Sunday, October 23, 2011

cyling at bukit cerakah.

assalamualaikum wbt

semalam saya dan kawan2 se-pogram pergi ke bukit cerakah, shah alam. tempat ni sebuah tempat pelancongan adventurous yang terletak di seksyen 8 shah alam. tak jauh pun dari sini. kami ke sana pun bukan nak berHUHA-HUHA semata2 tapi nak survey untuk aktiviti luar RUSSA. biasa lah budak intec kan lepak2 je, banyak masa boleh enjoy. hopefully camtu lah, haha...

buka pukul 0830 tapi kami sampai agak awal. ada la jugak 20 minit dari cemara dengan kereta. fyi kitorang pergi naik kereta wira, and cuba bayangkan 7 orang naik kereta wira, so jadilah kereta sardin. haha. mujurlah perjalanan lancar cuma time nak bertolak tu tiba2 kereta tak boleh start. dah cuba beberapa kali tapi gagal, then baca ayat kursi dan dengan izinNya enjin terus boleh start, alhamdulillah. kalau tak nampaknya kena tunggu sejam baru dia boleh start, hehe. btw harga tiket masuk RM3 untuk dewasa. then tanpa membuang masa kami terus masuk untuk sewa basikal.
adib, nasrul, hilmi, muiin, shamin, lukman, uba

bila dah dapat basikal kami pun rolling tayarnya dari satu tempat ke tempat lain. nasib baik tayarnya bulat, kalau petak nanti leceh nak angkat. errrr, ada ke basikal tayar petak? ada. tak percaya ea cuba tengok ni, haha...:D
bi-square-cle
dan kami melalui jalan2 yang berliku demi menuju ke destinasi yang diimpikan... wah, dah macam ayat sastera pulak, hihihi... walaupun kayuh2 sampai nak tercabut kaki lagi2lah naik bukit, tapi dengan semangat kental kami pun sampai ke setiap destinasi bersama2 dengan selamatnya,, penat sangat daki bukit, jalan kaki lagi senang. tapi pemandangan yang menghijau di kiri dan kanan menyejukkan mata memandang, cantik alam ciptaanNya...
eye view

bibir senyum tapi kaki merana
ini kepenatan bukan kemalangan

penat2 pun kami tetap enjoy lagi2 lah waktu turun bukit, kan best kalau jalan menuju cita2 semuanya ibarat turun bukit, tapi kalau camtu sampai bila2 pun takkan sampai ke puncaknya..haha, inilah checkpoint2 kami di sana,

 entrance--taman haiwan--jambatan gantung--rumah iklim--empangan--taman herba--puncak bukit--entrance

memandangkan di eropah musim luruh, jadi kat rumah iklim buat suasana musim luruh, dan tak sampai 10 minit tiba2 tangan dah rasa len macam, nak biru dah.. rupa2nya dalam tu suhunya 7.1 darjah celcius. wow baru 7.1, padahal musim sejuk kat russia mencecah serendah -20. hopefully it wasnt true, haha.. dah la saya ni tak suka sejuk! di empangan pula sangat cantik, siap ada buat ternakan ikan lagi, dan itu sudah cukup menarik bagi saya, hehe.. dan tempat ni sangat sesuai untuk orang2 yang sukakan alam semula jadi, selain aktiviti lasak kat sini pun boleh jadi tempat nak tenangkan fikiran..
di atas empangan
rusa, monyet, kacil semua ada
kalau betul2 kan best

kat atas pondok trapung

lastly, sekadar berbicara, ada satu perkara yang saya belajar kat sana.. tapi saya tak reti nak terangkan macam mana... cuma ibaratnya lebih kurang camni...

dari bawah ke puncak = menuju cita2
jalan yang menaiki bukit = perjalanan mencapai cita2
jalan turun bukit = setelah cita2 tercapai
naik basikal = burst
jalan kaki = relax2
(then guna konsep substitution math, substitute dalam petikan ni:)
perjalanan dari bawah ke puncak akan melalui jalan yang menaiki bukit yang berliku, kalau tak nak ketinggalan naik basikal dan berusaha lah untuk sampai ke puncak. kalau jalan kaki pun boleh tapi nanti anda akan tertinggal. jangan berputus asa, kuatkan semangat anda.
teringat lagi kata2 CI, when the going get tough, the though get going.
nak jadi tough camne? of coz la kena training hard and smart!


btw, seronok sangat buat aktiviti2 camni, di samping melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama sahabat. sahabat selamanya! haha

No comments:

Post a Comment