bercakap tentang "sahabat", mungkin tak semua orang akan kisah. tapi pada sesetengah orang, sahabat tu adalah komrad dan peneman hidup. mungkin pada sesetengah orang sahabat tu adalah tuntutan jiwa mereka. malah, kadang tu sahabat boleh jadi orang yang lebih dicintai daripada adik beradik kandung sendiri, kecuali adik bradik kita sndiri juga adalah sahabat kita. cuba jangan had-kan zon sahabat. parents, adik beradik, isteri, even strangers pun boleh jadi sahabat kita.
jika lebih dicintai daripada ibu bapa? rasul? allah? nauzubillah fuhh minta dijauhkan. banyak2 hisab diri.
dalam islam, betapa kuatnya penangan sahabat ni, atau dalam istilah paranoidnya; ukhuwah fillah, boleh menjadi lebih teguh daripada bloodbrother askar, lebih setia daripada pasangan puppy love, lebih rapat daripada adik beradik kandung. asalkan ukhuwah itu disandarkan kerana allah dan aqidah. sebab apa? sebab askar, couple, sibling belum tentu hubungan tu sampai ke syurga. jangan terkejut nanti di akhirat/hari perhitungan mereka jadi musuh kita. tapi ukhuwah fillah, inshaallah, kekal sampai jannah. forever.
dan kalau kita sayangkan sahabat2 kita, jangan biarkan dia tersasar jauh. kalau biarkan, makin jauh makin susah nak tarik balik. kalau dia hanyut, kejutkan dia! tegur kalau dia buat salah. ajak kalau nak buat kebaikan. bukan dengan hanya mengharap orang lain jadi sahabat, sedangkan diri sendiri tiada usaha jadi sahabat yang baik. peringatan ni lebih buat diri sendiri. dan akan sampai suatu masa allah akan uji apa yang pernah kita katakan. sahabat2, mohon doakan saya ada kekuatan untuk buat semua tu.
sekadar perkongsian-
http://gamais.itb.ac.id/wp-content/uploads/2011/06/Abu-Ashim-Hisyam-bin-Abdul-Qadir-Uqdah-Virus-virus-Ukhuwah1.pdf
my request, tolong baca link tu, at least indeks hihi :p
No comments:
Post a Comment