Saturday, February 1, 2014

jom taaruf dengan group 35!

dijodohkan,
berkekuatan seramai 8 orang,
bersama-sama dalam 1 kumpulan,
untuk meniti 6 tahun perjalanan,
demi merealisasikan sebuah impian.
moga allah permudahkan.

our FIRST group photo! aidiladha2012

ni semasa sambutan belated raya aidilfitri volgo 2013
tiga semester sudah berlalu dengan jayanya. syukur alhamdulillah. tapi tinggal lagi 9 sem lagi. erk tiba-tiba rasa macam awal sangat pulak nak bercerita pasal groupmates. tapi haruslah sebab sesi taaruf itu berterusan sampai mati. meskipun tiga semester belum tentu kami kenal antara satu sama lain lagi. dan yang penting, berkongsi cerita untuk mengisi masa dalam winter break paling panjang VSMU (menurut rekod senior 6th year tahun ni). haha.

tapi kalau tak minat nak kenal, silakan pergi. serius sebab tak penting haha. melainkan anda memang dah berkenan di hati seseorang dalam group ni nanti boleh pm saya ok. hee. davai start.

farah, fauziah, wardah
trio muslimah; farah fauziah dan wardah. mereka ni, dah groupmates, roomates plak tu. sebab tu mereka keep up to date dengan hw or news. sebab masing2 saling melengkapi. notes pun banyak diorang ada samada buat sendiri or dari seniors. jadi diorang ibarat tempat rujukan group kami ni haha. and kalau diorang tak datang kelas (pernah sehari) serentak, kami kena struggle and focus harder untuk survive kelas haha.

wardah, orang sabah baa (obviously) dengan loghat sabah yg pekat tu. suka warna merah (obviously) dan paling menyerlah dalam group sebab kalau kami pergi kelas/excursion, yang dipuji yang disoal yang dapat buku free mesti tak lain tak bukan mesti wardah. messsttii. tak pernah orang lain. senyum orang ruski pun susah nak dapat, apatah lagi pujian kan. and wardah memang rajin dan pandai, sering menjadi tutor xrasmi jimmy and nasrul. oh ya, wardah ni orang kadazan-dusun.

fauziah, orang sentul. budak mrsm tgb, so budak pandai la ni haha. root fauziah kat indonesia sebab tu nama pun berbunga haha; fauziah puteri fajar. tapi pantang dia orang panggil puteri dan kak gee. hoho. sangat pendiam orangnya tapi bila menulis sangat puitis dan pandai berkias. dalam diam2 dia pun, bila bersuara boleh sentap tu. seorang yang sangat tekan ikhtilat dan maruah muslimah (based status2 kak gee). and kak gee ni agak susah jugak la nak ambil gambar, melainkan group pic je.

farah, orang ganu. seorang yang outspoken dan bersuara lantang. mudah ketawa hoho. anak bongsu. dan dia berjiwa seni. pandai melukis dan buat doodle dakwah dia tu. yang rare farah ni kat volgo sebab dia antara segelintir muslimah yang pro-media and cenderung kepada photoshop. selain tu hanya kak etie and kak chuya je. kalau 2 kakak tu grad, tinggal farah sorang je la pelapis haha. juniors? kami pernah cari untuk masuk biro media imam, tapi takde.

jj, cute dog, ida.
duet jj dan ida. groupmates saya sejak semester 1 kat intec lagi. mereka ni sangat rapat, pendek kata bestfriend. selalu jalan sama-sama, malah tinggal pun sama-sama. macam takde yang boleh memisahkan cehh. tapi rupa2nya tak banyak gambar mereka berdua, baru perasan huhu. saya terpaksa combine 2 gambar hee.

josephine, panggil jj je. sarawakian, pure bidayuh. sekarang makin feminin sebab awal2 dulu agak tomboy hehe. biasalah adik beradik ramai lelaki. malah total adik-beradik sama macam saya; 12. ke6 dalam adik beradik tapi sulung dalam group 35, sebab lahir 1jan hoho senang nak ingat. so ibarat kaklong la ni, kaklong jj~ lol. seorang yang agak pesimis jugak pada saya, malah dalam memberi pendapat jj suka cakap pasal implikasi buruk dan suka compare haha. sorry jj. tapi sometimes its good what. and jj ni, kalau dia nak beli dslr memang saya sokong la sebab dia ada bakat terpendam and minat haha. baking pun salah satu bakat yg dia ada.

ida; orang shah alam. mixed (chinese + malay). kalau letih, mulalah sindrom non-stop laughing dia tu, even benda yang tak lawak pun jadi lawak pada dia HAHA. dalam group ida ni paling pandai, sebab dia ada long term memory yang bagus. biasa la, orang mixed memang pandai2. and sangat outgoing orangnya, susah la nak kekok dengan ida ni. tengok je lah pic atas tu, ceria, it says about her a lot. haha

nasrul afiq, jimmy
dan tak lupa pada 2 ekor malciki ni. saja cerita last-last. hero kena la datang last2 minit ye dok? hahaha. both adalah "pahlawan" hebat dota 2. anak didik shamin LOL. tinggal di kvartira (apartment) yang sama tapi nak kata bestfriend~ i dont think so. gay apatah lagi *tetibe* (p/s: diorang straight) malah both juga pandai berfesyen mengikut musim.

nasrul; selalu desak orang panggil dia afiq. tapi nak buat camne 'nasrul' tu dah permenantly melekat pada dia. haha. thorax cavity pernah ditebuk kiri dan kanan. lepas ni kalau kena pneumothorax lagi tak tau nak tebuk mana lagi. dalam group, dia ni ibarat silent breaker and pak lawak. paling terasa time dia kat hospital hari tu. dah tak dengar suara2 pelik atau ajukan annoying lagi haha. (ulang suara: annoying. wakaka). quite boring jugak ar time tu haha. and one thing pasal nasrul, dia banyak rahsia. tapi bagusnya dia memang tak cerita rahsia kat orang melainkan specific individu. kepada atau dari siapa, itulah tanda soalnya. jeng3. ada certain tu saya tahu lah sebab saya kan stalker. HAHA. lagi, nasrul ni footballer, dan dia hard-die-fan of MU. *high five!*

jimmy, (nama sebenar: tirmizi). anak kedua daripada tiga tapi "bongsu". if you know what i mean hihi sebab dia sangat rapat dengan mak dia. juga sarawakian pure melanau based in mukah. jimmy ni universal orangnya except dalam sukan. hebat menari, sedap menyanyi dan berfesyen (zara oriented person; sangat). dalam group pun, dia digemari kebanyakan lecturer yang ajar kami. seorang yang outspoken and direct dalam berkata-kata. tapi kadang2 kata2 jimmy ni deep dan tersirat. kena digest betul2 baru faham. dan memandangkan jimmy ni suka fesyen dan be in front of camera, so dia ni ibarat model saya jugak la hehe. one more thing to say, jimmy ni rich kid, dapat hampir semua yang dia nak. kesenangan tu 'bahagian' dia if u know what i mean.

jadi itulah sedikit sebanyak mengenai groupmates saya. mungkin ia sekadar mengisi masa lapang, tapi instead of family or usrahmates saya memilih untuk bercerita pasal groupmate. special tak? kann hihihi. sebab saya rasa bertuah berada dalam group ni. malah bersama 8 orang ni lah kami berjuang dalam so-called jihad ilmu ni. jihad tu, puncak agama ibarat menara gading seorang muslim. walaupun kadang2 tu pernah jugak rasa benci or awkward dengan diorang, tapi most of the time saya suka. sayang pun sebagai kawan dan sahabat, not more than that la of course~

harapan? perlu ke? cehh sendiri tanya sendiri jawab. ok. buat masa ni saya cuma mengharap yang friendship kami ni bukan sekadar retorik. main priority; reda allah. berkawan pun jangan sampai mengabaikan peranan sebagai seorang muslim. inshaallah, terutamanya untuk diri.

moga allah permudahkan. moga allah reda.
group35! 6tahunbersama! :)

No comments:

Post a Comment