Friday, June 30, 2017

Tahun 2016-2017

Tahun akademik 2016/17 merupakan tahun yang mencabar bagi aku setakat ini sepanjang berada di Volgograd, Russia. Berlaku penambahan komitmen, kehilangan & harapan yang semakin menggunung.

1.
KEHILANGAN
Individu-individu yang telah menjadi sumber rujukan & curhat selama 4 tahun sudah tiada. Walaupun teknologi ada untuk menghubungkan, namun 'gist' dia tak sama. Adakalanya saya rasa keseorangan, namun alhamdulillah kehadiran sahabat-sahabat yang sama matlamat, banyak membantu.
"Siapkanlah dirimu untuk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang tak lama lagi." Hasan Al Banna
Walaupun sudah sedia maklum kepulangan senior-senior rujukan pun, tetap tak bersedia.

2.
ROMBAKAN
Tak sewena-wena group kami dibubar & diserapkan ke dalam group-group yang lain. Entah kenapa Allah sering menguji group ini. Group paling kurang cuti sabtu, kelas ruski sokmo hari sabtu, paling banyak dapat cikgu hardcore, paling tak best jadual. Haha. Tapi ujian kan tanda sayang, barangkali Allah hanya ingin kami susah agar sentiasa ingat & berdoa padaNya. :)

Memang rasa sangat sedih, down & tak suka.

Namun, pasti ada hikmahnya. Saya dimasukkan ke group all-boys. Mula-mula memang agak mencabar kerana perbezaan suasana belajar haha. Tapi dalam masa yang sama, benda paling bersyukur adalah ketiadaan ajnabi. Rasa hati, mata & ikhtilat lebih terjaga.

Takde dah borak-borak kosong dengan perempuan, takde dah makan-makan (kalau ada pun sangat occasional) bersama perempuan, takde dah alasan nak 'ber-family-till-jannah' dengan wanita muhrim. Tapi saya masih menghargai & sayang group lama. Cuma sudah selesa dengan group baru ini. *peace*

Saya percaya, Allah bantu aku untuk menjaga hati & nafsu. Justru, menyucikan hati.


3.
EXTRA HOLIDAYS & ATRABOT
Terpaksa pulang ke Malaysia untuk 2 bulan, banyak lah collateral damage yang berlaku. Dua kali beli tiket flight (kachingg$$), kelas-kelas yang tertinggal yang perlu diganti (atrabot) iaitu 3 cycle untuk kelas 6 minggu, & pogram-pogram yang terlepas datang.

Yang paling stress adalah perasaan di mana kita tahu teman-teman sedang bermujahadah & bersusah payah tapi kita hanya duduk rumah goyang kaki. Kalau boleh nak lah susah bersama & senang pun. Fizikal rehat, tapi minda tak tenang. Depress ohh...

Semua ini berlaku pun berbalik kepada kebodohan saya sendiri. Jadi hanya Allah tahu betapa dalam aku telah koreksi diri. Bahkan fikiran-fikiran (overthinking) yang bila ingat balik, rasa malu pada diri sendiri. Malu pada Allah.

Moga Allah ampuni diri ini..



Sebenarnya banyak juga hikmah yang Allah beri disebalik musibah ini. Alhamdulillah. Dapatan daripada pertemuan beberapa ikhwah sepanjang cuti extra, itulah yang dipegang sebagai panduan untuk saya mengemudi tugasan yang diterima selepas itu.

4.
AZAM & PC
Kuli untuk dua buah organisasi. Satu misinya adalah risalah yang ditolak gunung ganang. Satu lagi yang melibatkan pelbagai pihak dari pelbagai negara.
Alhamdulillah banyak dibantu oleh pembantu & rakan-rakan aktivis yang sangat komited. MashaAllah.

5.
USRAH
Perjalanan tarbiyyah aku sangat lambat, maka setelah lama ditarbiyyah. Banyak sangat jahiliyyah huhu. Tahun ini barulah diberi kepercayaan bahkan keyakinan itu muncul untuk membawa usrah. Bukan ingin dibanggakan apabila membawa usrah, apatah lagi menjadi murobbi. Teaching is not my forte. Hatta saya lah sebenarnya paling banyak belajar bila menjadi murobbi usrah. Bukan mudah untuk seseorang yang tak pernah dapat didikan agama asas secara khusus. Tak lebih daripada silibus KPM & ujian PAFA saja.

Saya sedang bertatih.

Cabaran juga apabila usrah untuk aku meningkatkan hamasah & ukhuwah terpaksa dibuat online sahaja atas faktor jarak.


Terima kasih sudi menerima diri ini. Melihat keingingan mereka ditabiyyah, itulah driving force untuk aku meneruskan apa yang telah dimulakan ini. Allah musta'an.

6.
HATI
Biasa lah titik yang paling lemah itulah yang akan diuji selalu. Cuma kali ini lain sikit. Dan tergamak pula aku untuk melayan perasaan-perasaan itu? Seorang aktivis dakwah perlu ummatik. Kudrat & irodat yang ada perlu digunakan untuk mempertajamkan hikmah & fikrah. Bukan memikirkan soal hati.

Teman meroyan malam-malam exam :)


Alhamdulillah sudah sampai ke penghujung tahun akademik 2016/17. Satu perkara paling aku belajar--

kita merancang, Allah merancang. Allah adalah sebaik-baik Perancang.


Tuesday, June 13, 2017

RAMAI MAHU JADI MUAWIYYAH, TAK RAMAI MAHU JADI 'YADAYADA'

Ketika hijrahnya Sang Rasul bersama para Muhajirin ke Madinah, diceritakan 8000 orang Ansar menunggu untuk menyambut ketibaan baginda SAW. Lalu terciptalah sejarah yang mengubah dunia. Ukhuwah Muhajirin-Ansar inilah yang menjadi tapak asas kepada pembentukan kerajaan Madinah, kemudian tamadun yang telah menghancurkan sistem yang rosak lagi merosakkan & telah memimpin umat manusia ke arah pembaikan. Justru mengubah landskap ketamadunan manusia menjadi lebih baik. Islam telah menyelamatkan umat manusia.

Pernah tak kita terfikir kerja siapa tu?

Dalam konteks penulisan kali ini, soalan saya merujuk kepada 8000 kaum ansor itu? Siapakah yang menjadi tonggak kepada pentakwinan (pembentukan) itu yang hanya mengambil masa kurang satu tahun? Siapakah murobbi agung itu yang dikhabarkan mengetuk setiap pintu rumah untuk mengajarkan islam?

Ya, dia...

Jujur, saya terinspirasi dengan beliau melebihi para sahabat yang lain.

Sebelum islam, dialah..
paling kaya, paling tampan, paling bergaya, paling harum, paling dimanjakan ibu, paling digilai di Mekah.
Dia memiliki dunia! Hidup bak sang putera raja!
Lalu selepas islam beliau menjual semuanya untuk membeli akhirat.
Syahid di medan Uhud.
Hingga hanya rumput digunakan untuk menutup kakinya, kerana hartanya yang berbaki tidak mampu menampung sehelai kain kafan yang cukup.

Otak pecah *mind blown*

Daripada 'everything' kepada 'nothing'...kata Sang Rasul;
"...ia tinggalkan semua itu demi menggapai ridha Allah dan menolong RasulNya" 
Yang lebih tak terima dek akal, namanya kurang diceritakan oleh mana-mana asatizah hari ini. Sedangkan kerjanya mengakar ke bawah. Posisinya merupakan tulang belakang yang menampung daya & susunan strategi dakwah Sang Rasul utusan Allah. Walau tak terlihat namun itulah batu asas kepada sebuah tamadun penyelamat itu.

Itulah tugas seorang murobbi.

Moga satu hari nanti aku dapat bertemu dengan sahabat Sang Rasul ini. Sungguh, aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu menceritakan kisahnya dengan baik. Cukup aku katakan ini-- kisahnya telah menjadi 'turning point' untuk diri ini. Kisahnya sering menjadi 'hiburan' tika diri ini kecewa & 'pembakar semangat' tika diri ini melemah.

Frasa yang sering disebut-sebut ikhwah,
'Ramai ingin menjadi Muawiyyah, tak ramai mahu jadi ___'

Paling penting, beliau seorang PEMUDA.

Siapakah yadayada ini? Cuba teka.

Monday, June 12, 2017

SINDROM MERASA BERJASA

Di jalan yang panjang dan berliku ini seringkali kita diperingat untuk mentajdid niat, mennyental sisa karat jahiliyyah, mencuba sehabis mampu, meningkatkan tadhiyyah (pengorbanan), menghangatkan ukhuwah sesama aktivis dakwah, dan macam-macam lagi. Setelah itu semua, kita yakin bahawa Allah bersama & membantu setiap usaha dakwah kita.

Namun, sesekali tetap terjatuh ke jurang kebinasaan. Satu contoh-- Sindrom merasa berjasa. Dalam istilah psikiatri-- grandiose delusions.

"Kalau aku takde, maka tak jalan la dakwah kat tempat ni."
"Aku lah yang membuatkan dia tsabat & qawiy"
"Kalau bukan aku, siapa lagi yang mampu melaksanakan tugasan ini?"
"Tu aku buat. Ni aku buat. Pogram tu aku bantu. Kerja ni aku habiskan."

Sindrom berbangga memiliki jasa kepada dakwah. Sindrom rasa sudah banyak bekorban untuk dakwah. Sindrom 'terlupa' bahwa keberhasilan & mandiri dakwah ini takkan terjadi kalau bukan sebab hidayah & izin Allah swt semata-mata.

Dan sejarah tidak menafikan kewujudan sindrom ini. Ketika Arab Badwi datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyatakan budi keislaman mereka, lalu Allah menurunkan firmanNya;
“Mereka merasa telah berjasa kepadamu dengan keIslaman mereka. Katakanlah, “Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keIslamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang jujur.” ( Al-Hujurat: 17)

Dalam tafsir fi zilal Quran, Syed Qutub menerangkan dengan panjang lebar untuk ayat ini. Tentang hakikat iman & islam. Point Syed Qutub hanya satu, sebenarnya merekalah yang patut rasa terhutang budi. 

Kepada siapa? Kepada Allah.

Dakwah tak memerlukan kita, tetapi kitalah yang memerlukan dakwah.

Wahai ikhwah,
jangan kau merasa bangga. Jangan-jangan kau hanya tersalah bangga. Merasa telah berjuang menghadapi ujian yang berat, padahal belum datang cubaan sebagaimana orang-orang terdahulu.
Berhati-hatilah dengan sindrom ini!

*Nasihat yang tepat buat diri sendiri*

Akan tetapi syaitan itu sangat licik,
Firman Allah yang bermaksud : “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." (Al-Hijr : 39-40) 
Firman Allah yang bermaksud : “Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (Shaad : 82-83)
Lebih bahaya lagi, virus ini memberi ruang kepada syaitan untuk mencucuk-cucuk. Hingga wujud sifat 'najwa'. Hingga menhitung-hitung. Hingga menimbulkan kekecewaan.

Janganlah merasakan diri sudah berjasa & banyak bekorban. Program banyak-banyak tu bukan tanda kita banyak amal. Tapi maksudnya kita bergerak untuk beramal. Allah saja yang berhak membalas setiap amal kita.
Jangan lupa untuk sentiasa berdoa & ikhlaskan hati.

Teruskan bergerak & tsabat di jalan ini!



Selamat berjuang!

Tuesday, June 6, 2017

KAMU

Buat akhi ukhti fillah (apatah lagi diri ini) pasti biasa ataupun pernah sekali berlaku sepanjang menjadi bahagian dalam tugas menyebarkan risalah suci Islam ini. At times terdetik atau diselubungi sebuah perasaan cemburu, ketidaklayakan, dan membuat lemah.
Melihat diri sendiri menghabiskan kudrat tenaga, fikiran, masa bahkan duit untuk memastikan putaran DnT ini--

Pedih-pedih menolak segala godaan nafsu, bahkan teman-teman yang lain untuk bersama, semata-mata demi menuntut tuntutan dakwah. Beban-beban kerja yang tidak selari dengan istirehat yang ada. Dengan air mata dan hembusan lelah untuk menyental karat-karat jahiliyyah dalam diri. Bahkan produktiviti diri perlu dibagi-bagi untuk orang lain yang selalunya tidak pernah kisah.
Semua dilakukan dengan harapan semua jiwa mendapat sentuhan Islam & iman.

TAPI

tup tup..terdetus dalam hati,
"dia tu rilekss ja.."
cemburu.

bukan,bukan. Bukan melihat kesenangan orang itu membuat rasa cemburu. Tapi cemburu melihat mereka yang tidak perlu bersusah payah seperti para ikhwan. Namun, bacaan tajwid mereka lancar, ilmu fiqh mereka mantap, persekitaran mereka dipenuhi orang-orang alim bahkan mereka sangat baik dan sopan tutur kata.
Membandingkan-- ibadah, ilmu fiqh, penampilan, persekitaran, kewangan, keluarga, kepetahan dan macam-macam lagi sebenarnya dia yang lebih baik. Dia lebih layak memikul tugasan ini. Bahkan 'terlihat' oleh kita bahwa dia ini lebih pantas ke syurga berbanding kita??

Hanya diri sendiri & Tuhan saja tahu betapa hina, lemah dan kurangnya diri sendiri.

Lalu kita bermonolog,
" mengapa kita yang dipilih? "
.
.
"Adakah Tuhan silap memilih?"

Semestinya TIDAK ( tanpa keraguan.) bukan?
.
.
.
Simply kerana Dia memilih...

...KAMU.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (QS. Fushshilat: 33)
*Perkataan terbaik itu menurut Al Hasan Al Bashri adalah para duat

Can't you feel it?