Friday, June 30, 2017

Tahun 2016-2017

Tahun akademik 2016/17 merupakan tahun yang mencabar bagi aku setakat ini sepanjang berada di Volgograd, Russia. Berlaku penambahan komitmen, kehilangan & harapan yang semakin menggunung.

1.
KEHILANGAN
Individu-individu yang telah menjadi sumber rujukan & curhat selama 4 tahun sudah tiada. Walaupun teknologi ada untuk menghubungkan, namun 'gist' dia tak sama. Adakalanya saya rasa keseorangan, namun alhamdulillah kehadiran sahabat-sahabat yang sama matlamat, banyak membantu.
"Siapkanlah dirimu untuk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang tak lama lagi." Hasan Al Banna
Walaupun sudah sedia maklum kepulangan senior-senior rujukan pun, tetap tak bersedia.

2.
ROMBAKAN
Tak sewena-wena group kami dibubar & diserapkan ke dalam group-group yang lain. Entah kenapa Allah sering menguji group ini. Group paling kurang cuti sabtu, kelas ruski sokmo hari sabtu, paling banyak dapat cikgu hardcore, paling tak best jadual. Haha. Tapi ujian kan tanda sayang, barangkali Allah hanya ingin kami susah agar sentiasa ingat & berdoa padaNya. :)

Memang rasa sangat sedih, down & tak suka.

Namun, pasti ada hikmahnya. Saya dimasukkan ke group all-boys. Mula-mula memang agak mencabar kerana perbezaan suasana belajar haha. Tapi dalam masa yang sama, benda paling bersyukur adalah ketiadaan ajnabi. Rasa hati, mata & ikhtilat lebih terjaga.

Takde dah borak-borak kosong dengan perempuan, takde dah makan-makan (kalau ada pun sangat occasional) bersama perempuan, takde dah alasan nak 'ber-family-till-jannah' dengan wanita muhrim. Tapi saya masih menghargai & sayang group lama. Cuma sudah selesa dengan group baru ini. *peace*

Saya percaya, Allah bantu aku untuk menjaga hati & nafsu. Justru, menyucikan hati.


3.
EXTRA HOLIDAYS & ATRABOT
Terpaksa pulang ke Malaysia untuk 2 bulan, banyak lah collateral damage yang berlaku. Dua kali beli tiket flight (kachingg$$), kelas-kelas yang tertinggal yang perlu diganti (atrabot) iaitu 3 cycle untuk kelas 6 minggu, & pogram-pogram yang terlepas datang.

Yang paling stress adalah perasaan di mana kita tahu teman-teman sedang bermujahadah & bersusah payah tapi kita hanya duduk rumah goyang kaki. Kalau boleh nak lah susah bersama & senang pun. Fizikal rehat, tapi minda tak tenang. Depress ohh...

Semua ini berlaku pun berbalik kepada kebodohan saya sendiri. Jadi hanya Allah tahu betapa dalam aku telah koreksi diri. Bahkan fikiran-fikiran (overthinking) yang bila ingat balik, rasa malu pada diri sendiri. Malu pada Allah.

Moga Allah ampuni diri ini..



Sebenarnya banyak juga hikmah yang Allah beri disebalik musibah ini. Alhamdulillah. Dapatan daripada pertemuan beberapa ikhwah sepanjang cuti extra, itulah yang dipegang sebagai panduan untuk saya mengemudi tugasan yang diterima selepas itu.

4.
AZAM & PC
Kuli untuk dua buah organisasi. Satu misinya adalah risalah yang ditolak gunung ganang. Satu lagi yang melibatkan pelbagai pihak dari pelbagai negara.
Alhamdulillah banyak dibantu oleh pembantu & rakan-rakan aktivis yang sangat komited. MashaAllah.

5.
USRAH
Perjalanan tarbiyyah aku sangat lambat, maka setelah lama ditarbiyyah. Banyak sangat jahiliyyah huhu. Tahun ini barulah diberi kepercayaan bahkan keyakinan itu muncul untuk membawa usrah. Bukan ingin dibanggakan apabila membawa usrah, apatah lagi menjadi murobbi. Teaching is not my forte. Hatta saya lah sebenarnya paling banyak belajar bila menjadi murobbi usrah. Bukan mudah untuk seseorang yang tak pernah dapat didikan agama asas secara khusus. Tak lebih daripada silibus KPM & ujian PAFA saja.

Saya sedang bertatih.

Cabaran juga apabila usrah untuk aku meningkatkan hamasah & ukhuwah terpaksa dibuat online sahaja atas faktor jarak.


Terima kasih sudi menerima diri ini. Melihat keingingan mereka ditabiyyah, itulah driving force untuk aku meneruskan apa yang telah dimulakan ini. Allah musta'an.

6.
HATI
Biasa lah titik yang paling lemah itulah yang akan diuji selalu. Cuma kali ini lain sikit. Dan tergamak pula aku untuk melayan perasaan-perasaan itu? Seorang aktivis dakwah perlu ummatik. Kudrat & irodat yang ada perlu digunakan untuk mempertajamkan hikmah & fikrah. Bukan memikirkan soal hati.

Teman meroyan malam-malam exam :)


Alhamdulillah sudah sampai ke penghujung tahun akademik 2016/17. Satu perkara paling aku belajar--

kita merancang, Allah merancang. Allah adalah sebaik-baik Perancang.


Tuesday, June 13, 2017

RAMAI MAHU JADI MUAWIYYAH, TAK RAMAI MAHU JADI 'YADAYADA'

Ketika hijrahnya Sang Rasul bersama para Muhajirin ke Madinah, diceritakan 8000 orang Ansar menunggu untuk menyambut ketibaan baginda SAW. Lalu terciptalah sejarah yang mengubah dunia. Ukhuwah Muhajirin-Ansar inilah yang menjadi tapak asas kepada pembentukan kerajaan Madinah, kemudian tamadun yang telah menghancurkan sistem yang rosak lagi merosakkan & telah memimpin umat manusia ke arah pembaikan. Justru mengubah landskap ketamadunan manusia menjadi lebih baik. Islam telah menyelamatkan umat manusia.

Pernah tak kita terfikir kerja siapa tu?

Dalam konteks penulisan kali ini, soalan saya merujuk kepada 8000 kaum ansor itu? Siapakah yang menjadi tonggak kepada pentakwinan (pembentukan) itu yang hanya mengambil masa kurang satu tahun? Siapakah murobbi agung itu yang dikhabarkan mengetuk setiap pintu rumah untuk mengajarkan islam?

Ya, dia...

Jujur, saya terinspirasi dengan beliau melebihi para sahabat yang lain.

Sebelum islam, dialah..
paling kaya, paling tampan, paling bergaya, paling harum, paling dimanjakan ibu, paling digilai di Mekah.
Dia memiliki dunia! Hidup bak sang putera raja!
Lalu selepas islam beliau menjual semuanya untuk membeli akhirat.
Syahid di medan Uhud.
Hingga hanya rumput digunakan untuk menutup kakinya, kerana hartanya yang berbaki tidak mampu menampung sehelai kain kafan yang cukup.

Otak pecah *mind blown*

Daripada 'everything' kepada 'nothing'...kata Sang Rasul;
"...ia tinggalkan semua itu demi menggapai ridha Allah dan menolong RasulNya" 
Yang lebih tak terima dek akal, namanya kurang diceritakan oleh mana-mana asatizah hari ini. Sedangkan kerjanya mengakar ke bawah. Posisinya merupakan tulang belakang yang menampung daya & susunan strategi dakwah Sang Rasul utusan Allah. Walau tak terlihat namun itulah batu asas kepada sebuah tamadun penyelamat itu.

Itulah tugas seorang murobbi.

Moga satu hari nanti aku dapat bertemu dengan sahabat Sang Rasul ini. Sungguh, aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu menceritakan kisahnya dengan baik. Cukup aku katakan ini-- kisahnya telah menjadi 'turning point' untuk diri ini. Kisahnya sering menjadi 'hiburan' tika diri ini kecewa & 'pembakar semangat' tika diri ini melemah.

Frasa yang sering disebut-sebut ikhwah,
'Ramai ingin menjadi Muawiyyah, tak ramai mahu jadi ___'

Paling penting, beliau seorang PEMUDA.

Siapakah yadayada ini? Cuba teka.

Monday, June 12, 2017

SINDROM MERASA BERJASA

Di jalan yang panjang dan berliku ini seringkali kita diperingat untuk mentajdid niat, mennyental sisa karat jahiliyyah, mencuba sehabis mampu, meningkatkan tadhiyyah (pengorbanan), menghangatkan ukhuwah sesama aktivis dakwah, dan macam-macam lagi. Setelah itu semua, kita yakin bahawa Allah bersama & membantu setiap usaha dakwah kita.

Namun, sesekali tetap terjatuh ke jurang kebinasaan. Satu contoh-- Sindrom merasa berjasa. Dalam istilah psikiatri-- grandiose delusions.

"Kalau aku takde, maka tak jalan la dakwah kat tempat ni."
"Aku lah yang membuatkan dia tsabat & qawiy"
"Kalau bukan aku, siapa lagi yang mampu melaksanakan tugasan ini?"
"Tu aku buat. Ni aku buat. Pogram tu aku bantu. Kerja ni aku habiskan."

Sindrom berbangga memiliki jasa kepada dakwah. Sindrom rasa sudah banyak bekorban untuk dakwah. Sindrom 'terlupa' bahwa keberhasilan & mandiri dakwah ini takkan terjadi kalau bukan sebab hidayah & izin Allah swt semata-mata.

Dan sejarah tidak menafikan kewujudan sindrom ini. Ketika Arab Badwi datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyatakan budi keislaman mereka, lalu Allah menurunkan firmanNya;
“Mereka merasa telah berjasa kepadamu dengan keIslaman mereka. Katakanlah, “Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keIslamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang jujur.” ( Al-Hujurat: 17)

Dalam tafsir fi zilal Quran, Syed Qutub menerangkan dengan panjang lebar untuk ayat ini. Tentang hakikat iman & islam. Point Syed Qutub hanya satu, sebenarnya merekalah yang patut rasa terhutang budi. 

Kepada siapa? Kepada Allah.

Dakwah tak memerlukan kita, tetapi kitalah yang memerlukan dakwah.

Wahai ikhwah,
jangan kau merasa bangga. Jangan-jangan kau hanya tersalah bangga. Merasa telah berjuang menghadapi ujian yang berat, padahal belum datang cubaan sebagaimana orang-orang terdahulu.
Berhati-hatilah dengan sindrom ini!

*Nasihat yang tepat buat diri sendiri*

Akan tetapi syaitan itu sangat licik,
Firman Allah yang bermaksud : “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." (Al-Hijr : 39-40) 
Firman Allah yang bermaksud : “Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (Shaad : 82-83)
Lebih bahaya lagi, virus ini memberi ruang kepada syaitan untuk mencucuk-cucuk. Hingga wujud sifat 'najwa'. Hingga menhitung-hitung. Hingga menimbulkan kekecewaan.

Janganlah merasakan diri sudah berjasa & banyak bekorban. Program banyak-banyak tu bukan tanda kita banyak amal. Tapi maksudnya kita bergerak untuk beramal. Allah saja yang berhak membalas setiap amal kita.
Jangan lupa untuk sentiasa berdoa & ikhlaskan hati.

Teruskan bergerak & tsabat di jalan ini!



Selamat berjuang!

Tuesday, June 6, 2017

KAMU

Buat akhi ukhti fillah (apatah lagi diri ini) pasti biasa ataupun pernah sekali berlaku sepanjang menjadi bahagian dalam tugas menyebarkan risalah suci Islam ini. At times terdetik atau diselubungi sebuah perasaan cemburu, ketidaklayakan, dan membuat lemah.
Melihat diri sendiri menghabiskan kudrat tenaga, fikiran, masa bahkan duit untuk memastikan putaran DnT ini--

Pedih-pedih menolak segala godaan nafsu, bahkan teman-teman yang lain untuk bersama, semata-mata demi menuntut tuntutan dakwah. Beban-beban kerja yang tidak selari dengan istirehat yang ada. Dengan air mata dan hembusan lelah untuk menyental karat-karat jahiliyyah dalam diri. Bahkan produktiviti diri perlu dibagi-bagi untuk orang lain yang selalunya tidak pernah kisah.
Semua dilakukan dengan harapan semua jiwa mendapat sentuhan Islam & iman.

TAPI

tup tup..terdetus dalam hati,
"dia tu rilekss ja.."
cemburu.

bukan,bukan. Bukan melihat kesenangan orang itu membuat rasa cemburu. Tapi cemburu melihat mereka yang tidak perlu bersusah payah seperti para ikhwan. Namun, bacaan tajwid mereka lancar, ilmu fiqh mereka mantap, persekitaran mereka dipenuhi orang-orang alim bahkan mereka sangat baik dan sopan tutur kata.
Membandingkan-- ibadah, ilmu fiqh, penampilan, persekitaran, kewangan, keluarga, kepetahan dan macam-macam lagi sebenarnya dia yang lebih baik. Dia lebih layak memikul tugasan ini. Bahkan 'terlihat' oleh kita bahwa dia ini lebih pantas ke syurga berbanding kita??

Hanya diri sendiri & Tuhan saja tahu betapa hina, lemah dan kurangnya diri sendiri.

Lalu kita bermonolog,
" mengapa kita yang dipilih? "
.
.
"Adakah Tuhan silap memilih?"

Semestinya TIDAK ( tanpa keraguan.) bukan?
.
.
.
Simply kerana Dia memilih...

...KAMU.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (QS. Fushshilat: 33)
*Perkataan terbaik itu menurut Al Hasan Al Bashri adalah para duat

Can't you feel it?

Monday, May 29, 2017

TERUS BERJUANG

"Uba nak tahu satu benda tak?" sambil dia mendekatkan mukanya ke telinga saya, lantas berbisik, "Saya ni hanya lalang je uba..."

Apakah yang sedang bermain di fikiranmu, wahai akhi akhuhum fillah?

Seorang yang ditarbiyah tidak seharusnya melabelkan dirinya serendah rumput lalang-- yang ditiup angin sudah goyang. Apatah lagi dipukul ribut- pasti tumbang.  Mengalah tanpa melawan. Dipijak-pijak namun tidak ada daya atau usaha pun untuk bangkit melawan.
Bagaimana mahu menagkis virus-virus penyakit hati apalagi musuh-musuh yang bertakhta dan anasir-anasir syaitan yang bermaharajalela?
Islam hari ini dihina bagai ia sebuah bahagian daripada norma hidup masyarakat, bahkan muslim dibunuh hanya untuk menambahkan angka statistik di dada akhbar. Anak-anak kecil hilang tempat berteduh, diambil segalanya...

ahh...!

Serendah itu kamu meletakkan posisi diri kamu? Apakah ini yang dimaksudkan Seikh Muhammad Ar-Rasyid-- singa yang dijinakkan menjadi anak kijang?

Lalang? Imperata cylindrica (google japp) ini?
Yang dipijak-pijak itu? Yang dicantass digondol diracun dihapus dengan 1001 cara? Yang....sering menjadi watak hitam dalam peribahasa-peribahasa melayu?

Akhi, mengapa bukan sebuah pohon yang rimbun & berbuah ranum?!

NAMUN...

Akhi,
adakah ini yang kau maksudkan--
TERUS BERJUANG WALAU TERBUANG?

Terus berjuang....ya, aku juga ingin menjadi seperti lalang....aku juga ingin menjadi sepertimu. Eh. Tidak, tidak, aku tidak salah menulis. Katamu telah membuat aku merenung lalang. Cubalah lihat pada sifat lalang. Lalang ada dimana-mana. Pelbagai metodologi & usaha dilakukan untuk menamatkan riwayat Sang Lalang ini namun ia tetap mandiri di mana-mana saja. Cara ke 1001 dicuba, maka lalang tampil dengan cara ke 1002 untuk terus MEMBUMI, bahkan lama-lama ia MELANGIT.
Alangkah kuatnya jati diri Sang Lalang.

Andai Sang Lalang mampu berkata-kata, pasti ia akan mengajarkan kepada kita tentang prinsip PERJUANGAN, ' walau terbuang teruskan berjuang !'. Hadirnya di mana-mana sahaja, tidak jemu mendekati masyarakat dalam apa keadaan dia sekalipun-- persis seorang jundi islam yang menyeru kepada al-haq. Kerana janji Allah itu, islam pasti menang satu hari nanti!

Adakah ini yang kau maksudkan, akhi?

'akhi hal turoka saintal kifa?'

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi  jika kamu orang-orang yang beriman. Al-Imran: 139
Dakwah akan terus berjalan..
bersamamu atau tanpamu..
Dakwah tak memerlukan kamu, tapi kamulah yang memerlukan dakwah,
Namun ingatlah ummah memerlukan kamu.

Sebagaimana pakcik mashrut tak kisah kau nak naik ke tak, macam tu lah dakwah. Kerana next 'astanovka' dia tetap akan dapat juga seseorang yang akan memenuhi 'mesta'.

Akhi,
jangan jemu untuk berjuang!
Moga kita tak kalah dengan Sang Lalang.

Friday, May 12, 2017

SEPERTI PELANGI SEUSAI HUJAN

Saya tertarik dengan satu jawapan oleh soalan feedback ini.

"Dengan ayat sendiri, definisikan 'ahli AZAM' "
" one family "

:)

Dah berhari-hari saya mencari masa untuk menulis tentang mereka tapi ada satu perasaan yang menghalang kegatalan tangan ini untuk menari-nari ecece. Rasa diri ini terlalu kotor untuk menulis tentang mereka, tentang ukhuwah yang terbina dengan mehnah & cabaran ini. Ukhuwah yang tak didasari oleh keakuan, ke-engkau-an, tapi tentang kekitaan bahkan lebih dari itu. Ukhuwah fillah & ummatik. Tapi andai kata nak sucikan hati betul-betul baru berbicara tentang mereka, layakkah usaha yang aku curahkan selama ini untuk mendapat pengampunan? Sudah maksimalkah?

Astagha Ubadah Zabidi, bukankah Allah itu Al-Ghaffar, Al-Ghaffur, Al-Afuww & At-Tawwab?
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُKatakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53)
Teman... 
hayati setiap bait-bait ayat tersebut satu persatu. Tidakkah ia menggugah emosi, meleraikan keresahan & menusuk kalbu anda?
:')
Di sebalik dosa & noda yang melampaui batas itu, Allah dengan rahmatNya masih memanggil 'hamba-hambaKu' . Bukankah hamba itu di sisi Allah satu gelaran takhta yang tinggi?
Ah, keCINTAan apakah ini??

*fuhh*

Berbalik mengenai mereka. Tampak bahawa kita dikelompokkan kepada aktivis & budak usrah. Namun di manakah titik persamaan yang menyatukan kita semua?
Mungkin ada orang akan kata budak-budak usrah / orang AZAM ni fake, hipokrit bahkan yang perli kata malaikat / jalan tak jejak tanah. Namun kerana kita jahatlah kita berusrah. Kita berusrah adalah pada inti pati untuk memperbaiki diri menjadi muslim yang lebih baik.
Kita beramal dengan Maratib Amal yang pertama iaitu menjadi individu muslim yang ummatik.

Ya, itulah titik persamaan kita !

Teman...
Kau orang adalah jiwa-jiwa yang sudi untuk ditarbiyyah.
Kau orang adalah jiwa-jiwa yang berusaha ditarbiyyah untuk memperhalusi islam.
Kau orang adalah jiwa-jiwa yang merelakan masa peribadi untuk berkontribusi untuk masyarakat & ummah.

Itulah titik persamaan hari biru itu.

Teman...
Yang tidak berusrah, yang tidak bersama kita pada hari tersebut, yang tidak dita'lim bersama kita. Boleh saja bahkan lebih tinggi keimanan dan darjatnya di sisi Allah. Lebih buat dakwah daripada semua kita yang dikumpulkan sekaligus pada hari itu.

Maka, mari sama-sama tingkatkan usaha. Kita raih redha & CINTA-Nya!
Menjadi yang terbaik. Memperhambakan diri kepadaNya.
Allah takkan pernah bosan, melain kita yang bosan (maksud hadis)

Teman...
Saya mohon...
kalau nanti di akhirat, kau orang tidak temukan saya di syurga, tanyakan Allah tentangku.
Tunjukkan gambar ini...saya yang duduk , kanan, paling terkehadapan!
Kharasho?


Jazakumullah khaeran khateera!

* * *

Baru-baru ini juga, Allah tunjukkan saya satu perkara. Entah kenapa saya rasa amat terluka. Tapi itulah kelemahan saya. Mohon Allah jauhkan saya daripada perkara yang tidak baik untuk agama, kehidupan & pengakhiranku.

Friday, May 5, 2017

DEKAT

Ukhuwah itu ironinya bukan pada berapa kerap kita bertemu, kelantangan gelak tawa, atau kekerapan bersama dalam riang dan girang. Ukhuwah itu bukan tentang aku, kau, kita semata-mata bahkan jauh lebih besar. Ukhuwah intipatinya adalah islam.

Rumit sungguh yang disebut ukhuwah itu.

Kamu & dia bisa berlaga pendapat setiap hari. Kamu & dia bisa bertemu hanya setahun sekali. Kamu & dia bisa tidak mesra persis orang lain bersama partner-in-crime mereka. Ajaibnya kamu & dia diikat dengan tali yang paling kukuh.

Ukhuwah itu tak terbina dengan potluck, chaihana, piknik, atau parti.
Tapi dengan air mata, titisan peluh & hembusan penat lelah. Bahkan, darah.
...

Ajaib, ukhuwah juga boleh merentasi zaman.
Walau jarak berpuluh dekad, tapi terasa dekat.
...

just. wow.
mindblowing

Wednesday, April 26, 2017

WHERE IT ALL STARTED

I don't know who is this but has someone told you- don't ask an OP about his experience in RMC he can give a full-night-chat with you. Mat-claim-mood ( bajet2) to the max hahha XD We have something which when budak2 SBP cerita pasal their junior life, we were like- duhhh, tu jee. haha. Lets have a coffee talk somewhere :) should we? coz obviously you are an akhi? or...hm

This is an honorable yet emotional question for any OP, please don't ask. huu. but i'm gonna tell you anyway. ahha.

Why RMC ?

I used to tell people i entered RMC because of my father. It was a micro-reason actually, but still big one lah. And it was 1-sec answer to end the Q&A. No one wants to listen to ur story unless u are millionare or dying. The reason i gambled to enter RMC was......i wanted to become SOMEONE. I wanted to change my life!
Back then my friends discouraged me. Someone who i used to call best friend laughed at me when i told him i wanted to enter RMC & I still remember he said, "kau ni jentik pun dah melayang" during our way to canteen. My class teacher once told my father, boleh ke Ubadah ni masuk RMC? Sya rasa dia tak mampu..
i wasn't a bright student except in academic. I was the boy people said its kiamat if he's saying something harsh. I was the boy who was mocked by girls of his batch even outside school. I was the boy who was helpless when insulted by juniors. I was the boy who was rejected by his crush in front of his classmates like he was a trash XD huuhu

I wanted to change my life!!

Know what, my idol was Salahuddin Ayubi. I wanted to become as great as Salahuddin Ayubi. I read abt him (it was first novel i read) & i see my life was far behind compared to him.

So there I put myself- into RMC. Home of Future Leaders. Where boys turn into men. It's what people said. I had no idea whats it is like inside RMC. All i know was the 2 years journey will change the rest of my life. There will no turning back. No U-turn.
Yeah, i had lot of breakdowns back then in RMC. Fews are still fresh & emotional to recall. Those moments i prayed for strength, through weakness i learnt we need God. The moment i almost give up...


To enter RMC you have to go thru a 1-week-interview. I ran everyday befroe the interview to make sure i'm fit enough XD There are few criterias tested- medical check up, IQ, leadership, physical test & interview by officers. Each day there was elimination stage. Alhamdulillah i passed the interview. Then the praying drama started. I prayed so much to enter RMC. I didn't deserved, i wasn't lucky, BUT i prayedd & worked hard.. only Allah knows :) alhamdulillah..

Alhamdulillah 23.01.2009 where it all began. I was put into Foxtrot Company. We were initially 32 people. Throughout 2 years only 27 of my squad made till POP. My batchmate also were 260+ in the beginning, then throughout the first 7 months +-50 boys quitted, equivalent to 20% reduction.
I need to tell abt the survival rate because in RMC the purpose of ragging & drill according to my senior, are to BUILD A MAN & eliminate those who are unfit mentally. I'm proud to say that i survived. The proud is the driving force for any OP to face all forthcoming in life. I'm just straight to the point. The seniors everytime right after they ragged & drilled us, they will do compensation or we called it brainwashing. They will bagi ceramah & always said that when the going get tough, the tough get going. Exactly

434418 PK Mohammad Ubadah

In RMC we were called Buday Boy. There are only two type of RMC Boys- Newboy (junior) & Senior Putera (SP). Eventho we are only 1 year apart, newboys have to call SP as Sir. Its master-servant relation. Newboys have to respect & obey SP so much, otherwise you will be 'targetted' till you quit. Until my batch, SP have autorithy on their Newboys on how they gonna 'build' and train them using their tradition. Now i heard Newboy & SP are seperated which bring a big BIG changes to the traditions. Really?? Who would tell the Newboys- tiada yang tak boleh!

This is my squad- Royal Fox. :) We are still keeping in touch. Some are married.
Sentiasa Berusaha is F-coy motto. I still & will continue to uphold this principle till the end.

I got my second name on first day tho- Tikus. Then a kind-hearted yet influenceful senior, convinced his squad to call me Mice instead bcoz mice sounds nicer. Don't ask why tikus, it is obviously. XD And thats the reason why i'm somehow so obsessed with mouse. hehhe

<:3  )~~

The Newboy year was really tough esp the first 6 months. I'm not sure hows the remaining 6 months but i'm sure everyone got tough dy. It was just get easier. Newboy year is the phase where we the bloodbrother-bonding built and uphold the Newboy principle, "Takde yang tak boleh". Newboys never walk, Newboys run- said seniors. During this year, you will be treated like a servant. You are the washing machine, you are the mesin urut, you are the postmen, you are the typewriter, and the list goes on, which some names are worse than that i can't mention it here. And favor the military-style principle, the motto One for All, All for One. If something happens to your squad, you will be taken charge too. You will be punished for others' fault. Altogether. But this is how the seniors taught the meaning of brotherhood, go correct your friend & help them if they aren't capable. We live for each other. We are ONE.

Tiada yang tak boleh! esp when you have a team

During the Newboy year, your mental strength will be tested. Your physical strength will be strengthened. What doesn't kill you makes you stronger. This is how RMC traditions work. Budak Boy don't bully, instead, we build men. Bully is soo bad, please don't bully. And don't confuse ragging with bully. Budak Boy ragging. Even somehow the raggings are too much (and i strongly disagree)...to name a few yang pelik2 such as hammerlight, komando rest & others. But the raggings are mostly constructive. Military style.
No ragging, no RMC la.

Foxtrot Compeny in 2009. My senior squad was FoxCrew, they were 21 person.

Still a lot to share but i need to stop now, tomorrow got Vasili class oh. Maybe i spare those for next writing & sharing but let see how. Hopefully i will get the mood to recall the memory again. Thanks for asking somehow its good to write and remember old memories. :') it's nostalgic yet emotional to reminisce.

Serve to Lead.

In order to lead, you have to serve.
#sentiasaberusaha

*sorry for all the boastings...i should compensate it with something hha

Sunday, April 16, 2017

SHINGEKU NO KYOJIN

Baca manga/ anime ni banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Tapi adakah kita betul2 mempraktikkannya atau sekadar baca suka2?

Cth dalam anime Shingeku no kyojin..baru tengok sambungan dia hehe...Letakkan diri di hadapan kemanusiaan. Meski terpaksa mengorbankan diri & impian. Bukankah itu inspirasi?


Dalam realiti, ada juga kemanusiaan..
Di syria kanak-kanak dibunuh tanpa ada reaksi dunia
Di rohingya bangsanya dihalau, atau dihapus
Di somalia kebuluran & penyakit yang menunggu ajal
Bahkan di tempat kita sendiri, homeless, underpriviledged students, orang miskin, mangsa banjir,etc...

Kalau tak mampu mulakan, join la platform-platform lain azam, bpln, msa, perantau cakna, small changes, kalsom movement, ikram (mycare, islamic relief), rohingya center, projek iqra etc etc

Tak rugi pun join, personally sya rasa bila jumpa aktivis2 lain, kita akan rasa selama ni kita tak buat apa2 pun...

Tak perlu jadi Survey Corp pun,,jadilah muslim yang bermanfaat


Kalau kita baca suka2, then rugi lah

Rugi.