Saturday, November 30, 2013

saya bantah h.d.d.n.w.d.w.b..!

assalamualaikum warahmatullah

berkenaan petition untuk akta hanya doktor dan nurse wanita dalam wad bersalin, saya bantah! mungkin ia perkara yang melibatkan agama dan maruah wanita, which me is not deserve to talk about,, tapi pendapat saya adalah berdasarkan pemerhatian saya dlam both sides. lagipun tahun lepas, tajuk presentation CTIS saya (dengan lukman dan muiin) di intec adalah "merawat dan dirawat ajnabi.". jadi saya tahu serba sedikit (or ingat2 lupa) tentang dalil2, hukum2, dan rukhsah2 dalam isu ini. spesifiknya, tajuk saya adalah doktor lelaki merawat pesakit wanita.

sebenarnya tajuk tu sukar bagi kami sebab dalam sirah takde kisah yang menceritakan lelaki merawat wanita, TAPI wanita merawat lelaki ada,,contohnya macam kisah ruqayah and sapentah huhu...kemudian ulama' menyandarkan pada pendapat, kalau wanita boleh rawat lelaki, maka sebaliknya pun boleh. saya tak ingat usul fiqh mana yang digunakan..saya lupa huhu.. cuma dengan syarat DARURAT je tapi masih perlu ditemani mahram dan ia adalah pilihan terakhir:

priority-->
doktor wanita muslim.
doktor wanita non-muslim
doktor lelaki muslim
doktor lelaki non-muslim

dan boleh saya kata, di malaysia sendiri, dah lah kita masih kurang doktor (ratio tahun 2012 doktor:penduduk 1:911), apatah lagi bila diskopkan; doktor wanita. so konklusinya, kita masih kurang doktor wanita, apatah lagi doktor gynaecology wanita, jadi dalam isu ni kita DARURAT!! so solusinya ada pada kerajaan dan bakal/present female doctors. kerajaan perlu sponsor lebih student perempuan,,dann kesedaran tu perlu ada pada medical students and doktor2. menjadi doktor sakit wanita tu fardu kifayaah, tapi boleh jadi fardu ain andai kita sangat memerlukan lagi mereka. ditakoti jatuh hukum dosa bagi seluruh doktor wanita wallahu a'lam,,nauzubillah..


apapun sementara menunggu kita mencapai ratio 1:400 (at least) tu, atau mengharap lebih ramai doktor wanita menerima seruan tu, mungkin tak perlu lah gubal akta hanya doktor dan nurse wanita dalam wad bersalin sebab akta tu sebenarnya menyusahkan doktor2 dan membahayakan pesakit. cuba baca artikel ni baru anda faham kenapa: http://afizaazmee.wordpress.com/2013/11/30/lip-service-2/. it is very well written so read it k hehe. tapi bukan bermaksud kita hanya pasrah,,even saya lelaki pun, kalau dah ada isteri (inshaallah) saya tak mahu rambut dia dilihat muhrim lain apatah lagi aurat yang lagi berat. jadi mungkin ada cara lain:

1- kalau suami, anda lah yang menyambut kelahiran anak anda (kalau anda doktor la hihi), atau
2- request doktor wanita, which seems impossible but possible..haha
3- pergi ke tempat lain yang ada mengikut kehendak anda. banyak je actually contohnya di klinik2 persendirian atau poliklinik az-zahra. mungkin perlu berbelanja lebih tapi berbaloi la kan untuk maruah, perasaan anda dan untuk anak anda juga.

saya sendiri pun, bertekad nanti isteri saya bersalin, sayalah yang akan menyambut dan mengazankan anak saya nanti. hihihi. amboi~ jauhnya angan2 hahaha

p/s---> penulisan kali ini berdasar seciput ilmu ingat2 lupa dan pendapat peribadi, jadi kalau ada salah mohon tegur ya. saya cuba cari powerpoint presentation saya tu untuk dikongsi di sini, tapi tak jumpa2,,inshaallah nanti try tanya luqman or muiin. harap2 mereka simpan lagi..

No comments:

Post a Comment