assalamualaikum wbt
minggu lepas ustazah pesan suruh cari pasal isu berkahwin semasa belajar, then ustazah nak kita beri pendapat kita nanti. sepatutnya semalam tapi ustazah tak sentuh pun kat dalam kelas semalam, lol. so biar lah. tapi bagus lah sebab honestly malas gler nak cari, haha so mula2 lagi saya dah fikir tak setuju, so takyah la susah2 nak cari, kalau ustazah tanya kenapa jawab je lah,-->
.
takde duit, kerja pun tak lagi, duit scholar tu untuk belajar bukan kahwin
nanti ganggu pelajaran sebab mesti nanti banyak selingan2 hehe tanggungjawab pun brtmbh
belum cukup matang especially utk bdk2 lepasan spm, pegi cari exp dulu
nak enjoy2 dulu boleh travel2 or join aktiviti adventorous/agama dgn member2
.
tapi entah nape lah ada jugak orang yang kata kahwin semasa belajar ni bagus sebab boleh elak fitnah and elak benda2 tak elok. tapi alasan ini lah yang membuatkan sya sendiri selalu buruk sangka dengan orang2 yang kahwin time belajar, ''terdesak sangat la tu''. hehe sori lah.. setiap orang mungkin ada alasan masing2 and who know Allah yang buka hati mereka melalui istikharah ke.. and diorang kahwin pun biasa nya ada orang tengah yang alim yang jodohkan. tapi kalau tak mahu cakap taknak kan senang and ramai kata kahwin awal ni ramai yg lebih cemerlang kononnya dapat doa dari suami, tapi diorang tak ssedar ke yang sekarang pun diorang masih boleh dapat doa dari parent jgk, mustajab jgk kan doa dari parents., fokus lah untuk belajar dulu, capai cita2 kemudian kahwin lah. ingat lah semakin lama kita bersabar inshaAllah nikmat nya makin hebat eventually.
tapi baru2 ni plak terdetik pulak nak cari pasal kahwin awal ni, haha. yang agak peliknya bila majoriti yang kahwin time belajar adalah orang2 yang alim2 n warak2. dan sekarang baru saya tahu kenapa mereka nak kahwin time study, haha..:
“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.” (An Nuur 32)
“Dialah yang menciptakan kalian dari satu orang, kemudian darinya Dia menciptakan istrinya, agar menjadi cocok dan tenteram kepadanya” (Al-A’raf 189)
“Wahai generasi muda ! Bila diantaramu sudah mampu menikah hendaklah ia nikah, karena mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud)
“Rasulullah SAW bersabda : Kawinkanlah orang-orang yang masih sendirian diantaramu. Sesungguhnya, Allah akan memperbaiki akhlak, meluaskan rezeki, dan menambah keluhuran mereka” (Al Hadits)
“Apabila seorang hamba telah berkeluarga, berarti dia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka takutlah kepada Allah terhadap setengahnya yang lainnya.” (HR At-Thabrani)
ni semua juz copy paste je dari blog ini . kalau rajin baca lah. ini plak ada cakap pasal kebaikan kahwin semasa belajar. btw saya pun macam ust hasrizal, tak galakkan kahwin semasa belajar, tp tak habis baca ini lg hehe. and kahwin semasa belajar ni ada pro and cons masing2, bergantung pada individu, kalau dah bersedia or nak elakkan maksiat why not terus kahwin je kalau dah suka sama suka.. cuma yang tak best bila dah kahwin nanti dah takleh merasa semula kehidupan orang bujang, lol..haha.. sekali seumur hidup je tu, so manfaatkan peluang yg ada...
walaupun kahwin awal bagus tapi pendirian saya--> bukan semasa belajar!
time kanak2 n remaja dimanfaatkan bersama keluarga
time belajar ni dimanfaatkan bersama KAWAN plak
time dah kerja nnt baru lah bersama2 dengan bakal isteri
inshaAllah
salam
No comments:
Post a Comment