budak2 upsr sekarang dah mula kebosanan tahap dewa kan sebab exam dah lama habis pastu takde apa nak buat, tidurmakanberak, tidurmakanberak, tidurmakanberak...tapi sekrang zaman dah maju, macam2 ada, ps2 laptop, astro, internet and macam2 la penat nak cite... budak2 pmr pulak baru je merdeka, MERDEKA! MERDEKA! MELAGHA! hmmh,, pasni melagha la nampaknya,,
tetapi,
budak2 spm tak kira yang laki, yang pempuan, yang pondan semua mesti tengah belajar sekranag ni. dan saya yakin mesti dalam hati mereka timbul satu penyesalan, ''kenapa lah tak belajar awal2'', atau ''eh, sebulan lagi nak SPM, cepatnya masa berlalu!'',, hehe i know la becoz i was there once before... and mesti korang ada satu fenomena yakni demam buku, sebuah penyakit yang hanya terubat bila korang dah habis peperiksaan, simptom nya adalah tidur buku then mimpi buku, makan buku then berak buku, baca buku then? muka buku! SALAH! NO mukabuku BUT buka buku! baca jangan tak baca buku.. bukubukubukubu-kubu-kubu-kuku-kukumalu... ok cukup...!
segala puji bagi Allah, seperti yang disebut dalam firmanNya surah ad-dhuha ayat ke??, hendaklah dizahirkan dan disebut2 nikmat yang dianugerahkan oleh Allah (supaya kamu bersyukur pada Nya)...so why not saya ceritakan, bukanlah nak membangga diri pun tapi sekadar nak menzahirkan nikmat yang di anugerahkan oleh Allah kepada saya iaitu nikmat semua A, alhamdulillah, syukur sangat2, tapi apa gunanya kalau saya hanya mendiamkan diri tapi sepatutnya saya berkongsi ckit tips2.. sebab tipu lah kalau saya kata saya tak berusaha untuk mendapatkan pencapaian tersebut, Allah kan Maha Adil jadi hasil yang kita dapat sebenarnya bergantung kepada sejauh mana kita dah berusaha...in case la berlaku sebaliknya means kita dah berusaha separuh mati tapi dapat apa yang tak setimpal dengan usaha kita, so ingatlah mesti ada hikmah di sebalik kenapa Allah buat camtu... Allah tak pernah silap k!
lain orang mungkin lain caranya, tapi sekadar sedikit perkongsian dari saya nak share sedikit tips:
tips1
mode/add - banyakkan latihan, tapi kalau kita betul2 faham konsep actually dah tak perlu pun latihan
fizik/kimia - fahamkan konsep then hafal, nak senang hafal buat small note, tengok pattern2 soalan spm
sej/agama - baca and hafal, buat mind mapping, juz hafal kata kunci je
biology - baca dan hafal, buat diagram and note and cuba cer cite
tips 2
and then cuba la buat study group, tapi kena hati2 jangan sampai melagha, study group jangan ramai2 and mesti serius nak belajar, 2-3 orang dah cukup supaya tak terpesong dari niat sebenar. biasanya study group ni kena pick satu topik or latihan then bincang sama2, kalau nak lain orang lain topik pun boleh jugak tapi yang explain tu biasanya lebih faham... macam dulu pogram rmc-jpwp and rmc-ssp budak rmc yang kena explain kat mereka so that why every year rmc top dalam subjek sejarah, hihihi... and kalau pick satu topik pun lagi bagus sebab sama2 ingat and sama2 faham... fyi ada satu topik biologi yang dibincangkan time rmc-stf keluar hampir serupa dengan apa yang keluar time spm, esay pulak tu so menari2 tangan saya time tu, :p..
tips 3
selalunya kita faham apa yang kita baca then at the same time kita hafal kan, tapi kadang2 tu apabila membaca soalan tiba-tiba je kita ada masalah, sama ada:
-kita tahu tapi tak reti nak explain
-kita tahu dan kita explain tapi cara kita explain salah
di sini lah dapat disimpulkan bahawa spm---> 50% ilmu 50% skill menjawab
ini adalah ayat seorang guru cemerlang yang saya tak ingat nama dia, tapi yang penting apa yang dikatakan olehnya tu... jadi bila ada seminar tips menjawab soalan maka fokus lah dengan penuh perasaan,, benar kata cikgu tu and sebab tu lah kadang2 orang yang tahu macam2 dapat markah lebih rendah daripada orang yang tahu tak macam2...faham kan? sebab kemungkinan skill menjawab dia lemah...
tapi in case terBLANK seketika sedangkan kita tahu, maka di sini lah gunanya senjata kita yakni doa,, and selawat lah banyak2 muda2han Allah bantu, nak tahu lebih lanjut tanya lah ustazah/cikgu ye...
<fullstop pasal tips> tu je lah ye sharing dari saya...
tentang cabaran yang bakal ditempuhi sudah tentu bermacam2 sumber...
syaitan- ajak berhibur dan ganggu tumpuan
nafsu- nak tidur dan malas
kawan- ajak berhibur dan ganggu belajar (cam syaitan plak,)
cinta- ganggu konsentrasi
ibu bapa- harapan mereka yang tinggi
cikgu- banyak bagi tekanan
jadi implikasinya diri sendiri pun jadi tertekan, malas, letih, penat mengantuk,
dan sebenarnya tak mustahil sekiranya sahabat, cinta, ibubapa dan guru boleh menjadi sumber semangat dan inspirasi kita di saat2 getir tersebut tapi ketahui lah di saat bila semua nya pergi meninggalkan kita keseorangan, di saat kita tiada lagi sumber kekuatan dan hilang tempat bergantung, percayalah yang Allah masih bersama2 kita. Dia tak pernah melupakan kita walau sedetik pun cuma kita yang sering melupakanNya :'( jadi tak kira sesibuk mana pun kita tunaikan lah kewajipan kita dengan sebaik2nya untuk 'membodek' Dia, dan luangkan lah sedikit masa untukNya setiap hari...bukankah kita dicipta memang untuk beribadah kepadaNya? kan2.. dan memang betul apa yang cikgu cakap, ''spm boleh menentukan siapa kita di masa hadapan'' tapi cuba kita renung semula-->
''bukan SPM yang menentukan hidup kita, tapi Allah'' credit to hijan johari
renung2kan lah ayat tersebut, it meant a lot to me...
and cuba lah untuk berjaga di waktu malam untuk study sebab waktu malam otak sangat aktif and jangan takut berjaga malam, hantu tak wujud pun. bila dah lepas SPM tidurlah puas2 sebab sentiasa ada masa untuk tidur.
SPM, 'sijil penentu masadepan'
kalau nak study kat UM atau nak fly ke oversea, so SPM lah peluang anda... so grab the opportunity...!
and lakukan lah dengan niat kerana Allah nescaya nikmat A akan menyusul kemudian inshaAllah...
bagi yang bakal menduduki peperiksaan walaupun bukan SPM pun, saya ucapkan semoga berjaya, muda2han Allah permudahkan urusan kalian dalam belajar dan menjawab soalan.. amen... buat baik2 ye :p
No comments:
Post a Comment