Tuesday, November 12, 2013

satu matlamat, beza cara.

assalamualaikum warahmatullah

# random post.
*post ni sekadar luahan pendapat, mungkin berkaitan tapi tak berniat nak tujukan pada siapa2 pun, cuma tiba2 terfikir lebih2*

suatu ketika dulu, ketidak-setujuan saya pada prinsip tak boleh berbaitul-muslimkan pasangan berlainan jemaah membawa saya kepada satu persoalan.

kenapa??

persoalan tu saya tujukan pada seorang murobbi yang sgt moderate orangnya. tegas tapi berhikmah. haha. and benda ni tak lah public sangat pun, tapi memang berlaku underground or personally je. and ada la satu tempat tu yang saya tahu memang berpegang pada prinsip tu. malah lagi teruk, daie berlainan jemaah sampai tak bertegur sapa, apatah lagi nak berbaitul muslim kan. huhu. sedihnya. sedangkan impian masing2 sama even yang saya ingat Hamka pun ada kata, pengikat sesuatu hubungan ada dua; persamaan cita2 dan baik akhlak. sepatutnya jemaah2 ni kalau takmau bergabung pun, please lah takyah nak berpecah, even dgn yang tak berjemaah pun jangan pulaukan.

panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh murobbi tu. dan pada saya berasas la jugak kan, tapi masih, saya masih tak setuju kalau perbezaan jemaah boleh jadi punca tak jadi berbaitul muslim. sebab even berbeza jemaah dalam berdakwah pun saya tak berapa suka kalau sampai memecah belahkan komuniti ummah islam di situ. kalau ya maka sama lah macam konsep nationality yang dicipta oleh yahudi tu. ada gap yang memisahkan. dan kalau nak kata tak ngam pun, orang berlainan kaum, lain budaya, lain profession ke or lain2 perbezaan ramai je yang bahagia. yang menjadi punca keretakan tu terletak pada diri lah, andai suami dayus, isteri ego tinggi, maka retak rumah tangga.

and andai kata jemaah tu merasakan jemaah dia adalah the best, yang lain teruk, tu berbalik pada hati ahli-ahlinya. mungkin perjuangan mereka dah tersasar. sebab pada saya ia lebih macam taksub pada jemaah masing2, yang boleh menjurus kepada asobbiyah, cam arab jahiliyyah je,,cam jahiliyyah je.huhu

khulasah penjelasan murobbi tu adalah;
"...untuk memastikan kelancaran dakwah."

mungkin saya masib noob and know nothing pasal jemaah-jemaah ni. tapi selama ni persoalan tu lah yang menimbulan minat saya untuk tahu tentang fikrah sesuatu jemaah. apa yang menjadi prinsip masing-masing, method masing2, dan efisiennya untuk islam hari ini. apa yang penting even beza2 fikrah pun asalkan matlamat adalah sama. jadi inshaallah kalau masing2 faham, tak membantutkan dakwah pun. malah dakwah tak semestinya dengan berusrah, tak semestinya dengan berjemaah,, ada orang lone ranger dalam berdakwah tapi impaknya lebih awesome daripada jemaah yang beribu daie. ada orang plak tak berdakwah tapi dia membantu dakwah dengan sokongan dan harta. pendek kata,, dakwah ni ada 1001 cara,,pilihannya terletak pada diri masing2. nak taknak je.

wallahualam.

dan inshaallah even saya bukan pejuang, bukan seorang daie pun, even tak layak pun nak dapat title tu, tapi saya sokong 100% usaha dakwah tu. dan mana2 cara yang saya rasa terbaik, maka saya pilih yang tu. kalau ada better, sya akan terjun ke dalam cara itu. inshaallah. dan bukan nak kata tak bagus berbeza fikrah, malah ada satu hadis, nabi kata perbezaan pendapat dalam ummah ini adalah satu rahmat utk ummah. dan macam menarik je nak selitkan ayat ni kat sini hhe:
"Wahai Manusia, sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu daripada kaum lelaki dan perempuan, dan telah Aku jadikan kamu berpuak-puak dan pelbagai kaum supaya kamu berkenal-kenalan..." Al-Hujurat, 13
p/s: tambahan,, dengan macam2 jemaah yang ada hari ni, takut kalau ia boleh jadi halangan untuk saya berbaitul muslim nanti. huhu bole plak camtu.

p/ss: moga konsisten. moga allah reda. silap salah mohon tegur.

No comments:

Post a Comment