dah agak dah,, memang takkan tinggal punya blog ni sampai bulan november nanti,, tapi tak sangka plak seawal ini, hahaha... nak kata dah ketagih berblogging tu tak pun,, (masih taknak ngaku lg ni),, hehe tapi ini lah saja teman yang ada sekarang untuk berkongsi cerita and sharing2,, nak pendam2 pun nanti berserabut hati.. honestly tak harap pun sesapa baca blog ni, juz untuk suka2 je..sekadar santapan untuk~~ erm,, sape ek?
entah.
.
family..kowt..
kalau tak mybe sekadar bacaan bila bosan..lol...
sekarang ni pun sya dah berazam takmau online langsung,, tapi mana sanggup aku tahan nafsu bila laptop di depan mata, terbiar tanpa pengguna,,hoho so tiap2 hari online jgk,, lagipun ada satu assignment pasal russia kena buat,, saya nak buat pasal 'islam in russia'... sambil2 cari manklumat tu buka2 la skit blog ni hehe... banyak jgk info dan fakta2 menarik yg saya dah dapat,, ada masa nanti boleh share, why not,, eventho diorang russia pun tapi diorang still sedara kita as long diorang ucap syahadah... one kalimah unites us all as one ummah,, pernah dengar kan ayat tu..haha..
btw sebenarnya nak share sumthing je,, ingat nak post kat fb tapi fb dah deactive... sebab pe? sebab nak FUCK,, Fokus untuk Capai Kejayaan.. bila saya bagi alasan nak fokus belajar nanti mesti member cakap pandai2 la manage masa, bukak sekali sekala, ada fb senang nak keep in touch dgn member2, mengeratkan silaturrhaim... tapi actually tu bukan lh alasan sya, kalau mengganggu study dah lama saya deactivate,, lgpun sya rasa dengan fb cam2 dalam fikiran nanti, berserabut and buat sya tak tenang, dan benda ni takde kena mengena dgn sesapa pun, bukan sebab kena kacau or kecik hati, bukan sebab nak melarikan diri tapi ada lah sebab len, tak perlu pun nak bagitau... nak tau jgk ke? takleh! sebab ia nya kerana diri saya sendiri, takde kena mengena dengan seseorang pun...
tentang boleh keep in touch n mengeratkan silaturrahim tu i have no comment,, memang benar.. tapi saya terfikir jgk, dgn sape lagi sya perlu keep in touch? kalau sya deactivete skarang pun sya yakin takde sape pun yang kisah,, tentang nak eratkan silaturrahim tu tak semestinya perlu SENTIASA,, why not sekarang fokus pada yang betul2 di sekeliling kita, i means pada pogrammate and study je,, kalau nak jaga hubungan dgn member2 tuh tunggu lah kalau ada peristiwa penting je... or tunggu lah cuti panjang nanti saya activate balik..
.
sekarang masa bukaBUKU bukan MUKABUKU...lol
UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...
TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....
-IMAM AL GHAZALI-
tanpa membuang masa,
baru2 ni saya baca blog orang lain, hati tersentuh bila membaca ayat nih.
tak guna, belajar bersengkang mata siang malam, semata-mata nak dapat 4.0 flat... semuanya silap,,, belajar untuk dapat 4.0 flat... so apa function,, tak ada motif... adalah lebih baik andai niat kita belajar untuk mendapat ilmu Allah,, bukan belajar untuk 4.0 flat... nikmat belajar untuk 4.0 flat hanya seketika namun niat belajar untuk mendapat ilmu Allah... insyaAllah akan berkekalan sehingga hujung nafas kita,,,,
dan sangat menyirap di hati pabila terbaca sepotong ayat beliau,4.0 flat hanya sekadar pemanis kita dalam menuntut ilmu Allah
subhanAllah,, baru saya sedar, (dah berapa bulan baru sedar? :/) baru saya tahu mengapa larian saya selama ini cam takde efek je.. rupa2nya mungkin selama ni bila saya belajar saya tetapkan matlamat dalam hati ''nak dapat A''! tapi selama ni tak pernah rasanya saya pahatkan dalam hati sebelum belajar niat ''kerana Allah''..lolseperti yang saya baca dalam sebuah buku, topik tentang niat,, karya Syeikh Amru Khalid, beliau pesan niat mesti lah kerana Allah,, tak salah nak niatkan apa yang kita usahakan untuk sesuatu yang lain TAPI kerana Allah mesti lah diutamakan melebihi niat pada yang lain,, pun salah kalau kita kata,
''saya nak jadi doktor kerana Allah dan family''
kalau camtu niat kita better touch up ckit bagi berkat lagi,
''saya nak jadi doktor kerana Allah kemudian family''
pendek cite mesti kerana Allah DIUTAMAKAN barulah setiap usaha dan hasilnya diberkati inshaAllah...
lagi satu,, bukan kerana cinta semata2,, nape saya nak bagitau jgk benda ni? sebab saya teringat sebuah cerita yg sahabat sya cerita baru2 ni,,
.
baru2 ni, ada sorang senior kat moscow, dia laki, sebelum fly dia ada bercinta dengan sorang wanita ni yg skarang study kat indon buat pharmacist, tapi tiba2 bila dah sampai tahun terakhir kat sana, ada sepucuk surat sampai kat rumah wanita tu, rupa2nya surat tersebut adlah kad jemputan kahwin kekasih wanita tersebut. laki tersebut kahwin dgn pogrammate dia...
.
sya dah tengok fb laki tu,, mesti hancur hati wanita tu bila tengok gambar pernikahan kekasih dia... jahat betul laki tu kan... sanggup dia buat camtu, at least bagitau or bincang la awal2... tapi tak boleh jgk nak buruk sangka sebab bila laki tu kat moscow dia jadi makin alim and makin alim,, pempuan tu plak still macam dulu,, mungkin dulu tu cinta nafsu and bila dah jadi alim laki tu jumpa cinta kerana Allah,, so Allah pun buka hati laki tu pada wanita lain yg alim...wallahualam... who knows mungkn ada cerita di sebalik kisah tu...
cerita ni mungkin boleh menjadi peringatan buat saya,, tapi yang saya taksuka bila ada sorang ni menceritakan kepada saya tentang kisah janji hafiz hafizah dari jordan utk kahwin bila habis belajar tapi at last pempuan tu terima lamaran sorang ust lain... jahat gler hafizah tu, kalau si hafiz tu tuntut kat akhirat camne????????????? cerita ni ibarat mimpi ngeri sya tau! huhu
bak kata mat lutfhi,
mengapa tayang kisah cinta terhalang
sedangkan rahmat Allah tebar melayang
actually bukan saja belajar mesti setting niat,, cinta pun sama,,
cinta kerana harta, harta boleh hilang
cinta kerana rupa, rupa boleh berkedut
cinta kerana nafsu, ~~~ nafsu boleh puas kekenyangan
cinta kerana iman, iman boleh naik turun
cinta kerana Allah, Allah Maha Kekal jadi cinta tu pun akan kekal juga inshaAllah...
begitu jugalah dengan niat...
so sebelum tutup buku,, sekadar peringatan sekali lagi,,
''Utamakan segala niat kerana Allah nescaya nikmat kejayaan akan menyusul kemudian inshaAllah''
''Cinta boleh hilang jika puncanya hilang, semangat boleh pudar jika tujuan utama kita salah''
lagi satu peringatan buat diri saya sendiri,,
jangan khianati sebuah janji,,
untuk menjaga iman dan kunci hati,,
semua hny sandarkan kerana Ilahi.
No comments:
Post a Comment