Thursday, January 25, 2018

MUSA

Tahukah fakta tersebut?

Dalam bahasa moden, kisah ni paling tular dalam Quran.
Dalam surah Al-Baqarah, Taha, Al-Araf, Al-Qasas diceritakan secara terperinci. Malah kita membacanya setiap jumaat, iaitu kisah Musa & Khidir dalam al-Kahfi.

Jadi mari kita perhatikan...

Beberapa post lepas saya ada berkongsi inspirasi kisah Nabi Musa as. Disebabkan saya dalam tempoh beberapa minggu ni, telah mendapat tambahan info maka saya delete semula post berkenaan dan menulis post baru ini, agar lebih kemas, pendek dan padat.
Sekurang-kurang untuk saya rujuk kembali satu hari nanti. Bismillah..

PERLU DIFAHAMI

..bahwa apabila banyak diceritakan dalam Al-Quran, menunjukkan isyarat bahwa Allah mahu kita mengambil iktibar daripada perjalanan hidup baginda. Merenungi bagaimana baginda menghadapi segala rintangan dan mehnah dakwah.
وَفَتَنَّاكَ فُتُونًا
dan kami beri cubaan kepadamu (dengan) berbagai cubaan.
Taha20:40
PENGAJARAN UNTUK DIAMBIL

1) Nabi Musa AS adalah kalimullah (Nabi yang boleh berdialog secara langsung dengan Allah). Baginda juga termasuk dalam kalangan 5 ulul azmi, iaitu Rasul yang paling teruk ujian dakwahnya.

2) Ujian masyarakat.

Ini sangat mirip dengan kondisi yang dialami oleh Nabi Muhammad saw dan kaum muslimin selepas baginda. iaitu ujian masyarakat.

Setiap rasul dan nabi ada ciri khusus dakwah mereka yang boleh kita ambil pengajaran. Contoh Nabi Ayub menghadapi cabaran sakit. Nabi Sulaiman cabarannya adalah kemewahan. Nabi Ibrahim diuji dengan kekeluargaan. dll.
Nabi Musa AS bahkan selepas terpaksa berhadapan dengan Firaun, kemudian diuji pula dengan keras kepala, keangkuhan dan kesombongan bani Israel.

Jadi, saat umat ini dilanda berbagai masalah, ayuh, kita belajar daripada kisah Nabi Musa as. Berbalik kepada ajaran utama, yakni Al-Quran.

Menurut ahli tafsir, Nabi Musa berdakwah kepada Firaun selama 40 tahun. Selepas Firaun dibinasakan, terpaksa pula hidup dengan bani Israel yang degil. Gila kan?

3) Semangat juang yang tinggi (tambahan dari point di atas)

Walaupun mempunyai kelemahan dalam berbicara. Duji dengan rasa gemuruh. Khawatir akan ketidakfasihan menjadi penghalang seruan dakwahnya sampai kepada Firaun.

Namun itu tidak melemahkan baginda untuk berdakwah. Apa yang dilakukan baginda adalah berdamai dengan kelemahannya. Baginda tidak meminta Allah untuk membuat lidahnya fasih (walaupun itu tidak mustahil bagi Allah). Yang dilakukan baginda adalah usaha yang manusiawi, iaitu meminta pembantu, iaitu Nabi Harun as yang dikenali dengan kepetahan berbicara. Kisah ini termaktub dalam Surah Al-Qasas.

4) Nabi Musa adalah ahlul hajb

Hijab bermaksud dinding dan tabir. Ahlul hajb bermaksud orang yang dihijab, maksudnya manusia biasa tanpa ada "superpower". Sama seperti kebanyakan dari kita hari ini.
Berbeza pula dengan ahli kasyf, iaitu manusia yang mempunyai kelebihan (dengan izin Allah) untuk mengetahui perkara ghaib. Tingkatan kasyf ini merupakan tingkatan tertinggi dalam sufisme. Sumber

Jadi sudah pasti ahli kasyf lebih mulia dan tinggi dari ahli hijb. Logika yang biasa.

Tapi...
bukan semua.

AMBILLAH INSPIRASI

Menurut Syeikh Tantawi, ahli hijab boleh berada pada kedudukan lebih tinggi daripada ahli kasyf apabila dia melakukan kerja dakwah;

“Kedudukan yang lebih tinggi dari itu adalah kedudukan para rijal yang dibentuk oleh Allah swt dan dipilih diantara makhluq-Nya, mereka dipilih oleh Allah swt untuk memusnahkan kerusakan, menghilangkan kezhaliman, menghidupkan api keimanan di dalam hati setiap orang, serta menyebarkan ukhuwwah diantara orang-orang yang beriman, hingga da’wah ini menjadi kuat dan mampu mengangkat nama Allah di atas bumi dan mampu menghadapi orang-orang zhalim yang membuat kerusakan”.

Inilah yang dipelajari daripada kisah Nabi Musa (ahli hijb) dan Nabi Khidir (ahli kasyf). Walaupun kita tidak ada kasyf, kita masih ada peluang untuk menjadi hamba yang terbaik.
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (QS. Fushshilat: 33)
Kita mahu jadi yang terbaik di sisi Allah bukan?

Monday, January 15, 2018

BICARA BUMI PENGUAT

4-5 Januari 2018 @ Nizhny Novgorod

Keretapi dari Moscow ke Nizhny Novgorod
Satu tarikh yang aku takkan lupa seumur hidup. Untuk sampai ke sana sahaja mengambil masa sehari suntuk. Dalam perjalanan terimbas kembali memori menuju ke Nizhny Novgorod bersama sahabat seperjuangan yang sama-sama merasakan beban syahadatain ini. Berempat. Cuti musim sejuk tahun 2015. Cuma masa itu aku masih terlalu naif & mentah. Masih kuat dengan sisi-sisi lain dan angan-angan pendek. Namun jaulah bersama mereka menjadikan trip kali itu sesuatu yang menjadi kekuatan, meniti jalan menuju Tuhan bersama-sama. Beriringan menuju sorga. Ciaa. Memikirkan saja dapat memberikan kehangatan & rasa sayu.
Bolehkah putarkan balik waktu?

Feburari 2015 (memori)
Perjalanan yang nostalgia.
Perjalanan yang penuh ikhtibar.
Memori yang menguatkan.

Sudah 3 tahun berlalu, apa khabar semua? Masihkah?!

Tahun 2018 aku kembali ke Nizhny Novgorod untuk memenuhi jemputan untuk berkongsi pengalaman & pengisian. Sudah tentu tawaran bumi penguat (untuk aku) ini sukar untuk aku tolak, meski di tengah saat genting. Meski sedang bertarung tewas berulang-kali dengan makhluk keji Si Futur ni. Huu. Takdir Allah maka aku perlu pergi ke sana.
"Allah cipta memori sebagai penguat.." (orang Nino, 2017)



Nak tukar masuk AZAM Nino boleh? hehe

Sempat mengopi dengan budak-budak RUSSA18 :)
Perancangan Allah itu sangat cantik.
Kita mengimani bahawa tidak ada istilah 'kebetulan' di dalam islam. Maka sudah pasti tidak ada salah mengatakan Allah mengatur supaya bumi kelahiran pejuang Soviet Maxim Gorky dihuni oleh individu-individu bersemangat dan ceria. Terpilihnya mereka ke sana pasti dalam aturanNya. Bahkan ini kali kedua aku ke sana, maka sah lah. Nak cakap, aku jadi saksi untuk apa yang dikatakan oleh Kak Gee- Nizhny Novgorod Bumi Ceria.
Hubungan & interaksi antara senior junior di sana macam adik beradik. Dua hari pun cukup untuk aku rasa kehangatan silaturrhaim sesama mereka. Kekalkan dan jagalah ia dengan baik. Kesatuan itu satu kekuatan. Manfaatkanlah untuk islam & ummah.
Jadilah kita orang yang beriman, ikhlas, bersemangat & berusaha. InshaAllah.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul untuk mengasihi-Mu, untuk mendukung syariat-Mu. Maka kau eratkanlah dan tunjukkanlah jalan-Mu yang sebenar. Amin..

"Dakwah adalah cinta. Sebarkanlah cintaNya." (Orang Nino, 2015)
Alhamdulillah.

Wednesday, January 10, 2018

M E M A N G

Aku maksudkan ini untuk orang tarbiyah! Usrah! Diri aku sendiri!
Kata IHAB, tarbiyyah ini melahirkan jiwa pejuang, tarbiyyah adalah wasilah taghyir (perubahan), tarbiyyah adalah pengorbanan (bukannya tuntutan semata).

NAMUN
Kalau tarbiyyah berjalan, namun potensi diri tidak berkembang.
Yang penakut tetap penakut,
yang malas belajar tetap malas belajar,
yang tak baca quran tetap tak baca,
yang tak jaga ikhtilat tetap tak jaga ikhtilat,
yang pentingkan diri tetap pentingkan diri
yang ego tetap ego
yang...

..bermakna tarbiyyah ini tidak berhasil. Tidakkah satu kerugian buat ummah? 

Kita perlu lebih jelas. Murobbi perlu lebih disiplin! Kesianlah kat anak usrah!

Dan apabila daie/murobbi mula mencipta alasan "sibuk, futur" sebagai jalan belakang menolak tuntutan kerja dakwah, untuk mengaburi kerja yang lebih besar, sebagai jawapan bagi kerja yang culas. Alasan demi alasan. Maka, bermuhasabahlah.

Sebutkan satu sirah di mana para nabi/sahabat mengadu "sibuk". Ada?

Dakwah sepatutnya membuat kita lebih semangat belajar
Dakwah sepatutnya membuat kita lebih sensitif akan masa
Dakwah sepatutnya membuat kita lebih ikhlas membantu orang

Iya, dakwah memang begini. Sulit. Susah. Lelah.
Kerana jalan menuju Allah itu jalannya semua para Rasul & Nabi.
Ad'u ilallah - Menyeru orang kepada Allah. 

Dan moga dengan tugas ini kita dimuliakan. Moga dengan jalan ini kita betul-betul bertemu dan meraih cinta Allah taala.. #fussilat33 Moga kita tidak lalui jalan ini dengan hati yang kering..


Cinta Allah. Cinta Allah. Cinta Allah.

Sunday, January 7, 2018

X

'X' bila dah jadi tujuan, maka segala emosi, kudrat & fikiran turut serta dalam rentak dan jatuh bangun X. Kita tak boleh hidup tanpa X. Bila X takde kita cemas & tak keruan. Bangun tidur, kerja libur bahkan solat pun kita masih fikir pasal X.
Kita semua adalah hamba kepada X, bukan?

X boleh jadi macam-macam. Orang, material, ideologi, perasaan, dll. Tapi bila X yang dituju itu tidak berbaloi dengan apa yang telah dikorbankan, maka jadilah perlumbaan tersebut sia-sia. Dalam filosifi barat dipanggil 'Rat race'. Perlumbaan atau kitaran hidup yang tiada penghujung. Filosofi ini juga ada dinyatakan dalam Quran, surah Takhatsur;

+ أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ + حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ‘Bermegah-megahan telah melalaikan kamu’ ‘Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.’
Tapi yang kita percaya. tak semua hamba adalah hina. Kan?

Jadilah orang yang mengingatkan satu sama lain, akan hakikat tujuan hidup & kehidupan. Mungkin yang lain lupa. Hidup ni perlu berpaksikan redha Allah. Itulah perhambaan yang hakiki & mulia.