Wednesday, December 17, 2014

How about NO

Sebenarnya aku ni agak fobia untuk minta tolong orang. Sebab aku kalau apa-apa benda yg aku buat aku selalu go deep. So aku takut kecewa kalau orang taknak tolong ataupun buat tak ikhlas. Sebab tu dalam banyak2 benda yang aku buat/belajar, aku prefer buat/belajar sendiri je. Tak perlu fikir pasal orang, tak perlu fikir pasal perasaan diri.

Tapi sekali aku ringankan mulut untuk minta tolong, then you are something! haha...Betapa tinggi harapan dan kepercayaan yang aku letak untuk orang tu. Aku percaya dia takkan kecewakan aku. Aku mempertaruhkan fobia aku tu. Aku mengharap. Tapi bila segalanya tak seperti yang dirancang, hanya Allah je tahu perasaan aku waktu tu. Dan bukan nak tujukan pada sesiapa pun. Ya la kan setiap orang ada kebolehan dan kekurangan masing2, atau masalah yang dia sedang hadapi. Jadi dia memang tak dapat nak tolong. Tapi bila situasi di mana aku pertaruhkan rasa fobia ni untuk minta tolong then aku 'kalah' pertaruhan tu...........rasa.....ntah la hhahaha...sebab aku sendiri sanggup susah2kan diri untuk bantu orang. Malah abuya selalu pesan jangan perhambakan diri pada orang...........even kawan sendiri pun. Itu saya agak bangkang sebab pada saya apa gunanya kawan. Tiaada istilah memperhambakan diri buat kawan, tapi bekorban.

Tapi kalau orang tu, bila dia minta tolong kita, kita bantu....bukan saja semampu badan, malah korbankan masa lapang, duit dan tenaga semata-mata kerana kita percaya "ohh takpe lah mungkin lepas ni aku susah dia bantu" tapi dialah orang yang kecewakan aku...di saat aku memerlukan pertolongan di saat-saat ini...dan alasan yang dia beri sangatlah....hmmm...alasan sekadar untuk lepas diri.
.
.
.
Mungkin salah aku juga sebab terlalu mudah untuk "memperhambakan" diri buat orang. Sering sangat go deep dalam apa2 relation pun. Sensitif. Lepas ni, aku kena lebih heartless untuk cakap "NO"...ok? ok :)


No comments:

Post a Comment