Sejak akhir-akhir ni ramai plak yang tiba-tiba tegur/bagi nasihat pada aku. Tak tentu pasal nak kata aku ada fail or buat apa2 benda pelik takde. Ke ada? hhaha. Hmm bukan kata terasa atau marah bahkan rasa berterima kasih pada mereka semua. Semua teguran tu menunjukkan usaha diorang untuk membantu aku berubah lebih baik and that's what friends for kan. Serta tak kurang yang secara tak langsung nampak concern hehe. Semua ni tak lain adalah satu cara Allah tegur aku. Kadang2 tu mungkin kita tak sedar kan dan sebelum kita terlajak jauh Dia tegur.
Dan entah kenapa, dalam persahabatan aku lebih mementingkan bagaimana mereka menegur atau membetulkan kesalahan aku berbanding memuji. Even dalam benda2 seni pun kritikan dan komen tu lah yang banyak membantu aku untuk improve. Asyik puji je memang comfort zone la hasilnya takde inisiatif nak belajar lagi. Memang penangan teguran tu sangat hebat dalam memberi kehangatan dalam ukhuwah. Subhanallah.
Dan aku mengaku la aku silap. Kadang2 tu buat kerja persatuan sampai tak cukup tidur, malah sampai tak study. Rasanya selama 3 tahun kat sini sem ni lah yang paling banyak tak belajar medik2 ni. Padahal 3rd year orang kata tahun paling busy bagi medical student sebab final year utk pre-clinical kan. Tapi time momentum dan tenaga patut disalurkan ke akademik time ni lah nak buat benda lain. Kadang tu bukan sengaja tapi dah memang amanah kan. Tapi yang sorang sahabat kata, aku ni suka create kerja -,- no comment
btw inshaallah sekarang dalam fasa re-setting priority aku. :)
Hmm sebenarnya aku takut jugak. Orang kata kalau fasa menuntut ilmu pun boleh membantutkan kerja dakwah kita, apatah lagi fasa dah bekerja dan berumah tangga nanti. So time2 study ni lah nak kena latih diri kan. Tapi yang masalah aku sekarang takut tu dah ubah prioriti aku ke arah yang salah. Which is tak bagus sebab dakwah dan study tu adalah dua benda yang tak boleh dipisahkan. Pendek kata camne nak dakwah kalau study macam haram.
Ok fine, bercakap pasal dakwah. Satu lagi perkara yang ada tegur; jangan kecik hati kalau ikhwah2 tak ajak pergi program ke apa. Dah korang pergi senyap2, then yang bukan ikhwah pun tau tapi aku yang selalu bersama2 dengan korang ni tak tahu kenapa kan. So expect aku tak kisah? Ahh macam tak biasa je kan, i'm used to this feeling, getus hati aku. Ye lah sifat najwa' tu kan dari syaitan so aku tepis la awal2 supaya aku tak 'ditapis'. Tapi bagi orang yg dah masuk deep dalam usrah ni, sekurang2nya aku tahu kat mana kedudukan aku. :)
And alhamdulillah aku dpat tepis perasaan merajuk tu, sampaii la diorang sebut; uba terasa. -,- zzz
And alhamdulillah aku dpat tepis perasaan merajuk tu, sampaii la diorang sebut; uba terasa. -,- zzz
So tu je lah nak cakap. Memang itulah aku.
Lagi satu kenapa aku suka buat kerja banyak2, sebab masalah orang2 kat sini even ikhwah2 sekalipun diorang taknak 'bekerja'. So aku rasa semua2 benda terpikul pada aku sebab kalau aku mengharap atau merungut pun, eventually tak membawa ke apa2 pun. nothing. So better benda yg memang aku nak nampak dalam society ni aku buat sorang2 pun tak kisah. Cth cam bridging the community projek VolgoPeople tu khadafnya aku nak orang2 kat volgo ni kenal satu sama lain.
Orang kata;
if you want to go fast, go alone.
if you want to go far, go together.
if you want to go far, go together.
Pada aku memang betul tapi aku nak go fast and far at the same time! Memang nampak aku alone, nampak aku buat kerja sorang2, yang tu supaya aku buat kerja laju,,,tapi aku tak keseorangan sebab penguat aku adalah Allah. Dan daripada Dialah aku dapat bakat dan idea2 untuk buat semua ni. Biar lah orang kata apa pun, tamak ke, SS ke (syok sendiri), ntahapapanta lagi, so far class mark pun tak otlichna tapi sangat ok dengan situasi aku ni. Takde yang terabai sovsem pun so far. Entah la ni belum kira pasal travelog, bisnes and sukan yg tiba2 je join. 3 sukan plak tu buang tabiat ke apa. -,-
Kalau orang tanya banyaknya masa buat semua benda2 tu.
Jawapan aku satu je; keberkatan masa. :)
Lagi sekali, jazakallah khairan khateera buat sahabat2 yang menegur dan concern. Esp pasal tarbiyyah dzatiyyah tu. Hanya Allah yg mampu membalas jasa baik kalian. Betapa korang tak tahu betapa aku sangat berterima kasih.
Doakan.
Doakan.
No comments:
Post a Comment