assalamualaikum warahmatullah
entah kat mana competitionnya kat sini saya pun tak tahu. eventually semua akan jadi doktor *inshaallah moga allah permudahkn* tak kisah result teruk or dpat flying colour pun. mungkin terlalu ingin menjadi yang terbaik menyebabkan kita jadi selfish. sedangkan menjadi student terbaik hanyalah dunia semata2. ilmu tu untuk dimanfaatkan, jadi kenapa tidak dikongsi. kadang2 sampai jadi kekok nak tengok nota diorang apatah lagi nak pinjam or capture photo.
nak kata saya kedekut ilmu pun, tak. ibarat sebuah penghargaan bagi sya andai siapa2 mintak sya mengajar sesuatu. apa2 je. dulu kat sekolah pun sya lah tutor bio utk batch sya..and tutor add math utk juniors. nota2 sya, sya photostat kasi kawan2 n juniors. sedangkan kat sekolah dulu competition sgt sengit untuk menjadi yg terbaik demi masa depan. even orang lain pun sama2 berkongsi soalan ramalan dan nota. nostalgia. huhu.
mungkin betul lah apa orang kata, makin tinggi pencapaian kita makin susah nak cari kawan menangis ni. ada je ramai tapi tak seramai di bawah lah haha.
kat sini bila saya mintak mcm2 berdalih and keluhan. mungkin smua tu hanya gurauan tapi sya ni jenis orang yg tak suka meminta2 apatah lg memaksa. if mintak pun mintak sekali je semua keluhan dan dalih saya anggap sebagai keengganan. TAPI juga sebagai luahan kepenatan kalian membuat nota2 tu. kadang mungkin sampai mengorbankan masa berhibur dan tidur kalian. jadi mesti la ada sedikit rasa cemburu pada kami ni yang bersenang lenang. dah la bersenang lenang pastu senang2 je nak mintak nota hasil pengorbanan masa tenaga sendiri huhu.
tapi kalau tu nota seniors, share lah. huhu.
dan untuk yang ikhlas dan suka berkongsi ilmu dan nota pun, saya sayang kamu semua hahaha..touching plak..tp jazakallah khairan khatira, sya tak mampu balas tp moga allah membalasnya malah dgn yang lebih baik..
sudah 2 bulan lebih berlalu. lagi 3 bulan sebelum exam. sya rasa permulaan sangat teruk, banyak masa terbuang mcam tu je. kalau boleh nak start struggle dari sekarang tapi tak tahu nak start dari mana sebab nota2 lepas takde. allahu. perasaan ibarat bawa kamera nak ambik gambar tapi memory card tertinggal kat lappy *mcm biasa jer mcm biasa jer hahaha* nway i have to start study more often!
ya allah aku perlukan ilham...from where and how do i start? byk sgt ni o.O
# tajdid niat, study utk ilmu kerana allah..then barulah utk exam!
No comments:
Post a Comment