Saturday, December 24, 2016

SULIT MENJADI PEMUDA ZAMAN INI

Dahulu aku ada satu prinsip, kalau parti tu disokong ulama', maka parti itu adalah yang wajib diikuti. Kenapa? Sebab aku manusia biasa sahaja, ilmu agama aku takat silibus KPM sahaja. Tapi ikut itu tak sampai tahap taksub lagi, nauzubillah. Ulama walaupun perlu wala', tapi juga tak terlepas daripada kritikan dan kesalahan. Ulama tidak maksum meskipun yang kau sering rujuki.

Tapi makin lama hal menjadi semakin rumit. Ulamaku, ulamamu, ulama tu, ulama ni. Kita pun fulamak je. Mula-mula ulama di Malaysia sering berbalas kritikan. Di peringkat antarabangsa pun berlaku pertembungan fatwa dan pendapat dalam kalangan ulama. Hingga menimbulkan perdebatan dan konflik di pelbagai lapisan.
Hingga insan tidak bersalah menjadi mangsa kepada ijtihad-ijtihad yang tak berpijak pada kaedah yg benar.

Ummah (kita) sangat memerlukan ulama sebagai pengeluar ijtihad dan fatwa. Kita perlu merujuk kepada ulama. Cabaran masa ini apabila kita harus memilih ulama mana yang paling baik ijtihad dan fatwanya. Persoalan di sini apakah ciri-ciri yg perlu dijadikan panduan utk orang marhaen macam aku ni memilih?
Sekali je ada artikel Ulama Baik vs Ulama Jahat, then RIP ummah saja. ggwp. Haha. Tak berani aku nak google hha.

Solusi terbaik buat masa ini adalah kita harus bertabayyun dan berlapang dada. Tunjuki akhlak yang baik. Doakan yang baik-baik saja. Moga Allah memandu kita semua.

*Aku perlukan prinsip baru .

No comments:

Post a Comment