Saturday, December 24, 2016

JUNDI GENERASI KEDUA

Ada orang hebat di lapangan dakwah & tarbiyyah. Sangat disenangi dan itkhan (professional) dalam masuliyat yang diberi. Memegang jawatan penting dalam jemaah. Tsabat & qawiy. TAPI bila keluar atau di luar jemaah, dia.....
-pemalas/slow
-useless
-buat sambil lewa/ TAK IKHLAS
Hero dalam jemaah, zero dalam masyarakat. Sebab dalam jemaah yang 'YESMAN' itulah yg paling cepat naik. Bila diberi tugasan yg memerlukan tadhiyyah, mulalah rasa down dan lemah. Mujur ada ikhwah akhowat yg saling melengkapi. Tapi kalau takde ikhwah ahowat? jeng jeng jeng

Kalau yesman tapi banyak tadhiyyah bahaya jgk. Sampai satu masa, khuatir akan kepenatan dan rehat selamanya. Sebab tu kefahaman + amal kena coexist secara konkrit. IKHLAS jangan lupa utk meenjadi driving force di sepanjang jalan yg infiniti ni.

Hakikatnya nature dakwah dan realiti dunia ini tidak sama.
Ini zaman kebijaksanaan (menurut Stephen Covey dalam buku 8th Habit.). Zaman di mana modalnya hanya kebijaksanaan, hasil boleh berjuta kali ganda. Tak dapat hasil, maka hiduplah seperti zaman sebelumnya (zaman industri) yang mandiri hidup bermodalkan tenaga kerja manusia dan mesin.
Nature dakwah pula boleh jadi kita korbankan segala-galanya tapi takde hasil hha. 

Nasihat untuk diri sendiri dan teman, sementara berada di atas jalan ini;
1) Penting utk keluar dari ketiak ikhwah akhowat. Belajar tentang kepelbagaian bangsa. Luaskan networking. Satu lagi kalau kena 'game' dgn ikhwah akhowat takde la kecewa sangat.
2) Membaca. Penting utk seorang daie mengetahui ideologi yang ada, dan sistem yang sedang diamalkan di pelbagai peringkat. Untuk isu semasa, penting juga utk tahu geopolitik yang sedang berlangsung. Semua ni lagi syok berbanding RunningMan, apa2 la..
3) GET OUT OF UR COMFORT ZONE

THIS IS OPTIONAL, so to say.
Tak semua orang mampu menjadi kompetitif di zaman ini. Aku pun sama.
Tak mampu takpe, asalkan kita ada sesuatu yang boleh kita perjuangkan dan menjadi modal utk kita persembahkan kepada Allah nanti.
Sekurang-kurangnya sumbangkan apa-apa untuk mengislah dunia. Ada orang tak buat apa2 pun tahu nak enjoy je. Makan tidur berhibur *repeat*. 

Bukan apa...bayangkan tiba2 jemaah yg kita tsiqahi itu tiba-tiba sesat. Cth; Al-Arqam.
Ataupun cam berlaku di Mesir, hampir kesemua kepimpinan im dibunuh/penjara.
Bagaimana kau nak survive dgn sunnah terbesar dibahu kau tu nanti??

Satu lagi, jundi dakwah harus berada di pelbagai posisi dan lapangan barulah perjuangan ini membumi serta mendunia.

MULA PEDULI

SULIT MENJADI PEMUDA ZAMAN INI

Dahulu aku ada satu prinsip, kalau parti tu disokong ulama', maka parti itu adalah yang wajib diikuti. Kenapa? Sebab aku manusia biasa sahaja, ilmu agama aku takat silibus KPM sahaja. Tapi ikut itu tak sampai tahap taksub lagi, nauzubillah. Ulama walaupun perlu wala', tapi juga tak terlepas daripada kritikan dan kesalahan. Ulama tidak maksum meskipun yang kau sering rujuki.

Tapi makin lama hal menjadi semakin rumit. Ulamaku, ulamamu, ulama tu, ulama ni. Kita pun fulamak je. Mula-mula ulama di Malaysia sering berbalas kritikan. Di peringkat antarabangsa pun berlaku pertembungan fatwa dan pendapat dalam kalangan ulama. Hingga menimbulkan perdebatan dan konflik di pelbagai lapisan.
Hingga insan tidak bersalah menjadi mangsa kepada ijtihad-ijtihad yang tak berpijak pada kaedah yg benar.

Ummah (kita) sangat memerlukan ulama sebagai pengeluar ijtihad dan fatwa. Kita perlu merujuk kepada ulama. Cabaran masa ini apabila kita harus memilih ulama mana yang paling baik ijtihad dan fatwanya. Persoalan di sini apakah ciri-ciri yg perlu dijadikan panduan utk orang marhaen macam aku ni memilih?
Sekali je ada artikel Ulama Baik vs Ulama Jahat, then RIP ummah saja. ggwp. Haha. Tak berani aku nak google hha.

Solusi terbaik buat masa ini adalah kita harus bertabayyun dan berlapang dada. Tunjuki akhlak yang baik. Doakan yang baik-baik saja. Moga Allah memandu kita semua.

*Aku perlukan prinsip baru .

Tuesday, December 20, 2016

oh tuhan ini aku lagi

Oh tuhan
dari pelbagai kemungkinan, waktu dan kesempatan yang ada , berbagai telah aku rancang untuk tahun 2016 ini. Namun untuk hampir kesemuanya; gagal. Hingga aku jadi takut untuk merancang lagi. Rencana-Mu ternyata tak selari dan telah mengatasi segalanya. Namun tak apa. Cukup untuk aku tahu Allah adalah sebaik-baik perancang. Kulepas semua fikiran tentang merancang, ku serah kepada Allah segalanya utk sisa-sisa tahun ini (iaitu untuk ujian yang dipanjangkan ini).
Dari waktu yang dilanjutkan ini, aku tidak ada perancangan lagi untuknya. Ku pohon agar Kau rancangkan sesuatu untuk aku. Tunjuki aku. Aku tak reti bab-bab menghurai benda benda tersirat ni.

ya Allah
belum pernah lagi dalam seumur hidup aku berada dalam situasi ketandusan daya dan terkapai2 dalam satu kerangka masa yang sangat panjang.


Satu perkara yang bermain di fikiran aku buat masa ini. KENAPA. Kenapa ye Allah pisahkan aku daripada gerabak tarbiyyah yang aku tumpu selama ini? Terlalu banyak tarbiyyah ketinggalan. Tanggungjawab pun terbantut. Rumah tempat yang terbukti tak sehaluan dengan tarbiyyah.


Kalau diuji apabila berada di atas gerabak itu biasa. Tapi bila dicampak keluar dari gerabak....ini satu petanda yang tak bagus

seperkara tentang 2017, samada nak fight or flight. biar cita-cita menentukan. Dream & fear which one is bigger?

Friday, December 16, 2016

Ke hadapan Syria,

Ke hadapan Syria,

Sudah lima tahun hari-hari kamu hanya untuk menambah seksa sebelum bertemu mati. Walaupun tanpa bantuan kuasa dunia, tanpa simpati dan perhatian dunia. Bahkan dilipatgandakan serangan dan tohmahan fitnah media. Kekejaman rejim tak masuk akal hingga membuatkan aku mempersoalkan APA ITU MANUSIA? Panggil aja aku makhluk bewarna hijau, bermata empat, berkaki tiga. Manusia itu bagaimana? Kediaman media massa dan dunia adalah satu kejijikan.

Apalah kudrat aku mampu membantu, tapi sedikit demi sedikit aku mulai mengenalimu, Syria. Aku belajar tentang kekuatan. Aku mulai tahu seberat mana pun ujian yang aku hadapi, Syria melaluinya berjuta ganda beratnya. Mulanya aku berkecimpung dalam media, dalam aktivisme pun bertitik tolak daripada keazaman kamu. 'kalau muslim di jauh ditindas berkobar ingin bantu, bila kawan minta tolong pindah rumah malas'. Syria, aku mohon jangan kecam aku nanti di hadapan tuhan. :( Darimu aku belajar dunia ini hanya sementara. Setiap kali hati ini mengalami depressi yang melampau melihat penyeksaanmu, berkali-kali aku yakinkan itu adalah bahagianmu utk srazy ke jannah. Yes, DUNIA HANYA SEBENTAR teman.

Darimu Syria aku kenal tuhan. Aku hamba yg sering berlebihan merasa; titik lemah aku. Justru tuhan sering mencocok-cocok aku waima dengan sekecil-kecil ujian tapi bertubi. Sering aku bandingkan, mengingati diri bahwa Syria diseksa dengan seberat-berat ujian namun terus kuat kebergantungannya kepadaMu. NamaMu mereka sebut-sebut sedangkan ikhtiarnya sudah di atas garis batas- seolah olah cukup hanya Allah. Meski iman dan hatimu digoncang segoncang-goncang goncangnya.

Kini aku merasa bodoh kerana tiada apa boleh aku lakukan. Perit rasanya hanya mencukupkan kudrat hanya dengan doa. Tapi aku tahu HANYA ALLAH YANG MAMPU BANTU. La hawlawala ku wataillabillah. Allah bantulah Syria. Allah bantuulah Rohingya. Ya Allah bantulah muslim hari ini ditindas sesuka hati.

Ke hadapan Syria, 
ke hadapan Rohingya,
jangan kecam aku..

Ke hadapan generasi seterusnya,
minta maaf on behalf of my generation that we did nothing to stop the genocides..we killed humanity.
forgive mee

Friday, December 9, 2016

Diuji dengan cuti

Tiap orang yang hidup pasti akan diuji. Bahkan ujian hidup adalah bahagian yang mencorakkan perjalanan kita di sepanjang hayat. Lebih cantik, ia menghangatkan interaksi hamba-Pencipta, yakni kita dengan Allah.

Ternyata diuji dengan kesenangan itu lebih berat. Kalau kita berjaya melaluinya dengan syukur dan amal, maka beruntunglah ia. Tapi andai kita lebih kufur nikmat & jauh daripada Allah, maka ujian itu disebut istidraj. Awas ya dengan istidraj! Istidraj itu bukan lah Allah sengaja menghancurkan hamba itu dengan kesenangan. Mana mungkin. Hamba itu lah yg gagal menterjemah kesenangan dan kemewahan itu kepada amal. Lebih bodoh - membiarkan diri hanyut dalam arus duniawi.

Ujian kesenangan itu justru lebih berat. Lebih ramai yang tewas diuji dengan kesenangan berbanding diuji dengan perkara-perkara yang sukar & sulit. Terlebih ramai yang tenggelam denagn ujian kesenangan.

Nauzubillah

Monday, December 5, 2016

Nahhh Rohingya

Cantik islam ni. Dalam mencegah kezaliman pun dianjurkan untuk itkhan (professionalisme). Gunakan segala kudrat dan kuasa yang dikurnia untuk mencegah kemungkaran. Semua pasti biasa dengan hadis ini;
"Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)
TIDAK KENA CARA

Kepimpinan DS Najib diperlekeh dek demo Solidariti Sejuta Ummah Untuk Rohingya. Mengapa? Pertama, kerana beliau pernah menyebut demo itu bukan cara kita. Kedua, kalau boleh putus hubungan diplomatik, boikot, sanction, halau orang Myanmar. Mungkin boleh gunakan cara itu. Hari ini, Rohingya kembali merana...Ann Su Kyi tergelak bila ditanya tentang Rohingya. Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama SeDunia, TGHH pun boleh bangkitkan isu ini di peringkat OIC atau Kesatuan Ulama.

Ok saja untuk berdemo. Tapi tak kena caranya dengan pilihan yang ada. Kurang tepat. Nak dijadikan cerita, solidariti ini diperlekeh setelah ia berlangsung, padahal boleh je tegur sebelum belumnya demo. Itulah gimik-gimik dalam politik.

Eh tak tertanya ke? 
'Semua salah!! yang baik diam je, bila kerajaan buat silap sikit je bising!!'
Itulah realiti. by default, kerajaan & kepimpinan normanya wujud untuk membawa keharmonian dan kebaikan kepada rakyat. Sebab tu benda baik / betul kerajaan buat, kita diam. Tapi bila buat jahat /silap orang over-react. Itulah realiti. Orang hanya akan lihat norma yang tak normal.

WITH GREAT POWER COMES GREAT RESPONSIBILITY -spiderman-

Harapannya, moga kerajaan lebih progresif & tegas dalam mengurangkan penderitaan Rohingya.




Bagaimana pula di peringkat kita yang marhaen ini? spesifically yang tengah duduk bising menaip ni? Ada juga kuasa-kuasa yang ada boleh dimanfaatkan untuk ummah bukan? Setidaknya;
1- Berdoa
2- Sedekah
3- Kesedaran
4- Bantu REC, demo, etc
(kalau ada masa inA saya akan elaborate lah satu2, share link2 yg bermanfaat)

Satu persoalan untuk diri saya lah, tak peritkah mencukupkan kudrat yang ada hanya dengan berdoa dan menyumbang wang? Sedangkan tenaga muda & bakat disimpan rapi?
Kita rancak beraktivisma utk saudara2 kita di Timur Tengah, kita pertikaikan Raja2 Presiden2 negara2 Arab membiarkan Palestin dibantai Zionis, N A H H H sekarang Allah uji kita dengan Rohingya.