Tuesday, June 13, 2017

RAMAI MAHU JADI MUAWIYYAH, TAK RAMAI MAHU JADI 'YADAYADA'

Ketika hijrahnya Sang Rasul bersama para Muhajirin ke Madinah, diceritakan 8000 orang Ansar menunggu untuk menyambut ketibaan baginda SAW. Lalu terciptalah sejarah yang mengubah dunia. Ukhuwah Muhajirin-Ansar inilah yang menjadi tapak asas kepada pembentukan kerajaan Madinah, kemudian tamadun yang telah menghancurkan sistem yang rosak lagi merosakkan & telah memimpin umat manusia ke arah pembaikan. Justru mengubah landskap ketamadunan manusia menjadi lebih baik. Islam telah menyelamatkan umat manusia.

Pernah tak kita terfikir kerja siapa tu?

Dalam konteks penulisan kali ini, soalan saya merujuk kepada 8000 kaum ansor itu? Siapakah yang menjadi tonggak kepada pentakwinan (pembentukan) itu yang hanya mengambil masa kurang satu tahun? Siapakah murobbi agung itu yang dikhabarkan mengetuk setiap pintu rumah untuk mengajarkan islam?

Ya, dia...

Jujur, saya terinspirasi dengan beliau melebihi para sahabat yang lain.

Sebelum islam, dialah..
paling kaya, paling tampan, paling bergaya, paling harum, paling dimanjakan ibu, paling digilai di Mekah.
Dia memiliki dunia! Hidup bak sang putera raja!
Lalu selepas islam beliau menjual semuanya untuk membeli akhirat.
Syahid di medan Uhud.
Hingga hanya rumput digunakan untuk menutup kakinya, kerana hartanya yang berbaki tidak mampu menampung sehelai kain kafan yang cukup.

Otak pecah *mind blown*

Daripada 'everything' kepada 'nothing'...kata Sang Rasul;
"...ia tinggalkan semua itu demi menggapai ridha Allah dan menolong RasulNya" 
Yang lebih tak terima dek akal, namanya kurang diceritakan oleh mana-mana asatizah hari ini. Sedangkan kerjanya mengakar ke bawah. Posisinya merupakan tulang belakang yang menampung daya & susunan strategi dakwah Sang Rasul utusan Allah. Walau tak terlihat namun itulah batu asas kepada sebuah tamadun penyelamat itu.

Itulah tugas seorang murobbi.

Moga satu hari nanti aku dapat bertemu dengan sahabat Sang Rasul ini. Sungguh, aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu menceritakan kisahnya dengan baik. Cukup aku katakan ini-- kisahnya telah menjadi 'turning point' untuk diri ini. Kisahnya sering menjadi 'hiburan' tika diri ini kecewa & 'pembakar semangat' tika diri ini melemah.

Frasa yang sering disebut-sebut ikhwah,
'Ramai ingin menjadi Muawiyyah, tak ramai mahu jadi ___'

Paling penting, beliau seorang PEMUDA.

Siapakah yadayada ini? Cuba teka.

No comments:

Post a Comment