Tuesday, June 14, 2011

1csl350merc=14persona

satu hari saya drive balik dari KL dengan umi and ama and kaklong... macam biasa time driving tu mesti usha2 kereta orang len,,hehe nak usha kereta sendiri dah buruk plak,, so juz berangan2 je la tengok kereta mewah orang lain.. kalau nak tahu kereta yang sering jadi perhatian saya adalah kereta Honda Civic and Hyundai Accent,, haha,, belum apa2 lagi dah berangan nak beli kereta...haha,,
tapi time on da way balik tu terlihat sebuah kereta apetah,, tapi kereta tu memang sporty and mahal gler,, then saya terfikir something and cakap kat umi,, sekadar merancakkan suasana,, ''daripada beli kereta mahal sebijik kan lagi baik beli kereta murah 5 bijik'' bukan sahaja membazir malah banyak benda amal yang kita boleh buat dengan duit lebih tu...







then umi jawab camni (lebih kurang), ''setiap org x sama, and badah takkan faham,, bagi kita benda tu tak patut pun sedangkan bagi diorang beli kereta mewah tu satu pencapaian hidup msing2''
yup,, pencapaian hidup merupakan somthing yang perlu ada dalam setiap orang kan? mungkin sesetengah orang menjadikan anak2 sebagai pencapaian hidup dia sama ada anak2 dia berjaya or tak...and tak mustahil isteri2 cantik pun boleh jadi pencapaian hidup seseorang( poligami nafsu)... anyway yang lebih umum bagi setiap org adalah dengan menjadikan kerjaya atau harta sebagai pencapaian terbesar... and tujuannya hanya satu iaitu mencapai puncak KEBAHAGIAAN...
bila cakap kat abuya, abuya jawab, ''tu kereta nak berlagak''
bila cakap kat ama, ama jawab, ''tu kereta orang kedekut''
hmm, mula2 rasa nak kutuk2 je orang yang beli kete mahal2 ni,,,astagfirullah... tapi apa yg umi cakap ada betulnya jugak, saya takut satu hari nanti saya yang beli kereta mahal2 camtu baru puas hati ckit,,, mungkin sekarang saya rasa tak patut tapi bila dah bekerja mungkin ada keinginan nak beli kete mahal2,,,ntah la,,haha
camne lah saya dah besar nanti,,thats why kena jaga iman jaga hati :D


''ketika seseorang beribadah, tujuannya hanya untuk mencari kebahagiaan hati... juga disaat dia membelanjakan wang serta menikah.. bahkan, seseorang berbuat maksiat juga bertujuan untuk mencari kebahagiaan... pendek kata semua yang kita lakukan bertujuan mencari kebahagiaan.. namun kebahagiaan yang sempurna, malah mendapat nikmat yang hakiki dan puncak segala kesenangan bukanlah di dunia, tetapi ada di syurga'' --Syeikh Amru Khalid-- buku penyucian jiwa


jadi, daripada berangan kereta mewah, rumah besar and isteri2 cantik,, ayuh kita mengkhayalkan syurga! haha :D


semalam an pegi hosp serdang nak check telinga noha,, tapi time nak parking tu terlanggar kereta honda accord, lagi satu kereta idaman ku, haha... mula2 tak perasan then ada india yg tgh lalu bagtau.. anyway sekadar tertouch je,,nasib bek tak calar, tapi nampak ada kesan kotor ckit tak tau la mungkin sebab kesan dari kete wira ni or tak.. wallahualam... kalau terlanggar btul2 memang habis aku.. haha

No comments:

Post a Comment