Sunday, September 25, 2011

run run run

assalamualaikum wbt

actually saya ni tak la minat pun k-pop ni,, tapi kadang2 tu layan la jgk skit2,, lagipun kita bukan paham pun apa dia nyayi jadi cam tak~~~i mean kan elok kita tahu lirik sekali supaya boleh menghayati,,, cam solat la jgk, klau tak paham camne nak hayati,,, klau tak hayati camne nak khusyuk... klau hayati pun tak hayati apatah lagi yang bukan bernama hayati.. :p

direct to the point,, nak share satu lagu korea lah kat sini... sebb lirik dia sangat menggegar jiwa,, sbb lagu ni suruh kita berlari,, sesuai dgn saya punya pegangan kat sini,, kejar cita2 dulu...

petikan lagu epik high- run,,,,

Run till you can touch the sky with your hands.
Run till your heart is filled with your dreams.


Everybody run, run, run away…
No matter how much I run (I can’t escape from it).
Everybody run, run, runaway…
If I look back while running (You’re still there).




Run till you can touch the sky with your hands.
Run till your heart is filled with your dreams.
assalamualaikum 

cenda to cemar

assalamualaikum wbt

minggu lepas senior pogram kami dah fly,, 
diorang ada sayap ke?
taklah... mstlah naik aeroplane,, merepek je kau ni... soalan tu biarlah yg lojik skit...
so dekat cemara yg mereka diami sebelumnya itupun ada kekosongan,, jadi kami as juniors pun yg tinggal kat cendana ni pun kena tukar ke cemara,,, itu bukan pilihan tapi arahan...so by hook or by crook we must... eventho in the beginning we refused to...huhu,, anyway bila dah pindah betul2 tetiba luqman yg mula2 kata taknak pindah cakap,
''aku rasa cemara lagi baik bodo'' hehe actually sya pun terfikir camtu jgk,, tu lah actually apa yg Allah buat itulah yg terbaik utk kita kan,, tapi ada satu benda je yg menimbulkn perasaan serba salah pd saya,, iaitu meninggalkan housemate A-level sya keseorangan dlm rumah kat cendana tu... kesian dia,, wlaupun lain2 pogram tapi kmi berempat dah jadi rapat sgt,,dah macam adik-beradik kat sana, cukup, taknak touching2 kat sini lh..hehe... actually sya agak respect dgn dia,, first sbb dia org klate tp takdok lngsung racist klate-klate,,, zero racist... second sbb wlaupun dia minat k-pop tp at the same time almost tiap2 hari dia baca al-quran... selama hmpir 3 bulan kat dgn dia pun byk jugak sya dah blaja bhsa klantan,, hehe..malah bijak n ceria orangnya,,,
.
aku ni laher je kat klate tp dok boleh kechek klate... (guna google translate je ni :p)
.
btw mungkin tu je lh satu2ny benda yg akan kmi rindui kat situ selain dripada~~eer
ok,, kat cendana ni yg istimewanya adlh~
sume laki
takde pempuan
jamban cangkung
madrasah ijtihad diniyyah (sbb ada aircond)
tu je lh yg melintas dlm kepada stakat ni...tp kat sini mmg sgt bosan,,, yup bosan, nak cerita pun bosan so xyah cite la sbb kalau cite pun msti bosan nak baca sebab kat sana bosan...
.
actually sya baru je nak tinggal kat cemara ni so tak berapa tahu sgt apa yg ada kat sini,,tp tahu lah sikit2 sebab sebelum ni training inpro biasany kat cemara jadi secara tak langsung tu nampak and dengar2 cite pasal apa yg special nya kat cemara... apa yg cemara ada cendana takda:
mydin,,,murah ckit an
ada pusat bowling,, (pdhal x reti main)
dekat dengan kampus intec,,
bilik tidur lebih luas..
byk restoran,,yg murah or mahal pun ada...
ada gelongsor, ada buaian...anak2 boleh main..
rapid KL direct pergi KTM...
rumah ada dapur,, boleh masak2,,,adib kan pandai,, :p
yg seronokny bila kat sini kami semua diletakkan dalam satu blok yg sama,, satu blok dengan pempuan2 skali, eh tak la, tipu je,,, pempuan mesti lh blok lain,,, tapi tak best la ada diorang,, tak privacy la nanti.. risau plak rasanya dgn benda tu,, bkn pe risau sya plak yg datang blok diorng nanti,, haha.. tapi takde pe yang perlu dikhuatiri,, kat blok pempuan ada guard khas yg jaga,,, no men allowwed! kat cemara ni sebelah2 je dgn akasia,, laki takleh masuk akasia...haram..tapi pempuan boleh masuk cemara...lol..pelik kan? sebenarny sebab kat dalam cemara pun ada jugak pempuan,,tapi di bawah pengawasan guard... jadi agak terjaga la SIKIT pergaulan di sana,, tak macam kat um, laki selamba je boleh lalu2 kat apartment pempuan,, nak naik pun bole asalkan tak kantoi, nak kantoi pun susah sbb takde guard yg jaga khas...

eh, dah panjang gler taip,,huhu,,tgk dah bazir 40 min 1saat...alamak ai...
ok lah...cukup sampai di sini...
salam... btw, skarang dpt housemate dgn adib, bole blaja klaka sarawak plak,, :p

Saturday, September 24, 2011

kotak yg dilaknat..

assalamuaikum wbt,

sape nak main teka-teki, saya ada ckit nak share kat sini..haha,, bkn teta teki imam ghazali ea...

soalannya adalah kotak pe yg paling berdosa?
.
kaklong--kotak tv....salah,,
.
ama--kotak dosa....salah,, wujud ke camtu?? :/
.
kaklong--kotak rokok....salah,
.
ika--kotak beracun....lagi la salah, ingat ni tadika ke,, haha
.
noha-- (masih berfikir....2jam kemudian)
.
aizat-- kepala hotak... salah!!,,kpala otak mu la!
.
ama-- kotakotakotakotakotako~... cukup2,, tetap salah
.
noha-- (masih berfikir.....2jam kemdian)
.
.
.
.
.
dah?
.
japawannya adalah KO TAK SEMAYANG...hahaha

teringat satu hadis Rasulullah saw,,,
islam adalah intipati kehidupan, tiangnya adalah solat, puncakny adlh jihad...
so, kalau tiang takde, bangunan roboh,,
kalau tiang rapuh pun bangunan mudah roboh ditiup ribut...
jadi bermuhasabah dan perbaikilah tiang anda...

tu je!
salam...
paka paka
dasvidania
uvidemcia

Monday, September 19, 2011

Family: jodoh kaklong. part1 merisik

assalamualaikum wbt

semalam kakak saya yang paling tua disrisik. dengan rajinnya saya menjadi photographer upahan dengan bayaran rm2000 sejam (tipu je)... saja je actually nak jadi photogrpher, boleh datang dekat2 supaya boleh dengar perbualan2 orang2 berpengalaman,,padahal boleh je dengar dari jauh.. menyebok je aku,haha... kedua2 belah pihak pun nampak excited sangat tapi sedikit kekok,, mungkin sebab yang nak berkahwin kelak masing2 sulung haha tu yang semangat sangat tu.. almaklumlah bila dua2 sulung so mesti la teruja... malah kami adik beradik pun tumpang spirit, ura! ura! haha... btw perbincangan berlangsung hanya dalam hampir 2jam je tapi macam2 yang mereka bincangkan,, tak sangka banyak jugak benda yang saya tak tahu sebelum ni rupanya haha...



hmm, btw baru je majlis kerisik merisik dah nak heboh kat blog ni, hehe,, biarlah saja nak membanyakkan posting..lol..
last nak cakap.. semoga berkekalan hingga ke syurga! inshaAllah amin..

Friday, September 16, 2011

setting niat kerana Nya

assalamualaikum wbt

dah agak dah,, memang takkan tinggal punya blog ni sampai bulan november nanti,, tapi tak sangka plak seawal ini, hahaha... nak kata dah ketagih berblogging tu tak pun,, (masih taknak ngaku lg ni),, hehe tapi ini lah saja teman yang ada sekarang untuk berkongsi cerita and sharing2,, nak pendam2 pun nanti berserabut hati.. honestly tak harap pun sesapa baca blog ni, juz untuk suka2 je..sekadar santapan untuk~~ erm,, sape ek?
entah.
.
family..kowt..
kalau tak mybe sekadar bacaan bila bosan..lol...

sekarang ni pun sya dah berazam takmau online langsung,, tapi mana sanggup aku tahan nafsu bila laptop di depan mata, terbiar tanpa pengguna,,hoho so tiap2 hari online jgk,, lagipun ada satu assignment pasal russia kena buat,, saya nak buat pasal 'islam in russia'... sambil2 cari manklumat tu buka2 la skit blog ni hehe... banyak jgk info dan fakta2 menarik yg saya dah dapat,, ada masa nanti boleh share, why not,, eventho diorang russia pun tapi diorang still sedara kita as long diorang ucap syahadah... one kalimah unites us all as one ummah,, pernah dengar kan ayat tu..haha..

btw sebenarnya nak share sumthing je,, ingat nak post kat fb tapi fb dah deactive... sebab pe? sebab nak FUCK,, Fokus untuk Capai Kejayaan.. bila saya bagi alasan nak fokus belajar nanti mesti member cakap pandai2 la manage masa, bukak sekali sekala, ada fb senang nak keep in touch dgn member2, mengeratkan silaturrhaim... tapi actually tu bukan lh alasan sya, kalau mengganggu study dah lama saya deactivate,, lgpun sya rasa dengan fb cam2 dalam fikiran nanti, berserabut and buat sya tak tenang, dan benda ni takde kena mengena dgn sesapa pun, bukan sebab kena kacau or kecik hati, bukan sebab nak melarikan diri tapi ada lah sebab len, tak perlu pun nak bagitau... nak tau jgk ke? takleh! sebab ia nya kerana diri saya sendiri, takde kena mengena dengan seseorang pun...

tentang boleh keep in touch n mengeratkan silaturrahim tu i have no comment,, memang benar.. tapi saya terfikir jgk, dgn sape lagi sya perlu keep in touch? kalau sya deactivete skarang pun sya yakin takde sape pun yang kisah,, tentang nak eratkan silaturrahim tu tak semestinya perlu SENTIASA,, why not sekarang fokus pada yang betul2 di sekeliling kita, i means pada pogrammate and study je,, kalau nak jaga hubungan dgn member2 tuh tunggu lah kalau ada peristiwa penting je... or tunggu lah cuti panjang nanti saya activate balik..
.
sekarang masa bukaBUKU bukan MUKABUKU...lol

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN.... 
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR... 
TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA.... 
-IMAM AL GHAZALI-



tanpa membuang masa,
baru2 ni saya baca blog orang lain, hati tersentuh bila membaca ayat nih.
tak guna, belajar bersengkang mata siang malam, semata-mata nak dapat 4.0 flat... semuanya silap,,, belajar untuk dapat 4.0 flat... so apa function,, tak ada motif... adalah lebih baik andai niat kita belajar untuk mendapat ilmu Allah,, bukan belajar untuk 4.0 flat... nikmat belajar untuk 4.0 flat hanya seketika namun niat belajar untuk mendapat ilmu Allah... insyaAllah akan berkekalan sehingga hujung nafas kita,,,,
dan sangat menyirap di hati pabila terbaca sepotong ayat beliau,
4.0 flat hanya sekadar pemanis kita dalam menuntut ilmu Allah
subhanAllah,, baru saya sedar, (dah berapa bulan baru sedar? :/) baru saya tahu mengapa larian saya selama ini cam takde efek je.. rupa2nya mungkin selama ni bila saya belajar saya tetapkan matlamat dalam hati ''nak dapat A''! tapi selama ni tak pernah rasanya saya pahatkan dalam hati sebelum belajar niat ''kerana Allah''..lol

seperti yang saya baca dalam sebuah buku, topik tentang niat,, karya Syeikh Amru Khalid, beliau pesan niat mesti lah kerana Allah,, tak salah nak niatkan apa yang kita usahakan untuk sesuatu yang lain TAPI kerana Allah mesti lah diutamakan melebihi niat pada yang lain,, pun salah kalau kita kata,
''saya nak jadi doktor kerana Allah dan family''
kalau camtu niat kita better touch up ckit bagi berkat lagi,
''saya nak jadi doktor kerana Allah kemudian family''

pendek cite mesti kerana Allah DIUTAMAKAN barulah setiap usaha dan hasilnya diberkati inshaAllah...
lagi satu,, bukan kerana cinta semata2,, nape saya nak bagitau jgk benda ni? sebab saya teringat sebuah cerita yg sahabat sya cerita baru2 ni,,
.
baru2 ni, ada sorang senior kat moscow, dia laki, sebelum fly dia ada bercinta dengan sorang wanita ni yg skarang study kat indon buat pharmacist, tapi tiba2 bila dah sampai tahun terakhir kat sana, ada sepucuk surat sampai kat rumah wanita tu, rupa2nya surat tersebut adlah kad jemputan kahwin kekasih wanita tersebut. laki tersebut kahwin dgn pogrammate dia...
.
sya dah tengok fb laki tu,, mesti hancur hati wanita tu bila tengok gambar pernikahan kekasih dia... jahat betul laki tu kan... sanggup dia buat camtu, at least bagitau or bincang la awal2... tapi tak boleh jgk nak buruk sangka sebab bila laki tu kat moscow dia jadi makin alim and makin alim,, pempuan tu plak still macam dulu,, mungkin dulu tu cinta nafsu and bila dah jadi alim laki tu jumpa cinta kerana Allah,, so Allah pun buka hati laki tu pada wanita lain yg alim...wallahualam... who knows mungkn ada cerita di sebalik kisah tu...

cerita ni mungkin boleh menjadi peringatan buat saya,, tapi yang saya taksuka bila ada sorang ni menceritakan kepada saya tentang kisah janji hafiz hafizah dari jordan utk kahwin bila habis belajar tapi at last pempuan tu terima lamaran sorang ust lain... jahat gler hafizah tu, kalau si hafiz tu tuntut kat akhirat camne????????????? cerita ni ibarat mimpi ngeri sya tau! huhu
bak kata mat lutfhi,
mengapa tayang kisah cinta terhalang
sedangkan rahmat Allah tebar melayang

actually bukan saja belajar mesti setting niat,, cinta pun sama,,
cinta kerana harta, harta boleh hilang
cinta kerana rupa, rupa boleh berkedut
cinta kerana nafsu, ~~~ nafsu boleh puas kekenyangan
cinta kerana iman, iman boleh naik turun
cinta kerana Allah, Allah Maha Kekal jadi cinta tu pun akan kekal juga inshaAllah...
begitu jugalah dengan niat...

so sebelum tutup buku,, sekadar peringatan sekali lagi,,

''Utamakan segala niat kerana Allah nescaya nikmat kejayaan akan menyusul kemudian inshaAllah''
''Cinta boleh hilang jika puncanya hilang, semangat boleh pudar jika tujuan utama kita salah''

lagi satu peringatan buat diri saya sendiri,,
jangan khianati sebuah janji,,
untuk menjaga iman dan kunci hati,,
semua hny sandarkan kerana Ilahi.

Thursday, September 8, 2011

kata2 dlm buku ibnu qayyim

assalamualaikum wbt

cakap2 skit pasal kolam

assalamualaikum wbt

semalam usha2 gambar2 yg telah diambil sejak raya baru2 ni... and bila tengok satu gambar ni terdetik plak nak cakap2 sikit,, haha... tak penting pun sebenarnya,, juz saja2 je..
rasanya cam dah pernah cerita la pasal kolam ni,, saya dan umi bersama2 buatnya pada bulan feb yg lepas,, tak la besar mana pun (bukan nak buat swimming pool, haha),, biasa lah yang buat tu pun amatur je so kolam pun tak kemas,, anyway at least kolam tu boleh menampung air... kebetulan plak time tu tengah tunggu result spm and takde apa2 nak buat,, so kebosanan tu telah memberi idea pada saya untuk menyambung hobi lama,, kalau dulu asyik2 beli mati beli mati,, tapi kali ni memang serius sangat nak bela ikan lagi,, minat dan keinginan yang bergelora ni pun turut dikongsi dengan umi,, haha.. sampai ke hari ni pun kalau takde umi rasanya mesti semua ikan tu dah mati sebab sape lgi yg sanggup sebab saya pun dah sambung belajar... yup perhaps aizat n ayish might inherit it but not yet i think,, wait till they have grown up already... senang ckit nanti kerja umi...

tentang sejarah kolam ni,, ceh ayat cam dah lama sangat je tapi asalnya kolam ni dulu letak ikan koi,, tapi pam oksigen untuk kolam ni rosak so umi keluarkan ikan koi letak dalam aquarium,, bila ikan koi dah takde so kolam ni takde ikan apa2 la,, mana boleh letak ikan koi tanpa pam nanti mati,, so pendek cite umi letak ikan guppy since diorang pun dah membiak2,, rasanya dah beratus2 ekor dah,, hehe... bukan tu saja tapi dalam kolam ni pun ada sekali ikan emas, ikan laga, bandaraya, and gourami... so nampak menarik sangat kolam ni sebab ada komuniti dalam tu,, yang hebatnya bila ikan2 emas tu boleh survive plak dalam tu even takde pam pun,, maybe ada tumbuhn aquatik kot dalam tu tapi sebelum ni cuba tak boleh tetiba kali ni boleh plak... bila ada hidupan akiatik so ada kitaran oksigen and karbondokisida lah kan... and second yang peliknya bila ikan2 laga kat dalam tu tak berlaga pun walaupun bertembung... ikan pelaga tak berlaga? pelik kan bunyinya,,, tapi itulah yang berlaku dalam kolam tu,,, sekor kaler biru sekor kaler merah... cantik bile tengok dia berenang dengan ekor yang mengembang and kaler yang menonjol... and yang uniknya ikan2 dalam kolam ni adalah bila kita datang kat tepi kolam semua akan berenang2 kat kawasan berdekatan dengan kita means diorang lapar... kalau tak tu means diorang dah kenyang... rupa2nya ikan pun boleh dilatih jugak actually bukan anjing je...
fyi so far kami dah ada banyak ikan guppy,, daripada beberapa ekor akhirnya membiak2 jadi beratus2 ekor dah,, and bila dilihat mostly kaler putih and kuning yang banyak,, so baru2 ni pergi kedai ikan beli yang kaler biru n merah plak nanti lama2 barulah seimbang.. jadi warna warni nanti..haha... actually ikan guppy ni ada banyak jenis tapi yg tu lain kali lah,, bukan nak bukak kedai pun,, bela saje2 je nak menggunakan masa lapang sebab ia juga salah satu keindahan ciptaan Allah kan... lagipun bela ikan ni ibarat terapi semula jadi utk menenangkan jiwa...
percaya atau tidak,, pernah menjadi angan2 saya untuk memiliki sebuah kedai aquarium time kecik2 dulu,, and dulu walaupun jauh tapi saya sanggup kayuh basikal hampir setiap minggu ke kedai aquarium sebab memang dah minat... bila dah besar nanti walaupun takde kedai aquarium pun tapi sampai ke hari ini bila pergi ke kedai aquarium saya nekad satu hari nanti saya nak memiliki sebuah aquarium yang besar di rumah sya kelak inshaAllah... (dah besar pun still beragan2 lg haha)

ikan emas=comel
ikan laga=cantik
ikan guppy=warna-warni

ni lah tiga ikan kegemaran sya,,hehe

SubhanAllah

Wednesday, September 7, 2011

hijau kaler syurga

assalamualaikum wbt

sempena raya kali ni bersamaan kali ke4 kami beraya di rumah ni,, barulah tahun ni umi abuya bercadang nak cat rumah,, tapi yang menjadi masalah nya adalah warna apa nak cat?? maka terjadi lah satu perdebatan yang hangat bertempat di rumah ini...

kaklong n ika: kami nak PURPLE!
ama: OREN best bro~!
dekyah: KUNING mesti cantik
abuya: abuya suka kaler cam bilik belakang tu ( COKLAT )
umi n bada: HIJAU lah nanti nampak natural
jua: jua suka HITAM (ruang tamu warna hitam??)
noha: sibuk je jua!!
perdebatan berlanjutan sambil disaksikan atin, aizat n ayish...

pendek cite warna hijau dipilih... ura! ura! ura! haha
ruang tamu kaler hijau,,,pilihan umi (and me! hehe) dan smua
ruang makan kaler oren,,, pilihan ama dengan sokongan semua jgk
akhirnya dengan kekuatan yang ramai (ramai la jgk) rumah pun dicat...
pada hari pertama cat ruang tamu dulu,,siap dalam masa 4jam...
TAPI~ (alamak ada tapi plak, huhu)

abuya: ''abuya nak mintak maaf kat anak2,, sebenarnya abuya hormat keputusan anak2 nak warna hijau tapi bila dah siap abuya rasa sakit mata memandang,, cam rumah KELING la... hilang nanti mood abuya nak buat skrip''

so nak ambil hati abuya semula akhirnya ruang makan kami tukar daripada oren ke coklat pula...
mula2 tu agak terkilan la jugak dengan kata2 tu,,, bukan senang nak cat sebab ambil masa 4jam berturut2 utk siap,, beli plak jenis cat licin so kena tunggu betul2 kering baru bole buat next layer... and nak bagi rata at least 3 layer, ada yg sampai 4 layer pun ada... kami tak mengharapkan kata2 pujian pun tapi kalau boleh hargai lah,, takyah la kutuk kata cam keling,, haha...
tapi setelah mendengar kata2 umi kami pun cam tak kisah sgt,, betul sangat apa yg umi kata,,

umi: ''korang kena la faham,, setiap orang ada ego masing2,, sebagai bapa abuya mesti la ada ego sebagai ketua keluarga,, bila ada ego mestilah abuya nak pilihan dia diutamakan,, lagi2lah abuya kan penulis skrip,, orang seni plak tu,, jiwa orang seni ni tak sama dengan kita,, diorang ada mood masing2 yang kita sendiri pun takkan faham jiwa diorang,, ikut je abuya,, kalau mood takde camne nak buat skrip,, kalau takde skrip camne nak dapat duit''

tapi dialog umi ni taklah sebijik2 camtu,, tapi hampir2 camtu lah...
ya baru saya faham...
ego sebagai bapa dan jiwa orang seni
tapi at last bila rumah pun dah kemas betul2 abuya akui kesesuaian hijau-cokelat...
''bila rumah dah kemas nampak cantik plak''
haha

btw apa yg istimewa warna2 ni sehingga ia boleh memati dan manghidupkan mood seseorang?
mari kita lihat cebisan kata2 seorang Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab tentang warna, (kalau malas nak baca juz baca yang Bold je)

Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau. Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat.


Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman. Kawasan sekolah sepatutnya di penuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna lembut, kerana warna bunga ataupun bangunan yang garang dan terang akan menggangu emosi pelajar dan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang berwarna lembut. Ini kerana warna baju yang dipakai oleh guru akan menjadi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan. Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak disukai oleh pelajar. Ini menunjukkan wujud gangguan keseimbangan dan sekiranya berterusan akan membabitkan masalah disiplin. Mengapa kita rasakan kita tidak dapat menerima apa yang dipelajari pada waktu-waktu tertentu? Berdasarkan kajian sains fizik yang dijalankan oleh pengmal terapi getaran warna ini, setiap 24 jam waktu siang dan malam, berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali mengikut warna-warna pelangi. Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum.


Warna unggu pula mempu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu meransang minat pelajar. Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran iaitu antara pukul tujuh hingga setangah pagi kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang. Fenomena gangguan keseimbangan oleh geteran warna-warna tertentu ini boleh dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati demam akan bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini. Sememangnya warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.


Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur positif. Misalnya, pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.


Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga juga dikehendaki mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut. Ini semua berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan yang ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh menilai seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga dengan hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta bangunan dan perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna lembut.


so nampak tak betapa hebatnya kaler hijau ni pada kita,, hijau ni bukan sahaja bagus untuk otak, paru2 and jantung,,, malah dikatakan hijau ni warna kegemaran Rasulullah saw...

menurut Annas bin Malik, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.”

malah ada beberapa ayat dalam al-quran kata di penghuni syurga akan memakai pakaian warna hijau contohnya ayat ni:

Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
(Surah Al-Kahf : 31)


bukan tu saja,, warna syurga pun dikatakan warna hijau,, di bawah ni plak adalah sebuah gambar yg sya pinjam dari iluvislam.com... ty~

btw, ingat nak masukkan gambar ruang tamu n ruang makan kat sini,,, tapi rumah bersepah gler~ cam takde harapan je bole kemas..haha

Tuesday, September 6, 2011

Allah paling cemburu

assalamualaikum wbt

semalam terdetik dalam hati sya nak membaca sebuah buku,, asalnya saya ingin mencari seseorang yang boleh memberi nasihat dan panduan dalam hal2 tersebut tapi saya tak temui sesiapa pun yang saya rasakan sesuai untuk saya meminta kata2 nasihat n semangat,, lagipun malulah nak cite,, haha~
tapi tetiba saya teringat akan sebuah buku yang inshaAllah boleh membantu sya.. :p
buku tu actually dah lama saya perhatikan kat pustaka rakyat tu,, setiap kali pergi setiap kali itulah saya belek buku tu,, niat memang nak beli dulu tapi terfikir buku yang dah sedia ada pun belum habis baca lagi huhu,, namun malam tadi keinginan membaca kata2 beliau membara lantas enjin motor dihidupkan lalu pergi beli lah,, alhamdulillah dapat jugak akhirnya,, nasib bek sempat sebab tinggal satu je..haha...
di rumah,, saya meneliti kesemua 29 tajuk yang ada,, then tertarik pulak nak membuka bab tentang ''tanda-tanda cinta''.... di dalam bab tersebut beliau menyenaraikan tanda2 kita mencintai seseorang... sekadar perkongsian jadi saya nyatakan disini k::::

  1. menghunjamkan pandangan mata
  2. malu2 jika orang yang dicintai memandangnya
  3. byk mengingati orng yg dicintai, membicarakan dan menyebut namanya
  4. tunduk pada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya drpda kepentingan diri sendiri
  5. sabar menerima gangguan dari orang yang dicintai
  6. memperhatikan perkataan orang yg dicintai dan menperdengarkannya
  7. mencintai tempat dan rumah sang kekasih
  8. segera menghampiri yang dicintai
  9. mencintai apapun yang dicintai sang kekasih
  10. jalan yg dilalui terasa pendek sekalipun panjang saat mengunjungi org yg dicintai
  11. salah tingkah jika sedang mengunjungi orang yg dicintai atau sedang dikunjungi org yg dicintai
  12. kaget atau gementar tatkala berhadapan dgn org yg dicintai atau tatkala namanya disebut
  13. cemburu pada orang yg dicintai
  14. bekorban untuk mendapatkan keredhaan org yg dicintai
  15. menyenangi apapun yang menyenangi org yg dicintai
  16. suka menyendiri
  17. tunduk dan patuh pada org yg dicintai
  18. helaan nafas panjang dan lebih kerap
  19. menghindari hal2 yg memarahkan dan merenggangkan hubungan dgn org yg dicintai
  20. adanya kecocokan antara orang yg mencintai dan yg dicintai
nak baca huraiannya sangat lah panjang jadi saya juz baca sekali imbas je subtopik2 dalam bab tanda2 cinta ni,,, tapi kan ketika membaca tanda ke13 iaitu cemburu pada orang yg dicintai tetiba terdetik nak baca ckit,,, mungkin kerana terpandang sepotong ayat beliau:
''orang yg paling kuat agamanya adalah orang yg paling besar cemburunya''
lalu untuk mengukuhkan kenyataan ni beliau menyatakan sebuah hadis disitu di mana Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis sahih,
''Apakah kalian hairan terhadap kecemburuan sa'd? sungguh aku lebih cemburu daripada sa'd dan Allah lebih cemburu daripada aku'' 
(hr asy-syaikany)

subhanAllah alangkah terharunya tatkala melihat ayat ''Allah lebih cemburu''... ceh,, and ia mengingatkan sya tentang pesanan fatimah syarha,, dia kata apabila kita mencintai seseorang jangan terlalu kuat sangat kerana dikhuatiri Allah akan 'cemburu',,, contoh yang dia bagi adalah pemergian saiditina siti khadijah ra dan abu talib... mungkin ada orang akan kata pemergian dua insan yang amat Rasulullah saw sayangi ni bertujuan supaya baginda tidak terlalu bergantung pada manusia dalam urusan dakwah baginda... namun bagi saya lebih menyentuh hati jika dikatakan Allah 'cemburu',, sebab Allah nak Rasulullah saw kembali sepenuhnya padaNya,,, so sweet kan?? hehe

nak tahu lebih lanjut baca lah buku ini>>

sejak masuk intec ni,, setiap kali nak baca buku2 camni mesti ada je suara yang membisik,
''lebih baik baca buku bio or fizik or chemist''
lepas ni sumbat telinga je lah...hoho..

renungan kali ni,, jangan kita mencintai sesuatu melebihi cinta kita pada Allah,, bila Allah 'cemburu' itulah punca kita kehilangan apa yg kita cinta tu,, sebab Allah nak kita kembali semula padaNya..

''cintailah Pemberi nikmat melebihi nikmat yang diberi''

susah tak bhsa russia?

assalamualaikum wbt

raya baru2 ni ramai yang kita jumpa tak kira sedara mara, kawan2, dan kawan2 family dan kenalan2.. so bila datang beraya tu memang banyak lah yang dibualkan lebih2 lagi tentang pelajaran atau kerja atau apa2 yang boleh diborakkan,, sebab mesti hambar kan kalau datang raya umah orang pastu dua2 membisu je... tanpa melengahkan masa saya nak terus melompat kepada tujuan posting kali ni,, cerita nya sebab ramai sangat tanya soalan yang sama,,

''susah tak bahasa rusia?''

jawapan saya (yg telah belajar bahasa russia selama baru 2 bulan) :

''bahasa russia antara bahasa yang susah di dunia, tapi tak lah susah sangat pun, rasa2nya bahasa arab, bahsa korea n jepun n thailand lagi tough (pdhal tak pernah belajr pun bhasa ni tp tgk pun dah tau susah),,, tapi compared to bi, bahasa russia ni punya grammar lebih susah,, tapi susah2 pun bahasa ni menarik sangat maybe sebab ni benda baru buat kami, tapi tak la susah mana pun''

tapi honestly ni jwpan dalam hati je~~,, kata2 hati,, ceh... malas nak ulang2 punya pasal so bila orang tanya saya juz jawab:

''oke laaa''

hmm, bagi saya bahasa ni simple dari segi susunan ayat n dialog,, means kalau ayat berterabur pun ok cuma jenis ayat banyak depends on our voice's tone,, tapi tak bermakna boleh sesuka hati je susun ayat,,sama cam bahsa melayu jugak lah,,, kalau bahsa english kan leceh kan nak bina ayat,, tapi russian n malay senang...

tapi yang susahnya bahasa russia adalah grammar dia,, sgt rumit.....
contohnya present tense rules...
kalau english kan juz tambah ''-ing'' kat belakang perkataan,,, kalau malay tambah ''me/mem'' atau ''be/ber'' kat depan perkataan... tapi kalau dalam russian present tense nya ada 2 jenis,, group1 and group2,,, and setiap group ada 6 jenis bentuk,, kalau english n malay kena tambah je tapi russian kena tukar kat belakang and kompleks ckit sebab ada 6 situasi berbeza,,,, setiap situasi kena letak imbuhan yg berlainan contohnya belakangnya kena tukar sama ada----->
untuk group1: -yu/ -yesh/ -yet/ -yem/ -yete/ -yut
untuk group2: -yu/ -ish/ -it/ -im/ -ite/ -yat
kalau yang dalam group ni tak susah sgt sebab juz faham and tahu pun dah cukup,, yang leceh bila ada certain2 verb yang perlu diubah berbeza dengan group1 and group2,, leceh sebab kena hafal...haha :/

cukuplah dengan satu contoh je,,, tapi kalau dah minat tu benda ni akan jadi senang...haha :D
lastly, doa2kan lah saya supaya Allah permudahkn sya menguasai bahasa ni,, mungkin bahasa ni tak lah segempak bahasa k-pop and tak lah islamik cam bahasa arab,,, tapi tanpa bahasa ni mungkin sukar bagi sya dalam usaha melangkah menuju destinasi yang saya impikan selama ini...
semoga Allah permudahkan nya.. amin~~

Monday, September 5, 2011

family sekitar sept2011.

assalamualaikum wbt

pendek cite family aku terdiri dari 13 orang,, adik beradik 11 orang (12 actually), and memandangkan semua still belum berumah tangga,,so semua still tidur sebumbung di dalam rumah yg sangat padat, jadi suasana hidup satu famili tu still ada,, tapi agak sedih la jugak sebab tahun ni last kami nak bermesra dengan full strength sebab next year kaklong akan bertukar 'pemilik', hehe... saya plak akan fly tahun depan inshaAllah (doakan saya),, tapi cepat sangat plak nak cakap pasal tahun depan so better cakap pasal tahun ni je lah,, tak lain tak bukan tahun 2011,, bila di'loading' semua data kat otak saya ni, macam2 peristiwa dalam family sepanjang tahun ni,, family member banyak so cerita pun mesti banyak jugak,, tapi sekadar yg saya ingat yang agak2 boleh dikongsi dan penting jgk (ye ke?)...

najwa start tadika (almaklumlah bongsu, hoho)
ama and kaklong grad dari IPT
ama dapat buat training under cyberjaya group
kaklong dapat kerja kat HQ cosway
bulan feb beli motosikal :p
ikah dapat buat degree child education kat MSU
sya masuk intec buat apa yg patut
dekya akan berperang!! SPM (sijil penentu masadepan)
ara pun akan bertempur di peperangan UPSR (kacang je ni, haha)
kaklong beli kete
saya, ama, kaklong dapat lesen P,,
bersama umi buat kolam ikan :p
kami bakal dapat abang ipar!!!

ni je lah yang munasabah untuk dikongsi,, mungkin ada lagi tapi dah termasuk recycle bin,,takpe bole restore balik hehe...



lastly, hopefully family saya bahagia dan meriah selama-lama-lamanya duniawi dan ukhrawi, amin....
inshaAllah segala yang kami impikan akan menjadi kenyataan,,
semoga Allah cintai dan memberkati kami sekeluarga amin~
ya lyublyu mayu semyu... segala puji dan puja untuk Allah, our Lord!

Saturday, September 3, 2011

pemandu teksi kaya? student bodoh?

assalamualaikum wbt

hmmm,, sampai hari ni still tak puas hati dengan sorang pemandu teksi ni,, mula2 dia bercerita pasal kehebatan kerja dia as pemandu teksi,, konon la pemandu teksi ni mewah,, mewah ke? memang la dapat banyak tapi belum tolak fee syarikat lagi, and minyak pun bukan murah... tapi tak kisah la pun nak cite pasal diri sendiri,, asalkan dia bahagia dengan kerja dia pun dah cukup...
tapi kan, yang tak puas hatinya bila dia kutuk pelajar2 universiti,, kat depan2 kitorang pulak tu,,, dia kata ''remaja2 hari ni BODOH2 sebab susah2 belajar pandai2 untuk dapat degree at last kerja makan gaji n gaji sikit jgk'' geram plak bila dia ulang2 perkataan BODOH tu and stress kan plak tu,,, pastu bangga diri plak cerita pasal pemandu teksi... kaya sgt ke pemandu teksi ni? kalau kaya nape orang2 tua or dah pencen je yang bawak... hmm, biarlah dia asalkan dia bahagia dengan kerja dia..haha...
nak menjwab plak takut tak dapat murah, hehe,,, tapi driver teksi tu baik jugak sebab mula2 naik je kitorang mintak murah,, then dia tolak rm2,,, haha... ty pakcik.. so nak taknak tadah je la...haha

apa2 pun,, in case pakcik teksi tu terbaca,, memang ada kerja yang perlu degree tapi gaji rendah,, tapi duit bukan tujuan kenapa student2 ni bersusah payah belajar,,, tapi kitorang nak membanggakan parents kitorang,, tak guna pun gaji rm5000 tapi kerja bawak teksi,, orang pun takkan tanya BERAPA GAJI kita tapi orang tanya KERJA APA? kan bangga mak bapak bila anak2 dah ada degree... even anak2 pun malu nak ngaku bapak kerja teksi,,, (btw utk org yang bwk teksi utk cari dut sampingan tu len cerita la, ni utk teksi driver fulltime cam pakcik tu je),,,,
and lastly kami belajar pandai2 bukan nak glamour cam yang pakcik tu kata, tapi mengejar kehormatan hidup tu sepatutnya menjadi matlamat hidup setiap orang,, sebab kalau BODOH camne orang nak respect,, kalau orang tak respect hidup pun bagai melukut di tepi gantang,, memalukan mak bapak, memalukan anak2...haha.. nanti bila kita bagi idea or nasihat orang juz perlekehkan je,, lol...
bak kata imam ghazali~~ ''...mengejar matlamat hidup itulah yang menjadi matlamat hidup setiap orang''
(saya dah lupa lah camne ayat full, nanti cari, inshaAllah kalau jumpa sya edit)

''kita dilarang takbur tetapi tak dilarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki kelemahan diri. Gila hormat adalah dilarang tetapi menjadi orang yang terhormat manjadi matlamat hidup'' imam ghazali