Tuesday, December 20, 2016

oh tuhan ini aku lagi

Oh tuhan
dari pelbagai kemungkinan, waktu dan kesempatan yang ada , berbagai telah aku rancang untuk tahun 2016 ini. Namun untuk hampir kesemuanya; gagal. Hingga aku jadi takut untuk merancang lagi. Rencana-Mu ternyata tak selari dan telah mengatasi segalanya. Namun tak apa. Cukup untuk aku tahu Allah adalah sebaik-baik perancang. Kulepas semua fikiran tentang merancang, ku serah kepada Allah segalanya utk sisa-sisa tahun ini (iaitu untuk ujian yang dipanjangkan ini).
Dari waktu yang dilanjutkan ini, aku tidak ada perancangan lagi untuknya. Ku pohon agar Kau rancangkan sesuatu untuk aku. Tunjuki aku. Aku tak reti bab-bab menghurai benda benda tersirat ni.

ya Allah
belum pernah lagi dalam seumur hidup aku berada dalam situasi ketandusan daya dan terkapai2 dalam satu kerangka masa yang sangat panjang.


Satu perkara yang bermain di fikiran aku buat masa ini. KENAPA. Kenapa ye Allah pisahkan aku daripada gerabak tarbiyyah yang aku tumpu selama ini? Terlalu banyak tarbiyyah ketinggalan. Tanggungjawab pun terbantut. Rumah tempat yang terbukti tak sehaluan dengan tarbiyyah.


Kalau diuji apabila berada di atas gerabak itu biasa. Tapi bila dicampak keluar dari gerabak....ini satu petanda yang tak bagus

seperkara tentang 2017, samada nak fight or flight. biar cita-cita menentukan. Dream & fear which one is bigger?

No comments:

Post a Comment