Saturday, December 24, 2016

JUNDI GENERASI KEDUA

Ada orang hebat di lapangan dakwah & tarbiyyah. Sangat disenangi dan itkhan (professional) dalam masuliyat yang diberi. Memegang jawatan penting dalam jemaah. Tsabat & qawiy. TAPI bila keluar atau di luar jemaah, dia.....
-pemalas/slow
-useless
-buat sambil lewa/ TAK IKHLAS
Hero dalam jemaah, zero dalam masyarakat. Sebab dalam jemaah yang 'YESMAN' itulah yg paling cepat naik. Bila diberi tugasan yg memerlukan tadhiyyah, mulalah rasa down dan lemah. Mujur ada ikhwah akhowat yg saling melengkapi. Tapi kalau takde ikhwah ahowat? jeng jeng jeng

Kalau yesman tapi banyak tadhiyyah bahaya jgk. Sampai satu masa, khuatir akan kepenatan dan rehat selamanya. Sebab tu kefahaman + amal kena coexist secara konkrit. IKHLAS jangan lupa utk meenjadi driving force di sepanjang jalan yg infiniti ni.

Hakikatnya nature dakwah dan realiti dunia ini tidak sama.
Ini zaman kebijaksanaan (menurut Stephen Covey dalam buku 8th Habit.). Zaman di mana modalnya hanya kebijaksanaan, hasil boleh berjuta kali ganda. Tak dapat hasil, maka hiduplah seperti zaman sebelumnya (zaman industri) yang mandiri hidup bermodalkan tenaga kerja manusia dan mesin.
Nature dakwah pula boleh jadi kita korbankan segala-galanya tapi takde hasil hha. 

Nasihat untuk diri sendiri dan teman, sementara berada di atas jalan ini;
1) Penting utk keluar dari ketiak ikhwah akhowat. Belajar tentang kepelbagaian bangsa. Luaskan networking. Satu lagi kalau kena 'game' dgn ikhwah akhowat takde la kecewa sangat.
2) Membaca. Penting utk seorang daie mengetahui ideologi yang ada, dan sistem yang sedang diamalkan di pelbagai peringkat. Untuk isu semasa, penting juga utk tahu geopolitik yang sedang berlangsung. Semua ni lagi syok berbanding RunningMan, apa2 la..
3) GET OUT OF UR COMFORT ZONE

THIS IS OPTIONAL, so to say.
Tak semua orang mampu menjadi kompetitif di zaman ini. Aku pun sama.
Tak mampu takpe, asalkan kita ada sesuatu yang boleh kita perjuangkan dan menjadi modal utk kita persembahkan kepada Allah nanti.
Sekurang-kurangnya sumbangkan apa-apa untuk mengislah dunia. Ada orang tak buat apa2 pun tahu nak enjoy je. Makan tidur berhibur *repeat*. 

Bukan apa...bayangkan tiba2 jemaah yg kita tsiqahi itu tiba-tiba sesat. Cth; Al-Arqam.
Ataupun cam berlaku di Mesir, hampir kesemua kepimpinan im dibunuh/penjara.
Bagaimana kau nak survive dgn sunnah terbesar dibahu kau tu nanti??

Satu lagi, jundi dakwah harus berada di pelbagai posisi dan lapangan barulah perjuangan ini membumi serta mendunia.

MULA PEDULI

SULIT MENJADI PEMUDA ZAMAN INI

Dahulu aku ada satu prinsip, kalau parti tu disokong ulama', maka parti itu adalah yang wajib diikuti. Kenapa? Sebab aku manusia biasa sahaja, ilmu agama aku takat silibus KPM sahaja. Tapi ikut itu tak sampai tahap taksub lagi, nauzubillah. Ulama walaupun perlu wala', tapi juga tak terlepas daripada kritikan dan kesalahan. Ulama tidak maksum meskipun yang kau sering rujuki.

Tapi makin lama hal menjadi semakin rumit. Ulamaku, ulamamu, ulama tu, ulama ni. Kita pun fulamak je. Mula-mula ulama di Malaysia sering berbalas kritikan. Di peringkat antarabangsa pun berlaku pertembungan fatwa dan pendapat dalam kalangan ulama. Hingga menimbulkan perdebatan dan konflik di pelbagai lapisan.
Hingga insan tidak bersalah menjadi mangsa kepada ijtihad-ijtihad yang tak berpijak pada kaedah yg benar.

Ummah (kita) sangat memerlukan ulama sebagai pengeluar ijtihad dan fatwa. Kita perlu merujuk kepada ulama. Cabaran masa ini apabila kita harus memilih ulama mana yang paling baik ijtihad dan fatwanya. Persoalan di sini apakah ciri-ciri yg perlu dijadikan panduan utk orang marhaen macam aku ni memilih?
Sekali je ada artikel Ulama Baik vs Ulama Jahat, then RIP ummah saja. ggwp. Haha. Tak berani aku nak google hha.

Solusi terbaik buat masa ini adalah kita harus bertabayyun dan berlapang dada. Tunjuki akhlak yang baik. Doakan yang baik-baik saja. Moga Allah memandu kita semua.

*Aku perlukan prinsip baru .

Tuesday, December 20, 2016

oh tuhan ini aku lagi

Oh tuhan
dari pelbagai kemungkinan, waktu dan kesempatan yang ada , berbagai telah aku rancang untuk tahun 2016 ini. Namun untuk hampir kesemuanya; gagal. Hingga aku jadi takut untuk merancang lagi. Rencana-Mu ternyata tak selari dan telah mengatasi segalanya. Namun tak apa. Cukup untuk aku tahu Allah adalah sebaik-baik perancang. Kulepas semua fikiran tentang merancang, ku serah kepada Allah segalanya utk sisa-sisa tahun ini (iaitu untuk ujian yang dipanjangkan ini).
Dari waktu yang dilanjutkan ini, aku tidak ada perancangan lagi untuknya. Ku pohon agar Kau rancangkan sesuatu untuk aku. Tunjuki aku. Aku tak reti bab-bab menghurai benda benda tersirat ni.

ya Allah
belum pernah lagi dalam seumur hidup aku berada dalam situasi ketandusan daya dan terkapai2 dalam satu kerangka masa yang sangat panjang.


Satu perkara yang bermain di fikiran aku buat masa ini. KENAPA. Kenapa ye Allah pisahkan aku daripada gerabak tarbiyyah yang aku tumpu selama ini? Terlalu banyak tarbiyyah ketinggalan. Tanggungjawab pun terbantut. Rumah tempat yang terbukti tak sehaluan dengan tarbiyyah.


Kalau diuji apabila berada di atas gerabak itu biasa. Tapi bila dicampak keluar dari gerabak....ini satu petanda yang tak bagus

seperkara tentang 2017, samada nak fight or flight. biar cita-cita menentukan. Dream & fear which one is bigger?

Friday, December 16, 2016

Ke hadapan Syria,

Ke hadapan Syria,

Sudah lima tahun hari-hari kamu hanya untuk menambah seksa sebelum bertemu mati. Walaupun tanpa bantuan kuasa dunia, tanpa simpati dan perhatian dunia. Bahkan dilipatgandakan serangan dan tohmahan fitnah media. Kekejaman rejim tak masuk akal hingga membuatkan aku mempersoalkan APA ITU MANUSIA? Panggil aja aku makhluk bewarna hijau, bermata empat, berkaki tiga. Manusia itu bagaimana? Kediaman media massa dan dunia adalah satu kejijikan.

Apalah kudrat aku mampu membantu, tapi sedikit demi sedikit aku mulai mengenalimu, Syria. Aku belajar tentang kekuatan. Aku mulai tahu seberat mana pun ujian yang aku hadapi, Syria melaluinya berjuta ganda beratnya. Mulanya aku berkecimpung dalam media, dalam aktivisme pun bertitik tolak daripada keazaman kamu. 'kalau muslim di jauh ditindas berkobar ingin bantu, bila kawan minta tolong pindah rumah malas'. Syria, aku mohon jangan kecam aku nanti di hadapan tuhan. :( Darimu aku belajar dunia ini hanya sementara. Setiap kali hati ini mengalami depressi yang melampau melihat penyeksaanmu, berkali-kali aku yakinkan itu adalah bahagianmu utk srazy ke jannah. Yes, DUNIA HANYA SEBENTAR teman.

Darimu Syria aku kenal tuhan. Aku hamba yg sering berlebihan merasa; titik lemah aku. Justru tuhan sering mencocok-cocok aku waima dengan sekecil-kecil ujian tapi bertubi. Sering aku bandingkan, mengingati diri bahwa Syria diseksa dengan seberat-berat ujian namun terus kuat kebergantungannya kepadaMu. NamaMu mereka sebut-sebut sedangkan ikhtiarnya sudah di atas garis batas- seolah olah cukup hanya Allah. Meski iman dan hatimu digoncang segoncang-goncang goncangnya.

Kini aku merasa bodoh kerana tiada apa boleh aku lakukan. Perit rasanya hanya mencukupkan kudrat hanya dengan doa. Tapi aku tahu HANYA ALLAH YANG MAMPU BANTU. La hawlawala ku wataillabillah. Allah bantulah Syria. Allah bantuulah Rohingya. Ya Allah bantulah muslim hari ini ditindas sesuka hati.

Ke hadapan Syria, 
ke hadapan Rohingya,
jangan kecam aku..

Ke hadapan generasi seterusnya,
minta maaf on behalf of my generation that we did nothing to stop the genocides..we killed humanity.
forgive mee

Friday, December 9, 2016

Diuji dengan cuti

Tiap orang yang hidup pasti akan diuji. Bahkan ujian hidup adalah bahagian yang mencorakkan perjalanan kita di sepanjang hayat. Lebih cantik, ia menghangatkan interaksi hamba-Pencipta, yakni kita dengan Allah.

Ternyata diuji dengan kesenangan itu lebih berat. Kalau kita berjaya melaluinya dengan syukur dan amal, maka beruntunglah ia. Tapi andai kita lebih kufur nikmat & jauh daripada Allah, maka ujian itu disebut istidraj. Awas ya dengan istidraj! Istidraj itu bukan lah Allah sengaja menghancurkan hamba itu dengan kesenangan. Mana mungkin. Hamba itu lah yg gagal menterjemah kesenangan dan kemewahan itu kepada amal. Lebih bodoh - membiarkan diri hanyut dalam arus duniawi.

Ujian kesenangan itu justru lebih berat. Lebih ramai yang tewas diuji dengan kesenangan berbanding diuji dengan perkara-perkara yang sukar & sulit. Terlebih ramai yang tenggelam denagn ujian kesenangan.

Nauzubillah

Monday, December 5, 2016

Nahhh Rohingya

Cantik islam ni. Dalam mencegah kezaliman pun dianjurkan untuk itkhan (professionalisme). Gunakan segala kudrat dan kuasa yang dikurnia untuk mencegah kemungkaran. Semua pasti biasa dengan hadis ini;
"Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)
TIDAK KENA CARA

Kepimpinan DS Najib diperlekeh dek demo Solidariti Sejuta Ummah Untuk Rohingya. Mengapa? Pertama, kerana beliau pernah menyebut demo itu bukan cara kita. Kedua, kalau boleh putus hubungan diplomatik, boikot, sanction, halau orang Myanmar. Mungkin boleh gunakan cara itu. Hari ini, Rohingya kembali merana...Ann Su Kyi tergelak bila ditanya tentang Rohingya. Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama SeDunia, TGHH pun boleh bangkitkan isu ini di peringkat OIC atau Kesatuan Ulama.

Ok saja untuk berdemo. Tapi tak kena caranya dengan pilihan yang ada. Kurang tepat. Nak dijadikan cerita, solidariti ini diperlekeh setelah ia berlangsung, padahal boleh je tegur sebelum belumnya demo. Itulah gimik-gimik dalam politik.

Eh tak tertanya ke? 
'Semua salah!! yang baik diam je, bila kerajaan buat silap sikit je bising!!'
Itulah realiti. by default, kerajaan & kepimpinan normanya wujud untuk membawa keharmonian dan kebaikan kepada rakyat. Sebab tu benda baik / betul kerajaan buat, kita diam. Tapi bila buat jahat /silap orang over-react. Itulah realiti. Orang hanya akan lihat norma yang tak normal.

WITH GREAT POWER COMES GREAT RESPONSIBILITY -spiderman-

Harapannya, moga kerajaan lebih progresif & tegas dalam mengurangkan penderitaan Rohingya.




Bagaimana pula di peringkat kita yang marhaen ini? spesifically yang tengah duduk bising menaip ni? Ada juga kuasa-kuasa yang ada boleh dimanfaatkan untuk ummah bukan? Setidaknya;
1- Berdoa
2- Sedekah
3- Kesedaran
4- Bantu REC, demo, etc
(kalau ada masa inA saya akan elaborate lah satu2, share link2 yg bermanfaat)

Satu persoalan untuk diri saya lah, tak peritkah mencukupkan kudrat yang ada hanya dengan berdoa dan menyumbang wang? Sedangkan tenaga muda & bakat disimpan rapi?
Kita rancak beraktivisma utk saudara2 kita di Timur Tengah, kita pertikaikan Raja2 Presiden2 negara2 Arab membiarkan Palestin dibantai Zionis, N A H H H sekarang Allah uji kita dengan Rohingya.

Saturday, November 26, 2016

Kenapa aku?

Tuhan tidak seperti yang aku sangkakan selama ini. Mungkin aku silap. Tapi aku tidak mahu ambil risiko lagi untuk menambahkan lagi sesak dada menghadapi ujian-ujian kecil ini.
Buat masa ini, cukuplah aku memadamkan sangkaan 'things will get better'. Ya, bukan! Persiapan mental dan fizikal kita haruslah ke arah sesuatu yang worse.

Hakikatnya ada pada siapa Tuhan pilih kau di masa hadapan.
*Elaborasi ini hanyalah sambungan daripada point ke5 post ini sahaja.*

Kalau Dia nak jadikan kau biasa-biasa. Maka ujian yg kau hadapi pun biasa-biasa. Irodat (kudrat) & hamasah yang kau ada pun biasa-biasa.
Kalau Dia nak jadikan kau luar biasa. Maka ujian yg kau hadapi pun luar biasa. Irodat (kudrat) & hamasah yang kau ada pun luar biasa.

Apa yang kau perlu tahu sebenarnya satu ni je;- Aturan Tuhan adalah sentiasa yang terbaik walaupun bukan yg paling cantik.

Monday, November 21, 2016

A Three Weeks Missions.

I don't wanna tell the details but the story goes like this; got document (passport & visa) problem so i have to go back to Malaysia. It's in the middle of semester. And require a lot of kaching. Plus it consumes my energy so much. Not to mention mental tiredness, you are exhausted without doing anything. In short, the collateral damages are many. And what i'm worried abt is the aftermath. Pheww ok stop here.

But what i learnt the most are these two things;
1) When you have documents problem in Russia and ur friend tell you to chill & relax. Dont. trust. that. person. Finish it fast! Think abt the money later.
2) Dont forget to thanks that person anyway. The effort matters.
3) Never postpone things.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ok. Forget abt it.

Now Mohammad Ubadah bin Zabidi, you have plus minus 3 weeks to make all the money, time and energy worth the lost & damages.
Make the 3 weeks worth a year (or more) of productivity.

Put aside time quantity, when it comes to productivity- A DAY's can beat A YEAR's. it's all about management & discipline. And i believe- the blessing of time.

Please. No rest.

1) Max 5 hours of sleep per day.
2) Plan a day ahead in advance.
3) Meet everyone and learn something from them.
4) Settle what brings you here first.
5) At least 1 khidmah per day!

Sunday, November 20, 2016

Bagaimana untuk kuat & tidak berputus asa? -L

Bila diri ditimpa musibah dari pelbagai 'arah', tak kurang yang memberi semangat. Jzkk khaer. Ada yang ingin meyakinkan dengan mengatakan diri ini kuat. Hardest battle for strongest soldier uu~ Ada yang ingin menggemberikan hati ini dengan mengingatkan ujian itu manifestasi cinta Allah. Namun hanya empunya diri tahu betapa payah diuji. Hanya hati yg diuji merasa betapa sesaknya dada. Celah mana kekuatan diri ini pun entah lah. Cinta Allah pun masakan diri ini...layak? Tapi moga-moga. Namun diri tahu selayaknya diuji dek kerana dosa & kelalaian tanpa nokhtah. *kafarah dosa*

Kita diuji bukan kerana kita kuat, kita diuji kerana kita lemah.
Namun menurut kadarnya sahaja. Yakinilah.

Bak kata arwah S,
'Bila Tuhan dah titah kita mampu, masakan kita kata Dia menipu'
*surah Al-Baqarah ayat 286

Tanpa ujian, mana warna dan mana warninya kehidupan? Persis ECG, ada R & ada S. Persis ombak, ada crests & troughs. Persis roda yang bergerak, kejap di bawah kejap di atas.
source

Kerana kita lemah, kita berusaha untuk menjadi lebih kuat.
Kerana kita lemah, kita merasa manis pahitnya sebuah kesabaran.
Kerana kita lemah, kita sedar kita hanya sekadar hamba.
Kerana kita lemah, kita kembali kepada Dia.

ya, kembali kepada Dia.
Kita lebih ihsan dalam beribadat. Solat makin khusyuk. Doa makin bersungguh-sungguh. Pengharapan & kebergantungan hanya pada Dia semata-mata. Kita lebih memikirkan akhirat. Sentiasa memikirkan hikmah dan ibrohnya. Menangis, menangis dan menangis.

Seorang sahabat saya ni satu je dia kata,
'Sabar je lah, satu hari nanti kau akan merindui juga detik2 ini.'
barangkali!

Tuhan juga menguji kita dengan musibah-musibah untuk meningkatkan darjat kita. Tuhan nak naikkan pangkat kita. Barangkali amal kita terlalu sedikit, lebih teruk (nauzubillah) tidak diterima. Maka Tuhan tetap menaikkan darjat kita melalui ujian ujian la tapi.

Sebenarnya, saya nak tegaskan...
.
.
.

.
saya tak kuat.

Khusus untuk menjawab soalan dari seseorang ini;
'camne nak kuat & tak berputus asa..?'
Mungkin salah orang ditanya, tapi weyhh aku pun sering bertanyakan soalan yang sama! Cheer! Jadi since sama2 mencari, tak rugi untuk aku share dapatan-dapatan aku sepanjang pencarian ini;

1- Fake it till you make it. Berusahalah untuk terlihat kuat meskipun hanya dengan berpura-pura. Percayalah, sebagaimana ketawa boleh berjangkit, begitu juga kekuatan. Pasti ada yang yang terinspirasi. Meskipun satu orang dan itu sememangnya cukup menginspirasi diri utk terus berpura-pura kuat mengenepikan penat dan damage yg menimpa. You will be full of charge again to fake it further....and eventually tadaa!! You are getting stronger!

And trust me, it is what most ppl need.

2- Bacalah & dengarlah kisah-kisah orang hebat. Satu yang common dan confirm pada mereka semua- mereka tak berputus asa! Dalam kerangka dakwah, lihat sahaja Rasulullah, kalau baginda berputus asa masakan kita dapat merasai nikmat iman ini. ;') Para jutawan dunia, bahkan sudah mencuba berpuluh cara dan berabis berjuta wang barulah terjadi keberhasilan.

3- Kalau kita berputus asa, tak ke ibarat berputus asa daripada rahmat Allah? Dia kan ada, hadapi saja! Jalan terus...lari laju2...kalau jatuh pun kita jatuh pada Tuhan :)

4- Bantu orang lain. Dalam kerangka ini, biasanya kita membantu orang yg lebih susah dari kita. Dan secara tak langsungnya, kita melihat realiti dunia. Telitilah, ramai yang lebih susah dari kita. Cakna! Di belah sana, hari-hari mereka hanya untuk menambah derita dan sengsara, sementara menunggu ajal yang belum kunjung tiba. :(

5- Percayalah Allah sedang menyediakan kita untuk sesuatu yang lebih besar! Ini logika yang biasa. Masakan kita layak buat master kalau degree pun belum ada. Masakan kita boleh masuk Olimpik kalau Sukma pun kita fail. Ujian juga seolah-olah ada sistemnya kan? Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Maybe  he wants to teach you something more. Maybe He is preparing you for something better. Maybe you are the playmaker all along without even knowing it? Who knows? Just sit tight, and enjoy the ride. =)

Yakin saja, apa yang Allah timpakan kita pada hari ini adalah untuk sesuatu yang Dia pilih kita di masa hadapan. Dan dalam konteks 'jalan' ini, samada untuk terus terpilih atau tertapis..............

....fuuhhh. Ayat tertapis tu sgt menakutkan. sebelum mengakhiri ayat di atas ni...nak bagitau sesuatu; kita mampu & dimampukan!!
.

.................maka berusahalah!

Saturday, November 12, 2016

Pabila ujian berbicara

"strength" starter pack
1- If God brings you to it, He will bring you through it
2- God gives his hardest battles to his strongest soldiers.
3- We are closer to him than his jugular vein. 50:16
4- Remember why you started.
5- Keep going. Each step may get harder, but don't stop. The view is beautiful at the top.
6- Allah is preparing you for something
7- "Kalau Allah dah titah kau mampu, masakan kau kata Dia menipu" -Syak, 1993-2015-
8- take one step towards me and i will take ten steps towards you. Walk towards me and i will run towards you. [hadith]
9- Berusahalah terlihat kuat, untuk menguatkan yang lain.

Wednesday, November 9, 2016

Walaupun diri diuji dan terus diuji, kita akan gagahkan diri.
Semata untuk positifkan diri sampai yang tinggal hanya kata,
''aku masih punya keluarga, cukup makan & tempat tinggal''
Rasa bersyukur yg amat kan?

Kalian pernah fikir bagaimana mereka yang tak punya itu semua?


Dan kalian tak tertanya ke bagaimana mereka dapat kekuatan?

Bantuan itu terlalu besar, akhi

"ini bukan soal dnt akhi tapi atas dasar ukhuwah, kami nak bantu nta"

Sorry i dont buy the idea of ukhuwah anymore. Tidak lagi. Cukuplah apa yang pernah berlaku dahulu memberi satu pengajaran. Kejatuhan yg paling sakit. Tapi itulah aku- bila berbicara tentang ukhuwah hanya mampu heh je.

Kau orang, dengar ini pesanan aku.

Ukhuwah (persahabatan)- tak selamanya indah. Sahabat-sahabat kita (ya, ikhwah akhowat termasuk juga) juga adalah manusia. Janganlah menzalimi mereka dengan ekspektasi-ekspektasi kita yang tinggi. Selalunya dihiasi bunga-bunga cantik dan harum. T A P I ada masa akan diuji.

iman kita adalah ukhuwah kita juga

Andai terasa pudar ukhuwah, semak iman kita

persis iman yazid wa yanqus (naik dan turun), ukhuwah juga ada ups & downs, ada crest ada trough, ada thick ada thin, ada refraction ada compression.

ok?

Buat ikhwah-ikhwah yang menawarkan bantuan, jzkk khaer.
Bantuan itu terlalu besar itu Ubadah Zabidi menampung budinya. Tak tidur malam nanti haha. Salurkanlah bantuan itu utk yg lebih memerlukan di luar sana.

inshaAllah, aku. tetap. menghargai. ukhuwah. ini.
Kalau tak jumpa aku di syurga, tanyakan Allah tentang aku deh.

Monday, November 7, 2016

Are You Following the Crowd? [tumblr]

When ‘Umar bin al-Khattab (رضي الله عنه) was walking in the market, he passed by a man who was supplicating,
اللهم اجعلني من القليل اللهم اجعلني من القليل
“O Allah, make me from the few! O Allah make me from the few!”
So ‘Umar said to him, “Where did you get this du`a’ (supplication) from?” And the man said,
“Allah in His Book says:
وَقَليلٌ مِن عِبادِيَ الشَّكورُ
‘And few of My servants are grateful.’ [Saba’:13]”
So ‘Umar wept and admonished himself, “The people are more knowledgeable than you, O Umar! O Allah make us from Your ‘few’ servants.”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sometimes when you advise someone to leave a sin, they respond with “But everybody does it, it’s not just me!” But if you look for the words “most people” in the Qur’an, you will find that most people -
ولكن اكثرهم لا يعلمون
“And however most people do not know” [7:187];
ولكن أكثرهم لا يشكرون
- “and most people do not show gratitude” [2:243]; and
و لكن اكثر الناس لا يؤمنون
“And most people do not believe” [11: 17].
And if you look for “most of them”, you will find:
وَأَنَّ أَكثَرَكُم فاسِقونَ
- “defiantly disobedient” [5 :59];
و لكن أكثرهم يجهلون
- “ ignorant” [6:111]; and
بل أكثرهم لا يعلمون الحق فهم معرضون
- “turning away” [21:24].
So be of the “few”, whom Allah says about them:
وَقَليلٌ مِن عِبادِيَ الشَّكورُ
- “And *few* of My servants are grateful.” [Saba’:13]; and
وَما آمَنَ مَعَهُ إِلّا قَليلٌ
- “But none had believed with him, except a *few*.” [11:40]
في جنات النعيم ثلة من الاولين و قليل من الآخرين
- “In the Gardens of Bliss: many from the past and a *few* from later generations.” (Al-Waqi'ah:12-14)
Ibn al-Qayyim (رحمه الله) said, “Go on the path of truth and do not feel lonely because there are few who take that path, and beware of the path of falsehood and do not be deceived by the vastness of the perishers.”

[Kitab al-Zuhd - Ahmad bin Hanbal; and Musannaf of Ibn Abi Shaybah ]

Friday, November 4, 2016

Jalan menuju Tuhan

Dakwah adalah satu perjuangan pembebasan. Membebaskan manusia daripada sistem pembudakan kepada dunia / sesama manusia, lalu membawa kepada perhambaan kepada Allah semata-mata. Allahughoyatuna. Allah adalah cita-cita agung!

Menjadi seorang daie bukan beerti tinggi peluang memasuki syurgaNya. Bahkan lebih solid alasan untuk dicampakkan ke dalam neraka. Seorang daie lebih terdedah kepada penyakit hati yang empat. Seorang daie mempunyai tugas kenabian yang perlu dipikul. Seorang daie mempunyai seluruh isi dunia yang bersepakat menghancurkan sinar Islam di atas muka bumi ini. Seorang daie perlu berlelah-lelah untuk menajamkan diri untuk menghadapi semua itu.
Lantas, apakah yang menggerakkan hati-hati itu untuk terus tsabat & bertadhiyyah di atas jalan ini?

*berfikir sejenak*

Dakwah mempunyai definisi jalan menuju Allah.
Dakwah itu juga cinta.
Kita menuju Allah dan kita tidak ingin masuk syurga sorang-sorang.
Kita mencintai Allah dan kita ingin agar orang lain juga mencintaiNya.



"Jalan menuju Allah adalah jalan dimana, Adam kelelahan, Nuh mengeluh, Ibrahim dilempar kedalam api, Ismail dibentangkan utk disembelih, Yusuf dijual dgn harga murah dan dipenjara selama beberapa tahun, Zakaria digergaji, Yahya disembelih, Ayub menderita penyakit, Dawud menangis melebihi kadar semestinya, Isa berjalan sendirian, dan Muhammad sallahu ‘alaihi wassalam mendpat kefakiran dan berbagai gangguan .

Sementara kalian ingin meraihnya dgn bersantai ria dan bermain-main ?
Demi Allah, takkan bisa terjadi."
— Ibnu Qayyim Al Jauziyah

Sedang gunung dan bumi pun menolak tugas menyebarkan risalah suci ini. Khuatir tidak mampu memikulnya. Tugas yang mengangkat darjat seorang nabi & rasul menjadi setinggi-tinggi darjat.
Masakan manusia-manusia yg lemah dan kerdil ini.
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit dan gunung ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh." Ahzab:72
Lantas, apakah yang menggerakkan hati-hati itu untuk terus tsabat & bertadhiyyah di atas jalan ini?.

hanya gerhana bukan terbenamnya matahari

hmm
Dakwah itu cinta
menuju Tuhan
jika para nabi & rasul diangkat kerana tugasan ini
maka utk menjadi yang terbaik di sisiNya
.
.
seorang manusia
harus memikul tugasan itu juga
demi meraih cinta itu

Kuatkan hati, tajamkan diri, wahai jundi-jundi dakwah
Bersabarlah dalam bersabar


Wednesday, October 19, 2016

Yang selayaknya

Sedang gunung dan bumi pun menolak tugas menyebarkan risalah suci ini. Khuatir tidak mampu memikulnya. Masakan seorang manusia yang hina dan penuh dosa.

Barangkali, aku perlu digantikan dengan yang selayaknya..
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit dan gunung ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh." Ahzab:72
Ya Allah, mengapa? 

Friday, October 14, 2016

Agent of Change

Nama saya Ubadah tidak ada apa-apa maksud. Ummi kata tu sempena nama sahabat Nabi SAW. Sebab tu saya ok je kalau dipanggil singkatan badah, bad, uba- maka tiada perubahan maksud. Sejak di INTEC, saya lock nama samaran saya kepada Uba sahaja. Selalunya orang melayu panggil/tulis Uba. Yang nak jadi ceritanya selalu orang bukan melayu panggil saya Ubah instead of Uba.

Ubah.
ubah : ansur perubahan yg berlaku secara beransur-ansur; evolusi.

Saya khaer sahaja tapi kadang-kadang saya terfikir jgk. Ok jugak Ubah, ada maksud.

Agent of change.
Islah.

ecece. Mungkin satu hari aku akan jadi pengubah dunia. KAH berangan la kau kejap

Somehow boleh jadi juga 'ubah' itu satu arahan. Ubah lah uba! haha

Ikhlaskan hatimu. Ikhlaskan!

Dulu aku definisikan ikhlas sebagai semata-mata kerana Allah.
Bila dah lama (4 tahun baru) berada dalam DnT, ikhlas itu sering didefinisikan sebagai...ISTIQAMAH.

"...untuk istiqamah dalam jalan ni kita perlu IKHLAS..."
"...ramai yang tercicir dari jalan dakwah ini lantaran keciciran IKHLAS..."

Aku belajar, bukan kemahiran yang membuat kita tsabat,
bukan ilmu / amal yang membuat kita tsabat.

Tapi IKHLAS.

Bila bercakap tentang ikhlas, kita boleh juga kaitkan dengan istiqamah. Kerana mereka co-exist. Wujud seiringan.
Letakkan tahapan- tahapan ilmu dan abiliti; yang pertama dan kedua adalah biasa, tapi yang ketiga adalah luar biasa untuk didengari tapi beberapa sumber memang ada menyebut;

1) amateur
2) professional
3) istiqamah

Aku mempunyai 2 tahun sebelum keikhlasan aku di jalan ini diuji. Adakah aku betul-betul ikhlas? Adakah aku masih meniti jalan ini selepas graduasi?

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Kuncinya adalah istiqamah.
Sendinya adalah ikhlas.

Ikhlaskan hatimu. Ikhlaskan!

"Iblis menjawab, "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka." (QS. Shad: 82-83).



Tuesday, October 11, 2016

Hati ke hati

Dulu saya memandang dakwah ini hanya pada amal-amal & aktiviti semata-mata. Kalau boleh biarlah tiap hari meeting, tiap minggu berpogram, tiap malam stay up,,,,asalkan kerana amal & aktiviti dakwah, maka segala kepenatan & keletihan terasa berbaloi. Hatta berbahagia hati dengan bertimbunnya amal & aktiviti. Sampai satu masa, diuji dengan kepenatan yang teramat, didera dengan kegelisahan hasil amal kita. Mana hasilnya? Berpenat bekorban camni pun progres dakwah masih statik.

Boleh ke dakwah ini pergi jauh? Ke mana hala tuju dakwah?

Akhi,
banyak pogram itu bukan bermakna banyak amal kita. Itu hanya tanda kita bergerak, menumpang hidayah yang Allah kurniakan ini. Layakkah kita melabelkan pogram itu sebagai amal sedangkan entah diterima oleh Dia atau tidak. Kita tidak tahu. Hanya Allah yang layak membalas amal kita.

Akhi,
dakwah ini bukan terletak pada usrah dan pogram semata-mata. Keberhasilan dakwah bukan kerana kita hebat, mahupun bijak dalam berkata. Bukan juga kepada sejauh mana tad'hiyah (pengorbanan) kita. Keberhasilan dakwah tidak terletak pada teknikal. Mari sini peringatan buat kamu dan aku;

Keberhasilan dakwah adalah kerana kesucian dan keikhlasan hati - hati jundi dakwah itu. 

Capailah rohaniyyah al-aliyyah ( tahap rohani yang tertinggi). Setiap yang keluar dari hati, akan menembusi hati. Yang berjaya melepasi hati, pasti mampu menembusi hati juga. Logik yang biasa. Kurangkan fokus pada teknikal semata- mata. Basahkan hati untuk membasahi.

Apa khabar tilawah kamu..
apa khabar mathurat harian kamu..
.apa khabar puasa sunat kamu
apa khabar tahajudmu
[dan senarainya tak berhenti di sini sahaja..]
...
.....
...

Wednesday, October 5, 2016

Slow.

Saya lebih suka gerak solo. Lebih cepat berbanding ramai-ramai. Tapi sya tetap percaya dengan peribahasa, 'if you wanna go fast, go alone. if you wanna go far, go together'. Tapi sya juga percaya, fast and far boleh dicapai serentak. Sya sendiri sering mempersiapkan diri sya untuk mencapai kedua kpi tersebut. Saya rasa sya lebih cepat jika sendirian. Itulah jiwa rebellious sya.

Hakikatnya sya bukanlah seorang yg laju. Dalam hampir semua perkara, sya slow. Dalam sukan sya lambat belajar. Dalam pelajaran sya susah nak menghafal. Sya sangat blurr dalam perdebatan atau ucapan. Sya memang slow. Salah satu perkara, sya sangat slow di dalam DnT. Sedang ikhwah ikhwah lain sudah membawa usrah, membicarakan isu kritikal, lantang bersuara. Saya......masih dalam tangkung yg sama.

Sya menyedari kelembapan sya, dengan cara yg pada sya kejam. Sya tak mahu ingat balik.

Dan untuk sya mengejar mereka yang di hadapan, sya harus melalui ujian demi ujian. ujian dalam ujian. Jatuh bangun berkali kali. Paksaan dan kerahan kudrat. Sampai satu hari saya fikir. Mungkin inilah caranya untuk sya bergerak. Cukup bila saya kata akhirnya saya faham perancangan Allah itu sentiasa yg terbaik. Mungkin tanpa cara ini, sya sudah lama tercicir dari jalan keselamatan ini.

Perjalanan ini memang panjang,
cepat atau lambat sekurang-kurangnya aku berjalan.

Alhamdulillah atas peluang ini , Allah

Sunday, September 18, 2016

Hashtag Group Terpisah

Enam tahun kalau tiap-tiap hari jumpa. Kena marah bersama. Jadi kesayangan bersama. Panas & hitam bersama. Mengharungi suhu -30 bersama. Model tanpa berbayar, hingga lahirnya 2 photographer. Dengar talk politik dalam bahasa Russia percuma tiap minggu. Apa lagi di negara Soviet yang menguji survivaliti & mental mengejar segulung ijazah perubatan. 1001 memori tercipta.
Tup tup kami dipisahkan. Di pertengahan jalan. Kini 3 minggu sudah berlalu memikirkan setiap pagi yang dilakukan sekiranya masih satu group. Sedih memang sedih tapi aturan Tuhan itu sentiasa kena pada tempat dan masanya. Hidup memang ironi , Tuhan akan menguji di titik yang paling lemah. Hingga kita dapat menutup titik tersebut dan terus ke fasa seterusnya.
Barangkali, sebelum terlebih gula dan garam, Tuhan tahan untuk mencukupkan. Biar secukup rasa.

Sunday, September 11, 2016

Nota kecil: Pengorbanan.

Cantik pula aturan Allah kali ini. Korban Bayram betul-betul jatuh pada awal semester. Saya percaya itu bukan satu kebetulan. Tahun ini merupakan tahun yang lain- kira macam sebuah bab baru. A brand new chapter in my life. Apabila rumah tidak relevan dijadikan zon selesa. Apabila teman perjuangan belajar dirombak sepenuhnya. Apabila sosok sosok inspirasi sudah tidak ada lagi. Mujur bekalan mental dan emosi sudah dipersiapkan awal awal lagi. Berbulan awalnya ekeke.

Akhirnya ia membawa saya ke satu tekad:
Sebagaimana selama ini aku sering terinspirasi, sudah tiba masa aku pula harus menginsporasi kepada generasi selanjutnya.

Maka beserta Korban Bayram, dari sini saya terfikir satu pertanyaan lanjutan,
apakah ibroh yang boleh diambil daripada interaksi kedua hal ini?

Yang terus terfikir oleh saya ialah HAKIKAT SEBUAH PENGORBANAN.

Bercakap soal pengorbanan amat mudah, namun untuk mempraktikkan ke dalam kehidupan seharian- setaraf macam Malaysia nak dapat pingat emas olimpik pertama. Huhu. Namun tidak rugi untuk memahami apatah lagi mencuba.

1- Hasil adalah directly proportional kepada pengorbanan.
Sejauh mana (to which extent) kita sanggup bekorban, sejauh itu jugalah hasil yang kita dapat. Andai kata lah, andai kata hasil yang kita perolah tidak setimpal dengan pengorbanan kita, tidak mengapa. Yang jelas, ada keberkahan di situ. Suka untuk saya katakan ini, at the end it's still worth the 'losings' & gains. At least the blessing of God Allah.

Bahkan, kejayaan yang kaudapat akhirnya hanya membuatkan semua pengorbanan itu kecil belaka.

2- Pengorbanan co-exist untuk berbagai perkara besar.
Tidak ada kemenangan, tanpa pengorbanan,
Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan.
Tidak ada cinta, tanpa pengorbanan.
Tidak ada kemanisan tanpa pengorbanan.

3- Pengorbanan itu keperluan untuk dakwah dan tarbiyyah.
Ini yang terpenting. Masakan perkara besar kaudapatkan tanpa pengorbanan? Persis lilin; dirinya terkorban demi menyinari yang lain. Wang, masa, perasaan, tenaga bahkan sampai satu tahap- nyawa. Itulah lumrah jalan ini. Jalan yang sangat melelahkan. Jalan yang sering menyakiti....ah,,, masih terlalu jauh untuk aku bercakap tentang ini. Sedangkan melaju ke hadapan pun aku masih berkira.

Jangan mengaku berjuang jika enggan bekorban, wahai diri wahai teman.

View dari bilik
Hmm. Sebenarnya apa itu pengorbanan? Layakkah dipanggil pengorbanan jika pada akhirnya berhujung pada yang bernama 'hati'? Bagaimana ia boleh menjadi indikator ikhlas- adakah wujud isitlah bekorban kalau memang ikhlas? Apakah limitasi bekorban?

kerana...

At the end of the day, chances for everyone to enter jannah are the same.

Friday, September 9, 2016

Awal semester.

Awal semester merupakan fasa yang kritikal. Dalam skop pelajar Malaysia di Russia, awal semester merupakan konflik emosi , mental & fizikal. Pulang dari tanah air tercinta setelah 2 bulan 'diternak'. Yang lebih menghibakan, meninggalkan insan insan tersayang lalu membawa sejuta harapan. Tak lupa beg beg yang berjumlah 40kg++. Setibanya di Rusia, perlu melepasi imigresen yang ketat, kemudian melapor di universiti. Kalau lambat kena denda 40k rubles (3k myr). Lalu bermulalah semester baru- praktikal exam, medical check up, urusan rumah. Yang lebih perit- momentum untuk belajar. Awal semester meeting & laporan hampir setiap hari. Kashmar untuk para aktivis. Yang paling sakit antara semua, untuk bangkit daripada futur.

Futur? Jangan-jangan itu adalah kebodohan kita sendiri. Kali ke 4 sudah. Seorang muslim tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Jangan-jangan selama ini kita hanya berjuang dengan masalah yang tercipta dengan kebodohan kita sendiri. Atau, bahkan itulah ujian yang sesungguhnya.

Mujur wujudnya 'awal semester' ini. Kalau terbiar dalam kefuturan lebih lama sikit, boleh terkandas jadinya. Ternyata, jalan ini bukanlah untuk orang yang lemah. Jalan ini neraka untuk orang yang ingin bersenang-lenang. Maka aku harus mencari semula kekuatan! Tangguhkan kesenangan!
"Keberhasilan dakwah bukan kerana kita ni hebat, profesional mahu pun bijak berkata dan menyampaikan materi.
Keberhasilan dakwah adalah kerana kesucian dan kekuatan hati kita. Kekuatan kerana kuatnya tafarrugh kita pada Allah dan kerana hati kita lillah!"
-muharrikdaie-
Apa khabar hamasah?
mampukah ia membasah?

Manfaatkan peluang dan masa yang diberi, wahai jundi.

Friday, July 1, 2016

Pray for Turkey

Alhamdulillah rasanya dah habis jetlag daripada 3 hari 3 malam perjalanan pulang ke Malaysia. Tapi apabila jam menunjukkan jam 2am, di Russia baru 9pm. Menjadi satu cabaran untuk membetulkan semula irama sistem circadian tubuh badan ni. Bak kata kawan, kat Msia jangan banyak tidur, kalau tak rugi masa kat Msia :P

Perjalanan pulang kali ini merupakan yg paling mencabar setakat ini. Cabarannya seawal memilih tiket flight. Kenapa? Kerana pulang bertiga hhe *kucing~

Buat pertama kalinya sya istikharah untuk memilih flight. Senior2 & kawan2 memesan untuk pilih Turkish Airline. Entah kenapa sya membeli Emirates walaupun harganya lebih mahal. Hasil istikarah barangkali.

Musibah bermula seawal membeli tiket sehingga saya perlu pergi-pulang ke Moscow (14jam perjalanan sehala dengan menaiki bas) untuk ke pejabat Emirates. Yang lebih mencabar adalah di Lapangan Terbang Dubai. Terpaksa 'membuang' hampir 500usd dan menghabiskan 5 jam transit di balai polis. Lebih perit bila ia berlaku pada hari jadi sya. :P

Malu untuk memikirkan, pada ketika itu sya mula mempersoalkan istikharah serta kemustajaban doa musafir & Ramadan. Jika sejak awal memilih Turkish Airline, pasti semua ini takkan terjadi. Namun sya ingatkan pada diri, apa lah sgt ujian ini dibandingkan dengan kehilangan orang tersayang. Ini adalah yg terbaik!

Namun, persepsi saya berubah apabila menerima berita serangan di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul. 42 terkorban & 239 cedera. Penat, masa & wang yang lesap itu MUNGKIN untuk dijauhkan daripada bencana yang lebih besar. wallahu A'lam. Hanya mampu bersangka baik padaNya.

Apa yang sya belajar, seharusnya kita faham intipati sebuah ujian dan kuasa sebuah doa. Jika kita bersabar, lambat atau cepat, segala hikmah akan menyusul kemudian. Biasa kan? :)

**********************************
NAMUN, persepsi ini terlalu kecil untuk ditimbal balik dengan kekesalan & kesedihan yang berlaku berikutan serangan terhadap Turki itu. Berita itu jauh lebih berat utk sya terima berbanding 'persepsi' itu. Turki berada sangat dekat dengan saya. Jatuh cinta padanya seawal kaki belum menjejak ke sana. Sering di hadapan memberi bantuan dan menegakkan keadilan. Malangnya, dikhianati oleh pengganas & penaja yang sungguh zalim.

Thursday, June 16, 2016

Kita akan terus diuji dan teruji.

#copypaste #muharrikdaie

Akhi.
Sebenarnya kelemahan adalah perkara biasa didalam organisasi. Kita akan terus diuji dan teruji. Sebab itu kita kena ‘menghayati tarbiyah’!
Jika hanya mengikuti tarbiyah tetapi tidak menghayati tarbiyah, kita akan kehilangan ‘rasa’.
Apabila kehilangan rasa , kita ibarat benda yang tidak bernyawa yang tak punya lagi kendali diri. Itulah puncanya.
Menghayati tarbiyah bukanlah sesuatu yang mudah kerana kamu harus mengekang diri kamu dari istirihat kerana istirihat ini adalah musuh terbesar kita meskipun berada didalam kesibukan yang mendera.
Sebab itu kita lihat ramai yang mengikuti tarbiyah tetapi tidak berprestasi dan tidak produktif. Lemah dan terus lemah meskipun mereka adalah pemimpin, murabbi dan sebagainya sedangkan mereka sepatutnya punya gerak yang tak kenal henti. Teguh dan tidak kenal menyerah kerana itulah bukti kejujuran dengan dakwah ini!


Tapi apa yang berlaku kepada kita tidak seperti Abu Ayub Al Ansari yang sentiasa bersemangat biarpun usia mencecah 80 tahun masih didalam jihad.
Adapun kita adalah yang suka istirehat.
Tidur sepenuh kelopak mata. Makan sepenuh mulut. Tertawa sepenuh kerongkong dan menghabiskan waktu dengan FB movie Youtube hingga yang terjelma dari diri kita adalah tubuh tubuh yang gemuk dan montel serta airmuka yang keruh keletihan dalam istirehat!


Marilah akhi …
kita menuju kepada pengislahan.
Menuju hasasiyah iman dan taqwa dan meninggalkan istirehat dan menjadi manusia cahaya yang bersedia menerangi diri kita dan manusia lain. Agar satu hari nanti kita tidak berlari ketakutan menghindari kematian dan dapat menghijab diri kita dari kesakitan kematian yang melolong.
Jangan kita jadikan waktu yang berbaki ini bagai limbah yang tak berharga dan menjadi pak turut kepada dunia.

Jadilah kita seorang pencinta.
Memang seorang ‘Pencinta’ sibuk dengan cintanya. Sehingga dia merasakan kelazatan seluruh yang dicintanya. Jika banyak perkara yang ia cinta maka ia harus membahagikan ruang waktu untuk semua yang dicintainya.
Wahai Allah aku bantu aku dijalan ini dan matikan aku dengan pahala syahid yang akan memelukku.



Saturday, May 21, 2016

imitasi sebuah perlian.

Kau bicara tentang beratnya sakit yang kau alami, sedang kau baring berbawahkan tilam dan beratapkan bumbung.

Berselimut biri-biri, bantal kanan dan kiri.
Gajet-gajet terbaru dan terkini menemani.
Supply heater@kipas terpasang tak henti2.
Tidak sempat perutmu berkeroncong, makanan sudah ditelan hatta mulutmu sentiasa mengunyah.

Lalu kau bicara tentang beratnya ujian yang kau alami,

Tapi di suatu sudut dunia, ada manusia yang cuma hari-harinya untuk sekadar menambah seksa- memenuhi ruang menunggu masa 'dipanggil' kembali ke usulnya.

Dunia - masing2 tak sama. tapi,
pada akhirnya tiada apa-apa.
#keepgoing
# Mengeluhlah tapi jangan sampai mengalah
# random

********************************
Tanya pada diri, berapa banyak mengeluh? mengapa mengeluh?
Saat kau mengeluh
ujian jadi perlian
bahawa dirimu masih lemah.


**********************************
perkuatkan apa yang lemah
yang dah kuat, perkuatkan lagi untuk yang lebih besar

Saturday, May 7, 2016

Obsesi di jalan ini - Ukhuwah

Akhi.
Ukhuwah itu adalah simbiosis sesama manusia. Dan mungkin keterlaluan untuk aku katakan- manusia itu seifatnya menghampakan. Yang tak pernah dan tak akan menghampakan kita hanyalah Allah- andai kita benar2 mengenali. Sahabat-sahabat kita hanya manusia. Bahkan kita juga.
Ukhuwah banyak menggerakkan akh di jalan ini. Ukhuwah adalah manifestasi percikan cinta Allah buat hamba-hambaNya. Percikan itu terlalu hebat, sampai menjadikan ukhuwah itu obsesi. HINGGA pahit manis yang dirasakan di jalan ini, berkait rapat dengan ukhuwah. Alangkah indah kalau sentiasa manis. Bagaimana kalau ia tiba2 pahit?
Maka akhi.
Bersedialah untuk belajar- the thing in which i learnt the hard way- ukhuwah itu bukan segala-galanya. Ingat tak sekalung nasihat: tidak kurang ikhwah yang mencari haluan sendiri lantaran kecewa dengan ukhuwah. Aku juga pernah jatuh berkali-kali hingga aku menjadi takut untuk bercakap tentang ukhuwah. Pada akhirnya, Allah jualah penguat yang tak ada ganti.
Namun aku tetap tak memandang kecil pada ukhuwah. Ukhuwah adalah ikatan persaudaraan.
Kerana sebelum munculnya kemenangan- sehingga menguasai 2/3 dunia, ikatan itulah yang hadir memandu. Ayat paling cliche: Together we can do more!
"....maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana NIKMAT itu, sebagai orang-orang yang bersaudara" (Ali 'Imran [3]: 103)
Bahasa ukhuwah adalah bahasa cinta.
Bahasa yg aku masih masih bertatih belajar.
Ukhuwah itu dasarnya iman.
Kalau terasa pudar, imanlah yang harus dibajai.

#DombayBrothers #1mei2016

Friday, April 29, 2016

3 in 1: Proaktif+kreatif+sensitif in izzah

Pelbagai pembacaan bahkan kajian membicarakan tentang- proaktif, kreatif, & sensitif. Sedangkan ketiga-tiga sifat tersebut adalah natijah daripada IZZAH.

Izzah di sini bukan Nurul Izzah atau Izzah Zafirah.
Izzah dalam terjemahan terus adalah maruah. Ia di sini adalah apa!

Nak tahu maksud skema apa itu izzah, boleh google sendiri, bukan di sini hee.
Apa yang saya faham,ringkasnya izzah adalah mempersatukan diri dengan sesuatu.

Misalan kilat- dalam organisasi/jemaah. Bila kita sudah izzah, maka segala kecenderungan fikiran dan emosi akan dinisbahkan kepada organisasi/jemaah tersebut. Naik turun, besar kecil bahkan kelangsungan organisasi/jemaah itu adalah misalan keadaan hati kita.
Sama juga pada perkara seremeh fashion, games, sukan, etc.


Sudahkah kita izzah dengan agama kita?
Sudahkah kita izzah dengan ummah?

Wednesday, April 20, 2016

Memaknai prinsip ikhlas

wa kalimatil ikhlas
berpegang kepada kalimah ikhlas

*memaknai potongan maathurat*

Ikhlas yang semua maklum adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan balasan daripada orang. Kita berlepas diri daripada manusia - for The One and only, Allah.

Apabila Allah adalah tujuan kita, maka segala lelah, dunia, nafsu dll tak mampu menghentikan kerja kita. Ikhlas adalah driving force, enough said.

Ikhlas juga mengandungi definisi pembebasan. Membebaskan diri daripada penggantungan dan pengharapan kepada dunia dan manusia. Bahkan pembebasan daripada syaitan;
Iblis mengakui ”Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang diikhlaskan di antara mereka.” (Shad: 82-83)

Ikhlas adalah kualiti. Beribadah 24/7 pun, berdakwah sampai lebam pun, tak berguna jika tidak disertakan dengan ikhlas. Amalan kecil yg ikhlas lebih baik daripada amalan banyak yg tidak ikhlas.

"Ilmu ikhlas itu sulit. tapi hadiahnya juga melangit. sabar itu sukar tapi hadiahnya akbar ~ " -quoted from tumblr


Ironinya, ikhlas sungguh sulit.. Namun hidup tanpa ikhlas, jauh lebih sulit. Malah, sakit. Namun sulit bukanlah mustahil- bukan kata nama, tetapi adalah adjektif. Maka ikhlas adalah proses- ada awal, ada tengah dan ada akhir. 

Ternyata...proses itu sumpah susah
ikhlas
adapun di awal, belum tentu kekal ke akhir...
belum di awal, harus dilakukan dengan paksaan...
either way, it's a torture!

Driving force, 
pembebasan, 
kualiti,
Tapi logiknya, sesuatu yang besar takkan tercapai dengan mudah.

#manusiayangmasihmecobauntukikhlas
namun sampai bila harus aku 'membakar ranting pohon' yang luka-luka aku mengumpulnya?

Thursday, April 14, 2016

DI PERTENGAHAN JALAN INI AKU MENEMUI KEAJAIBAN

di awal perjalanan kami digula-gulakan
obsesinya ada di penghujung jalan,
motivasinya adalah Allah.
namun
jalan ini sumpah panjang
kemanisannya tidak berpanjangan
ada yang menarik diri lantaran ragu2,
ada yang tenggelam dalam istirehat,
ada yang berhenti dek keletihan,
aku tidak terlepas dari semua itu namun

di pertengahan jalan ini aku menemukan
bahagia dalam derita
lillah yang tak pernah lelah
gerak yang tak mengenal erti henti
kekuatan dalam kelemahan
kecukupan dalam kemiskinan
tembaga mengalahkan nilai emas
persaudaraan yg lebih utuh dari pertalian darah
walhal....
definisi-definisi yang tak masuk akal...
ada ke? yang terkuat itu bukan otot, tapi menahan amarah,
ada ke? yang terkaya bukan pada harta, tapi pada hati,
ada ke? yang terbaik itu bukan terhebat, tapi paling bermanfaat,
ada ke? yang terpandai itu bukan akademik, tapi sentiasa ingat mati

di pertengahan jalan ini aku menemukan
jiwa-jiwa yang dikumpulkan oleh Tuhan
tidak sehebat seperti figura-figura yang dipuja
mereka hanya manusia biasa
tapi jiwa-jiwanya luar biasa-
bebas dari sistem dunia
bebas dari diperbudak wang, harta, & manusia

Di pertengahan jalan ini aku menemukan
keajaiban

hidup ini hanyalah sebuah perjalanan
jalan ini sumpah panjang
mengapa kita yang dipilih?
jangan persoalkan kerja Tuhan
kita rempuh itu semua halangan!
kerna ini jalan, sudah dijanjikan kemenangan
ini adalah jalan keselamatan
pertemuan di syurga adalah obsesi!

moga terus diberi kekuatan
moga terus tsabat

"Why doesn’t the world allow me to rest"
"Because this is not a resting place but a testing place?"
quoted from Tumblr.

Monday, April 11, 2016

Decide

The question is not actually how badly you want it, but how hard you are willing to work for it.

*in a realistic ways* how hard you find a way, never an excuse.
how much u give up ur time-for-yourself & ur sleep,,
how u restlessly fight for it, work days and nights for it,
Decide,,not just what you want.
but
what will you live for
what will you fight forwhat will you die for
Spoiler - for ummah. 
Life is too small if we exclude ummah from it.

Di sebalik sebuah buku 1.0

Astagfirullah al'azim,
astagfirullah al'azim,
astagfirullah al'azim..

Pujian yang mencurah, niatnya jangan berubah. Hatta populariti yang menyapa, rasa malu, dan keterpaksaan menyulitkan lagi penjagaan hati. Hati harus dijaga agar tidak dijangkiti penyakit hati. Mampukah untuk terus bertahan -aku pendosa tanpa noktah. Mungkin sahaja penyakit2 hati sudah bersarang dalam diri

Walaupun secara analogi, tapi bebannya bagaikan dihempap batu besar. Bagaimana mampu aku pikul?Beban sedia ada pun menggigil untuk aku pikul.

Dari sudut sosial, siapalah aku untuk kerja ini. Jauh lagi persiapannya.

*tarik nafas dalam2*

Di fb ada-lah seorang sahabat bertanya khabar. Sahabat yg sangat rapat. Semua benda aku cerita ke ye. Tidak terkecuali apa yang terasa beban di hati tentang hal ini. Lalu jawabnya;

"That book may bring you goodness in other way. Your mother & dad are very happy. And you already have the token to jannah."

Lantas, kamu-lah individu yang paling beruntung - bilamana ibu bapamu gembira akan kamu.
Ya Allah, permudahkanlah.

p/s; untuk mesej yang tergantung belum dibalas, nanti ye..sorry


Wednesday, March 23, 2016

Are you alive or just existing?

Kecil-kecil cili api. Small thing can give massive impact.
BUT, we tend to think big when it comes to an idea. which is good~
The problem is, however, when we tend to forget all those little things that make the BIG thing happen.

Let's take marriage as an example. What we think about are spouse, and wedding. Next questions, what our budget tells you about? Spend more on wedding or marriage? What your responsibility tells you? Imagine having a life partner - sleeping, dinning, to small things like choosing wall paint? Ready to double up your commitment? Double up your parents? Double up your sum of relatives and acquaintance? Is the current you make the big dream visible?

Eh macam dah lari daripada topik sebenar. Nak cakap pasal sesuatu yang paling asas, iaitu definisi. Silly thing that may give massive impact. Sepanjang dalam usrah, bahkan dalam study biasa tak murobbi/guru tanya pasal beza definisi? Benci kan? haha

perforation-penetration? nephritis-nephrotic? etc
pandai-bijak? bodoh-jahil? suka-cinta? etc
kawan-sahabat? islam-Islam? reda-pasrah? etc

Looked the same, but knowing the differences between those two - is LIFE CHANGING!

kerana definisi ibarat benih bagi sesuatu pohon, dalam erti kata lain - asas
My main point is -->
1- perkara sekecil definisi boleh membuka minda
2- basic is the most fundamental thing in everything


soalan,
Apa beza hidup dengan wujud?
Apakah asas bagi kehidupan?
Apakah asas bagi kewujudan?

p/s: Tiada skema jawapan. Namun berbaloikah hidup sekadar wujud?

Are you alive or just existing?

Thursday, March 17, 2016

Seru Rasa Terus Belajar

Bila kerja yang ada melebihi masa yang ada
Ada dua indikator
samada jadi lebih produktif atau sebaliknya
ye lah, either memang kita betul2 bekerja, ataupun ia semua kerja yang ditangguhkan
Jawapannya diri sendiri tahu
*tuk tuk tanya diri*

Perasaan dan rasa apalah sangat nak dibandingkan dengan tugas yang kita ada
Tepis itu semua perasaan!
Rempuh itu semua cabaran!
Tapi satu hari percayalah
Rasa itu perlu diseru untuk menghidupkan kembali kekuatan yang pernah ada

Kekuatan untuk terus memacu
Kekuatan melawan hawa nafsu


Ironinya sang rasa
diperkecilkan saat meronta-ronta minta dimanja
diperjudikan tika ia samar-samar atau tiada
namun bila jiwa didera minta bertahan dia datang memberi daya
#thousandyearswalk

Friday, March 11, 2016

Life is interesting

Some people avoid commitments and responsibilities to escape from problems, BY playing games, watching movies, partying, do nothing etc. Do they know that it is problems and challenges that make life interesting.

People avoiding themselves from things that make life interesting how could that be?

Life is more interesting than DOTA
Life is more interesting than Deadpool
Life is more interesting than 9gags
Life is more than that.
i mean it
Life is more than ur room
Break free from 'the system' !

There is a world beneath ur room
There is ummah out there

our life is small if we exclude ummah from it

Russa18 | Volgograd | March 7th 2016
Wanna know what makes life interesting?

Iman.