Wednesday, December 7, 2011

pemandu teksi.

salam dan privet, bismillah,

life di intec jauh beza dari sbp terutamanya dari segi keBEBASan, walaupun intec ni tak lah sebebas budak2 universiti lain tapi bole keluar masuk hostel sebelum 2300H tu pun dah dikira bebas la jugak, sempat pegi kelab malam tapi tak pernah pegi pun, cuma takleh nak pergi uptown je, ada aku kesah pasal uptown? and utk student2 cam kami ni yang tak bawak kete or moto biasanya kami guna teksi jer untuk jalan2, tu pun kalau ramai sebab boleh share2 duit, kalau sorang2 tu tunggu rapid kl je..

dan nak dijadikan cerita macam2 jenis teksi kami dah naik so pemandu dia pun macam2 perangai ada, kadang2 tu bila kami duduk sama2 siap boleh di jadikan topik bualan lagi pasal pemandu teksi ni, hahaha.. seronok kutuk2 orang ni sebenarnya tapi tak ingat pun muka and nama diorng so takleh nak kata mengumpat an, HAHAHA*gelak setan*, macam2 cerita lah yang dikongsikan, ada yang kena bebel dengan pemandu teksi sebab benda remeh, ada pemandu teksi yang cakap pasal politik, ada yang tanya panjang lebar jawab sepatah, ada yang saja2 jalan jauh sebab nak duit lebih, dan macam-macam..

saya ingat lagi sorang pemandu teksi yang kutuk budak2 U then kata dapat 5k sebulan and claim ada toyota, baru2 ni plak saya dan homemate pergi seksyen6 sbb nak ambil baju russa, memandangkan perjalanan tu lama jadi pelbagai topik yang diborak, nasib bek ramah, tapi cam terlebih ramah plak dia tu, dia panggil kitorang 'sayang' hahaha..tp not all the time la,, and ada masa tu kami bukak cite pasal pemandu teksi yang lama tu *masih tak puas hati lg, hehe*..
.
''sebulan pakcik dapat bape?''
''kenapa tanya? nak bwk teksi ke.''
''pakcik dpt 5ribu ek?''
''eh, takde lah, byk sgt tuuuu''
''tp dulu ada drebar teksi tu kata dpt 5ribu sebulan.''
''kepala hotak dia!''
''tu lah, kitorang pun pelik jgk bila dia kata camtu''
''kalau camtu lah lebih baik takyah belajar tinggi2, bwk teksi je dah kaya''
''tu lah, akak saya degree pun gaji tak sampai camtu''
.
dan pakcik tu plak lagi satu dia semangat kemelayuaan dia tinggi, bila hantar shamin ke rumah dia, pastu pakcik tu cakap kat kitorang yang masih dalam teksi dia (saya, lukman, adib),,
''eh, dia jalan kaki je ke? jauh tu.''
''jgn risau ah pakcik, dia dah biasa dah tu''
''atuk bukan apa, kita kena risau dengan anak melayu, bangsa kita!''
.
dah, cukup pasal drebar teksi tu.
act gaji kita tak menentukan siapa pun diri kita, lagipun kalau kekayaan jd tujuan hidup kita memang takkan puas dan benda tu akan binasa jugak satu hari nanti, melainkan kalau kita 'transfer' ke akhirat, camna tu faham2 je lah,,
.
menurut pendapat ibnu Qayyim,
''orang kaya bersyukur lebih baik dari orang miskin yang bersabar''
sebab dlm buku syarah al-hikam ada sebut adab semasa bergembira dengan sesuatu nikmat adalah amat sukar sebab ramai orang yang tergelincir disebabkan nikmat.
wallahualam.

No comments:

Post a Comment