Monday, December 30, 2013

mohon doa kalian.

assalamualaikum warahmatullah

dalam kurang 24 jam, berlaku dua letupan di tempat saya menuntut ilmu ni, yang ke 3 sejak dua bulan lepas. semalam 17 mati, hari ni 10 mati. siapa yang buat? islamist. wallahualam. moga kami ni dijauhkan dari fitnah. allahu. tujuan? masih menjadi tanda tanya. apapun motif mereka, saya malah semua pelajar malaysia menentang perbuatan tersebut! yang terbaru tu, dalam trolleybus yang memang tiap2 hari saya naik jadi ada rasa goosebump di situ huhu. 

terasa menjunam semangat, down,,lemah lutut,, takut. bukan takut jadi mangsa, tapi lebih takut dengan kesan daripada insiden ini. seolah2 mesej yang ingin disampaikan adalah, pengganas ada di mana2! mesti la orang panic kan. agak2 lepas ni macam mana lah layanan dan renungan mereka kepada kita, terutamanya muslimah yang bertudung. kesian mereka. dan kalau selama ni baca berita tentang perang, agak2 perasaan takut ni berapa peratus la ye. 5% je kot huhu. entah2 keluarga dan parents di malaysia lebih risau dan takut akan keadaan anak mereka di sini. no worries~ be happy~! :)

alhamdulillah tiada pelajar malaysia yang terlibat. dan inshaallah takde amenn.
moga allah jauhkan kami dari fitnah dan malapetaka.
hasbunallah wani' mal wakil.
Dia lah Al-Wakil sebaik2 tempat bergantung.

anyway, saya bersimpati dengan orang2 yang menjadi mangsa.
kalau di boston dulu 3 mati je satu dunia sokong cakap "boston strong"
then tak salah kalau kat volgo ni yang lebih 20 mati saya cakap,,
"volgograd strong!!"

bismillahitawakkal tu alallah.
mohon doa semua. :)
1037H 301213

Tuesday, December 24, 2013

abu ubaidah al-jarrah.

assalamualaikum warahmatullah

tahun lepas saya ada bangkitkan satu persoalan, tentang seorang sahabat rasulullah saw yang dikenali sbgai seorang yang pemalu tapi panglima perang yg hebat. malah dia dipilih rasulullah saw untuk menyelesaikn masalah satu kabilah menyingkir umar alkhattab yg pada waktu tersebut mendongak2 kepla supaya dipilih baginda. kerana yg diminta kabilah itu adlh org yg paling dipercayai dari klgn para sahabat, maka baginda memilih abu ubaidah aljarrah. dalam kisah yg lain umar al-khattab memilih abu ubaidah instead of others sebagai aset yang dia inginkan utk manfaat islam. dan kalau beliau masih hidup waktu itu, umar al-khattab memang berhasrat melantik abu ubaidah menjadi khilafah selepas beliau.

nabi saw kata, setiap umat ada pemegang amanah, dan pemegang amanah umat baginda adalah abu ubaidah aljarrah. dan cukuplah kot andai kata saya cakap, gelarannya adalah amirul umara; pemimpin pemimpin-pemimpin. lebih hebat, beliau termasuk 10 orang yang dijanjikan syurga. mashaallah.

bukanlah di sini saya nak mengagungkan abu ubaidah al-jarrah. tapi sekadar ingin menceritakan kehebatan beliau hingga rasulullah saw sendiri kata dalam satu hadis, abu ubaidah adalah antara 2 sahabat yang paling baginda cintai. beliau ni memang terkenal dengan sifat amanah, pemalu dan panakluk parsi dan masjidil aqsa. supaya kita sendiri pun mendapat sentuhan tarbiyyah beliau ni. inshaallah.

*********************************************************************

dan satu kisah yang ingin dikongsi, bila abu ubaidah sbgai panglima perang memimpin tentera islam menawan semula masjidil aqsa, beliau dilantik umar alkhattab menjadi gabenor al aqsa. tapi selepas tu penyakit taun menyerang kota suci tersebut dan umar alkhattab memanggil abu ubaidah pulang. petikan dalam surat umar;

"andai kata surat ini sampai waktu siang, maka kau pulanglah sebelum malam. tapi andai kata surat ini tiba waktu malam, kau pulanglah sebelum pagi."

dan balas abu ubaidah aljarrah, beliau tak sanggup membiarkan rakyat dan tentera2 islam di situ sedangkan dia pulang, dan hanya menerima apa2 ketentuan allah kelak. membaca surat abu ubaidah, umar alkhattab menangis sehingga sahabat2 yg lain ingat abu ubaidah dah mati.

*******************************************************************

kita tahu, umar tu tegas dan berjiwa kental. tapi setegas2 umar boleh menangis hanya kerana sahabatnya enggan pulang. beliau risau andai apa2 terjadi pada sahabatnya, itulah mesej yang ingin saya tekankan di sini, tentang ukhuwah (baca: persahabatan).

kadang2 kita sendiri mudah mengungkapkan ukhuwah. tapi sejauh mana level ukhuwah kita? kata murobbi saya, ukhuwah tu hanya terbukti dengan air mata dan darah. sebelum ada air mata atau darah yang menitis untuk atau bersama sahabat kita, maka ukhuwah kita hanya retorik; perkataan semata2. tapi tak bermaksud ukhuwah tu tak wujud, sama ada ia masih lemah atau belum terbukti lagi. dan banyak lagi kisah tentang ikatan ukhuwah dalam sirah, mereka bukan saja berukhuwah di dunia tapi mengharapkan lagi di akhirat kelak.

nak berbicara tentang ukhuwah, tidaklah semudah yang dilafazkan. dengan air mata dan darah sbgai bukti. tapi takyah cakap pasal dugaan berat tu lah,, sebab actually dengan perkara yang remeh pun boleh menduga. soal menjaga hati dan sensitiviti misalnya kadang2 kita sendiri terasa andai kata sahabat kita pergi ke sesuatu tempat bersama orang lain tapi tak ajak kita, terlupa ke, tak mendapat perhatian atau rezeki/ilmu yang didapat tidak dikongsi. semudah itu. jadi dalam ukhuwah memang banyak dugaan walau pada benda remeh. so biasalah tu kalau terasa hati hihi sebab kita selalu mengharap lebih dari mereka, so rendahkan sikit pengharapan tu.

nak selitkan di sini, ukhuwah tu mesti disandarkan kerana allah. dan tak semestinya berukhuwah tu perlu sentiasa bersama. kadang2 yang terpisah beribu batu pun ukhuwah masih utuh. dan saya sendiri pun tak mau sempitkan zone ukhuwah tu untuk dakwah, sebab ada certain orang ni,,pada dia ukhuwah tu hanya dalam dakwah,,di luar dakwah adalah kawan. erk. ok, cukuplah setakat ni. sebelum publish nak share satu ayat;
Pada hari itu (hari kiamat), sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)

Surah Az-Zukhruf ayat 67

Monday, December 23, 2013

random 241213


"aku dah ada orang menunggu la"
"dah tu announce je lah, jangan bagi harapan pada orang"
"bagi harapan? pada siapa?"
"...."

bagi harapan? pada siapa?

dan sejak tu, persoalan tu memang betul2 melekat dalam kepala saya. saya tak kisah ada sape2 nak mengharap pada saya, ia diluar kuasa saya, tapi risikonya anda tanggung sendiri. yang menjadi rungsingnya, pada siapa saya bagi harapan? sedangkan selama ni, saya akan cuba elak melayan, kecuali kalau mereka ada dalam friend zone. kalau yang berada di luar friend zone tu, cukuplah hanya dengan kenal muka and nama. hmm,,

menjadi orang yang pesimis, dengan hati yang sensitif, memang benda ni ujian yang berat pada saya walaupun pada anda, ia hanya tiada apa atau benda remeh je. terasa hati? iri hati? empati? simpati? hmm memang banyak yang saya rasai, jadi jauh sekali untuk saya menghancurkan harapan orang. tapi ujian perasaan semua tu apalah sangat nak dibandingkan dengan orang lain. saudara2 kita di syria, gaza mesir tu,, or sahabat2 yg berdakwah semua tu,,,ugh stop it,, stop comparing i hate it.

announce?
memang awal2 lagi nak buat, tapi macam dah lewat sangat, tetiba orang kata apa lah plak nanti. eh bukan pikir apa orang kata, tapi kita hidup dalam komuniti so kena la consider pasal orang lain jugak. dan kalau hanya saya je nak announce, sebelah pihak lagi taknak,, memang takleh buat apa,,tapi kesannya bukan pada saya, tapi orang lain...

ataupun selama ni, bukan saya yang memberi harapan, tapi orang2 sekeliling.

fuhhh,,astagfirullah...cukup2! 
.
.
.
terasa banyak lagi nak menulis, melontarkan rasa,,ecece..tapi Ana bt Tomy dah memanggil2 untuk dibelai. tinggal lagi dua kelas, then exam. huhu moga allah permudahkan. dlu subject ni yg paling saya benci kat intec, kat sini ia subject yg paling saya suka.

**********************update 25/12/13****************

saya tarik balik kenyataan tak kisah kalau orang mengharap pada saya tu. sebab tu prinsip saya cuba elakkan. malah sya sendiri takut kalau saya tak sengaja menaruh harapan pada orang lain. sebab sakit bila harapan sendiri hancur, apatah lagi nak menghancurkan harapan orang.

Saturday, December 21, 2013

my winter photography journal 1 hehe.

assalamualaikum warahmatullah

actually im very dissappointed with the photos i took during previous winter. feeling like a noob,oh yes you are hikhik. if you see my albums (in fb) they are mostly bluewish and no snowfall captured at all. so recently i surfed thru the internet, reading articles, watching videos but there were none specifically talking about winter photography the way i wished for. mostly about camera setting and self attire, which are~common sense for all photographers~

but then i decided to discover them by myself. practically. i went photoshooting with my friends (my model hihi) and tried few skills like playing with angles and light. so here im, to make my own article regarding this topic, just for sharing and for future reference in case of forgot. but it doesnt mean photos that i've taken are great,,but what i can say is,,it's what i wanted them to be and at least it is better than before la. haha.

how to shoot the exhaled air

no edit, no filter, no effect
but first of all--> camera setting - make sure ur white balance is not set to blue. set to auto la senang haha.
no edit, no filter, no effect

 how to take photo together with snowfall

no edit, no filter, no effect

how to take photo of person blowing a snow

hmm,,for this one make sure you do this right after snowfall because if not the snow may not be able to be blown, but become snowball instead haha,,but still we can take a photo of person throwing snowball right haha *baru terfikir*. and same also, the background must be dark to make the blown snow visible.
editted. model: jimmy (nama sebenar: tirmizi)

ok i think thats all. simple je hee. but there is one thing in my winter photography wishlist,,i want to take a clear photo of snowflake! hehe but in this case i need a macro lens,,but since it is expensive and not really useful, i prefer the alternative method,,by using either extension tube or macro converter. so,, another thing to learn huhu. inshaallah.

so what i can conclude is, if you want to capture the snowfall, blown snow or breath air, take note;
  • the background must be dark, (to make the snow visible)
  • choose lowest aperture, (to get blurred background) and 
  • apply rule of third (the object must be 1/3 of photo - basic for portrait photography)
and yeah,,even i use dslr sony a37 but trust me, if u use even mobile phone but using right techniques, u will get almost same result as dslr's. why? because i've seen some pictures taken by others only by using camera phone,,the results were what had challenged me to take better. seriously! haha :D

and of coz,,to have good photos,,you have to edit also. poyo giler la kalau taknak edit, even pro pun edit la. hahaha.

and,,,just to share here, my photo blog :)
http://www.flickr.com/photos/ubadahzabidi/
do visit k hihi.

Friday, December 20, 2013

bilik saya.

assalamualaikum warahmatullah

tiap kali ber-roomates dgn orang lain,,
sentiasa hidup dalam serba salah,,
sebab mereka kena tahan dengan habit saya ni,,huhu..

sekarang saya seorang je kat bilik ni.
seronok!
sebab bebas.
luas.
tak perlu fikir pasal orang lain.
tak perlu pakai earphone.
boleh pasang heater sentiasa hehe. (i hate cold.)
boleh letak barang kat mana2 ikut suka.
hak cipta milik kita semuanya (katil and almari) hahaha.
bilik boleh sepah
boleh study sampai larut malam
and nak pasang alarm setiap 30minit pun ok.
abg yin pun cakap; bila sorang2 ni, hati dekat dgn allah :)

since nasrul and shamin masuk kvartira, jadi saya subtitute bilik ni :)
tapi.
kan saya seorang je.
dua persoalan utama,,
mampu ke bangun subuh sendiri? esp summer nanti.
mampu ke jaga iman dan hati? huhu

yang saya nampak, mungkin la,,
kalau ada roomates, ujiannya antara manusia,
tapi kalau sorang2, more to kita dgn allah,
sejauh mana saya mempraktikkan nilai ihsan,
yakin allah melihat, walhal kita sendiri belum melihat allah.
dan sejauh mana saya mujahadah dan muraqabah.
(muraqabah: merasa sentiasa diawasi allah)

saya selesa duduk sorang,
rasa tenang malah seronok.
tapi boleh ke?
yup,,ada pro, ada cons.
jadi saya tak menolak andai kata ada sape2 nak masuk,
malah saya mengalu2kan sngt hehe,,tapi,,,
in advance akan saya cakap,
first,,,saya suka bilik yang panas.
second,,,,saya mungkin akan pasang alarm setiap 30 min setiap pagi hihi.
tapi mana2 pun, saya merancang, allah pun merancang,,
dan perancangan allah tu,,adalah terbaik! so,chill.
:)

*hmm, arip kata nak masuk bilik ni nnt hehe.*

Saturday, December 14, 2013

salahkah nak bergembira?

assalamualaikum warahmatullah

winter. terlalu banyak cerita; suka dan derita. ada masa betapa indahnya salji sampai tak henti lidah mengucapkan 'subhanallah', ada masa bila salji cair menjadi ais maka mulalah beristighfar sepanjang masa, dek kerana sangat menderita dengan kesejukan yang mencucuk dan jalan yang licin namun pengajaran tentang ketabahan daripada saudara2 kita di mesir, syria dan gaza memberi kekuatan untuk bertahan malah secara tak langsung memberi gambaran suasana mereka di sana. kita sejuk kejap2 time keluar je, mereka 24 jam kesejukan. allahu. mohon allah bantu mereka, kuatkan mereka ameennnnn,,

apapun, bagaimana kita berhadapan dengan winter, sedikit sebanyak memberi gambaran siapa diri kita. ada yang semalam memuji2 winter, hari ni menyumpah2. tu annoying la, sape suruh luah perasaan kat public, kan dah kena judge, bak kata ummi,,, kalau kita meletakkan diri kita di tempat yang rendah, jangan marah kalau ada orang yang merendah2kan kita. malah ramai yang menjadikan winter ni sebagai bahan; sebgai medan photoshooting (yes its me), sebagai medan beribadah (malam lebih panjang), sebagai musim berhibernasi (contohnya beruang hoho) dan lain2 lagi wallahualam.

hmm,,ok direct to the point-->
hanya kerana kita seronok2 dengan winter, terus dikatakan sebagai lupa ummah?

ohhhh,,,,

ohhhhh,,,,speechhhlesss

sya bukan nak riak lahh,,tapi sejak blizzard hari tu,, tiap2 malam saya menangis membaca dan memikirkan tentang saudara2 kita di sana,, saya benci sejuk, jadi saya tahu betapa seksanya kesejukan yang mereka rasa,,,ya sya berseronok dgn winter, tapi saya tak lupa mereka!! salahkah nak bergembira?

Saturday, November 30, 2013

saya bantah h.d.d.n.w.d.w.b..!

assalamualaikum warahmatullah

berkenaan petition untuk akta hanya doktor dan nurse wanita dalam wad bersalin, saya bantah! mungkin ia perkara yang melibatkan agama dan maruah wanita, which me is not deserve to talk about,, tapi pendapat saya adalah berdasarkan pemerhatian saya dlam both sides. lagipun tahun lepas, tajuk presentation CTIS saya (dengan lukman dan muiin) di intec adalah "merawat dan dirawat ajnabi.". jadi saya tahu serba sedikit (or ingat2 lupa) tentang dalil2, hukum2, dan rukhsah2 dalam isu ini. spesifiknya, tajuk saya adalah doktor lelaki merawat pesakit wanita.

sebenarnya tajuk tu sukar bagi kami sebab dalam sirah takde kisah yang menceritakan lelaki merawat wanita, TAPI wanita merawat lelaki ada,,contohnya macam kisah ruqayah and sapentah huhu...kemudian ulama' menyandarkan pada pendapat, kalau wanita boleh rawat lelaki, maka sebaliknya pun boleh. saya tak ingat usul fiqh mana yang digunakan..saya lupa huhu.. cuma dengan syarat DARURAT je tapi masih perlu ditemani mahram dan ia adalah pilihan terakhir:

priority-->
doktor wanita muslim.
doktor wanita non-muslim
doktor lelaki muslim
doktor lelaki non-muslim

dan boleh saya kata, di malaysia sendiri, dah lah kita masih kurang doktor (ratio tahun 2012 doktor:penduduk 1:911), apatah lagi bila diskopkan; doktor wanita. so konklusinya, kita masih kurang doktor wanita, apatah lagi doktor gynaecology wanita, jadi dalam isu ni kita DARURAT!! so solusinya ada pada kerajaan dan bakal/present female doctors. kerajaan perlu sponsor lebih student perempuan,,dann kesedaran tu perlu ada pada medical students and doktor2. menjadi doktor sakit wanita tu fardu kifayaah, tapi boleh jadi fardu ain andai kita sangat memerlukan lagi mereka. ditakoti jatuh hukum dosa bagi seluruh doktor wanita wallahu a'lam,,nauzubillah..


apapun sementara menunggu kita mencapai ratio 1:400 (at least) tu, atau mengharap lebih ramai doktor wanita menerima seruan tu, mungkin tak perlu lah gubal akta hanya doktor dan nurse wanita dalam wad bersalin sebab akta tu sebenarnya menyusahkan doktor2 dan membahayakan pesakit. cuba baca artikel ni baru anda faham kenapa: http://afizaazmee.wordpress.com/2013/11/30/lip-service-2/. it is very well written so read it k hehe. tapi bukan bermaksud kita hanya pasrah,,even saya lelaki pun, kalau dah ada isteri (inshaallah) saya tak mahu rambut dia dilihat muhrim lain apatah lagi aurat yang lagi berat. jadi mungkin ada cara lain:

1- kalau suami, anda lah yang menyambut kelahiran anak anda (kalau anda doktor la hihi), atau
2- request doktor wanita, which seems impossible but possible..haha
3- pergi ke tempat lain yang ada mengikut kehendak anda. banyak je actually contohnya di klinik2 persendirian atau poliklinik az-zahra. mungkin perlu berbelanja lebih tapi berbaloi la kan untuk maruah, perasaan anda dan untuk anak anda juga.

saya sendiri pun, bertekad nanti isteri saya bersalin, sayalah yang akan menyambut dan mengazankan anak saya nanti. hihihi. amboi~ jauhnya angan2 hahaha

p/s---> penulisan kali ini berdasar seciput ilmu ingat2 lupa dan pendapat peribadi, jadi kalau ada salah mohon tegur ya. saya cuba cari powerpoint presentation saya tu untuk dikongsi di sini, tapi tak jumpa2,,inshaallah nanti try tanya luqman or muiin. harap2 mereka simpan lagi..

Thursday, November 28, 2013

glaza (read:mata)

assalamualaikum warahmatullah

physiology and anatomy,,last week both pasal mata (in russian is called glaza hehe). rupanya taklah susah mana pun hihihi poyo~ sebab before tu saya terbaca, eye is the second most complex organ of human body after brain. brain tu complex giler huhu,, mungkin sebab dah belajar brain kan so rasa eye tu kacang je hihi,,yelah mata dgn brain tu sgt related,,esp dari segi topography and nerve..tapi saya tak belajar lagi opthalmology, haaa dah belajar nanti baru tau, susah katanya huhu,,

hmm k,,mata dicipta olehNya generally untuk melihat tapi secara fitrah penciptaannya adalah untuk melihat kebesaran ciptaanNya. (rujuk al-Balad 90:8) malah mata ni disebut sebagai nikmat yang paling digemari. wA. saya tak terbayang macam mana bangun2 semua gelap! scarynya,,tapi baru2 allah menguji sya dengan sesuatu,,,bayangkan untuk membaca buku/lappy saya perlu dekatkan muka sedekat 2 jengkal. puas sya buat physiotherapy untuk mata (guna spek mata therapy, tengok benda hijau),,makan carrot mentah (vitamin a believed to be very related to retina functioning hee).. takott. yelah takkan dalam usia muda sebegini allah menarik nikmat ketajaman mata,,cukuplah dah rabun jauh. malah buat test mata time physiology class pun, mata saya berada pada tahap half optimum EVEN saya pakai contact lens..

tapi syukur alhamdulillah,,segala puji bagi allah!! puas sya berikhtiar dan berdoa kini allah dah kembalikan keoptimuman mata saya,,walaupun masih rabun jauh tapi saya dah tak perlu pakai spek untuk baca buku or lappy lagi hihi..so,,,,,,, itu lah khadaf penulisan kali ini, sekadar ingin bersyukur di atas nikmat mata yang allah berikan ini,,malah ia hanya pinjaman semata2, harus guna ikut cara yang Pemberinya redai,, mungkin mata sya dah meliar sangat sampai allah uji sedikit cmtu huhu,,

in conjunction of it,,untuk melahirkan rasa syukur sya, sya tribute kan sebuah lukisan, malah tujuan utamanya supaya menjadi peringatan pada diri saya sendiri,,untuk menjaga mata,,ke arah yang lebih sihat di samping meraih redaNya, inshaallah,,,

apapun, biarlah yang buta itu mata kepala, jangan buta mata hati ecececece hihi 

Saturday, November 23, 2013

inspirasi daripada sahabat yang syahid.

assalamualaikum warahmatullah

umi abuya; dua insan yang saya tak pernah lupa dalam doa, malah yang saya akan ingat bila saya 'terjatuh' 'ditolak' malah 'terbang' ecece.. malah siapa diri saya ni banyak dibentuk oleh mereka. tapi saya ni bukanlah hebat sangat pun, ilmu agama seciput, baca quran pun tak smooth lagi. mungkin kerana saya takde background pendidikan agama sejak kecik. alangkah baiknya saya fikir andai saya dimasukkan ke sekolah tahfiz time kecik2,,atau paling kurang pun sekolah agama. tapi alhamdulillah diri saya yang sekarang walaupun ilmu cetek, tak alim, tapi masih memiliki iman,,tak terjebak dengan perkara sosial,,malah kini saya berada di tempat yang boleh saya kata,, beyond my target. kalau bukan kerana mereka (dengan kuasa allah) mungkin saya takkan sampai sejauh ini.

dan alhamdulillah, allah perkenankan doa saya. mungkin bukan pada saya, tapi pada adik-adik saya. berbunga hati saya bila mendapat tahu abuya menghantar adik2 pergi ke kelas intensif tahfiz untuk menghabiskan cuti sekolah mereka kali ini. di samping penekanan akademik, sekarang umi abuya dah mula menanamkan nilai-nilai paling asas dalam diri anak2 mereka; yakni al-quran. bukan dulu tak pernah, cuma dulu hanya penekanan agama secara tak formal dan lebih kepada 'menjaga' bukan 'menanam'. if you know what i mean huhu.
hehehe,, photo cc: fb abuya
sampai sekarang, saya akan rasa cemburu dengan siapa-siapa yang pernah menuntut di sekolah agama. apatah lagi tahfiz, malah kisas. dan waktu masuk RMC dulu, boleh kata siapa2 je yang keluar sekolah agama sebab nak masuk rmc, saya akan tujukan soalan ni,, "kenapa keluar sekolah agama then masuk rmc?" sebab saya rasa adalah satu kerugian belajar agama sekerat jalan. dan sikap inilah yang menjadi titik tolak perbualan pertama saya dengan arwah ahmad ammar. pada suatu hari di hadapan musolla. malah sampai sekarang saya masih ingat isi perbualan kami sebab jawapan dia adalah lain daripada yang lain. asing. or should i say, ghuraba?
ilmu itu adalah amanah. dan amanah itu sangat berat. once kita dah tahu, ibarat kita memikul sebuah tanggungjawab, untuk mengamalkannya. terutamanya ilmu fiqah, tauhid, tasawwuf, etc. tapi ada satu ilmu yang kita tak perlu amalkan; ilmu ketamadunan islam. tapi ia sangat penting untuk mengembalikan semula kegemilangan islam.
mungkin ia taklah exactly what he had said. tapi keyword yang saya masih ingat adalah ilmu tu berat dan nak belajar ketamadunan islam. dua2 tu adalah dua perkara yang masih segar dalam ingatan saya sampai sekarang. malah saya baru faham apa yang tersirat di sebalik kata2 tu setelah secara praktikalnya,, arwah telah memilih untuk ke turki belajar sejarah islam menolak semua tawaran2 idaman yang lain. dah la 2nd best student rmc, fizikal mantap, kepimpinan mantap, akhlak murni, yang paling penting; kafahaman agama tinggi...hampir perfect,,nak tahu lagi mehh kita jumpa depan2 saya ceritakan kenapa saya kata; 99.99% perfect orangnya. tapi memilih kursus sejarah islam yang pada kita adalah last choice. malah setelah menerima daurah Syahadatul Haq, saya lebih faham dengan point ilmu tu berat. subhanallah. dalam usia semuda tu dia sudah ada kefahaman agama yang begitu dalam.

tak perlu kot saya cerita pasal diri dia, lihat saja di facebook, tak putus-putus orang berkongsi tentang dirinya. seluruh dunia terasa akan pemergian dirinya. kini walaupun jasadnya sudah teda tapi dia meninggalkan inspirasi kepada hampir semua orang yang merindukan pemuda hamasah. umur baru 20, tapi sumbangan mashaallah...mashaallah..saya pun 20 tapi,,,...apa je yang saya sumbangkan pada agama? setotet or maybe nothing! wuuuu..

tak cemburu kah kita melihat pengakhiran hidup arwah?
disambut penduduk langit, ditangisi penduduk bumi?
tak terasa kah kita perbandingan sumbangan kita pada agama relative to our age?

saya yakin,,cemburu dan hina yang saya rasa sekarang ni, dirasai oleh semua orang. hebat lah kau sahabat. tapi kenapa awal sangat kau pergi? huhu..sangat terkilan pertemuan yg dirancang di turki nanti tak kesampaian. tapi mungkin ia adalah pertemuan yang tertangguh,,di syurga kelak mungkin? ahaha cam yakin sangat je masuk syurga,,,hehe ameenn amenn.. :)) tapi yang lebih terkilan,,,di mana lagi dapat cari pemuda seperti ahmad ammar? allahu.

errr,uba,,stop wishing,,be one...
wakakakaka..

and baru saya tahu, sebenarnya ke turki tu juga adalah hasrat ibu bapa arwah supaya arwah jadi pakar kepada sejarah ketamadunan islam. jadi kat sini saya nampak peranan keluarga dalam melahirkan pemuda2 berjiwa mujahid macam ammar. tapi kalau keluarga pun tak membantu, ni lah peranannya usrah. mungkin. tapi point yang sya nak sampaikan,,(keluarga islamik atau usrah misalnya),,adalah tarbiyyah yang berterusan. nah saya sertakan dua buah video pembina semangat :)


morsi & erdogen. dua individu hasil tarbiyyah yang mantap. mashaallah. moga allah teguhkan mereka..amen,

Wednesday, November 13, 2013

a part of my life: photography.

assalamualaikum warahmatullah

that feeling when others found and realized parts of ourselve. bcoz photography is part of my life. :) if you know how it feels.

itulah perasaan yang saya rasa bila diminta jadi photographer utk mana2 event. rasa macam dapat anugerah. rasa macam sebati dengan kerja tu. jadi saya terima dengan suka rela even saya bukan hebat pun amik gambar, masih perlu banyak belajar terutamanya tentang fotografi sukan, nature, night dan landscape. sya ni cenderung to candid, event, potraits, and street photography. sebab permulaan sya bermula dengan fotografi ni, kerana ingin menyimpan kenangan,,so suka amik gambar orang hihi. even if mostly dslr owner pergi outing utk photoshoot, saya takkan kecuali dengan adanya 'model' hehe. dan saya benci if orang cakap, "kesian uba asyik kena amik gambar je" seolah2 orang ckap "uba stop being yourself" mwahaha take note ya :p

alang2 tu,
ty amir rusli lantik sya jadi photographer utk vfl 2013.
ty abg daus lantik sya jadi photographer utk msa election.
jazakallah khairan khateera.

banyak benda yg sya dh belajar, even before that more than 10videos and websites i watched in order to do my best for the trust given. yet, plus the experiences i gained after that. but this thing is limited by money. photography is,,,er knape speaking tetiba ni -,- fotografi ni hobby yg mahal sbb perlukan dslr, and nak pergi lagi jauh kena beli lens yg mana harganya pun mencekik darah. if prime lens rm800 (yg sya target ni) pun dah kira murah dah ni. tu lah yang banyak membataskan minat saya ni :(  tak macam melukis yg hanya perlukan sebatang pencil je huhu.

inshaallah kalau ada apa2 event, hire lah saya lagi hehehe. banyak lagi kena belajar ni  bcoz i learn by doing huhu. and buat masa ni mungkin berkhidmat utk komuniti je, kalau diberi ilham dan peluang, utk ummah pula. :)) and saya ada azam utk belajar photoshop, video dan audio...inshaallah..moga allah permudahkan.
last day vlc,,,photo cc to jonah,,my camera buddy :))

also taken by jonah, time election msa ^^
mungkin dah boleh start buat reputation (kot), not popularity...
# baru terfikir, maybe ya maybe not
# utk dakwah
# tajdid niat

and baru semalam, abg yus nak bagi graphic tablet dia pada saya and helmi for free! alhamdulillah. makin luas la medan saya dalam media ni muda2han :))

Tuesday, November 12, 2013

satu matlamat, beza cara.

assalamualaikum warahmatullah

# random post.
*post ni sekadar luahan pendapat, mungkin berkaitan tapi tak berniat nak tujukan pada siapa2 pun, cuma tiba2 terfikir lebih2*

suatu ketika dulu, ketidak-setujuan saya pada prinsip tak boleh berbaitul-muslimkan pasangan berlainan jemaah membawa saya kepada satu persoalan.

kenapa??

persoalan tu saya tujukan pada seorang murobbi yang sgt moderate orangnya. tegas tapi berhikmah. haha. and benda ni tak lah public sangat pun, tapi memang berlaku underground or personally je. and ada la satu tempat tu yang saya tahu memang berpegang pada prinsip tu. malah lagi teruk, daie berlainan jemaah sampai tak bertegur sapa, apatah lagi nak berbaitul muslim kan. huhu. sedihnya. sedangkan impian masing2 sama even yang saya ingat Hamka pun ada kata, pengikat sesuatu hubungan ada dua; persamaan cita2 dan baik akhlak. sepatutnya jemaah2 ni kalau takmau bergabung pun, please lah takyah nak berpecah, even dgn yang tak berjemaah pun jangan pulaukan.

panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh murobbi tu. dan pada saya berasas la jugak kan, tapi masih, saya masih tak setuju kalau perbezaan jemaah boleh jadi punca tak jadi berbaitul muslim. sebab even berbeza jemaah dalam berdakwah pun saya tak berapa suka kalau sampai memecah belahkan komuniti ummah islam di situ. kalau ya maka sama lah macam konsep nationality yang dicipta oleh yahudi tu. ada gap yang memisahkan. dan kalau nak kata tak ngam pun, orang berlainan kaum, lain budaya, lain profession ke or lain2 perbezaan ramai je yang bahagia. yang menjadi punca keretakan tu terletak pada diri lah, andai suami dayus, isteri ego tinggi, maka retak rumah tangga.

and andai kata jemaah tu merasakan jemaah dia adalah the best, yang lain teruk, tu berbalik pada hati ahli-ahlinya. mungkin perjuangan mereka dah tersasar. sebab pada saya ia lebih macam taksub pada jemaah masing2, yang boleh menjurus kepada asobbiyah, cam arab jahiliyyah je,,cam jahiliyyah je.huhu

khulasah penjelasan murobbi tu adalah;
"...untuk memastikan kelancaran dakwah."

mungkin saya masib noob and know nothing pasal jemaah-jemaah ni. tapi selama ni persoalan tu lah yang menimbulan minat saya untuk tahu tentang fikrah sesuatu jemaah. apa yang menjadi prinsip masing-masing, method masing2, dan efisiennya untuk islam hari ini. apa yang penting even beza2 fikrah pun asalkan matlamat adalah sama. jadi inshaallah kalau masing2 faham, tak membantutkan dakwah pun. malah dakwah tak semestinya dengan berusrah, tak semestinya dengan berjemaah,, ada orang lone ranger dalam berdakwah tapi impaknya lebih awesome daripada jemaah yang beribu daie. ada orang plak tak berdakwah tapi dia membantu dakwah dengan sokongan dan harta. pendek kata,, dakwah ni ada 1001 cara,,pilihannya terletak pada diri masing2. nak taknak je.

wallahualam.

dan inshaallah even saya bukan pejuang, bukan seorang daie pun, even tak layak pun nak dapat title tu, tapi saya sokong 100% usaha dakwah tu. dan mana2 cara yang saya rasa terbaik, maka saya pilih yang tu. kalau ada better, sya akan terjun ke dalam cara itu. inshaallah. dan bukan nak kata tak bagus berbeza fikrah, malah ada satu hadis, nabi kata perbezaan pendapat dalam ummah ini adalah satu rahmat utk ummah. dan macam menarik je nak selitkan ayat ni kat sini hhe:
"Wahai Manusia, sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu daripada kaum lelaki dan perempuan, dan telah Aku jadikan kamu berpuak-puak dan pelbagai kaum supaya kamu berkenal-kenalan..." Al-Hujurat, 13
p/s: tambahan,, dengan macam2 jemaah yang ada hari ni, takut kalau ia boleh jadi halangan untuk saya berbaitul muslim nanti. huhu bole plak camtu.

p/ss: moga konsisten. moga allah reda. silap salah mohon tegur.

Thursday, November 7, 2013

where n how to start? o,O

assalamualaikum warahmatullah

entah kat mana competitionnya kat sini saya pun tak tahu. eventually semua akan jadi doktor *inshaallah moga allah permudahkn* tak kisah result teruk or dpat flying colour pun. mungkin terlalu ingin menjadi yang terbaik menyebabkan kita jadi selfish. sedangkan menjadi student terbaik hanyalah dunia semata2. ilmu tu untuk dimanfaatkan, jadi kenapa tidak dikongsi. kadang2 sampai jadi kekok nak tengok nota diorang apatah lagi nak pinjam or capture photo.

nak kata saya kedekut ilmu pun, tak. ibarat sebuah penghargaan bagi sya andai siapa2 mintak sya mengajar sesuatu. apa2 je. dulu kat sekolah pun sya lah tutor bio utk batch sya..and tutor add math utk juniors. nota2 sya, sya photostat kasi kawan2 n juniors. sedangkan kat sekolah dulu competition sgt sengit untuk menjadi yg terbaik demi masa depan. even orang lain pun sama2 berkongsi soalan ramalan dan nota. nostalgia. huhu.

mungkin betul lah apa orang kata, makin tinggi pencapaian kita makin susah nak cari kawan menangis ni. ada je ramai tapi tak seramai di bawah lah haha.

kat sini bila saya mintak mcm2 berdalih and keluhan. mungkin smua tu hanya gurauan tapi sya ni jenis orang yg tak suka meminta2 apatah lg memaksa. if mintak pun mintak sekali je semua keluhan dan dalih saya anggap sebagai keengganan. TAPI juga sebagai luahan kepenatan kalian membuat nota2 tu. kadang mungkin sampai mengorbankan masa berhibur dan tidur kalian. jadi mesti la ada sedikit rasa cemburu pada kami ni yang bersenang lenang. dah la bersenang lenang pastu senang2 je nak mintak nota hasil pengorbanan masa tenaga sendiri huhu.

tapi kalau tu nota seniors, share lah. huhu.

dan untuk yang ikhlas dan suka berkongsi ilmu dan nota pun, saya sayang kamu semua hahaha..touching plak..tp jazakallah khairan khatira, sya tak mampu balas tp moga allah membalasnya malah dgn yang lebih baik..

sudah 2 bulan lebih berlalu. lagi 3 bulan sebelum exam. sya rasa permulaan sangat teruk, banyak masa terbuang mcam tu je. kalau boleh nak start struggle dari sekarang tapi tak tahu nak start dari mana sebab nota2 lepas takde. allahu. perasaan ibarat bawa kamera nak ambik gambar tapi memory card tertinggal kat lappy *mcm biasa jer mcm biasa jer hahaha* nway i have to start study more often!

ya allah aku perlukan ilham...from where and how do i start? byk sgt ni o.O

# tajdid niat, study utk ilmu kerana allah..then barulah utk exam!

Sunday, October 27, 2013

problem solver~ haaa

assalamualaikum warahmatullah

"aku banyak nak cerita kat kau, tapi boleh tak kau jangan jadi problem solver."

mwahahaha. terkedu seketika dengan ayat problem solver tu. kadang2 saya sendiri nampak sifat tu ada pada diri saya. cuma belum ada orang tegur so carry on je la hehehe. tapi memang saya dari dulu suka tolong orang pun. tak kira siapa cuma ada kalanya saya bataskan sikit siapa orang tu. elakkan bantu muhrim yang bukan friend zone ni huhu. malah nak bantu orang tu pernah menjadi alasan pertama nak jadi doktor. poyoo haha. sampai selagi masalah orang tu tak selesai saya sendiri yang susah hati. tapi memandangkan dah ada orang yang tegur, which i assume it was from allah, so simpan teguran tu. take note.




cc : thingsweforget.blogspot.com/
sebab tu allah ciptakan dua tangan, dua telinga, satu mulut. supaya kita banyak mendengar, bekerja dan kurang bercakap. anyway, secara tidak langsung saya kenal siapa saya, inshaallah boleh la baiki apa yang kurang, berubah menjadi lebih baik. moga allah permudahkan. thanks sahabat kerana menegur. dan saya faham juga lah, nak membantu orang tak semestinya kena bagi nasihat, kadang2 mendengar je tu pun dah mencukupi. sebab tu, kita even saya sendiri, lebih selesa menceritakan sesuatu pada allah. sebab sometimes kita hanya perlu orang untuk mendengar. just listen. nothing else. dan allah adalah As-Sami' The Best of Listener. even kita tak sebut apa lagi pun Dia sudah sedia tahu. subhanallah hebat kan. malah menulis blog pun salah satu cara meluah tanpa ada gangguan. boo.

dan tak sangka jugak en, dalam pendiam saya ni pun, belum cukup diam untuk mendengar. hehe. inshaallah, bila orang cerita/luah masalah, better listen rather than giving oral response. hihi. inshaallah, semoga allah permudahkan.

p/ss: tetiba banyak plak pic dari thingsweforget.blogspot.com.....dah lama saya follow blog tu, dan recently diorang bukukan semua sticky notes diorang, teringin nak satu. muda2han! ameen.

Thursday, October 24, 2013

unstable eq

assalamualaikum warahmatullah

sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup kita ni, berbalik pada diri kita. ujian ke, nikmat ke,,,entah la tak tau nak cakap apa. tapi contohlah,,if orang fasik tapi murah rezeki kita kata tu istidraj. tapi kalau orang alim dimurahkan rezeki kita kata tu nikmat allah. so camtulah,,faham kan? haa camtu ya ya.

macam tu jugak dengan ujian. okayy. yang ni lagi kompleks sampai berbuku-buku ulama explain. tapi ibrahnya, bergantung pada kita. daie ujiannya untuk menguji ketabahan dia dalam dakwah. orang lalai ujiannya supaya dia kembali pada allah. dan yang baru saya baca kat satu perkongsian cerita, boleh jadi disebabkan dosa kita, allah turunkan bala pada orang2 yang kita sayang. sebab pedih kan tengok bala menimpa orang tersayang. dan kepedihan yang dirasa tu lah ujian huhu.

tu lah susahnya jadi orang yang emotionally unstable ni. mungkin ujian2 yang allah bagi ni sebab nak kuatkan diri saya, nak menstabilkan EQ saya. macam mana lah nak berhadapan dengan kerjaya sebagai doktor nanti. atau mungkin ada certain part yang saya kuat, tapi ada yang masih lemah. tu lah masalahnya, diri sendiri pun tak kenal lagi. dan kalau saya sendiri camni, unsure with own feelings, jangan nak libatkan orang lain la.

dan mungkin saya marah orang lain tapi terfikir tak selama ni mungkin apa yang dia buat, adalah apa yang saya buat jugak. allah cuma nak sentap diri je. tu lah ibrah ujian saya kali ni. allah saja nak letak rasa unpleasure tu untuk saya sendiri yang muhasabah. jangan nak persalahkan orang lain, cermin diri dulu. dan untuk rasa yang over2 tu, jangan kerana tu kita perjudikan perasaan orang lain.

dan lepas ni takyah la nak bajet2 caring ye uba. cukup. dia tak kacau hidup kau so jangan kacau hidup dia. so stop.

(sheila on 7 - dan)

Tuesday, October 22, 2013

melebihkan sahabat.

assalamualaikum warahmatullah..

kata naqib saya, setinggi-tinggi ukhuwah itu adalah dengan itsoh (kesetiaan). tapi sebelum tu saya dah pun jumpa kat artikel mana ntah, sekuat-kuat ukhuwah itu adalah dengan melebih-lebihkan sahabat tu. mungkin both adalah pendapat peribadi tapi cukuplah dua aspek tu saya pegang sebagai panduan. better than nothing. sebab if tu hadis/quran mesti la both sama kan hehehe suka hati je cakap camtu lol. dan yang bengongnya saya pun tak faham apa tu istilah melebih-lebihkan sahabat tu.

dan hari ni baru saya faham. camne allah faham kan saya? bila saya dilemma dalam memilih antara tugas dan sahabat. biasalah tu hidup dalam komuniti, siapa lagi nak gerakkan komuniti tu. even saya gerak undergorund je pun, dah nampak kesibukannya. no wonder lah orang kata, jadi wakil pelajar ni macam hamba. if mengharapkan priviledge or populariti, buang la awal2 hasrat nak memimpin tu. hari ni je saya kena siapkan 2 task Azam, 1 task KUV, 1 task abang ipar (request utk bisnes dia). tu lah pasal, bertangguh lama-lama accumulate dalam satu hari. tapi ada sebab k kenapa sya bertangguh. tak perlu la cakap kat sini. and bukan orang nak tau pun.

melebih-lebihkan sahabat tu maksudnya kita menjadikan sahabat kita tu as priority. dan adakalanya saya bersyukur dengan ke-busy-an hari ni sebab dengan busy ni saya mudah je memberi alasan kepada groupmate2 saya. jimat duit hehe. kesian diorang pergi lunch tapi group tak cukup orang. soriii aku busy wakaka then sempat update blog?! haaa camni kawan,,hahahaha saya ni tak cukup ukhuwah ni dengan groupmate LOL. tapi tak bermakna saya tak sayang korang. and taknak la sayang lebih2 kan nanti jadi cinta plak hehehe. ni pun dah rasa serba salah sebab tak pergi. huhu. soriiii.

cc: cik beezi.

mana lagi penting? rasanya la kan,,
amanah lagi penting daripada sahabat. "amanah > sahabat."
entah la..
mungkin saya patut muhasabah dan berfikrah pasal benda ni.
atau mungkin ia soal time management?
???

*dan dalam bersahabat, cukuplah saya ada selemah-lemah ukhuwah tu pun saya dah sujud syukur sangat2. :)

Friday, October 18, 2013

menjadi sahabat yang baik.

assalamualaikum warahmatullah.

tiba-tiba mood menulis ni datang. macam-macam lintas di kepala hihi. macam-macam. hmm. then ada satu artikel ni yang saya tak padam2 hampir dua minggu. kononnya nak baca lah tapi terbiar je camtu haha. tadi baru baca hihi. artikel yang saya dapat randomly dari google, bila type 'cara menjadi sahabat yang baik'. rasa macam noob je time taip ayat tu hahaha..terlalu dalam maksud sahabat tu pada saya. dan sejak akhir2 ni, terlalu ramai orang2 yang allah hadirkan dalam hidup saya. roomates baru dan senior2 yang saya baru nak rapat. semenjak pindah kim ni hehe. dan demi allah ada secubit rasa rindu pada roomates lama. huhu. rasa macam jahat pulak tinggalkan diorang kat situ, terutamanya arip. lepas ni entah siapa tempat dia bercerita bertanya saya pun tak tahu.

dan setiap orang itu berpotensi untuk menjadi muslim yang baik. saya nampak arip ada potensi yang tinggi. sangat tinggi. cuma persekitaran dia kurang membantu. huhu. moga allah bantu dia.

then hasil perkongsian dari seorang sahabat juga, katanya, makin tinggi kita capai, makin susah nak cari kawan menangis. jadi jangan mengharap sangatlah orang nak simpati, bantu atau berkorban untuk kita sebab masing-masing ada masalah sendiri. no expectation no dissappointment kan hehe. mungkin kita je yang fikir pasal sahabat sedangkan tak bagi yang lain. dan berbalik kepada teori makin tinggi pencapaian makin susah cari sahabat menangis, macam legit, sebab kat sini oversea plus perubatan, then apa lagi perlu? ada senior tu saya dengar jadi 'lone ranger' sampai lah tahun terakhir kat sini. 6 tahun! jadi bukan saya seorang je lah yang merasa masalah ni. ada lagi yang lebih ironi, yang saya tahu, apatah lagi tidak. takpe yang penting kita berusaha untuk menjadi sahabat yang baik. mungkin banyak lagi tips tapi ni lah summary daripada artikel yang saya baca;

1. Apa adanya, inilah aku
2. Terbuka kepada sahabat
3. Apa adanya bukan ada apanya
4. Ketulusan itu penting
5. Mampu menjaga kepercayaan
6.  Tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah, banyaklah memberi dan jangan banyak meminta,
7. Mungkin anda tahu keburukan sahabat anda, tetapi anda bisa menjaga rahasia sahabat anda
8. Memberikan maaf sebelum dia meminta maaf
9. Sahabat anda juga memiliki kehidupannya sendiri
10. Jangan marah ketika mendapat kritikan dan terimalah dengan lapang dada
11. Motivator yang baik
12. Jangan menyakiti
13. Rela berkorban
14. Memberikan nasehat
15. Jadilah sosok penyabar
16. Membicarakan semuanya dengan cara baik-baik

dan pengalaman saya sendiri, bila saya meragui istilah sahabat itu, saya mula tidak percaya pada semua orang, suka menyendiri, saya rasa macam tersisih, lagi menebalkan rasa homesick. huhu. tapi atas inisiatif sendiri, alhamdulillah, saya cuba muhasabah diri, membaiki lompong kosong diri dalam bersahabat. mengharap orang jadi sahabat pada diri, tapi sahabatkah saya pada mereka? dan alhamdulillah apa yang menjadi titik tolak pada kesedaran diri untuk menerima semula istilah sahabat itu bila saya cuba kikis sifat pesimis saya, replace dengan husnudzon. sometimes our thoughts could destroy us more than blade could do. ecece berfalsafah :p dan alhamdulillah allah bantu saya dalam usaha nak perbaiki diri ni, tiba2 makin ramai dapat title 'sahabat' daripada saya hihihi. itulah indahnya bersangka baik, tu baru pada manusia, apatah lagi pada Yang Tahu Segala-galanya. and kalau dengan allah pun kita susah nak bersangka baik, level mana tu 'ukhuwah' kita dengan allah? hihi.

    selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik dan lapang dada,
    sekuat-kuat ukhuwah adalah melebihkan sahabat dan kesetiaan. -murobbi- gitu ea? hihihi

    dan saya masih dalam usaha itu. mencuba menjadi sahabat yang baik untuk semua orang. tapi masih banyak lagi sisa2 dan kekurangan. kalau saya lupa, tak tahu atau leka, maka tegurlah. kalau takut nak tegur, maka doakan lah saya hehe. doa tu pun sudah besar dah actually. doa; itulah penghubung kita semua. inshaallah. dan cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ni jadi ibrah buat saya, siapa yang ada sekarang pun sudah cukup buat saya rasa bertuah,

    mohon aku tidak hilang sahabat lagi, ya allah. 

    Monday, October 14, 2013

    tegur sebab sayang

    assalamualaikum warahmatullah

    menerima seadanya disamping membimbing ke arah yang lebih baik, apatah lagi jika sahabat kita tu berubah ke arah yang kurang baik. kita kena tegur. kena bimbing dia. menegur sebab sayang. andai kata teguran itu kasar atau emosional, ia adalah kelemahan diri saya sendiri. sahabat, terimalah teguran itu walaupun agak peribadi, ya mungkin saya cemburu, mungkin saya risau, janganlah menolak kerana itu adalah pandangan dari sudut kaum laki. walaupun saya lelaki, tapi saya taknak ibu, adik2, kakak2, malah sahabat perempuan yang saya sayang menjadi fitnah buat kaum saya ni. saya taknak anda semua dicemari kaum adam. hak kaum adam kepada anda adalah sebagai pelindung bukan pencemar. mungkin bagi anda itu biasa tapi bagi lelaki ia boleh menaikkan syahwat. even hanya dengan smiley je pun. ya.

    tolonglah faham.

    kalau taknak terima teguran saya pun, ya mungkin sekali dua awak buat, tapi ikhtilat ni umpama racun. boleh merebak. meresap jadi darah daging kalau dibiarkan. tapi terimalah demi allah. maaflah kalau teguran ini membuatkan awk rasa teruk dan hina. saya takot sahabat saya jadi teruk. jadi saya terpaksa 'tepuk' awk sebelum awk pergi lagi jauh.

    Wednesday, October 9, 2013

    rijal adalah pelindung nisa

    assalamualaikum warahmatullah

    "ar-rija lu kawwa mu na alannisaa'.."

    tertusuk jiwa saya seketika. ayat ke-34 surah an-nisa tu sangat deep. tajam. padu. bagaikan tusukan kedua buat saya. dah lah on that current time saya baru je menceritakan perihal serba salah saya tentang rutin berkala saya; yaitu upload gambar kat facebook. tapi,, KHUSUS untuk mengupload gambar perempuan ni. memang sejak dulu selalu je ada kawan perempuan pm sya suruh delete gambar. if diorang pm je saya dah boleh agak sebelum baca mesej hahaha. memang perlu sebab mesti ada yang saya terlepas panadang. dan honestly la yang paling susah sekali time pilih gambar untuk diupload esp gambar yang ada perempuan. serius. saya taknak menjadi penyebar aurat dan aib orang lain. tapi dah event/group ada perempuan jadi nak upload gambar mesti includekan diorang. dan akal diorang masih belum faham andai kata saya cakap; "tak manis perempuan upload gambar muka pada umum." boleh je asalkan aurat tutup. bukan apa la, sebab di luar sana banyak manusia2 yang berhati minda yang kotor dan futur. include myself la hahaha. dan apa gunanya ayat 4:34 kalau saya sendiri main upload gambar2 diorang. wanita ni,,adalah maruah. isteri adalah maruah suami. anak dara adalah maruah ibu bapa. muslimah adalah maruah agama. camtulah. sebab tu saya takot sebarangan dengan wanita ni. takot terpikat atau memikat ecececece... *bajet hot* :p dan andai kata mereka pm saya suruh delete semua gambar mereka yang ada dalam simpanan saya ni pun akan saya buat dan inshaallah saya takkan bagi sape2 pun soft copy gambar2 tu semua; collection sejak masuk intec sampai sekarang. tapi atas dasar mereka tak kisah atau merelakan gambar mereka diambil,,malah,,ingin gambar diambil jadi saya anggap itu ada rashrisheniye (kebenaran) untuk saya upload tapi saya janji la; asalkan yang tak mengaibkan. soal aurat; yang sedia tertutup memang inshaallah dalam gambar pun tertutup, no worries my camera takde mesin pengimbas hehe. eh wujud ke? kat mana jual? hahaha ok jk ehem2..

    and soal upload gambar, saya takleh elak. baru je 2 minggu lepas umi abuya suruh upload gambar. huhu. whats that camera for kata abuya hahaha. hmm actually sbb ni jugaklah saya menolak sekeras-keras-keras-nya tawaran abuya untuk belikan iphone5. hahaha sebab confirm lepas ni mesti abuya akan pesan; buat lah short film wakaka wakaka maklumlah abuya tengah aktif mempromosikan dakwah menggunakan smart phone :p cukuplah dengan samsung y ni je asalkan boleh call, mesej and whatsapp. ^^

    dan buat wanita-wanita sekalian, elakkan upload gambar sendiri, elakkan bergaul mesra dengan lelaki muhrim yang bukan future husband korang. sebab sebagai lelaki, saya mengaku ramai kaum saya yang berpenyakit hati termsuklah empunya diri ini. kalau tak mampu, pastikan gambar yang diupload menutup aurat dan tak menaikkan nafsu. korang tak kesian ke kat kaum laki macam kami ni T.T dan lelaki ni cepat perasan, kalau perempuan yang mulakan dulu, mulalah nak berimaginasi dan bajet hot. and in case u dont know, u actually can just ignore them,,if u want la.

    btw, thanks and jazakallah khairan khatira azhari for the enlightenment. sedikit sebanyak memberikan saya panduan dan kelegaan. wallahualam.

    pesanan untuk kaum sendiri pun;
    "ar-rija lu kawwa mu na alannisaa'.."
    *that verse says it all. #4:34

    Sunday, October 6, 2013

    pindah sementara.

    assalamualaikum warahmatullah

    saya pun tak tahu nak kata ini sebagai ujian atau anugerah. tapi saya happy bila kami kena pindah ke hostel sementara sebab renovation. orang lain semua nak stay kat hiro saya yang sepatutnya stay volunteer nak pindah sana hahaha. alaa menumpang je bukan nak tinggal setahun pun kat Kim tu. malah kat sini saya roomate dengan 6th year students yang baik2. tu pun actually salah satu ubat hati untuk hati yang sakit cam hati saya ni hehe. secara tak langsung kita pun terkena tempias aura imannya tu. roomate dengan 6th year sampai ada budak 3rd year chinese ingat saya 6th year jugak hehehe.

    dalam psychology pun ada satu topic tentang 3 main type of changing attitude; kalau kita berubah sikap parallel dengan orang yang kita hormat tu untuk bina bond, itu dipanggil identification. roomateS saya sekarang, rajin baca quran, bangun awal, suka solat jemaah, malah yang sorang tu selalu tahajud, mashaallah hebat. jadi saya takkan nak jadi "ghuraba" dalam bilik tu kot. haha. inshaallah cuba untuk be like them. hihi. moga allah permudahkan.

    sebab tu adalah penting untuk kita pilih kawan atau roomate. salah pilih takot memudaratkan diri. konon nak jadi contoh tapi diri sendiri yang kecundang. cuma satu cabaran jugak kalau kita inferior dengan roomate kita in term of umur. susah nak tegur. susah nak nasihat. kalau buat nanti kata naik kepala la, rebel la. ingat ni sbp ke apa? saya cakap ni pun based on pengalaman kat sini. tapi saya tak bercakap pasal roomate saya yang lepas, tapi lain. and tu bukan reason kenapa saya happy pindah keluar ok. lagipun rasa teruja untuk mencuba suasana yang baru. and Kim terletak dekat center jadi senang nak keluar jalan.


    dan inshaallah tempat baru, azam pun baru jugak hahaha. nak berubah menjadi lebih baik. sebagai seorang roomate dan sahabat. :)

    Monday, September 30, 2013

    bila bersahabat,,

    assalamualaikum warahmatullah

    "kau ni memang cepat touching la uba. eh sori2, tapi kau jangan touching aku cakap camtu."

    chill2 bcoz i'm chillin' too. saya touching? bunyi lontarannya macam tu lah bila saya cuba menceritakan kronologi apa yang merunsing jiwa saya. tentang kawan. tentang persahabatan. tentang ukhuwah. sesuatu yang saya rasa saya kurang tetapi itulah yang saya pandang berat dalam mana-mana social interactions. malah istilah sahabat tu bagi saya lebih dari sekadar kita kenal dan berkawan. tapi bawah cikit la dari cinta, tapi bukan teman tapi mesra haa camne tu? haha then still bersahabat macam bercouple la sket kena jaga hati masing-masing. hihi. saya pernah ditegur dengan cara hina, saya pernah dicemuh, diperli,, tapi yang tu langsung saya tak ambil hati. saya terima sebagai teguran,pengalaman, even kelemahan diri pun. so adakah saya ni memang sensitif? tak sebab orang yang sensitif ni ada empati, mereka cepat terasa, hati mereka lembut. tapi sensitif touching2 saya ni bertempat. terutamanya dalam bersahabat,,again,,,bersahabat which mean; bukan berkawan. berkawan dengan bersahabat ni dua benda yang berbeza,,harap maklum ya. kalau dalam english tu kawan dengan sahabat ni beza macam friend dengan bestfriend gituuu. dan sahabat ni untuk sahabat. which mean kalau saya nak dapat sahabat, sya kena jadi sahabat dulu. untuk dapatkan yang baik, kenalah jadi baik dulu, then inshaallah allah tu maha adil. saya takkan dapat sahabat yang betul2 sahabat kalau saya belum jadi macam tu. even dalam sirah pun guna istilah para sahabat; terlalu besar sebenarnya maksud 'sahabat' tu mashaallah. indahkan ada sahabat? boleh jadi tempat penawar duka, berkongsi suka, saling memahami jiwa dan perasaan.. :) berbalik kepada topik asal dan istilah sahabat untuk sahabat; saya akan sangat2 terasa kalau orang yang saya anggap sahabat tak buat apa yang sepatutnya seorang sahabat buat.  even if they dont care...which makes me even more hurt.

    tegurlah saya kalau saya buat silap, nasihat kalau saya lupa, jangan abaikan saya dalam benda2 yang saya tak pernah abaikan kalian, doakan untuk saya juga, faham dan terima kelemahan dan perasaan saya,,dll (endless lists). cerewet saya kan? menyampah betul!! hahahaha,,well,,,thats a confession nway,,
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    dan mungkin sebab keretakan persahabatan yang saya sendiri cipta tu. bukan dengan sorang dua tapi ramai la. roomate saya pernah pesan pada saya; "nak hilangkan prasangka pada orang,kena faham dia." ya, mungkin kita hanya tahu nama, identiti dan kenal tabiat dia, tapi belum jiwa, perasaan, pendapat dan kisah silamnya. dan apa yang saya belajar, sebenarnya taaruf dalam berkawan ni bukan hanya sekali waktu mula bertemu, tapi selagi nyawa dikandung badan ecece...once kita faham orang tu, inshaallah mudah untuk tepis apa2 prasangka yang terbit pada mereka. bila dalam usrah lepas kami taaruf kali ke2 pun, rupa2nya banyak lagi benda yang saya belum tahu. dan alhamdulillah saya terasa kembali kemanisan ukhuwah itu dan inshaallah lepas ni saya nekad taknak rosakkan kemanisan ukhuwah apa pun dengan prasangka buruk saya ni. bila prasangka dalam bersahabat, maka spoil la persahabatan tu. sebab selemah-lemah ukhuwah adalah dengan bersangka baik dan berlapang dada. lagipun tak letih ke simpan apa-apa perasaan/dendam pada orang sedangkan orang tu tak kisah pun? haha kan kan..
    .
    .
    .
    .
    .


    entah kenapa lagu ni kena pulak dengan mood sekarang ni hihi


    selemah-lemah ukhuwah adalah dengan bersangka baik dan berlapang dada.
    if seteguh-teguh ukhuwah pulak camne ya? *deep thinking*

    Thursday, September 19, 2013

    teruskan bergerak untuk ummah.

    assalamualaikum warahmatullah

    alhamdulillah baru selesai taaruf dengan adik-adik juniors. sebelum ni rasa segan nak jumpa diorang sorang-sorang. tapi tadi pergi sorang-sorang jgk,,haha macam tak pernah jadi senior plak aku ni. kata budak sbp. dan alhamdulillah rasa terlerai amanah sebagai senior,,or should i say muhajirin dan ansar? hihi dan tadi,, walaupun dah tahu jawapannya saya saja tanya:

    "so far siapa je yang datang jumpa korang kat sini"

    nama-nama disebut semuanya,,ya,,semua, adalah naqib-naqib kat volgo ni. wah nampak tak mereka sedang bergerak. kalau dalam IPK, inilah yang dipanggil melasso atau bahasa kampungnya; memancing. memancing mereka untuk sama-sama masuk jemaah DnT mereka. mungkin nampak macam jahat kan memancing sebab kita letak umpan  memperdaya ikan-ikan kan kan camtu kan? dan ya memang jahat kalau ia paksaan tapi kaedah mereka dipanggil melasso. sebab sejak bermula new year of study, ada few status dan ideologi di laman sosial yang mengkritik gerakan-gerakan ini. kononya membuatkan juniors rasa terhutang budi lalu join usrah untuk membalas jasa seniors. so apa masalahnya kalau cara itu berkesan? dan buruk sangat kah mengumpan orang untuk menyertai kita dalam gerabak DnT ni?

    dakwah itu seni...

    ya, selain usrah ada beraneka cara untuk mendekatkan diri pada agama. malah cara-cara tu adalah seni-seni yang ada dalam berdakwah. mungkin ada orang suka cara kasar, lembut, ceramah2, penulisan, atau macam2 lagi yang lain. usrah adalah salah satu daripada seni berdakwah. malah walaupun agak tertutup dan kecil-kecilan, tapi specialnya usrah ni adalah kebersamaan dan tarbiyyah yang berantai. fokusnya pada pembinaan individu muslim yang mukmin. malah saya sendiri, kalau lah bukan senior approach mungkin sampai sekarang saya takkan berada dalam gerabak ini. adakah akan tersesat dengan ideologi sendiri? wallahualam. tapi itulah, untuk mengajak orang lain sama-sama dalam jemaah, first memang perlu tunjuk contoh yang baik, kemudian ajaklah walau dengan cara apa sekalipun asalkan bukan paksaan. mungkin ada orang suka hasil seni kita tu, ada tak suka. tapi itu semua berbalik kepada bagaimana kita mempromosikan hasil seni kita tu.

    tapi saya sendiri pun, menyertai usrah ni pun belum menjamin saya berada dalam gerabak DnT ni. saya masih baru lagi dalam dunia ni. masih banyak yang perlu belajar dan belum bersedia menerima amanah yang sangat berat tu. tapi saya nak kebangkitan islam tu berlaku lagi seperti yang dijanjikan allah. kalau tak sempat saya saksikan sekurang-kurang biarlah generasi seterusnya. apa sumbangan saya untuk itu? inshaallah itu antara saya dengan allah. tapi saya sangat menyokong mana-mana usaha mentarbiyyah ummat islam secara individu bukan dari atas takut berlaku macam kat mesir dan libya.


    dan satu-satunya cara yang saya nampak, adalah dengan usrah. setuju tak? anda bagaimana?

    p/s: kalau ada cara yang better, saya janji akan terjun ke cara tersebut, inshaallah...

    Tuesday, September 17, 2013

    tak study la kalau tak stress haha

    assalamualaikum warahmatullah

    stop wishing, start doing...
    stop wishing,, start doing..
    stop wishing,, start doing..
    study study study

    those words are everywhere, tapi kenapa bukan pada perbuatan?! ughh. dah dua minggu 2nd year mula, tapi saya masih terkial-kial tak tau nak buat apa. kadang2 buku depan mata tapi saya tertanya camne nak study subjek ni? aaaaa... yang akhirnya duduk la saya berjam-jam di meja belajar entah apa yang saya buat pun tak tahu..tak produktif langsung! macam orang bodoh. nak kata online pun internet slow macam siputt..nak bukak fb pun payah. even saya dah tahu dalam 7 orang ni siapa punca kelembapan internet tapi apa boleh buat saya kena respect senior saya. mujur mobile internet sini murah and pasang pada ipad je huhu. ohhh ya dah nampak distractionnya di situ wakaka. ipad! tapi soal internet,,bukan saya mengharap sangat pun, cuma saat perlukan internet, kelajuan internet tu parallel dengan mood kita. laju internet maka baik mood,,dan sebaliknya haha.

    adoii apa ni uba? study ni kan ibarat jihad. sebab study memang mencabar dan stress. betul tak? tak study la weyh kalau tak stress hahha. kalau nak senang takyah study. tapi kalau tak study maka fail la..kannn.. common sense la uba.. agak-agaknya kalau jihad menuntut ilmu pun ada mati, rasanya dah gugur syahid dah saya ni..ecece..bajet mujahideen la plak..study pun entah apa-apa..haha..

    mungkin cuti lama sangat kot hari tu..huhu..ohh momentum, pulang la..minggu ni kitorang free banyak kelas and lecture cancel so pulang la..haha..tapi jangan lupa, momentum takkan datang sendiri tanpa dicari..tapi camne nak cari??

    Sunday, September 15, 2013

    staying in the same room...zzz

    assalamualaikummm huhu

    wuuu ada internet macam takde internet je. bukan slow tau tapi memang tak dapat connect langsung sedangkan sebelum cuti hari tu fine je. rasa macam what purpose bayar tapi tak dapat internet? sebab takde internet susah nak online. nak study ( ecece), nak social, keeping in touch, nak update isu semasa malah nak entertain diri pun eventually jadi mendepresskan diri instead of that. menyesal pun ada tak pindah bilik hari tu, sebab tak sampai hati suruh junior pindah bilik lain. dia pun macam nak stay je dengan mofar kat bilik tu. kenapa saya nak dengan mofar? first sebab hobi sama, second sebab even dengan member sendiri pun saya serba salah nak mintak satu bilik dengan diorang tapi dengan mofar,,,awkward tu takde! entah aura apa ada pada dia membuatkan saya rasa selesa dengan dia hihi padahal taklah rapat mana pun.

    so perasaan serba salah nak suruh junior tu pindah akhirnya saya stay je kat bilik ni. sekali dengan arip and reza sedangkan sebelum cuti hari tu saya nakkkkkkk sangat tukar bilik.. sampai saya doa2 dalam sujud ya allah aku nak tukar bilik. sebab dalam bilik ni saya kena ikut rentak diorang yang sukakan sejuk ekstrem dan suka bilik yang lapang sedangkan barang saya banyak. jadi perasaan serba salah tu ditambah lagi dengan bila nak minta member masuk bilik diorang. ada dua bilik diduduki my batchmates both ada satu kosong. sebab previous roomate diorang pindah masuk apartment.

    shamin awal2 cakap
    "aku taknak bagi sape2 masuk, aku nak sorang!"
    so dia dah cakap camtu takkan la aku nak mintak pulak.

    akhirnya tersangkut lagi saya di sini. huhu. kebetulan akhir2 ni hampir tiap2 hari ada students indians india dari hostel kim masuk sini. then saya pesan pada diorang better korang ajak shamin masuk kalau tak takot ada student dari india masuk. bukan apa,,tapi korang nak tak roomate korang simpan air kencing dalam bilik? so thats why la. nampak tak betapa saya care dan sayang korang? then bole plak luqman cakap camni;

    " eh dulu kitorang ajak kau masuk kau taknak"

    errr bila? percaya tak kalau betullah ada, dah lama saya masuk atas pelawaan tu sebab bila tak dapat masuk bilik mofar and shamin saya mengharap bilik luqman and helmi lah. pastu bila aku cakap takde luqman minta support helmi. tapi helmi jawab;

    "bukan kau taknak roomate yang tak study sgt cam kitorang ni ke?"

    pernah ke aku cakap camtu? yang aku pernah cakap bagus jugak dapat roomate yang rajin study nnt kita pun nak study yang macam tu ada lah tak la sampai taknak camtu...then dia sambung;

    "kalau ada orang dari india nak masuk, baru aku ajak kau haha"

    lol. then saya senyap je la. saya faham sangat helmi ni, ni bukan kali pertama tapi dah banyak kali. helmi memang suka bersendirian. pernah saya tanya kenapa kau suka bersendirian sejak datang sini? dia kata bila bersendiri hati dekat dengan allah. ok saya admit kenyataan itu. malah saya pun rasa setuju, tapi if hampir setiap masa,,if saya ajak keluar dia taknak rupa2nya dia pergi tempat lain. yang saya paling terasa pernah saya ajak dia overnight rumah senior then dia taknak jadi saya pun cancel. nak tau tak? sebenarnya hari yang saya ajak tu dia pergi sorang2 rumah senior tu. ya allah betapa terasanya hati saya. mungkin sebab saya pernah hampir anggap dia bestfren saya jadi saya mudah terasa pasal benda2 camni.

    soal mereka tak jemput saya masuk bilik diorang, itu saya bersangka baik je. tapi andai saya berada di tempat mereka, saya akan ajak saya masuk bilik diorang. sebab kalau lah diorang tahu betapa saya nakk sangat keluar dari bilik ni, kalau lah diorang berada di tempat saya,,,hidup dalam penuh kepura2 an...sedangkan saya banyak bercerita pada mereka saya nak keluar dari bilik tu dan saya cakap saya cancel nak masuk bilik mofar. takkan mereka tak faham? tapi saya taknak terasa sangat sebab takot efek relationship nih.  dan alhamdulillah saya masih bersangka baik dengan mereka..buktinya saya masih diri saya dengan korang, suka lepak dengan kotang tiap2 malam haha..and saya respect la prinsip suka menyendiri dengan allah tu..malah kagum.. hihi

    setelah seketika saya diam, helmi seolah2 cuba comfortkan hati saya,

    "bukan apa uba, ..." ( sya dah lupa apa dia cakap sebab saya pintas ayat dia dengan berkata "chill2 aku tak amik hati pun")

    actually kan,,kalau korang luahkan perasaan pada saya, atau bagi reasons sebab nak comfortkan hati saya sebenarnya itu lagi saya terasa daripada if korang terus terang je the truth..seriusly. sebab saya hanya ingin jadi sahabat bukan beban. mohon terasa bagi yang berkaitan. and,,

    one thing yang saya belajar kan, jangan mudah melabelkan kawan sbgai sahabat. mudah bagi title 'sahabat' mudah untuk biarkan hati terasa. wakaka... sahabat, wujudkah dikau? *thinking*

    ya allah,,,i need my family,,,

    argh i hate this feeling... :(

    Friday, September 6, 2013

    syawal 1434@2013

    assalamualaikum warahmatullah

    syawal dah hujung-hujung baru nak update pasal raya hehe.. biarlah! kalau biarkan nanti memori tu terbiar lalu macam tu je.reput nanti haha..kan menarik simpan sini baik2 inshaallah nanti ada lah tu kronologinya. semalam baca post lepas pun tetiba nostalgia plak wakaka.. berbalik kepada raya, tahun ini actually kurang meriah sebab bukan 'turn' sini. sedangkan kami plak tiap2 tahun memang turn di sini. tapi still meriah dan seronok sebab hadir aleesya qashrina yang bertanggungjawab di atas histeria2 dan suara2 pelik di rumah kami sehingga ke hari ini,,hihihi.. maklumlah first time dapat anak buah..haha.. ok, proceed to pic terus..

    ini lah rumah yang menyatukan kami sekeluarga dengan sedara mara..dari dulu sampai sakarang
    aleesya qashrina aka qashy

    superman dan superwoman yang sebenar...ssshhhh ni rahsia tau
    yuhuuuu excited dpat bergambar dgn superman dan superwoman :D :D :D
    tahun ni dua family je raya kat sini..kebetulan tema sama warna BIRU POCOYO.. sedondong plak nampak lawa! haha

    candid bukit bharu
    1+1=13 hehe




    jumpa dengan students dari dagestan, boleh cakap russian dgn malay..malah dah hafal quran...pergh rasa hina je huhu tengok muka diorang pun bercahaya..nmpak tak? berbeza sungguh!
    family belah abuya, semua gather satu malam kat sini...jarang semua ada so gambar ni sangaatttt precious! ^^
    rambut terpacak, darah menggelegak ke kepala...gara2 geram dengan qashy! wakaka
    tentang kampungku sayang (tak tipu memang tu nama kampung kami!!sumpah demi allah! ekeke) saban tahun sejak akhir-akhir ini mesti ada orang "lama" yang "mendahului" ke rahmatullah. dan saya nampak kesannya budaya ziarah menziarahi makin pudar dalam kalangan orang-orang sini melainkan segelintir yang sedar pentingnya menyambung silaturrahim.. kalau bukan segelintir itu mungkin hilanglah muafakat sekampung di sini dan tak lama lagi, inshaallah giliran generasi Y pula yang akan meng-ibu-bapai generasi seterusnya. agak2 10 tahun akan datang, masihkah lagi kami menziarahi rumah-rumah yang kami ziarahi hari ini? ohh jawapan terletak pada kami adik beradik sendiri. we will see 10 years later. huhu. harap ikatan ukhuwah saudara mara di sini takkan putus sampai bila2. hmm,, *deep thinking*

    nway alang2 tu: SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN! kosong2 ye ;)

    Thursday, September 5, 2013

    DP berjemaah..

    assalamualaikum warahmatullah

    bagi saya sia-sia je tukar dp yang sama. i mean dulu la...macam takde function pun melainkan nak tunjukkan betapa caringnya kita pada mereka..hehe.. tapi hari nakba day, saya beralah atas sebab kononnya nak berjemaah. mungkin saya sangat suka akan konsep berjemaah tu kott, more to penyatuan ala2 perjuangan ikhwanul muslimin hoho. dan kali ini saya ingin berjemaah lagi untuk menunjukkan sokongan saya untuk morsi. tapi rupa2nya dp sama ni bukan saja untuk berjemaah semata2. mungkin allah nak tunjukkan; rupanya ia lebih daripada ingin menunjukkan solariditi kita untui mereka. sampai hari ni saja sudah 5 orang tanya saya apa maksud 4jari tu. see betapa mudah nak berjasa untuk ummah. sebab secara tak langsung dp kita menyebarkan mesej dan menimbulkan minat orang untuk tahu hal sebenar. sebab tak semua orang ada masa untuk cakna isu ummah, mungkin busy..mungkin tak busy cuma tak minat isu ummah so dp-dp kita lah yang mencambahkan minat untuk tahu. sekadar tahu pun actually better la daripada yang taknak tahu langsung..and kalau dah tahu inshaallah doa2 dilontarkan untuk saudara2 kita di sana juga... so itulah signifikannya dan benda ni takkan jadi kalau tak ramai yang tukar dp yg sama. haha.

    erdogan, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan 4 jari ni. :P

    cuma agak sayang jugak la sebab orang yang pernah mengajak sya ber'dp' sama tak sama2 berjemaah kali ini untuk mesir. tapi who knows dalam diam tu macam2 dia buat cuma kita je yang tak tahu. kann kannnn hahahaha..

    #pray4egypt #pray4syria #pray4palestine #pray4allmuslims

    *update 13sept*
    eh dia dah join jemaah dp ni hehe uraa