puas saya bertanya uncle google tentang kelebihan bangsa tikus, akhirnya dapat jugak...haha, cuba tengok gambar di bawah, hebat kan, non-stop summore!! haha.. betapa hebatnya tikus ni sampai orang2 tua pesan jangan sebut 'tikus' sebab nanti tikus dengar,,,then dia akan datang nak balas dendam,, so even sekarang pun umi pun panggil ''cik Ti'',,...and satu hari nanti akan ada ''Dr Ti'' plak.. haha,,
ni lah sebahagian fakta tentang cik ti...
1-Tikus dapat bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
2-Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.
3-Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan boleh melompat sehingga 12 inci.
4-Tikus buta warna dan lemah penglihatannya tetapi tajam deria bau dan pendengaran.
5-Tikus tidak suka sesuatu yang baru dan peka pada persekitarannya.
6-Tikus bukan haiwan akuatik tetapi ia boleh berenang walaupun ia tidak sukakannya.
7-Gigi tikus sentiasa tumbuh sekitar 3.5 sehingga 4.5 cm setahun dan ini menyebabkan tikus perlu sentiasa menggigit benda untuk menumpulkannya, jika tidak gigi tikus akan menembusi bibir dan mulutnya dan ini boleh mengakibatkan ia mati akibat tidak boleh makan dan infeksi kuman.
8-Tikus tidak pernah berpeluh kerana ia boleh mengawal suhu badannya melalui pembuluh darah di ekornya.
9-Tikus tidak memiliki hempedu lantaran itu ia tidak akan muntah.
10-Tikus betina bersedia melahirkan anak seawal usianya sebulan setengah.
bagi feng shui orang cina pula, tikus ni dipercayai haiwan yang paling licik, kalau orang yang lahir tahun babi dipercayai banyak ong tapi kalau lahir tahun tikus ni dianggap licik bagi feng shui.., and ada proverb kata when cats is away, mice will dance.. haha,, tapi kena ingat jugak sebenarnya tikus ni haiwan yang sangat bahaya sebab boleh menyebarkan penyakit apentah aka kencing tikus (boleh mati tau kalau kena)... and tikus ni haiwan yang sangat pengotor, tak layak untuk benda2 yang suci...kalau kita tanya uncle google tentang haiwan yang paling dibenci pun,, tikus termasuk dalam top7 tau.. kecian bangsa tikus,, dah memang nasib mereka tinggal tempat kotor sampai kencingnya boleh membawa maut,, bukan salah mereka sebab kalau mereka berusaha nak tinggal di tempat yang suci pun pasti dihalau, malah dibunuh dengan kejam!!
now i learnt that actually mice are not worth to stay in a pure place,, even how tough they insisting to stay they will be expelled yet eliminated eventually...
poor them,, :( dah nasib,,haha
untuk semua tikus, saya pesan sebelum anda dibunuh, keluarlah dari tempat2 yang suci,, kamu tak layak faham tak! (harap2 semua tikus baca ni)
No comments:
Post a Comment