dulu pada saya dalam apa2 bidang, yang penting hanya bakat dan skill. tu je. tapi sebab tu lah dalam apapun yang saya ceburkan diri, pogresifnya amat slow. macam takde kemajuan. mungkin saya ni jenis orang yang tak suka ambil risiko. hanya duduk dalam zon selesa. yang takleh blah, pernah cakap taknak study luar negara sebab taknak jauh daripada family. takut sangat nak merantau tempat lain. kalau melukis pun, daripada form 3 sampai sekarang, hanya guna pensel-pen je. sedangkan, melukis tu kalau dalam seni, baru first step. mewarna? latar belakang? toning? selalu saya abaikan. kalau nak pergi lebih jauh, kena lah belajar lagi ye dok.
lagi, kalau mau majukan diri, kena belajar. kalau mau belajar, kena campak ego tu. campak jauh2. hapus terus je. malah kena bersangka baik dengan siapa yang kita tuntut ilmu itu. sesetengah orang ni, dia suka mengajar tapi tak suka diajar. ada orang tak suka dua2. sebab mereka ni taknak orang lain jadi superior dripad dia. ataupun dia rasa semua orang inferior dan dia paling bagus. camne ilmu nak turun kan kalau kita tidak berada di bawah. kat sini kita diagnos hati kita, mungkin kita ada 4 penyakit hati tu. fuhh fuhh mintak dijauhkan daripada kita semua amenn.
tak kisah la cikgu kita tu broken english ke, malas mengajar ke, hodoh ke, skema sangat ke
"tidak ada keberkatan pada ilmu jika kita tidak menghormati guru. walaupun guru itu bukan beragama islam."
dan kalau kita dah ada minat untuk ceburkan diri dalam sesuatu, cuba untuk konsisten (=istiqamah) ok? inshaallah dengan semua tu, pogresif kita dalam sesuatu bidang makin pantas dan efisien ceehh. ada banyak lagi cara tapi hanya itu yang terlintas dalam fikiran saya setakat ini. kan bagus kalau saya sedar lebih awal.
1- bakat dan skill pun kena la ikut arus semasa.
2- jangan nak terperap dalam zon selesa kita je.
3- bersangka baik kalau kamu mau belajar.
4- istiqamah.
1- bakat dan skill pun kena la ikut arus semasa.
2- jangan nak terperap dalam zon selesa kita je.
3- bersangka baik kalau kamu mau belajar.
4- istiqamah.
sebenarnya selepas hampir dua tahun dalam bidang photography baru saya belajar pasal lens. sedangkan dalam photography, kualiti gambar selalunya bergantung pada lens (bukan body kamera semata2). tu pun saya sedar selepas saya menurunkan ego untuk bertanya pada seniors. dalam seni lukis pula, saya terkial2 nak guna digital drawing pad yang akhi yus bagi tu. bila dah mahir, saya rasa menyesal tak beli awal2 huhu. dan sementara senior2 tu semua masih ada, inshaallah kita gunakan kesempatan yang ada ni untuk mewarisi ilmu dan skill2 diorang. junior yang sepatutnya cari senior bukan sebaliknya kan! haha. kadang saya pun harap ada junior atau kawan2 nak belajar something daripada saya. seronok sebenarnya berkongsi ilmu sebab boleh taaruf lebih dalam. hihi ^-^
No comments:
Post a Comment