Ada orang hebat di lapangan dakwah & tarbiyyah. Sangat disenangi dan itkhan (professional) dalam masuliyat yang diberi. Memegang jawatan penting dalam jemaah. Tsabat & qawiy. TAPI bila keluar atau di luar jemaah, dia.....
-pemalas/slow
-useless
-buat sambil lewa/ TAK IKHLAS
-buat sambil lewa/ TAK IKHLAS
Hero dalam jemaah, zero dalam masyarakat. Sebab dalam jemaah yang 'YESMAN' itulah yg paling cepat naik. Bila diberi tugasan yg memerlukan tadhiyyah, mulalah rasa down dan lemah. Mujur ada ikhwah akhowat yg saling melengkapi. Tapi kalau takde ikhwah ahowat? jeng jeng jeng
Kalau yesman tapi banyak tadhiyyah bahaya jgk. Sampai satu masa, khuatir akan kepenatan dan rehat selamanya. Sebab tu kefahaman + amal kena coexist secara konkrit. IKHLAS jangan lupa utk meenjadi driving force di sepanjang jalan yg infiniti ni.
Hakikatnya nature dakwah dan realiti dunia ini tidak sama.
Ini zaman kebijaksanaan (menurut Stephen Covey dalam buku 8th Habit.). Zaman di mana modalnya hanya kebijaksanaan, hasil boleh berjuta kali ganda. Tak dapat hasil, maka hiduplah seperti zaman sebelumnya (zaman industri) yang mandiri hidup bermodalkan tenaga kerja manusia dan mesin.
Nature dakwah pula boleh jadi kita korbankan segala-galanya tapi takde hasil hha.
Nasihat untuk diri sendiri dan teman, sementara berada di atas jalan ini;
1) Penting utk keluar dari ketiak ikhwah akhowat. Belajar tentang kepelbagaian bangsa. Luaskan networking. Satu lagi kalau kena 'game' dgn ikhwah akhowat takde la kecewa sangat.
2) Membaca. Penting utk seorang daie mengetahui ideologi yang ada, dan sistem yang sedang diamalkan di pelbagai peringkat. Untuk isu semasa, penting juga utk tahu geopolitik yang sedang berlangsung. Semua ni lagi syok berbanding RunningMan, apa2 la..
3) GET OUT OF UR COMFORT ZONE
THIS IS OPTIONAL, so to say.
Tak semua orang mampu menjadi kompetitif di zaman ini. Aku pun sama.
Tak mampu takpe, asalkan kita ada sesuatu yang boleh kita perjuangkan dan menjadi modal utk kita persembahkan kepada Allah nanti.
Sekurang-kurangnya sumbangkan apa-apa untuk mengislah dunia. Ada orang tak buat apa2 pun tahu nak enjoy je. Makan tidur berhibur *repeat*.
Bukan apa...bayangkan tiba2 jemaah yg kita tsiqahi itu tiba-tiba sesat. Cth; Al-Arqam.
Ataupun cam berlaku di Mesir, hampir kesemua kepimpinan im dibunuh/penjara.
Bagaimana kau nak survive dgn sunnah terbesar dibahu kau tu nanti??
Satu lagi, jundi dakwah harus berada di pelbagai posisi dan lapangan barulah perjuangan ini membumi serta mendunia.
MULA PEDULI
Satu lagi, jundi dakwah harus berada di pelbagai posisi dan lapangan barulah perjuangan ini membumi serta mendunia.
MULA PEDULI
No comments:
Post a Comment