Thursday, June 30, 2011

Junjung Akhirat!!! jinjing dunia~

semua orang sedar dunia ni hanya sementara, namun tetap berlumba2 untuk mengejar yang sementara tersebut,,,tak salah pun nak mengejar kejayaan di dunia, cuma jangan abaikan akhirat... teringat nasihat seorang ustaz apentah:
junjung akhirat jinjing dunia,,, jangan junjung dunia jinjing akhirat...

kadang2 kita sanggup BERLARI main bola sejam, tapi malas nak BERDIRI solat 5minit

kadang2 kita mampu angkat dumbell seberat 20kg,, tapi tak mampu angkat selimut untuk solat subuh
kadang2 kita boleh menyanyi dan berbual non-stop,, tapi susah nak berzikir seketika
kadang2 kita sanggup dengar lagu2 sentimental dan rock,, tapi susah  nak dengar ceramah or tazkirah
kita sanggup berhabisan duit beli semua yang kita nak,, tapi kedekut nak sedekah sesen kepada fakir miskin
setiap hari kita menghadap laptop berjam2,, tapi nak baca quran 2minit pun berkira
last ingatlah sebuah pesanan dari Rasulullah saw,,
''cinta dunia adalah pangkal segala dosa''
and semua ni banyak merujuk pada diri saya sendiri,,cuma saja nak share ilmu yg seciput ni, untuk mengingatkan diri sendiri serta kwn2...
apapun,, seimbangkan duniawi dan ukhrawi kita,,,
omputeh kata:
live as if we die tomorrow, dream as if we live forever,,, 
ingatlah sebuah pesanan,, daripada siapa tu saya tak pasti tapi sangat menarik:
pray as if we die tomorrow, work as if we live forever...

Wednesday, June 29, 2011

pokok kesalahan

assalamualaikum wbt
saja nak publish sebuah lukisan yg tak seberapa pun...
idea dari sebuah petikan kata imam Malik rh...
yg pernah dikongsikan kepada saya oleh seorang shbt istimewa...
yup,, apabila kita cinta dunia,, pasti kita akan sibuk dengannya di samping bersungguh2 nak capai kesenangan dunia lalu kita lupa akan Tuhan serta mengabaikan akhirat... manusia juga takut untuk berpisah dengan apa yg dia cintai, jadi bila kita cinta dunia kita akan takut mati,,betul kan,,, nak cerita pasal cinta dunia memang banyak ada dalam buku2 islamik,, so takde apa yg perlu saya sampaikan di sini..beli la buku2 islam...hehe.. cuma nak share satu hadis:


sabda Rasulullah saw
''Dunia ibarat penjara bagi orang2 mukmin tapi ibarat syurga bagi orang kafir''
(hadis riwayat muslim) 

deskmate upsr :D

assalamualaikum wbt

2 8 0 6
bagi semua orang mungkin angka ni takde apa2 yang special kowt, sekadar nombor biasa je,, kombinasi yang sangat hodoh, namun tak bagi saya..hehe...
walaupun tidak mengharapkn apa2 tapi bila seseorang memberikan ucapan kerananya,, saya rasa sangat terharu, huhu.. lebih2 lagi kalau kita dah memalsukan angka sebenar( hehe),, kalau boleh benda ni biarlah rahsia~ (tak penting pun bagi orang len tau)

tapi tak tau nape semalam henfon sentiasa di sisi, hehe,, nak kata mengharap tu takde lah sangat tapi bila dapat sms rasa berdebar plak,,mana la tahu~~~~hhuhu..
sms pertama dari ikah,,
sms kedua dari nazzim,,
tu je lah, hehe... :p

anyway sms dri nazzim terubat ckit hati...demi Allah saya dah agak dah mesti nazzim akan wish,, so awal2 saya bukak fb supaya kalau nazzim wish kat wall nanti saya cepat2 remove (spya x kantoi)..hhaha.. tak sangka nazzim sgt memahami sbb pagi tu dia ada comment kat wall saya tapi bila nak wish dia tak wish kat wall tp guna sms,, seorang shbt yang sgt memahami btul...haha..
sape nazzim ni? hehe,, tak tau nak cakap apa pasal dia,, tapi nazzim ni deskmate saya time darjah6 dulu, kenal dengan dia setahun je,, masa form1 dia masuk SMSS, saya plak melekat je kat sini,,, tapi sampai sekarang selalu keep in touch,, walaupun cam jarang2 tapi mmg tak pernah putus,, nak kata bezfren tu cam takde tanda2 je... so far baru sekali je jalan2 dengan dia kat klcc sejak 6 tahun lalu,, nak kata tempat luah perasaan pun tak, nak kata suka duka bersama pun lagi lah tak sebab sekolah len2 sejak form1... nak kata hobi sama pun tak...

normally kita hafal birthday orang yang penting je dalam hidup kita betul tak..so hargai lah orang2 yg tau birthday kita...haha.. dia tau birhtday aku tu..hehe,,, kadang2 cam tak sangka masih rapat dengan dia walaupun satu kelas dengan dia sama2 dulu hanya setahun je tapi kekal sampai sekarang,,,
kan masa berjalan dan zaman berubah,, dalam tempoh tu tak mustahil>>strangers can become fren,, fren can become bezfren or lebih menyedihkan kalau>> bezfren becomes fren,, fren become strangers...
anyway, walaupun zaman berubah, masa berlalu, cita2 berlainan, jalan berbeza tapi kami tetap bersahabat, inshaAllah! bersahabat sampai ke syurga~ amin sahabat selamanya
Our roads may split and drift apart but we’ll always remain friends at heart


Everyone has a 'best friend' during each stage of life, only a precious few have the same one.

Tuesday, June 28, 2011

zikir harian


assalamualaikum wbt
i got this from sapentah,, juz want to share it... sharing is caring kan..
furthermore some of it i didnt know untill i found this..hehe


Muslims Practice in everyday Life
1) Bismillah = when starting to do something
2) MashaAllah = when expressing appreciation
3) Subhanallah = when something is being praised
4) InshaAllah = when intending to do something
5) Alhamdulillah = when sneezing
6) Ya Allah = when in pain and distress
7) Jazzakallahu Khayr = when thanking someone
8) La illaha illallah = when awaking from sleep
9) Wallah-Billah = when taking Oath
10) Yarhamokallah = when someone else sneeze
11) Astaghfirullah = when repenting of a sin
12) Fisabilillah = when giving charity
13) Lihubbillah = when having love for someone
14) Amanto Billah = when getting married
15) Fi Amanallah = when parting from someone
16) Tawakkalto Alallah = when a problem appears
17) Nauzo-Billah = when unpleasant occurs
18) Fata Barakallah = when pleasantness appears
19) Aameen = when participating in prayer
20) Inna lillahi wa inna ilaihi Raji-un = when death message received
21) Hiyyak Allah = Allah preserve your life .when greeting some one after sallams
22) Hasbiyallah = Allah will suffice me .When you are in difficult.
23) Ittaqillah = Fear Allah. You see someone doing a bad deed.
24) Barakallah hu feekum = May Allah Bless you.


pesan nabi Isa as,
''berbahagialah sesiapa yang kata2nya merupakan zikir, diamnya sebagai berfikir, pandangannya sebagai pengajaran''

wira dan saga

assalamualaikum wbt

dua minggu lepas abuya telepon encik amir nak tanya pasal kereta kaklong, then encik amir janji hari jumaat minggu tu kereta akan diserahkan tu pun kalau takde apa2 masalah,, tiba hari jumaat yang dijanjikan tetiba je kereta wira buat hal plak... adoi,, ntah kenapa hari tu berapa kali dah enjin kete takleh start,, mula2 kat petronas, pastu kat unisel, pastu kat umah, last kat masjid plak...kena cuba berpuluh2 kali baru boleh start,,, so nak tak nak terpaksa cancel plan nak pergi hosp serdfang petang tu sebab nak hantar wira ke bengkel kete,,, yang peliknya lepas lebih sejam check up kereta tu takde apa2 plak, semua elok je,, so alhamdulillah la jimat ckit tak perlu berbelanja lebih.hehe.. then abuya buat lawak plak:
''hari ni kan kereta kak long nak sampai, so dia merajuk la tu''
huhuhu,, kesian wira,,haha.. bole plak merajuk2 ni..
malangnya hari jumaat yg dijanjikan tak dapat jgk,, encik amir terpaksa tangguhkan hanya sebab permintaan remeh dari bank islam.. ntah kenapa bank islam nak plak surat pengesahan post-graduate,, padahal tak perlu pun,,, so nak tak nak kaklong kena mintak cuti plak semata2 nak minta surat tu kat unisel,, pujuk2 lecturer yang in-charge akhirnya dapat jgk,, syukur sgt2,, klau tak dapat surat tu alamatnya pertengahan julai baru dapat kete...lama lg..hehe..
cuba tengok gambar ni,, sedih kan.. patut la wira merajuk dulu,, hehe...tapi baru2 ni abuya ada janji,,
''badah balik habis blaja nanti kete wira ni ada lagi''
hahaha... hopefully lah~ :p
bak kata kaklong dulu proton hampir2 nak bankrap,, tp edisi terbaru saga (saga blm n saga fl) telah menyelamatkn proton...hebat2

last nak cakap>> sokong produk malaysia!! hehe

Friday, June 24, 2011

mula2 mmg susah

ni adalah salah satu kata2 org barat untuk menaikkan semangat orang2 yang lemat semangat di saat mula2 buat sesuatu,, yup, memang betul pun mula2 memang susah sebab kita mula dengan 'zero' di samping nak adapt dengan keadaan baru.. pendek kata mula2 kita akan culture shock dengan benda baru,, sebab tu lah mula2 memang sangat mencabar dan susah sampai Rasulullah saw pesan yg diriwayatkan dalam sahih muslim:


''Sabar yang paling bernilai tinggi adalah bertabah hati pada permulaan datang musibah''
dan inshaAllah dengan adanya sahabat2 serta dekat dengan Allah pasti kita takkan kecundang mcm apa yg Hamka rh bagi tips:
''Pengubat kerisauan manusia ada dua: Allah dan sahabat''
please dont give up hope yet... and dont be pushed by your problem, be led by your dream...may our dream comes true! inshaAllah  dan semoga Allah permudahkan amin...
next week saya pulak akan masuk medan ilmu,,ntah2 nnt sya yg kecundang dulu,hehe,,, (hopefully tak la inshaAllah!!) 

Tuesday, June 21, 2011

bila hati blablabla,, ucap zikir

di saat kebosanan tahap dewa,,
saya baca inbox henfon,, henset basic je,,
setakat nak call or sms bole la~~~
nak mms takleh apatah lagi 3g, haha
then terbaca satu mesej,, 
yang saya dapat time ceramah nak amik lesen L,,
sangat banyak manfaatnya yang boleh dikongsikan bersama
juga untuk peringatan bersama terutamanya diri ni



anyway, even kita takde perasaan pown~
macam dalam gambar ni...
pun boleh nak berzikir...
kalau kita sanggup berborak berjam2 non-stop..
atau menyanyi lagu2 jiwang...
sekali-sekala tu basahkan lidah dengan zikrullah...
tak kisah la camna perasaan or aktiviti kita pun..
lebih2 lagi after solat..
cubalah untuk berzikir sebentar...
even time tgh driving, or jogging, or jalan2 pun boleh berzikir...
it is simple yet the rewards are heavy
inshaAllah

skdr renungan terutamanya diri sendiri~
nak suruh orang tp diri sendiri pun tak betul lg,huhu

nak tahu tentang tikus tak~

puas saya bertanya uncle google tentang kelebihan bangsa tikus, akhirnya dapat jugak...haha, cuba tengok gambar di bawah, hebat kan, non-stop summore!! haha.. betapa hebatnya tikus ni sampai orang2 tua pesan jangan sebut 'tikus' sebab nanti tikus dengar,,,then dia akan datang nak balas dendam,, so even sekarang pun umi pun panggil ''cik Ti'',,...and satu hari nanti akan ada ''Dr Ti'' plak.. haha,,
ni lah sebahagian fakta tentang cik ti...

1-Tikus dapat bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

2-Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.

3-Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan boleh melompat sehingga 12 inci.

4-Tikus buta warna dan lemah penglihatannya tetapi tajam deria bau dan pendengaran.

5-Tikus tidak suka sesuatu yang baru dan peka pada persekitarannya.

6-Tikus bukan haiwan akuatik tetapi ia boleh berenang walaupun ia tidak sukakannya.

7-Gigi tikus sentiasa tumbuh sekitar 3.5 sehingga 4.5 cm setahun dan ini menyebabkan tikus perlu sentiasa menggigit benda untuk menumpulkannya, jika tidak gigi tikus akan menembusi bibir dan mulutnya dan ini boleh mengakibatkan ia mati akibat tidak boleh makan dan infeksi kuman.

8-Tikus tidak pernah berpeluh kerana ia boleh mengawal suhu badannya melalui pembuluh darah di ekornya.

9-Tikus tidak memiliki hempedu lantaran itu ia tidak akan muntah.

10-Tikus betina bersedia melahirkan anak seawal usianya sebulan setengah.


bagi feng shui orang cina pula, tikus ni dipercayai haiwan yang paling licik, kalau orang yang lahir tahun babi dipercayai banyak ong tapi kalau lahir tahun tikus ni dianggap licik bagi feng shui.., and ada proverb kata when cats is away, mice will dance.. haha,, tapi kena ingat jugak sebenarnya tikus ni haiwan yang sangat bahaya sebab boleh menyebarkan penyakit apentah aka kencing tikus (boleh mati tau kalau kena)... and tikus ni haiwan yang sangat pengotor, tak layak untuk benda2 yang suci...kalau kita tanya uncle google tentang haiwan yang paling dibenci pun,, tikus termasuk dalam top7 tau.. kecian bangsa tikus,, dah memang nasib mereka tinggal tempat kotor sampai kencingnya boleh membawa maut,, bukan salah mereka sebab kalau mereka berusaha nak tinggal di tempat yang suci pun pasti dihalau, malah dibunuh dengan kejam!!


now i learnt that actually mice are not worth to stay in a pure place,, even how tough they insisting to stay they will be expelled yet eliminated eventually...
poor them,, :( dah nasib,,haha
untuk semua tikus, saya pesan sebelum anda dibunuh, keluarlah dari tempat2 yang suci,, kamu tak layak faham tak! (harap2 semua tikus baca ni)

Friday, June 17, 2011

1 out of 5 only?? how sad!! :'(

i just want to share sumthing from what i have heard from ceramah in surau al-amin here, im not sure whether it is true or not becoz me also reaaalllyy suprised with the fact,,
the ustaz who gave the ceramah said, based on a research conducted by UM students,, only 20% of malaysian muslim perform solat...the rest 80%?? they just ignore it,,, innalillah...
then he said that based on the research, most of the 80% who do not solat is students, uniformed job, peniaga and factory workers...
then the UM students surveying about national school's students, only 20% of them solat full five times a day...how come like that... then the ustaz said,,actually this country deserve to be attacked by tsunami or earthquake... not impossible right??

and the fact reminds me about what ustazah zalina sulong told my class while in form1,, she said in her opinion almost all of the entire free hair women do not solat...uuiii,, biar betul,,,maybe what she said was true becoz scarf is the most BASIC requirement for a women called muslimah... kalau yang bertudung pun belum tentu solat apatah lagi yang tidak bertudung,, wallahualam,,,
anyway, it just my opinion, dont think negativetly to those whom free haired,,


take a look at this statement i got from book 50pesanan Rasulullah kpd kaum wanita,, a statement which was said by unknown non-muslim missionaris:
''Di sana tidak ada cara untuk menghancurkan islam dengan lebih cepat kecuali dengan menggalakkan wanita muslimah yang berjalan keluar dengan auratnya terbuka dengan jelas''
hahaha,, and in my opinion, those women whom tak tutup aurat is easy to be cheated by man...hehe,,

anyway, ni semua sekadar untuk renungan semua terutamanya diri sendiri,,,
kadang2 kita sanggup main bola 60minit tapi malas solat 5minit,,,
and bila awek kita call cepat2 jawab, tapi bila Allah call kita ignore je,,,(sya xde awek!!! hehe)
huhu

Tuesday, June 14, 2011

Imam Ghazali's puzzles

this is imam ghazali's puzzle to his students
actually the students' answer was right
but their answer were not what imam ghazali meant




hmm actually i got the idea from someone's blog
pinjam tau..haha
lagipun bosan sangat so buat la benda2 ni,,hehe
sharing is caring
:)

lake dan pusat sains :)

last saturday i was dissapointed becoz my plan was disallowed hehe,, but on the same evening ama asked me to take her in cyberjaya so kaklong suggested me to bring adik2 to mandi2 in cyberjaya at kelab komuniti,,juz beside the cyberjaya lake,, and the lake was so nice plus it has playground there... all praises to Allah, terubat cikit kekecewaan.. haha..
while adik2 were swimming,, i took a chance to jog, it has been a long time since the last time i jog, haha... i set the time to calculate my fitness level,, no need la to tell about it but honestly i think my fitness level has drop down dramatically... in fact if an athelete doesnt exercise for 72 hours their fitness level will drop down to normal not in max level yet,... kalau tak tau tu kantoi la tak baca text book PJK form4,, hahaha(pdhal sya ni kebetulan terbaca)... if only 3 days could be like that what if beyond 5 months???
once again alhamdulillah, still on the same evening, mak kawan dikya gave us 9 tickets to Pusat Sains Negara for free,, so we used the tickets on the next day,, but not everyone interested to go there,, only 7 of us je...almaklum la pusat sains negara kan untuk budak2 je,,, hehe





anyway nice experience,, bukan senang nak jumpa dinosour depan mata,, what on earth! haha..
akhir sekali, thanks untuk kawan dikya, tak tau nak balas pe,, doa je la ye.. hehe

1csl350merc=14persona

satu hari saya drive balik dari KL dengan umi and ama and kaklong... macam biasa time driving tu mesti usha2 kereta orang len,,hehe nak usha kereta sendiri dah buruk plak,, so juz berangan2 je la tengok kereta mewah orang lain.. kalau nak tahu kereta yang sering jadi perhatian saya adalah kereta Honda Civic and Hyundai Accent,, haha,, belum apa2 lagi dah berangan nak beli kereta...haha,,
tapi time on da way balik tu terlihat sebuah kereta apetah,, tapi kereta tu memang sporty and mahal gler,, then saya terfikir something and cakap kat umi,, sekadar merancakkan suasana,, ''daripada beli kereta mahal sebijik kan lagi baik beli kereta murah 5 bijik'' bukan sahaja membazir malah banyak benda amal yang kita boleh buat dengan duit lebih tu...







then umi jawab camni (lebih kurang), ''setiap org x sama, and badah takkan faham,, bagi kita benda tu tak patut pun sedangkan bagi diorang beli kereta mewah tu satu pencapaian hidup msing2''
yup,, pencapaian hidup merupakan somthing yang perlu ada dalam setiap orang kan? mungkin sesetengah orang menjadikan anak2 sebagai pencapaian hidup dia sama ada anak2 dia berjaya or tak...and tak mustahil isteri2 cantik pun boleh jadi pencapaian hidup seseorang( poligami nafsu)... anyway yang lebih umum bagi setiap org adalah dengan menjadikan kerjaya atau harta sebagai pencapaian terbesar... and tujuannya hanya satu iaitu mencapai puncak KEBAHAGIAAN...
bila cakap kat abuya, abuya jawab, ''tu kereta nak berlagak''
bila cakap kat ama, ama jawab, ''tu kereta orang kedekut''
hmm, mula2 rasa nak kutuk2 je orang yang beli kete mahal2 ni,,,astagfirullah... tapi apa yg umi cakap ada betulnya jugak, saya takut satu hari nanti saya yang beli kereta mahal2 camtu baru puas hati ckit,,, mungkin sekarang saya rasa tak patut tapi bila dah bekerja mungkin ada keinginan nak beli kete mahal2,,,ntah la,,haha
camne lah saya dah besar nanti,,thats why kena jaga iman jaga hati :D


''ketika seseorang beribadah, tujuannya hanya untuk mencari kebahagiaan hati... juga disaat dia membelanjakan wang serta menikah.. bahkan, seseorang berbuat maksiat juga bertujuan untuk mencari kebahagiaan... pendek kata semua yang kita lakukan bertujuan mencari kebahagiaan.. namun kebahagiaan yang sempurna, malah mendapat nikmat yang hakiki dan puncak segala kesenangan bukanlah di dunia, tetapi ada di syurga'' --Syeikh Amru Khalid-- buku penyucian jiwa


jadi, daripada berangan kereta mewah, rumah besar and isteri2 cantik,, ayuh kita mengkhayalkan syurga! haha :D


semalam an pegi hosp serdang nak check telinga noha,, tapi time nak parking tu terlanggar kereta honda accord, lagi satu kereta idaman ku, haha... mula2 tak perasan then ada india yg tgh lalu bagtau.. anyway sekadar tertouch je,,nasib bek tak calar, tapi nampak ada kesan kotor ckit tak tau la mungkin sebab kesan dari kete wira ni or tak.. wallahualam... kalau terlanggar btul2 memang habis aku.. haha

Saturday, June 11, 2011

HalaTuju my blood brothers

mula2 kami 31, then 5 terkandas di setengah jalan,huhu,, so hanya 26 yang berjaya melepasi tahun getir tersebut..hehe...
when the going get tough, the tough get going
itulah jumlah sebenar SeniorPutera aka SP kompeni Foxtrot tahun lepas, namun lebih specific kalau saya cakap Royal Fox.. dulu senior kami nama diorang adalah Fox Crews,, tahun ni plak newboy kami punya nama adalah Descent Fox,, dulu2 tak sure apa nama diorang,,yang akan datang plak hanya Allah yang tahu, hehe..

kalau cakap FOXTROT mesti terbayang warna maroon and cogan kata sentiasa berusaha,, haha,, rindu gler kat royal fox,, ni lah adik-beradik saya kat sana,,, makan sama2, mandi sama2, tidur sama2, sukan sama2, suka duka pun sama2... even air liur pun dah rasa sama2 dah, huhu... and as adik beradik memang tak dinafikan ada jugak masalah2 kecik,, sekadar tarik2 rambut tu ada jgk la (pdhal kepala botak)...

kini dah bergelar OP so semua ada agenda masing2,, and to make the dream comes true so semua sedang berjuang di medan ilmu,,, ada masuk matrik, ipta, ipts,, and inshaAllah oversea pun akan ada jgk... so lepas ni cam dah susah nak contact apatah lagi nak jumpa,,, hmm,, sedih btul...dulu kat sana beriya2 sangat nak keluar, bila dah keluar rasa nak masuk balik rmc,,, (mati hidup balik pun aku takkan masuk, haha)... jadi saya saja2 je survey medan pertempuran blood brother saya ni,,,


Hala Tuju Op Royal Fox

  1. hafiz rusia- UITM lendu melaka, graphic design
  2. adib kali- UTP, asasi kejuruteraan
  3. ubadah mice- intec, persedian rusia, medic, jpa
  4. muaz- matrikulasi selangor, sains
  5. iqbal kerengge- UPNM, management of defence
  6. arshad cibon- IIUM, engineering
  7. iqbal belon UITM sri iskandar, perak
  8. puvan- matrikulasi pahang
  9. dinni- intec shah alam, Ausmat, Aussie, or NZ, MINDEF
  10. zahir gopeng- matrikulasi gopeng,perak
  11. shafiq
  12. shakirin lilo-UTM international campus KL, electrical enginering
  13. akmal cendol -UTM, diploma ukur bahan
  14. haris james- cadet APL (singapore company)
  15. hariz kontol- ALAM, dip in marine engineering(AET)
  16. aizat lalat-UNIKL MFI bangi
  17. adib momok- UTeM
  18. aimullah timun-ALAM,dip in marine engineering(Bumi Armada)
  19. rahimi-UPNM, eng of defence
  20. saufi jaws- UPNM, eng of defence
  21. haris zapein-ASASI UNDANG-UNDANG,UITM MERBOK KEDAH
  22. adib amore - matrikulasi n9, sains
  23. amirul tongga- ALAM
  24. lokman sangap-matrikulasi melaka
  25. izzudin din- UPNM, science and technology of defence
  26. dzafir gibs

malangnya dah lebih seminggu tapi tak full lagi document ni,, :/ dah post kat wall, dah bagi message, dah bagi sms,, tapi still ada jugak yang tak jawab, kalau jawab pun jawab ckit2 je,, bagitau la kos pe or apa2 yang patut,, mungkin tak lama lagi full lah tu inshaAllah... haha..
walau apa pun, saya mendoakan kesemua 26 blood brother saya ni berjaya mengejar cita2 diorang and semoga all of our dreams come true...
semoga cinta Allah sentiasa bersama mereka,,, agar berjaya duniawi ukhrawi,, amin!!
semoga berjumpa kembali di satu hari nanti... (agak2 bila jumpa lagi mesti masing2 dah kerja and kawen, wah)
doakan saya menjadi seorang doktor dan berkahwin dengan dia kelak...




Thursday, June 9, 2011

Pocoyo Comel lote

im not sure since when i watched Pocoyo, but i started to enjoy watching it since blablabla...haha... long time ago kan, i watched pocoyo becoz my lil bro n sis like to watch it, tengok camtu2 je,, but now vice versa,, they watch it becoz im the one who like to watch it... plus pocoyo is really cute!! haha... comel tahap dewa.. sometime when watching it i laugh alone,, till fara said, ''kitorang tgk tak lawak pun, bada je gelak sorang'',, hehe.. lawak pe...hihi

pocoyo actually was from spain and he is really famous there,, pocoyo born in october same as that person haha,, tak caya tengok wiki,, how pocoyo popular in spain actually same as how upin ipin here.. anda faham? im not sure la and it juz my opinion becoz i looked at pocoyo's blog mostly are spanish,,, kalau upin ipin menang anugerah animasi terbaik, pocoyo pun menang jugak kat sana... so far upin ipin dah ada 2 movie, pocoyo pun ada 2 movie jugak... im craving to watch it unfortunately it is only in spanish... huhu.. :(



if the trademark for upin ipin is BTUL,BTUL,BTUL,,,,, for your information pocoyo also got but he cant speak yet his trademark is his dance,,, POCOYO DANCE!! haha,, comel sangat,, pusing~pusing~,,, goyang~goyang..

sometime when i watch pocoyo's cartoon,,, i ever wondered,,
first,, who is pocoyo's parent?? (pdhal ciptaan semata2, hehe)
second,, how is pocoyo's hairstyle?? (asyik pakai topi je)
third,, how is pocoyo's house?? (asyik background putih saja)

i miss Pocoyo!!

2 pemimpin hebat

ni gambar yang saya lukis masa form4 dulu,,, sape tak kenal dua orang pemimpin ni, yang atas mahmoud ahmadinejad,, presiden iran,, sangat berani mempertahankan hak2 iran walaupun ditentang oleh US and europe, tapi dia tetap cool je... dia lah antara pemimpi dunia islam yang berani mengutuk israel dan amerika,,, tapi fakta dalam satu video yang kata beliau pun konco yahudi membuatkan saya was2 dengan keberanian beliau,, wallahuAlam... namun keberanian beliau bina nuklear hebat walaupun diancam and disekat dengan macam2 sekatan,, dia juga antara pemimpin islam asia barat yang tak iktiraf kedudukan israel kat palestin...
yang di bawah plak adalah Hugo Chavez,, presiden venezuela,, eventho dia non-muslim,,, tapi dia lebih berani dari pemimpin2 muslim yang len dalam mengutuk perbuatan israel dan amerika,,, kata2 dia kat israel dan amerika sangat bisa,,, dia pernah kata kapitalisma bukan sistem terbaik untuk dunia malah kapitalisma membawa semua ke neraka,,, wah, btul3,,, sistem terbaik adalah sistem islam!! haha... dulu saya pernah jgk doa2 supaya beliau dapat hidayah,, amin... kan bagus kalau pemimpi yang berani camni msuk islam...huhu

Monday, June 6, 2011

Saturday, June 4, 2011

tu lah rusuk kiri, bukan perut, haha

Baru2 ni pergi medical check up, first pergi klinik kesihatan batu10, malangnya MA tu taknak buat, how can plak taknak buat, alasan je… dia kata,
‘’adik, abg cdgkan adik buat kat swasta, kalau adik buat kat sini amik masa sebulan baru siap’’
‘’xpe, saya masuk bulan 7, buat kat sini je lah’’
‘’kalau adik nk buat kat sini jgk, adik kena bayaran sama dengan swasta jgk’’
‘’swasta mahal skit, buat je lah kat sini’’
‘’kalau nak jgk, buat blood n urine test kat tempat len bru dtg sini bwk result nnt kmi analyse’’
Hmm, taknak buat tu cakap je lah, mula2 kata lambat siap, then harga sama, then suruh buat blood n urine tempat len plak, setakat nak analyse je bek xyah la wey… nak lepas tangan ea??
Then pergi survey kat hospital Columbia asia, dekat sangat dengan rumah, mula2 fikir kalau mahal sangat kat hosp tu saya nak buat kat hosp kerajaan kajang, tapi rupa2nya lebih kurang sama je dengan hosp kerajaan…so senang2 buat je la kat situ…
Hmm, takde apa2 pun nak cite pasal medical checkup, tapi semua result saya akan di analyse oleh sorang MO, doktor cina perempuan, sangat ramah, haha….macam2 dia tanya, dah macam kena interview plak, then tengah analyse result tu dia ajar ckit2 pasal medic, haha,, lepas ajar sesatu benda mesti dia cakap ‘’you will learn about this later’’…. Haha..
Tapi bila tunjuk filem x-ray, kan kat belah kiri laki ada satu ruang kosong, nak tau tak doktor tu cakap camni,
‘’this area empty means that u tak makan apa2 lagi dari pagi tadi kan’’
‘’????????’’
Ntah la,,  saya tak la berilmu sangat pun, tapi setahu saya ruang ksong tu merujuk kepada tulang rusuk kiri, tak logic la kalau tak makan apa2 lagi sebab saya dah sarapan lagipun stomach bukan ke kat ulu hati ke… huhu,,,setahu saya area tu actually tulang rusuk kiri untuk cipta wanita… hebatnya islam, islam kata tulang rusuk kiri adam digunakan untuk cipta hawa, baru sekarang terbukti yang tulang rusuk kiri dengan kanan tak sama sebab yang kiri dah digunakan untuk cipta wanita… yup, dicpitakan dari rusuk kiri untuk dipimpin, bukan dari kaki untuk dipijak atau bukan dari kepala untuk dijunjung…hehe..

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
(An-Nisa':Ayat 1)


sabda Nabi saw. "Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yangbengkok. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari Abu Hurairah).

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasululllah saw. bersabda:" sesungguhnya perempuan seperti tulang rusuk, jika kamu cuba meluruskannya ia akan patah. tetapi jika kamu membiarkannya maka kamu akan menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok". 

anyway, jangan salah faham sangat dengan hadis2 ni sebab disebabkan hadis2 ni an ada yg berpendapat wanita diciptakan dari tulang rusuk suami masing2... yang diciptakan dari tulang rusuk kiri hanya hawa seorang sahaja, tapi sejak tu tulang rusuk kiri lelaki takde sebab ikut shape nabi adam as... wallahualam,,, kalau nak detail cuba rujuk yang lebih arif sebab ada banyak sangat pendapat pasal isu ni... saya punya ilmu ni seciput je, haha...

About layanan kat hosp Columbia asia tu, sangat mantap, tak perlu kot nak cite camne layanan mereka tapi sebijik macam layanan kat hotel,, hehe.. anyway teringat jugak kata2 sister rashida kat hosp serdang hari tu kebetulan ada orang tanya kenapa layanan hosp swasta baik, hosp kerajaan tak… sister tu jawab,
‘’hosp swasta sehari ada 40 patient je, hosp kerajaan sehari ada 400 patient’’ haha…