Wednesday, February 26, 2014

money management > money making.

kebanyakan orang akan pandang negatif kalau apa yang kita buat tu berkaitan dengan duit. kerana duit, agama diabaikan. kerana duit, niat jadi rapuh. kerana duit, kawan jadi musuh. kerana duit, hidup jadi tak keruan. kesian duit dipersalahkan, sedangkan kita yang bersalah. ok tapi cuba kita positifkan semua tu...apa jadi? kerana duit, ekonomi islam kukuh. kerana duit, senang nak sambung silaturrahim. kerana duit, kita lebih bersemangat. kerana duit, hidup senang. banyak tak manfaat duit ni? untuk ekonomi khasnya. tengoklah sekarang kebanyakan perbankan/pinjaman patuh syariat menjadi pilihan utama muslim dan non muslim.

dan bukanlah bermaksud kita perlu buat sesuatu berkiblatkan duit. tak semua boleh dibeli dengan duit. tapi dengan duit, mudah untuk buat sesuatu. untuk diri, keluarga malah ummah. malah menurut ibnu qayyim, martabat orang kaya bersyukur lebih tinggi daripada orang miskin yang sabar. so duit boleh mengangkat martabat kita. anda hebat kalau tak mudah dilalaikan oleh wang. dan kaya tak semestinya banyak harta/wang. ikut definisi kaya masing2. asalkan kita qanaah, maka kita sudah kaya...retorically~ hahaha...

dan apa yang saya nampak, money management tu lebih penting daripada money making. duit banyak kalau tak pandai urus dan suka boros, maka takkan cukup duit tu. serius.


dan sejak 2nd year ni for the first time in my life saya mula belajar untuk menguruskan duit. malah inshallah nak belajar lebih dalam tentang emas dan pelaburan. mungkin sekarang agak susah kan nak kena limitkan duit. tapi inshaallah ia untuk jangka masa panjang. malah menguruskan wang ni sangat menyeronokkan disamping melatih diri untuk berjimat dan tahan nafsu. dan cer cite, kalau takde duit,,nak makan apa?? kalau tak makan,, camne nak dapat tenaga untuk dakwah atau ibadah? cer cite cer cite...

sedikit tips berguna khususnya yang tinggal di volgo.
1) rancang keperluan bulanan, keluarkan had tu je. setkan sebulan nak simpan berapa at least.
2) hadkan makan di luar!! jgn malas masak! pilih--> sekali makan luar/bahan masak seminggu?
3) nak shopping pun time sale saja.
4) buat pendapatan sampingan (optional)
p/s: info pasal emas
maksudnya, kalau beli 10 gram emas RM1599
dalam masa 7 tahun akan jadi RM5030
(betulkan kalau saya salah, saya masih noob dalam benda ni hihi)

tapi hati-hati, jangan sampai kita hidup bertuhankan duit. nauzubillah.. kita adalah hamba Allah, dan Dia lah Pemberi rezeki kita...kehkeh

"sesungguhnya orang2 yg boros itu adalah saudara2 syaitan dan syaitan itu adlh sangat ingkar kepada tuhannya." al-isra 27

Sunday, February 23, 2014

tak sabar nak grad hihi

post ni tiada motif. saja nak bercerita kehkehkeh. situasi ni berlaku dalam tahun ni. saja~ hahaha.

situasi 1 (dengan 3rd year student)

he: sebelum ni volgo pernah banjir tak?
saya: err entah la, saya baru setahun kat sini. mungkin dulu pernah la.
he: eh you tahun berapa?
saya: second year.
he: ooo i ingat you 6th year.

situasi 2 (dengan 4th year student)

saya: you groupmate dengan siapa ya?
he: aku satu group dengan amir aqil, abdul hafiz,,blablabla..
saya: eh, tadi you cakap you 6th year? tu bukan group 4th year ke?
he: eh aku bukan kata aku 6th year, aku ingat you yang 6th year.
saya: laaaa, sori2 silap dengar tadi.

******************************************
wahh saya dah 6th year :D ececece bangga ar bangga ar
tapi mungkin dah nampak tua dah saya ni..sobs. tapi,
tak sabar nak kerja ok ni tipu..
tak sabar nak kahwin...haha siapa xmau kann..

Saturday, February 22, 2014

bercakap tentang "sahabat", mungkin tak semua orang akan kisah. tapi pada sesetengah orang, sahabat tu adalah komrad dan peneman hidup. mungkin pada sesetengah orang sahabat tu adalah tuntutan jiwa mereka. malah, kadang tu sahabat boleh jadi orang yang lebih dicintai daripada adik beradik kandung sendiri, kecuali adik bradik kita sndiri juga adalah sahabat kita. cuba jangan had-kan zon sahabat. parents, adik beradik, isteri, even strangers pun boleh jadi sahabat kita.

jika lebih dicintai daripada ibu bapa? rasul? allah? nauzubillah fuhh minta dijauhkan. banyak2 hisab diri.

dalam islam, betapa kuatnya penangan sahabat ni, atau dalam istilah paranoidnya; ukhuwah fillah, boleh menjadi lebih teguh daripada bloodbrother askar, lebih setia daripada pasangan puppy love, lebih rapat daripada adik beradik kandung. asalkan ukhuwah itu disandarkan kerana allah dan aqidah. sebab apa? sebab askar, couple, sibling belum tentu hubungan tu sampai ke syurga. jangan terkejut nanti di akhirat/hari perhitungan mereka jadi musuh kita. tapi ukhuwah fillah, inshaallah, kekal sampai jannah. forever.

dan kalau kita sayangkan sahabat2 kita, jangan biarkan dia tersasar jauh. kalau biarkan, makin jauh makin susah nak tarik balik. kalau dia hanyut, kejutkan dia! tegur kalau dia buat salah. ajak kalau nak buat kebaikan. bukan dengan hanya mengharap orang lain jadi sahabat, sedangkan diri sendiri tiada usaha jadi sahabat yang baik. peringatan ni lebih buat diri sendiri. dan akan sampai suatu masa allah akan uji apa yang pernah kita katakan. sahabat2, mohon doakan saya ada kekuatan untuk buat semua tu.

sekadar perkongsian-

http://gamais.itb.ac.id/wp-content/uploads/2011/06/Abu-Ashim-Hisyam-bin-Abdul-Qadir-Uqdah-Virus-virus-Ukhuwah1.pdf

my request, tolong baca link tu, at least indeks hihi :p

Thursday, February 13, 2014

snowflake! snowman!

saya ada beli fisheye lens. eh bukan lens tapi fisheye extension dan tak sangka plak kat extension tu ada macro converter. 2in1. jadi instead of beli macro lens RM800, saya dapat alternatif macro lens FREE je hehehe. pernah macro lens menjadi first lens idaman saya, sebab saya suka ambil gambar semut :3 tapi since belajar pasal lens dari abe mofar, semata2 guna RM800 untuk ambil gambar semut, better cancel je sebab tak berbaloi. tapi minat pada benda mini ni bertukar daripada semut kepada sesuatu yang lebih cantik. saya telah jatuh cinta pandang pertama pada snowflake :) kadang tu tak henti bertasbih sebab betapa cantiknya snowflake ni yang selama ni saya ingat hanya mitos je. keindahan ciptaan allah :)

inshaallah lepas ni nak buat ni plak: jeng jeng jeng *ada orang ingat sya melawak eh serius ni hahaha :p










baru2 ni juga, abe mofar ajak saya outing untuk photoshooting. agak excited la jugak bila orang lain yang ajak, macam meraikan apa yang kita minat kan hehe. tapi tak banyak gambar ambil, sebab cuaca hari tu tiba2 sejuk dan saya pulak orang yang tak tahan sejuk, walaupun metabolism je tinggi =,= agak terkilan la jugak sebab tak dapat all out dan lagi satu sebab saya tahu bila sejuk sony saya ni perfomance dia teruk sikit nanti gambar jadi tak sharp walaupun aperture tinggi huhu. oh ya abe mofar pun ada sony jugak. dulu saya malu pakai sony sampailah saya jumpa dia hihi :) selain abe mofar, tempe pun datang join jugak. kedua2 senior tu ada kepakaran masing2 jadi banyak yang saya belajar hari tu. harap ada pertemuan macam tu lagi :)

seronok ada hobby dan minat, senang nak buat kawan :)

kaki abe mofar + kaki saya
parody natinal geography! idea cc: abe mofar
idea cc: tempe (the model)
semalam pula, kebetulan balik sama2, budak group 36 ajak saya buat snowman. 120214. hari pertama saya buat snowman hehe. snow-woman juga. kawan2 yang menghiburkan, cuaca yang baik, aktiviti yang seronok tapi saya still terkilan sebab gambar2 yang saya ambil banyak tak sharp (walaupun aparture dah 8) huhu. lagipun memang saya dah agak sebab sony saya ni memang tak tahan sejuk sama macam tuan dia haha >.< gambar pun banyak jadi biru sampai saya terpaksa edit guna 'colour removal' untuk setiap gambar. melecehkan tau.



ni snowman sya dengan diorang, tapi nak sangat buat snowman dengan groupmates dan usrah hira' plak. akan datang inshaallah. :)

Wednesday, February 12, 2014

that i wish i knew earlier

dulu pada saya dalam apa2 bidang, yang penting hanya bakat dan skill. tu je. tapi sebab tu lah dalam apapun yang saya ceburkan diri, pogresifnya amat slow.  macam takde kemajuan. mungkin saya ni jenis orang yang tak suka ambil risiko. hanya duduk dalam zon selesa. yang takleh blah, pernah cakap taknak study luar negara sebab taknak jauh daripada family. takut sangat nak merantau tempat lain. kalau melukis pun, daripada form 3 sampai sekarang, hanya guna pensel-pen je. sedangkan, melukis tu kalau dalam seni, baru first step. mewarna? latar belakang? toning? selalu saya abaikan. kalau nak pergi lebih jauh, kena lah belajar lagi ye dok.



lagi, kalau mau majukan diri, kena belajar. kalau mau belajar, kena campak ego tu. campak jauh2. hapus terus je. malah kena bersangka baik dengan siapa yang kita tuntut ilmu itu. sesetengah orang ni, dia suka mengajar tapi tak suka diajar. ada orang tak suka dua2. sebab mereka ni taknak orang lain jadi superior dripad dia. ataupun dia rasa semua orang inferior dan dia paling bagus. camne ilmu nak turun kan kalau kita tidak berada di bawah. kat sini kita diagnos hati kita, mungkin kita ada 4 penyakit hati tu. fuhh fuhh mintak dijauhkan daripada kita semua amenn.

tak kisah la cikgu kita tu broken english ke, malas mengajar ke, hodoh ke, skema sangat ke ruski ke tapi jangan kita persenda dia. jadi pendengar yang baik bila dia mengajar. nanti tak ke susah nak exam ke kena minta maaf pada dia. tak berkat ilmu kalau kita perlekehkan cikgu tu. bak kata syeikh nuruddin;
"tidak ada keberkatan pada ilmu jika kita tidak menghormati guru. walaupun guru itu bukan beragama islam."


dan kalau kita dah ada minat untuk ceburkan diri dalam sesuatu, cuba untuk konsisten (=istiqamah) ok? inshaallah dengan semua tu, pogresif kita dalam sesuatu bidang makin pantas dan efisien ceehh. ada banyak lagi cara tapi hanya itu yang terlintas dalam fikiran saya setakat ini. kan bagus kalau saya sedar lebih awal.

1- bakat dan skill pun kena la ikut arus semasa.
2- jangan nak terperap dalam zon selesa kita je.
3- bersangka baik kalau kamu mau belajar.
4- istiqamah. 

sebenarnya selepas hampir dua tahun dalam bidang photography baru saya belajar pasal lens. sedangkan dalam photography, kualiti gambar selalunya bergantung pada lens (bukan body kamera semata2). tu pun saya sedar selepas saya menurunkan ego untuk bertanya pada seniors. dalam seni lukis pula, saya terkial2 nak guna digital drawing pad yang akhi yus bagi tu. bila dah mahir, saya rasa menyesal tak beli awal2 huhu. dan sementara senior2 tu semua masih ada, inshaallah kita gunakan kesempatan yang ada ni untuk mewarisi ilmu dan skill2 diorang. junior yang sepatutnya cari senior bukan sebaliknya kan! haha. kadang saya pun harap ada junior atau kawan2 nak belajar something daripada saya. seronok sebenarnya berkongsi ilmu sebab boleh taaruf lebih dalam. hihi ^-^

Saturday, February 1, 2014

jom taaruf dengan group 35!

dijodohkan,
berkekuatan seramai 8 orang,
bersama-sama dalam 1 kumpulan,
untuk meniti 6 tahun perjalanan,
demi merealisasikan sebuah impian.
moga allah permudahkan.

our FIRST group photo! aidiladha2012

ni semasa sambutan belated raya aidilfitri volgo 2013
tiga semester sudah berlalu dengan jayanya. syukur alhamdulillah. tapi tinggal lagi 9 sem lagi. erk tiba-tiba rasa macam awal sangat pulak nak bercerita pasal groupmates. tapi haruslah sebab sesi taaruf itu berterusan sampai mati. meskipun tiga semester belum tentu kami kenal antara satu sama lain lagi. dan yang penting, berkongsi cerita untuk mengisi masa dalam winter break paling panjang VSMU (menurut rekod senior 6th year tahun ni). haha.

tapi kalau tak minat nak kenal, silakan pergi. serius sebab tak penting haha. melainkan anda memang dah berkenan di hati seseorang dalam group ni nanti boleh pm saya ok. hee. davai start.

farah, fauziah, wardah
trio muslimah; farah fauziah dan wardah. mereka ni, dah groupmates, roomates plak tu. sebab tu mereka keep up to date dengan hw or news. sebab masing2 saling melengkapi. notes pun banyak diorang ada samada buat sendiri or dari seniors. jadi diorang ibarat tempat rujukan group kami ni haha. and kalau diorang tak datang kelas (pernah sehari) serentak, kami kena struggle and focus harder untuk survive kelas haha.

wardah, orang sabah baa (obviously) dengan loghat sabah yg pekat tu. suka warna merah (obviously) dan paling menyerlah dalam group sebab kalau kami pergi kelas/excursion, yang dipuji yang disoal yang dapat buku free mesti tak lain tak bukan mesti wardah. messsttii. tak pernah orang lain. senyum orang ruski pun susah nak dapat, apatah lagi pujian kan. and wardah memang rajin dan pandai, sering menjadi tutor xrasmi jimmy and nasrul. oh ya, wardah ni orang kadazan-dusun.

fauziah, orang sentul. budak mrsm tgb, so budak pandai la ni haha. root fauziah kat indonesia sebab tu nama pun berbunga haha; fauziah puteri fajar. tapi pantang dia orang panggil puteri dan kak gee. hoho. sangat pendiam orangnya tapi bila menulis sangat puitis dan pandai berkias. dalam diam2 dia pun, bila bersuara boleh sentap tu. seorang yang sangat tekan ikhtilat dan maruah muslimah (based status2 kak gee). and kak gee ni agak susah jugak la nak ambil gambar, melainkan group pic je.

farah, orang ganu. seorang yang outspoken dan bersuara lantang. mudah ketawa hoho. anak bongsu. dan dia berjiwa seni. pandai melukis dan buat doodle dakwah dia tu. yang rare farah ni kat volgo sebab dia antara segelintir muslimah yang pro-media and cenderung kepada photoshop. selain tu hanya kak etie and kak chuya je. kalau 2 kakak tu grad, tinggal farah sorang je la pelapis haha. juniors? kami pernah cari untuk masuk biro media imam, tapi takde.

jj, cute dog, ida.
duet jj dan ida. groupmates saya sejak semester 1 kat intec lagi. mereka ni sangat rapat, pendek kata bestfriend. selalu jalan sama-sama, malah tinggal pun sama-sama. macam takde yang boleh memisahkan cehh. tapi rupa2nya tak banyak gambar mereka berdua, baru perasan huhu. saya terpaksa combine 2 gambar hee.

josephine, panggil jj je. sarawakian, pure bidayuh. sekarang makin feminin sebab awal2 dulu agak tomboy hehe. biasalah adik beradik ramai lelaki. malah total adik-beradik sama macam saya; 12. ke6 dalam adik beradik tapi sulung dalam group 35, sebab lahir 1jan hoho senang nak ingat. so ibarat kaklong la ni, kaklong jj~ lol. seorang yang agak pesimis jugak pada saya, malah dalam memberi pendapat jj suka cakap pasal implikasi buruk dan suka compare haha. sorry jj. tapi sometimes its good what. and jj ni, kalau dia nak beli dslr memang saya sokong la sebab dia ada bakat terpendam and minat haha. baking pun salah satu bakat yg dia ada.

ida; orang shah alam. mixed (chinese + malay). kalau letih, mulalah sindrom non-stop laughing dia tu, even benda yang tak lawak pun jadi lawak pada dia HAHA. dalam group ida ni paling pandai, sebab dia ada long term memory yang bagus. biasa la, orang mixed memang pandai2. and sangat outgoing orangnya, susah la nak kekok dengan ida ni. tengok je lah pic atas tu, ceria, it says about her a lot. haha

nasrul afiq, jimmy
dan tak lupa pada 2 ekor malciki ni. saja cerita last-last. hero kena la datang last2 minit ye dok? hahaha. both adalah "pahlawan" hebat dota 2. anak didik shamin LOL. tinggal di kvartira (apartment) yang sama tapi nak kata bestfriend~ i dont think so. gay apatah lagi *tetibe* (p/s: diorang straight) malah both juga pandai berfesyen mengikut musim.

nasrul; selalu desak orang panggil dia afiq. tapi nak buat camne 'nasrul' tu dah permenantly melekat pada dia. haha. thorax cavity pernah ditebuk kiri dan kanan. lepas ni kalau kena pneumothorax lagi tak tau nak tebuk mana lagi. dalam group, dia ni ibarat silent breaker and pak lawak. paling terasa time dia kat hospital hari tu. dah tak dengar suara2 pelik atau ajukan annoying lagi haha. (ulang suara: annoying. wakaka). quite boring jugak ar time tu haha. and one thing pasal nasrul, dia banyak rahsia. tapi bagusnya dia memang tak cerita rahsia kat orang melainkan specific individu. kepada atau dari siapa, itulah tanda soalnya. jeng3. ada certain tu saya tahu lah sebab saya kan stalker. HAHA. lagi, nasrul ni footballer, dan dia hard-die-fan of MU. *high five!*

jimmy, (nama sebenar: tirmizi). anak kedua daripada tiga tapi "bongsu". if you know what i mean hihi sebab dia sangat rapat dengan mak dia. juga sarawakian pure melanau based in mukah. jimmy ni universal orangnya except dalam sukan. hebat menari, sedap menyanyi dan berfesyen (zara oriented person; sangat). dalam group pun, dia digemari kebanyakan lecturer yang ajar kami. seorang yang outspoken and direct dalam berkata-kata. tapi kadang2 kata2 jimmy ni deep dan tersirat. kena digest betul2 baru faham. dan memandangkan jimmy ni suka fesyen dan be in front of camera, so dia ni ibarat model saya jugak la hehe. one more thing to say, jimmy ni rich kid, dapat hampir semua yang dia nak. kesenangan tu 'bahagian' dia if u know what i mean.

jadi itulah sedikit sebanyak mengenai groupmates saya. mungkin ia sekadar mengisi masa lapang, tapi instead of family or usrahmates saya memilih untuk bercerita pasal groupmate. special tak? kann hihihi. sebab saya rasa bertuah berada dalam group ni. malah bersama 8 orang ni lah kami berjuang dalam so-called jihad ilmu ni. jihad tu, puncak agama ibarat menara gading seorang muslim. walaupun kadang2 tu pernah jugak rasa benci or awkward dengan diorang, tapi most of the time saya suka. sayang pun sebagai kawan dan sahabat, not more than that la of course~

harapan? perlu ke? cehh sendiri tanya sendiri jawab. ok. buat masa ni saya cuma mengharap yang friendship kami ni bukan sekadar retorik. main priority; reda allah. berkawan pun jangan sampai mengabaikan peranan sebagai seorang muslim. inshaallah, terutamanya untuk diri.

moga allah permudahkan. moga allah reda.
group35! 6tahunbersama! :)

random: upload gambar jaulah.

sebagai seorang student oversea yang selalu upload gambar, saya agak terasa dengan status 2in1 ni. post asalnya ramai orang share. tapi selama ni memang saya selalu terfikir pun, "kawan2 atau saudara2 kat malaysia tak rasa apa2 ke eh kalau upload gambar kat sini?" paling obvious friends fb wardah, sampai ada orang comment stop lah upload gambar. zzz =,= sampai serba salah hati dibuatnya.


tapi sekarang memang, bukak facebook buka instagram, semua gambar travel. tak putus2. kalau tak suka tu unsubscribe ar awal2 jangan sampai unfriend sudah haha. memang tengah musim pun budak oversea upload gambar travel, winter break an~ so take note ye, tiap kali winter break tu faham2 la haha. dan saya yang tak pergi mana-mana ni mengaku yang saya agak jelez jugak tengok orang travel sebab travel memang best (tapi duit terhad. sobs). tapi memang suka tengok gambar orang, untuk idea photography. hihi.

walau apapun, biar orang kata apa, saya akan tetap buat album setiap musim dan upload gambar sebab why not? takde niat pun nak buat orang cemburu atau menunjuk2. malah kami semua pun, hanya sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama keluarga dan sahabat2 yang jauh. nak buat camne kan kalau kami ni jenis yang suka share2 ni. sharing is caring an :3

p/s: sorry. huhu.

p/s: please,, jangan jelez hhihi >.< kami pun jelez jugak tgk orang malaysia; syurga makanan~, islamofobia takde, cuti boleh balik rumah hehe fair kann? :p

p/s: cebisan ayat 57:20 tu agak cliche kalau nak kaitkan dengan pendapat tu. wA