Saturday, November 30, 2013

saya bantah h.d.d.n.w.d.w.b..!

assalamualaikum warahmatullah

berkenaan petition untuk akta hanya doktor dan nurse wanita dalam wad bersalin, saya bantah! mungkin ia perkara yang melibatkan agama dan maruah wanita, which me is not deserve to talk about,, tapi pendapat saya adalah berdasarkan pemerhatian saya dlam both sides. lagipun tahun lepas, tajuk presentation CTIS saya (dengan lukman dan muiin) di intec adalah "merawat dan dirawat ajnabi.". jadi saya tahu serba sedikit (or ingat2 lupa) tentang dalil2, hukum2, dan rukhsah2 dalam isu ini. spesifiknya, tajuk saya adalah doktor lelaki merawat pesakit wanita.

sebenarnya tajuk tu sukar bagi kami sebab dalam sirah takde kisah yang menceritakan lelaki merawat wanita, TAPI wanita merawat lelaki ada,,contohnya macam kisah ruqayah and sapentah huhu...kemudian ulama' menyandarkan pada pendapat, kalau wanita boleh rawat lelaki, maka sebaliknya pun boleh. saya tak ingat usul fiqh mana yang digunakan..saya lupa huhu.. cuma dengan syarat DARURAT je tapi masih perlu ditemani mahram dan ia adalah pilihan terakhir:

priority-->
doktor wanita muslim.
doktor wanita non-muslim
doktor lelaki muslim
doktor lelaki non-muslim

dan boleh saya kata, di malaysia sendiri, dah lah kita masih kurang doktor (ratio tahun 2012 doktor:penduduk 1:911), apatah lagi bila diskopkan; doktor wanita. so konklusinya, kita masih kurang doktor wanita, apatah lagi doktor gynaecology wanita, jadi dalam isu ni kita DARURAT!! so solusinya ada pada kerajaan dan bakal/present female doctors. kerajaan perlu sponsor lebih student perempuan,,dann kesedaran tu perlu ada pada medical students and doktor2. menjadi doktor sakit wanita tu fardu kifayaah, tapi boleh jadi fardu ain andai kita sangat memerlukan lagi mereka. ditakoti jatuh hukum dosa bagi seluruh doktor wanita wallahu a'lam,,nauzubillah..


apapun sementara menunggu kita mencapai ratio 1:400 (at least) tu, atau mengharap lebih ramai doktor wanita menerima seruan tu, mungkin tak perlu lah gubal akta hanya doktor dan nurse wanita dalam wad bersalin sebab akta tu sebenarnya menyusahkan doktor2 dan membahayakan pesakit. cuba baca artikel ni baru anda faham kenapa: http://afizaazmee.wordpress.com/2013/11/30/lip-service-2/. it is very well written so read it k hehe. tapi bukan bermaksud kita hanya pasrah,,even saya lelaki pun, kalau dah ada isteri (inshaallah) saya tak mahu rambut dia dilihat muhrim lain apatah lagi aurat yang lagi berat. jadi mungkin ada cara lain:

1- kalau suami, anda lah yang menyambut kelahiran anak anda (kalau anda doktor la hihi), atau
2- request doktor wanita, which seems impossible but possible..haha
3- pergi ke tempat lain yang ada mengikut kehendak anda. banyak je actually contohnya di klinik2 persendirian atau poliklinik az-zahra. mungkin perlu berbelanja lebih tapi berbaloi la kan untuk maruah, perasaan anda dan untuk anak anda juga.

saya sendiri pun, bertekad nanti isteri saya bersalin, sayalah yang akan menyambut dan mengazankan anak saya nanti. hihihi. amboi~ jauhnya angan2 hahaha

p/s---> penulisan kali ini berdasar seciput ilmu ingat2 lupa dan pendapat peribadi, jadi kalau ada salah mohon tegur ya. saya cuba cari powerpoint presentation saya tu untuk dikongsi di sini, tapi tak jumpa2,,inshaallah nanti try tanya luqman or muiin. harap2 mereka simpan lagi..

Thursday, November 28, 2013

glaza (read:mata)

assalamualaikum warahmatullah

physiology and anatomy,,last week both pasal mata (in russian is called glaza hehe). rupanya taklah susah mana pun hihihi poyo~ sebab before tu saya terbaca, eye is the second most complex organ of human body after brain. brain tu complex giler huhu,, mungkin sebab dah belajar brain kan so rasa eye tu kacang je hihi,,yelah mata dgn brain tu sgt related,,esp dari segi topography and nerve..tapi saya tak belajar lagi opthalmology, haaa dah belajar nanti baru tau, susah katanya huhu,,

hmm k,,mata dicipta olehNya generally untuk melihat tapi secara fitrah penciptaannya adalah untuk melihat kebesaran ciptaanNya. (rujuk al-Balad 90:8) malah mata ni disebut sebagai nikmat yang paling digemari. wA. saya tak terbayang macam mana bangun2 semua gelap! scarynya,,tapi baru2 allah menguji sya dengan sesuatu,,,bayangkan untuk membaca buku/lappy saya perlu dekatkan muka sedekat 2 jengkal. puas sya buat physiotherapy untuk mata (guna spek mata therapy, tengok benda hijau),,makan carrot mentah (vitamin a believed to be very related to retina functioning hee).. takott. yelah takkan dalam usia muda sebegini allah menarik nikmat ketajaman mata,,cukuplah dah rabun jauh. malah buat test mata time physiology class pun, mata saya berada pada tahap half optimum EVEN saya pakai contact lens..

tapi syukur alhamdulillah,,segala puji bagi allah!! puas sya berikhtiar dan berdoa kini allah dah kembalikan keoptimuman mata saya,,walaupun masih rabun jauh tapi saya dah tak perlu pakai spek untuk baca buku or lappy lagi hihi..so,,,,,,, itu lah khadaf penulisan kali ini, sekadar ingin bersyukur di atas nikmat mata yang allah berikan ini,,malah ia hanya pinjaman semata2, harus guna ikut cara yang Pemberinya redai,, mungkin mata sya dah meliar sangat sampai allah uji sedikit cmtu huhu,,

in conjunction of it,,untuk melahirkan rasa syukur sya, sya tribute kan sebuah lukisan, malah tujuan utamanya supaya menjadi peringatan pada diri saya sendiri,,untuk menjaga mata,,ke arah yang lebih sihat di samping meraih redaNya, inshaallah,,,

apapun, biarlah yang buta itu mata kepala, jangan buta mata hati ecececece hihi 

Saturday, November 23, 2013

inspirasi daripada sahabat yang syahid.

assalamualaikum warahmatullah

umi abuya; dua insan yang saya tak pernah lupa dalam doa, malah yang saya akan ingat bila saya 'terjatuh' 'ditolak' malah 'terbang' ecece.. malah siapa diri saya ni banyak dibentuk oleh mereka. tapi saya ni bukanlah hebat sangat pun, ilmu agama seciput, baca quran pun tak smooth lagi. mungkin kerana saya takde background pendidikan agama sejak kecik. alangkah baiknya saya fikir andai saya dimasukkan ke sekolah tahfiz time kecik2,,atau paling kurang pun sekolah agama. tapi alhamdulillah diri saya yang sekarang walaupun ilmu cetek, tak alim, tapi masih memiliki iman,,tak terjebak dengan perkara sosial,,malah kini saya berada di tempat yang boleh saya kata,, beyond my target. kalau bukan kerana mereka (dengan kuasa allah) mungkin saya takkan sampai sejauh ini.

dan alhamdulillah, allah perkenankan doa saya. mungkin bukan pada saya, tapi pada adik-adik saya. berbunga hati saya bila mendapat tahu abuya menghantar adik2 pergi ke kelas intensif tahfiz untuk menghabiskan cuti sekolah mereka kali ini. di samping penekanan akademik, sekarang umi abuya dah mula menanamkan nilai-nilai paling asas dalam diri anak2 mereka; yakni al-quran. bukan dulu tak pernah, cuma dulu hanya penekanan agama secara tak formal dan lebih kepada 'menjaga' bukan 'menanam'. if you know what i mean huhu.
hehehe,, photo cc: fb abuya
sampai sekarang, saya akan rasa cemburu dengan siapa-siapa yang pernah menuntut di sekolah agama. apatah lagi tahfiz, malah kisas. dan waktu masuk RMC dulu, boleh kata siapa2 je yang keluar sekolah agama sebab nak masuk rmc, saya akan tujukan soalan ni,, "kenapa keluar sekolah agama then masuk rmc?" sebab saya rasa adalah satu kerugian belajar agama sekerat jalan. dan sikap inilah yang menjadi titik tolak perbualan pertama saya dengan arwah ahmad ammar. pada suatu hari di hadapan musolla. malah sampai sekarang saya masih ingat isi perbualan kami sebab jawapan dia adalah lain daripada yang lain. asing. or should i say, ghuraba?
ilmu itu adalah amanah. dan amanah itu sangat berat. once kita dah tahu, ibarat kita memikul sebuah tanggungjawab, untuk mengamalkannya. terutamanya ilmu fiqah, tauhid, tasawwuf, etc. tapi ada satu ilmu yang kita tak perlu amalkan; ilmu ketamadunan islam. tapi ia sangat penting untuk mengembalikan semula kegemilangan islam.
mungkin ia taklah exactly what he had said. tapi keyword yang saya masih ingat adalah ilmu tu berat dan nak belajar ketamadunan islam. dua2 tu adalah dua perkara yang masih segar dalam ingatan saya sampai sekarang. malah saya baru faham apa yang tersirat di sebalik kata2 tu setelah secara praktikalnya,, arwah telah memilih untuk ke turki belajar sejarah islam menolak semua tawaran2 idaman yang lain. dah la 2nd best student rmc, fizikal mantap, kepimpinan mantap, akhlak murni, yang paling penting; kafahaman agama tinggi...hampir perfect,,nak tahu lagi mehh kita jumpa depan2 saya ceritakan kenapa saya kata; 99.99% perfect orangnya. tapi memilih kursus sejarah islam yang pada kita adalah last choice. malah setelah menerima daurah Syahadatul Haq, saya lebih faham dengan point ilmu tu berat. subhanallah. dalam usia semuda tu dia sudah ada kefahaman agama yang begitu dalam.

tak perlu kot saya cerita pasal diri dia, lihat saja di facebook, tak putus-putus orang berkongsi tentang dirinya. seluruh dunia terasa akan pemergian dirinya. kini walaupun jasadnya sudah teda tapi dia meninggalkan inspirasi kepada hampir semua orang yang merindukan pemuda hamasah. umur baru 20, tapi sumbangan mashaallah...mashaallah..saya pun 20 tapi,,,...apa je yang saya sumbangkan pada agama? setotet or maybe nothing! wuuuu..

tak cemburu kah kita melihat pengakhiran hidup arwah?
disambut penduduk langit, ditangisi penduduk bumi?
tak terasa kah kita perbandingan sumbangan kita pada agama relative to our age?

saya yakin,,cemburu dan hina yang saya rasa sekarang ni, dirasai oleh semua orang. hebat lah kau sahabat. tapi kenapa awal sangat kau pergi? huhu..sangat terkilan pertemuan yg dirancang di turki nanti tak kesampaian. tapi mungkin ia adalah pertemuan yang tertangguh,,di syurga kelak mungkin? ahaha cam yakin sangat je masuk syurga,,,hehe ameenn amenn.. :)) tapi yang lebih terkilan,,,di mana lagi dapat cari pemuda seperti ahmad ammar? allahu.

errr,uba,,stop wishing,,be one...
wakakakaka..

and baru saya tahu, sebenarnya ke turki tu juga adalah hasrat ibu bapa arwah supaya arwah jadi pakar kepada sejarah ketamadunan islam. jadi kat sini saya nampak peranan keluarga dalam melahirkan pemuda2 berjiwa mujahid macam ammar. tapi kalau keluarga pun tak membantu, ni lah peranannya usrah. mungkin. tapi point yang sya nak sampaikan,,(keluarga islamik atau usrah misalnya),,adalah tarbiyyah yang berterusan. nah saya sertakan dua buah video pembina semangat :)


morsi & erdogen. dua individu hasil tarbiyyah yang mantap. mashaallah. moga allah teguhkan mereka..amen,

Wednesday, November 13, 2013

a part of my life: photography.

assalamualaikum warahmatullah

that feeling when others found and realized parts of ourselve. bcoz photography is part of my life. :) if you know how it feels.

itulah perasaan yang saya rasa bila diminta jadi photographer utk mana2 event. rasa macam dapat anugerah. rasa macam sebati dengan kerja tu. jadi saya terima dengan suka rela even saya bukan hebat pun amik gambar, masih perlu banyak belajar terutamanya tentang fotografi sukan, nature, night dan landscape. sya ni cenderung to candid, event, potraits, and street photography. sebab permulaan sya bermula dengan fotografi ni, kerana ingin menyimpan kenangan,,so suka amik gambar orang hihi. even if mostly dslr owner pergi outing utk photoshoot, saya takkan kecuali dengan adanya 'model' hehe. dan saya benci if orang cakap, "kesian uba asyik kena amik gambar je" seolah2 orang ckap "uba stop being yourself" mwahaha take note ya :p

alang2 tu,
ty amir rusli lantik sya jadi photographer utk vfl 2013.
ty abg daus lantik sya jadi photographer utk msa election.
jazakallah khairan khateera.

banyak benda yg sya dh belajar, even before that more than 10videos and websites i watched in order to do my best for the trust given. yet, plus the experiences i gained after that. but this thing is limited by money. photography is,,,er knape speaking tetiba ni -,- fotografi ni hobby yg mahal sbb perlukan dslr, and nak pergi lagi jauh kena beli lens yg mana harganya pun mencekik darah. if prime lens rm800 (yg sya target ni) pun dah kira murah dah ni. tu lah yang banyak membataskan minat saya ni :(  tak macam melukis yg hanya perlukan sebatang pencil je huhu.

inshaallah kalau ada apa2 event, hire lah saya lagi hehehe. banyak lagi kena belajar ni  bcoz i learn by doing huhu. and buat masa ni mungkin berkhidmat utk komuniti je, kalau diberi ilham dan peluang, utk ummah pula. :)) and saya ada azam utk belajar photoshop, video dan audio...inshaallah..moga allah permudahkan.
last day vlc,,,photo cc to jonah,,my camera buddy :))

also taken by jonah, time election msa ^^
mungkin dah boleh start buat reputation (kot), not popularity...
# baru terfikir, maybe ya maybe not
# utk dakwah
# tajdid niat

and baru semalam, abg yus nak bagi graphic tablet dia pada saya and helmi for free! alhamdulillah. makin luas la medan saya dalam media ni muda2han :))

Tuesday, November 12, 2013

satu matlamat, beza cara.

assalamualaikum warahmatullah

# random post.
*post ni sekadar luahan pendapat, mungkin berkaitan tapi tak berniat nak tujukan pada siapa2 pun, cuma tiba2 terfikir lebih2*

suatu ketika dulu, ketidak-setujuan saya pada prinsip tak boleh berbaitul-muslimkan pasangan berlainan jemaah membawa saya kepada satu persoalan.

kenapa??

persoalan tu saya tujukan pada seorang murobbi yang sgt moderate orangnya. tegas tapi berhikmah. haha. and benda ni tak lah public sangat pun, tapi memang berlaku underground or personally je. and ada la satu tempat tu yang saya tahu memang berpegang pada prinsip tu. malah lagi teruk, daie berlainan jemaah sampai tak bertegur sapa, apatah lagi nak berbaitul muslim kan. huhu. sedihnya. sedangkan impian masing2 sama even yang saya ingat Hamka pun ada kata, pengikat sesuatu hubungan ada dua; persamaan cita2 dan baik akhlak. sepatutnya jemaah2 ni kalau takmau bergabung pun, please lah takyah nak berpecah, even dgn yang tak berjemaah pun jangan pulaukan.

panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh murobbi tu. dan pada saya berasas la jugak kan, tapi masih, saya masih tak setuju kalau perbezaan jemaah boleh jadi punca tak jadi berbaitul muslim. sebab even berbeza jemaah dalam berdakwah pun saya tak berapa suka kalau sampai memecah belahkan komuniti ummah islam di situ. kalau ya maka sama lah macam konsep nationality yang dicipta oleh yahudi tu. ada gap yang memisahkan. dan kalau nak kata tak ngam pun, orang berlainan kaum, lain budaya, lain profession ke or lain2 perbezaan ramai je yang bahagia. yang menjadi punca keretakan tu terletak pada diri lah, andai suami dayus, isteri ego tinggi, maka retak rumah tangga.

and andai kata jemaah tu merasakan jemaah dia adalah the best, yang lain teruk, tu berbalik pada hati ahli-ahlinya. mungkin perjuangan mereka dah tersasar. sebab pada saya ia lebih macam taksub pada jemaah masing2, yang boleh menjurus kepada asobbiyah, cam arab jahiliyyah je,,cam jahiliyyah je.huhu

khulasah penjelasan murobbi tu adalah;
"...untuk memastikan kelancaran dakwah."

mungkin saya masib noob and know nothing pasal jemaah-jemaah ni. tapi selama ni persoalan tu lah yang menimbulan minat saya untuk tahu tentang fikrah sesuatu jemaah. apa yang menjadi prinsip masing-masing, method masing2, dan efisiennya untuk islam hari ini. apa yang penting even beza2 fikrah pun asalkan matlamat adalah sama. jadi inshaallah kalau masing2 faham, tak membantutkan dakwah pun. malah dakwah tak semestinya dengan berusrah, tak semestinya dengan berjemaah,, ada orang lone ranger dalam berdakwah tapi impaknya lebih awesome daripada jemaah yang beribu daie. ada orang plak tak berdakwah tapi dia membantu dakwah dengan sokongan dan harta. pendek kata,, dakwah ni ada 1001 cara,,pilihannya terletak pada diri masing2. nak taknak je.

wallahualam.

dan inshaallah even saya bukan pejuang, bukan seorang daie pun, even tak layak pun nak dapat title tu, tapi saya sokong 100% usaha dakwah tu. dan mana2 cara yang saya rasa terbaik, maka saya pilih yang tu. kalau ada better, sya akan terjun ke dalam cara itu. inshaallah. dan bukan nak kata tak bagus berbeza fikrah, malah ada satu hadis, nabi kata perbezaan pendapat dalam ummah ini adalah satu rahmat utk ummah. dan macam menarik je nak selitkan ayat ni kat sini hhe:
"Wahai Manusia, sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu daripada kaum lelaki dan perempuan, dan telah Aku jadikan kamu berpuak-puak dan pelbagai kaum supaya kamu berkenal-kenalan..." Al-Hujurat, 13
p/s: tambahan,, dengan macam2 jemaah yang ada hari ni, takut kalau ia boleh jadi halangan untuk saya berbaitul muslim nanti. huhu bole plak camtu.

p/ss: moga konsisten. moga allah reda. silap salah mohon tegur.

Thursday, November 7, 2013

where n how to start? o,O

assalamualaikum warahmatullah

entah kat mana competitionnya kat sini saya pun tak tahu. eventually semua akan jadi doktor *inshaallah moga allah permudahkn* tak kisah result teruk or dpat flying colour pun. mungkin terlalu ingin menjadi yang terbaik menyebabkan kita jadi selfish. sedangkan menjadi student terbaik hanyalah dunia semata2. ilmu tu untuk dimanfaatkan, jadi kenapa tidak dikongsi. kadang2 sampai jadi kekok nak tengok nota diorang apatah lagi nak pinjam or capture photo.

nak kata saya kedekut ilmu pun, tak. ibarat sebuah penghargaan bagi sya andai siapa2 mintak sya mengajar sesuatu. apa2 je. dulu kat sekolah pun sya lah tutor bio utk batch sya..and tutor add math utk juniors. nota2 sya, sya photostat kasi kawan2 n juniors. sedangkan kat sekolah dulu competition sgt sengit untuk menjadi yg terbaik demi masa depan. even orang lain pun sama2 berkongsi soalan ramalan dan nota. nostalgia. huhu.

mungkin betul lah apa orang kata, makin tinggi pencapaian kita makin susah nak cari kawan menangis ni. ada je ramai tapi tak seramai di bawah lah haha.

kat sini bila saya mintak mcm2 berdalih and keluhan. mungkin smua tu hanya gurauan tapi sya ni jenis orang yg tak suka meminta2 apatah lg memaksa. if mintak pun mintak sekali je semua keluhan dan dalih saya anggap sebagai keengganan. TAPI juga sebagai luahan kepenatan kalian membuat nota2 tu. kadang mungkin sampai mengorbankan masa berhibur dan tidur kalian. jadi mesti la ada sedikit rasa cemburu pada kami ni yang bersenang lenang. dah la bersenang lenang pastu senang2 je nak mintak nota hasil pengorbanan masa tenaga sendiri huhu.

tapi kalau tu nota seniors, share lah. huhu.

dan untuk yang ikhlas dan suka berkongsi ilmu dan nota pun, saya sayang kamu semua hahaha..touching plak..tp jazakallah khairan khatira, sya tak mampu balas tp moga allah membalasnya malah dgn yang lebih baik..

sudah 2 bulan lebih berlalu. lagi 3 bulan sebelum exam. sya rasa permulaan sangat teruk, banyak masa terbuang mcam tu je. kalau boleh nak start struggle dari sekarang tapi tak tahu nak start dari mana sebab nota2 lepas takde. allahu. perasaan ibarat bawa kamera nak ambik gambar tapi memory card tertinggal kat lappy *mcm biasa jer mcm biasa jer hahaha* nway i have to start study more often!

ya allah aku perlukan ilham...from where and how do i start? byk sgt ni o.O

# tajdid niat, study utk ilmu kerana allah..then barulah utk exam!