakan segala kudrat dan kuasa yang dikurnia untuk mencegah kemungkaran. Semua pasti biasa dengan hadis ini;
"Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)
TIDAK KENA CARA

Kepimpinan DS Najib diperlekeh dek demo Solidariti Sejuta Ummah Untuk Rohingya. Mengapa? Pertama, kerana beliau pernah menyebut demo itu bukan cara kita. Kedua, kalau boleh putus hubungan diplomatik, boikot, sanction, halau orang Myanmar. Mungkin boleh gunakan cara itu. Hari ini, Rohingya kembali merana...Ann Su Kyi tergelak bila ditanya tentang Rohingya. Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama SeDunia, TGHH pun boleh bangkitkan isu ini di peringkat OIC atau Kesatuan Ulama.

Ok saja untuk berdemo. Tapi tak kena caranya dengan pilihan yang ada. Kurang tepat. Nak dijadikan cerita, solidariti ini diperlekeh setelah ia berlangsung, padahal boleh je tegur sebelum belumnya demo. Itulah gimik-gimik dalam politik.

Eh tak tertanya ke? 
'Semua salah!! yang baik diam je, bila kerajaan buat silap sikit je bising!!'
Itulah realiti. by default, kerajaan & kepimpinan normanya wujud untuk membawa keharmonian dan kebaikan kepada rakyat. Sebab tu benda baik / betul kerajaan buat, kita diam. Tapi bila buat jahat /silap orang over-react. Itulah realiti. Orang hanya akan lihat norma yang tak normal.

WITH GREAT POWER COMES GREAT RESPONSIBILITY -spiderman-

Harapannya, moga kerajaan lebih progresif & tegas dalam mengurangkan penderitaan Rohingya.




Bagaimana pula di peringkat kita yang marhaen ini? spesifically yang tengah duduk bising menaip ni? Ada juga kuasa-kuasa yang ada boleh dimanfaatkan untuk ummah bukan? Setidaknya;
1- Berdoa
2- Sedekah
3- Kesedaran
4- Bantu REC, demo, etc
(kalau ada masa inA saya akan elaborate lah satu2, share link2 yg bermanfaat)

Satu persoalan untuk diri saya lah, tak peritkah mencukupkan kudrat yang ada hanya dengan berdoa dan menyumbang wang? Sedangkan tenaga muda & bakat disimpan rapi?
Kita rancak beraktivisma utk saudara2 kita di Timur Tengah, kita pertikaikan Raja2 Presiden2 negara2 Arab membiarkan Palestin dibantai Zionis, N A H H H sekarang Allah uji kita dengan Rohingya.

No comments:

Post a Comment