sempena raya kali ni bersamaan kali ke4 kami beraya di rumah ni,, barulah tahun ni umi abuya bercadang nak cat rumah,, tapi yang menjadi masalah nya adalah warna apa nak cat?? maka terjadi lah satu perdebatan yang hangat bertempat di rumah ini...
kaklong n ika: kami nak PURPLE!
ama: OREN best bro~!
dekyah: KUNING mesti cantik
abuya: abuya suka kaler cam bilik belakang tu ( COKLAT )
umi n bada: HIJAU lah nanti nampak natural
jua: jua suka HITAM (ruang tamu warna hitam??)
noha: sibuk je jua!!
perdebatan berlanjutan sambil disaksikan atin, aizat n ayish...
pendek cite warna hijau dipilih... ura! ura! ura! haha
ruang tamu kaler hijau,,,pilihan umi (and me! hehe) dan smua
ruang makan kaler oren,,, pilihan ama dengan sokongan semua jgk
akhirnya dengan kekuatan yang ramai (ramai la jgk) rumah pun dicat...
pada hari pertama cat ruang tamu dulu,,siap dalam masa 4jam...
TAPI~ (alamak ada tapi plak, huhu)
abuya: ''abuya nak mintak maaf kat anak2,, sebenarnya abuya hormat keputusan anak2 nak warna hijau tapi bila dah siap abuya rasa sakit mata memandang,, cam rumah KELING la... hilang nanti mood abuya nak buat skrip''
so nak ambil hati abuya semula akhirnya ruang makan kami tukar daripada oren ke coklat pula...
mula2 tu agak terkilan la jugak dengan kata2 tu,,, bukan senang nak cat sebab ambil masa 4jam berturut2 utk siap,, beli plak jenis cat licin so kena tunggu betul2 kering baru bole buat next layer... and nak bagi rata at least 3 layer, ada yg sampai 4 layer pun ada... kami tak mengharapkan kata2 pujian pun tapi kalau boleh hargai lah,, takyah la kutuk kata cam keling,, haha...
tapi setelah mendengar kata2 umi kami pun cam tak kisah sgt,, betul sangat apa yg umi kata,,
umi: ''korang kena la faham,, setiap orang ada ego masing2,, sebagai bapa abuya mesti la ada ego sebagai ketua keluarga,, bila ada ego mestilah abuya nak pilihan dia diutamakan,, lagi2lah abuya kan penulis skrip,, orang seni plak tu,, jiwa orang seni ni tak sama dengan kita,, diorang ada mood masing2 yang kita sendiri pun takkan faham jiwa diorang,, ikut je abuya,, kalau mood takde camne nak buat skrip,, kalau takde skrip camne nak dapat duit''
tapi dialog umi ni taklah sebijik2 camtu,, tapi hampir2 camtu lah...
ya baru saya faham...
ego sebagai bapa dan jiwa orang seni
tapi at last bila rumah pun dah kemas betul2 abuya akui kesesuaian hijau-cokelat...
''bila rumah dah kemas nampak cantik plak''
haha
btw apa yg istimewa warna2 ni sehingga ia boleh memati dan manghidupkan mood seseorang?
mari kita lihat cebisan kata2 seorang Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab tentang warna, (kalau malas nak baca juz baca yang Bold je)
Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau. Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat.
Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman. Kawasan sekolah sepatutnya di penuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna lembut, kerana warna bunga ataupun bangunan yang garang dan terang akan menggangu emosi pelajar dan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang berwarna lembut. Ini kerana warna baju yang dipakai oleh guru akan menjadi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan. Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak disukai oleh pelajar. Ini menunjukkan wujud gangguan keseimbangan dan sekiranya berterusan akan membabitkan masalah disiplin. Mengapa kita rasakan kita tidak dapat menerima apa yang dipelajari pada waktu-waktu tertentu? Berdasarkan kajian sains fizik yang dijalankan oleh pengmal terapi getaran warna ini, setiap 24 jam waktu siang dan malam, berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali mengikut warna-warna pelangi. Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum.
Warna unggu pula mempu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu meransang minat pelajar. Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran iaitu antara pukul tujuh hingga setangah pagi kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang. Fenomena gangguan keseimbangan oleh geteran warna-warna tertentu ini boleh dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati demam akan bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini. Sememangnya warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.
Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur positif. Misalnya, pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.
Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga juga dikehendaki mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut. Ini semua berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan yang ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh menilai seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga dengan hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta bangunan dan perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna lembut.
so nampak tak betapa hebatnya kaler hijau ni pada kita,, hijau ni bukan sahaja bagus untuk otak, paru2 and jantung,,, malah dikatakan hijau ni warna kegemaran Rasulullah saw...
menurut Annas bin Malik, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.”
malah ada beberapa ayat dalam al-quran kata di penghuni syurga akan memakai pakaian warna hijau contohnya ayat ni:
Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
(Surah Al-Kahf : 31)
bukan tu saja,, warna syurga pun dikatakan warna hijau,, di bawah ni plak adalah sebuah gambar yg sya pinjam dari iluvislam.com... ty~
btw, ingat nak masukkan gambar ruang tamu n ruang makan kat sini,,, tapi rumah bersepah gler~ cam takde harapan je bole kemas..haha
No comments:
Post a Comment