Monday, January 15, 2018

BICARA BUMI PENGUAT

4-5 Januari 2018 @ Nizhny Novgorod

Keretapi dari Moscow ke Nizhny Novgorod
Satu tarikh yang aku takkan lupa seumur hidup. Untuk sampai ke sana sahaja mengambil masa sehari suntuk. Dalam perjalanan terimbas kembali memori menuju ke Nizhny Novgorod bersama sahabat seperjuangan yang sama-sama merasakan beban syahadatain ini. Berempat. Cuti musim sejuk tahun 2015. Cuma masa itu aku masih terlalu naif & mentah. Masih kuat dengan sisi-sisi lain dan angan-angan pendek. Namun jaulah bersama mereka menjadikan trip kali itu sesuatu yang menjadi kekuatan, meniti jalan menuju Tuhan bersama-sama. Beriringan menuju sorga. Ciaa. Memikirkan saja dapat memberikan kehangatan & rasa sayu.
Bolehkah putarkan balik waktu?

Feburari 2015 (memori)
Perjalanan yang nostalgia.
Perjalanan yang penuh ikhtibar.
Memori yang menguatkan.

Sudah 3 tahun berlalu, apa khabar semua? Masihkah?!

Tahun 2018 aku kembali ke Nizhny Novgorod untuk memenuhi jemputan untuk berkongsi pengalaman & pengisian. Sudah tentu tawaran bumi penguat (untuk aku) ini sukar untuk aku tolak, meski di tengah saat genting. Meski sedang bertarung tewas berulang-kali dengan makhluk keji Si Futur ni. Huu. Takdir Allah maka aku perlu pergi ke sana.
"Allah cipta memori sebagai penguat.." (orang Nino, 2017)



Nak tukar masuk AZAM Nino boleh? hehe

Sempat mengopi dengan budak-budak RUSSA18 :)
Perancangan Allah itu sangat cantik.
Kita mengimani bahawa tidak ada istilah 'kebetulan' di dalam islam. Maka sudah pasti tidak ada salah mengatakan Allah mengatur supaya bumi kelahiran pejuang Soviet Maxim Gorky dihuni oleh individu-individu bersemangat dan ceria. Terpilihnya mereka ke sana pasti dalam aturanNya. Bahkan ini kali kedua aku ke sana, maka sah lah. Nak cakap, aku jadi saksi untuk apa yang dikatakan oleh Kak Gee- Nizhny Novgorod Bumi Ceria.
Hubungan & interaksi antara senior junior di sana macam adik beradik. Dua hari pun cukup untuk aku rasa kehangatan silaturrhaim sesama mereka. Kekalkan dan jagalah ia dengan baik. Kesatuan itu satu kekuatan. Manfaatkanlah untuk islam & ummah.
Jadilah kita orang yang beriman, ikhlas, bersemangat & berusaha. InshaAllah.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul untuk mengasihi-Mu, untuk mendukung syariat-Mu. Maka kau eratkanlah dan tunjukkanlah jalan-Mu yang sebenar. Amin..

"Dakwah adalah cinta. Sebarkanlah cintaNya." (Orang Nino, 2015)
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment